May 2015

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Thursday 28 May 2015

Hasanah dan Open Educational Resources (OER) bidang pengajian Islam

Seperti biasa lah hidup ini dikejar garis mati (deadline!). Sibuk itu adalah resam. Lagi pula di taman yang baru saya tinggal saya mula diberikan tugas itu ini untuk membantu menggerakkan aktiviti taman. Pesan seorang sahabat saya, "kalau jadi ustaz ustazah memang kena wakafkan diri untuk ummat Islam!" Allah akbar, terima kasih kerana berikan peringatan. Inilah masa untuk memulangkan 'wang' kepada masyarakat kerana dahulu sejak belajar lagi iaitu di SMAS, SMAP(Kajang), Universiti Mu'tah (Jordan), IIUM & Universiti Malaya pastinya ada wang rakyat yang telah digunakan untuk menaja pengajian saya.

Pada masa sekarang saya banyak mempelbagaikan platform penyampaian ilmu. Kalau dahulu hanya blog ini jadi tempatnya, kini saya pelbagaikan di beberapa tempat. Dengan rendah diri saya rasa masih terlalu sedikit yang dikongsikan. Sangatlah sedikit. Saya kena tapis, edit & kemaskini dahlu setiap bahan sebelum di upload dan semua itu memerlukan masa. Itu pun pasti ada banyak kesilapan & kekurangan yang ada. Harapnya yang sedikit ini dapat dimanfaatkan bersama. Yang salah tolong beritahu saya!

Semasa di USM dahulu saya banyak terlibat dengan elearning. Sekarang di UKM saya bersederhana sahaja dengan elearning :)

KPI di sini lebih mengerikan. Mahu 4 penerbitan jurnal setiap tahun. Malangnya saya bukan hantu tulis jurnal. nehi...nehiii......

Thursday 7 May 2015

Hak isteri yang telah diceraikan

Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:25:31
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 hak ke atas isteri yang bercerai hidup?apakah dia berhak?sedangkan arwah tidak mengizinkan semasa hayatnya ada?

aisya

Jawapan:

Assalamualaikum Aisya,

Seorang perempuan yang masih menjadi isteri kepada seorang lelaki layak mempusakai harta suaminya apabila suaminya mati.

Jika diceraikan, dia masih juga berhak mempusakai harta suami JIKA suaminya mati ketika si isteri masih lagi dalam tempoh eddah.

Tetapi, jika si suami mati setelah habis tempoh eddah, hilanglah hak si isteri tadi dalam pusaka-mempusakai.

Persoalan keizinan si mati langsung tidak timbul dalam hal ini.

Walau bagaimanapun, hal ini hanya terhad kepada harta yang boleh diisytiharkan sebagai harta pusaka sahaja.

Jika dalam harta suami itu ada bahagian harta yang boleh dikenalpasti sebagai HARTA SEPENCARIAN, maka perbahasannya lain.

Harap ini membantu.
===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

2 anak lelaki, 2 anak perempuan, cucu lelaki & cucu perempuan

bilanenekmeninggaldunia

Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:21:01
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 Assalamualaikum. saya mintak jasa baik tuan tentang perkara ini,
Nenek saya baru meninggaldunia dan ada meninggalkan harta wang
dan dan tanah 7 ekar serta barang kemas.

nenek saya mempunyai 2 orang anak lelaki, seorang anak perempuan
dan seorang anak perempuan berlainan ayah (nenek berkahwin 2 kali)

dan juga mempunyai cucu sebelah lelaki dan cucu perempuan.
bagaimanakah pembahagian yang perlu dilakukan?
sekian, terima kasih. wassalam.

faiz

Jawapan:

faiz,

Dalam keadaan ada anak dari suami pertama dan anak dari suami kedua, kedua-duanya layak menerima pusaka apabila si ibu meninggal kerana mereka dilahirkan oleh ibu yang sama.
Apabila ada anak kandung lelaki dan perempuan, secara automatik, cucu (iaitu dari anak kandung tadi) terhalang dari menerima pusaka. Logiknya, jika si anak tadi meninggal, harta tersebut akan turun kepada generasi selepasnya juga.

Oleh itu, dalam kes saudara pembahagian adalah terhad kepada:

2 anak perempuan & 2 anak lelaki - asabah, iaitu mendapat baki harta.

Pecahannya mengikut faraid ialah:

2 anak perempuan - 1/3 harta (setiap seorang mendapat 1/6 harta)
2 anak lelaki mendapat 2/3 (setiap seorang mendapat 2/6)

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Ibu, ayah, isteri, 2 anak lelaki & 2 anak perempuan serta 3 adik beradik lelaki & 4 adik beradik perempuan

Infografik 5 ashab al-furudh

Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:15:58
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 Assalamualaikum Ust,

Saya xxxx ada nak ajukan beberapa kemusykilan
Ayah saya baru meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri, 2 org anak lelaki, 2 org anak perempuan, ibu dan ayah arwah, 3 adik beradik lelaki dan 4 org adik beradik perempuan. Arwah ayah tdk sempat membuat wasiat. saya nak tahu pembahagian faraid siapa yang layak dapat. Arwah meninggalkan tanah, rumah dan duit sbyk RM 50,000 dalam ASB. Jika ayah wasiat kan secara lisan berapa org saksi diperlukan ustaz? dan bgmn cara saya nak uruskan harta ini?

Satu lagi pendapat saya faraid ini perlu dimasukkan dalam matapelajaran di sekolah krn ia amat penting krn masih ramai masy Islam yang tdk mengetahuinya begitu juga diberi ceramah-ceramah diluar.

Wassalam
Harap ust dpt bantu saya
terima kasih

Waalaikumussalam,
Saudari xxx,
Saya akan cuba menjawab secara ringkas persoalan yang ditimbulkan.
Dalam kes saudari, tindakan dan pembahagian mengikut faraid adalah seperti berikut:

Nilaikan semua harta arwah. Selesaikan hutang-piutang sama ada kepada manusia mahupun kepada Allah (zakat, haji dll). Selesaikan semua kos pengebumian jenazah.

Memandangkan tiada wasiat dibuat, maka, akhir sekali, barulah baki harta boleh dibahagikan kepada waris, iaitu seperti berikut:

Isteri ayah - 1/8
Ibu (nenek saudari) - 1/6
Ayah (datuk) - 1/6
2 Anak lelaki & 2 anak perempuan - baki harta

Adik-beradik ayah tidak mendapat bahagian kerana dihijab/dihalang dengan kewujudan anak-anak.

Pecahan yang lebih detail:

Isteri - 18/144
Ibu - 24/144
Ayah - 24/144
2 Anak perempuan - 26/144 (setiap seorang mendapat 13/144)
2 Anak lelaki - 52/144 (setiap seorang mendapat 26/144)

Untuk menguruskan harta ini, ia mengambil masa yang agak panjang dan menuntut kesabaran apatah lagi jika harta yang ditinggalkan melebihi RM600,000, iaitu penyelesaiannya perlu melalui Mahkamah Tinggi dan memerlukan penjamin.

Untuk memudahkan urusan, sila hubungi

Uruspusaka Sdn. Bhd.
Tingkat 2, Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur
Tel: 03-4044 0254

Terima kasih & wallahu a’lam

Dr. Hasanah

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Ibu tiri, bapa, isteri, 1 anak perempuan & 2 anak tiri perempuan serta 2 adik beradik lelaki & 2 adik beradik perempuan

Pusaka ibu tiri, isteri dan anak

Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:17:04
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 assalamualaikum
saya ingin tahu pembahagian harta jika si mati meninggalkan
1 isteri
1 anak perempuan
2 anak tiri perempuan (si mati berkahwin dgn balu anak 2)
1 bapa
1 ibu tiri (bapa si mati berkahwin stelah kmatian isteri pertama)
2 adikberadik lelaki
2 adikberadik perempuan
harap ustaz/ustazah dapat membantu
terima kasih

naznaznaz

Jawapan:

naznaznaz

Persoalan ini agak menarik kerana waris terdiri daripada anak kandung dan anak tiri.
Untuk makluman, hanya waris kandung yang layak mendapat pusaka. Manakala waris tiri tidak dapat pusaka.
Di sini, WASIAT memainkan peranan yang sangat penting. Si mati boleh mewasiatkan sebahagian hartanya kepada anak tiri jika dia mahu tertakluk kepada maksimum 1/3 harta.

Dalam kes ini, pembahagian adalah seperti berikut:

Isteri - 1/8
Bapa - 3/8
1 Anak perempuan - 1/2 (iaitu 4/8 harta)

Adik beradik si mati tidak mendapat harta kerana terhalang dengan kewujudan anak kandung si mati.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Formula untuk isteri, anak & ibubapa

pusaka

Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:26:39
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 Salam, Saya ingin mengetahui formula pembahagian harta bersandarkan hukum faraid untuk kesemua waris secara keselurahan yang meliputi isteri, anak-anak, ibu bapa?

Isteri berapa (formula)?
anak-anak berapa?
ibu bapa berapa?

sekian wassalam

Ahmad Ibrahim

Jawapan:

Saudara Ahmad Ibrahim,

Sekiranya pewaris2 ini ada, pertamanya, perlu dilihat jika anak-anak itu terdiri daripada anak perempuan sahaja, seorang, dua atau lebih… atau ada juga anak lelaki. Saya belum masukkan lagi topik pembahagian harta untuk anak2 dalam weblog ini. Insya Allah, jika ada kesempatan, saya akan masukkan.

Bagaimanapun, secara ringkas, dalam keadaan di atas, hak yang pasti untuk isteri ialah 1/8 (kerana simati ada anak) dan ibu mendapat 1/6.

Bahagian untuk anak dan bapa boleh berubah bergantung kepada keadaan berikut:

Jika hanya ada anak perempuan, itupun tunggal, maka dia mendapat 1/2 dan bapa mendapat baki harta iaitu 5/24.

Jika hanya ada anak perempuan berjumlah 2 orang atau lebih, mereka mendapat 2/3 (dibahagi sama rata) manakala bapa mendapat 1/6.

Jika ada anak perempuan dan anak lelaki, maka mereka mendapat baki harta dengan nisbah 1:2, manakala bapa mendapat 1/6.

Wallahu a’lam.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Bolehkah adik-beradik mendapat harta pusaka?

Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:12:23
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 Asskum dr,
bolehkah adik-beradik dpat harta pusaka? emak-ayah masih ada, adik-beradik sume tak kawin lagi

ain

Jawapan:

ain1989, dalam keadaan ini, jika salah seorang adik-beradik mati dan tiada pewaris lain kecuali emak, ayah dan adik-beradik yang lain, maka mereka semua berhak mewarisi harta pusaka.
===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Bolehkah nenek mempusakai harta? Bagaimana dengan cucu?

Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:28:01
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 assalamuikum
saya ingin bertanya mengenai harta pusaka
1) ayah dan ibu saya telah mengusahakan tanah pertanian ianya merupakan harta sepencarian mereka berdua,saya mempunyai 5 adik beradik 2 lelaki dan 3 perempuan beberapa tahun yang lepas ayah saya telah meninggal dunia nenek (sebelah ayah)telah menuntut hak keatas tanah tersebut ada atau tidak bahagian nenek saya
2) bagaimana pula harta nenek saya kami ada hak atau tidak kerana ayah saya telah meninggal dunia

arfian

Jawapan:

Arfian,
Nenek (ibu kepada ayah) mempunyai hak dalam bahagian yang dipusakai dari ayah.
Begitu juga, jika nenek meninggal dunia dan tidak meninggalkan anak lelaki atau waris lelaki lain, maka cucunya boleh mewarisi harta beliau.
===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Reformasi UrusPusaka.com

rama-rama

Tarikh ditulis: 2008-03-10 17:08:58
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

Assalamualaikum,

UrusPusaka.com kini berwajah baru. Selepas pemergian suami tercinta yang bertanggungjawab mencetuskan inspirasi pembangunan laman web ini dan kelahiran puteri yang saling tak tumpah seiras wajah ayah yang tak pernah dilihatnya, saya mula mengutip semangat untuk meneruskan apa yang telah dimulakan.

Dalam versi terkini, saya menggunakan theme baru yang lebih ringkas. Satu ciri penting yang ada dalam versi ini ialah konsep komuniti melalui pengwujudan FORUM bagi memudahkan para pengunjung berbincang mengenai masalah pengurusan harta pusaka. Sila daftar secara percuma dalam UrusPusaka.com dan aktifkan diri anda dalam forum.

Sila ambil perhatian bahawa mulai hari ini para pengunjung tidak lagi dibenarkan menghantar soalan melalui 'comment'. Jika saudara mempunyai sebarang persoalan, sila baca dahulu pos dan thread dalam laman ini kerana mungkin jawapannya ada di mana-mana. Jika tidak menemui jawapan, barulah kemukakan soalan anda dalam forum.

Bersama-samalah menjalin perkongsian ilmu, pengalaman & citarasa. Semoga usaha kita yang sedikit ini akan dapat membantu umat Islam merancang masa depan diri dan keluarga. Dan semoga Allah s.w.t. melimpahkan rahmat buat kita semua dan juga buat pencetus inspirasi iaitu yang dirahmati, Ustaz Rosdi Yusof (meninggal 19 Disember 2007).

Admin UrusPusaka.com
Dr. Hasanah
www.drhasanah.com

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Glosari

Kuliah Fiqh Urus Pusaka bersama Dr. Hasanah Abd. Khafidz

Tarikh ditulis: 2007-07-19 16:41:27
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 Pewaris / waris
Keluarga si mati yang mungkin layak untuk menerima harta pusaka

Si mati
Orang yang mati dan mungkin meninggalkan harta pusaka

Pewaris fardh
Pewaris faraid, iaitu pewaris yang mewarisi mengikut hukum faraid

Pewaris zawi al-arham
Pewaris kaum kerabat

Asabah
Baki harta pusaka

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

2. Apa Maksud Ilmu Faraid?

Tarikh ditulis: 2007-07-19 16:40:56
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 Apa maksud Ilmu Faraid?

Faraid

Perkataan faraid berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud ketetapan.
Firman Allah s.w.t: (Maksudnya) mereka berhak untuk mendapat separuh mas kahwin yang telah kamu tetapkan (Surah al-Baqarah, ayat: 237)

Ilmu Faraid

Ilmu faraid pula ialah suatu kaedah dan pengetahuan tentang pusaka yang meliputi peraturan dan syarat-syarat pihak-pihak yang layak menerimanya, bahagiannya dan juga hukum-hukum yang berkaitan dengannya.

Ilmu faraid juga dikenali sebagai fiqh al-mawarith, iaitu fiqh perwarisan.

Oleh kerana ilmu faraid hanya membincangkan tentang harta pusaka, maka, definisi harta pusaka perlulah difahami terlebih dahulu.

Harta Pusaka

Harta pusaka ialah semua harta yang ditinggalkan selepas kematian seseorang.

Ia boleh terdiri daripada harta alih dan tak alih. Harta alih ialah harta yang boleh dipindahkan atau dialihkan seperti wang ringgit, emas, saham, kenderaan, perabot dan lain-lain lagi. Harta tak alih pula terdiri daripada harta yang tidak boleh dipindahkan. Contohnya, tanah, rumah, kedai dan lain-lain lagi.
===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

1. Bila berlaku kematian, apa yang perlu dilakukan?

Kuliah Fiqh Urus Pusaka bersama Dr. Hasanah Abd. Khafidz

Tarikh ditulis: 2007-07-19 16:39:24
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 Terdapat beberapa perkara berkaitan harta pusaka yang perlu dilakukan. Perkara ini perlulah dilaksanakan mengikut tertib, iaitu:

1. Hutang
Segala hutang yang ditanggung oleh si mati hendaklah diselesaikan terlebih dahulu. Seelok-eloknya, waris bertanya kepada keluarga dan rakan-rakan yang menziarahi si mati jika si mati ada berhutang dengan mereka.
Hutang yang dimaksudkan boleh terdiri daripada gadaian rumah, pinjaman modal perniagaan, zakat yang belum dibayar dan lain-lain lagi.

2. Pengurusan jenazah

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Masalah pewaris berlapis

Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:33:13
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 assalamualaikum.
saya menghadapi sedikit kemusykilan berkenaan harta pusaka.
moyang saya telah meningal pada tahun 1940-an meninggalkan harta pusaka bernilai lebih kurang RM 800,000.00. Kami waris yang ada baru menyedari bahawa arwah mempunyai harta yang ditinggalkan dan masih belum dibahagi atau diuruskan. moyang saya semasa kematiannya mempunyai seorang anak lelaki yang meninggal pada 1980an dan seorang anak perempuan yang telah bercerai yang meninggal pada 1956. Anak lelaki moyang saya mempunyai seorang anak lelaki dan telah meninggal pada 1997 meninggalkan seorang isteri, seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Manakala anak perempuannya mempunyai seorang anak perempuan yang telah meninggal pada 1995 dan semasa kematiannya arwahyarhamah meninggalkan seorang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan. walaubagaimapun, anak lelaki beliau baru saja meninggal pada ramadan yang lepas (2007). Arwah meninggalkan seorang isteri, 3 anak lelaki dan 3 anak perempuan.

saya ingin tahu bahawa di dalam pembahagian pesaka untuk kes begini bagaimana ianya dikira.adakah secara terus kepada waris yang paling akhir. ini adalah di dalam pengetahuan saya. sekiranya waris adalah warisan dari sebelah perempuan beliau tidak layak memliki harta pusaka tersebut. untuk kes di atas ini bagaimanakah pengiraannya dan bolehkah maklumkan kepada saya berapakah bahagian setiap waris yang tinggal perolehi.

bantuan dan perhatian amatlah saya hargai.

milk

Jawapan:

Milk,

Panjang betul kisahnya….

Ok, saya cuba jawab, itupun kalau saya tidak tersilap faham tentang siapa anak siapa dan siapa yang dah hidup ataupun dah meinggal dunia masa satu2 waris meninggal.

Dalam hal ini, tiada masalah yang timbul kerana keturunan itu perempuan.

Anak2 moyang berhak mendapat kesemua harta (jika benar tidak ada waris lain semasa kematiannya seperti suami/isteri, ibu/bapa). Caranya, anak lelaki mendapat 2/3 daripada 800,000, manakala anak perempuan mendapat 1/3. Tetapi pembahagian tidak terhad di sini kerana mereka telah meninggal dunia. Biar saya namakan waris ini sebagai ‘ALM’ dan ‘APM’ (Anak lelaki/ppuan moyang).

Harta yang diwarisi APM (m1956) berjumlah RM266,640 diwarisi oleh AP nya (m1995) sebanyak 1/2 dan adik beradik lelaki kandungnya (m1980) sebanyak 1/2. Bahagian AP-APM (m1995) dibahagi secara asabah kepada 1 anak lelaki (m2007) dan 2 anak perempuan. Si anak lelaki tadi mendapat 1/2 daripada RM133,320 manakala setiap anak perempuan mendapat 1/4. Memandang anak lelaki ini telah meninggal pada 2007, maka bahagiannya dibahagi kepada isteri 1/8, 3 anak lelaki setiap seorang mendapat 14/72 dan 3 anak perempuan, setiap seorang mendapat 7/72.

Harta yang diwarisi ALM berjumlah RM533,280 dan 1/2 dari APM berjumlah RM133,320 menjadi hak penuh menantu (isteri AL kepada ALM) dan cucunya yang masih ada, iaitu 1 anak lelaki dan 1 anak perempuan. Menantu perempuan tadi mendapat 1/8 daripada jumlah pusaka tersebut manakala cucu perempuan ALM mendapat 7/24 dan cucu lelaki ALM mendapat 7/12.

Banyak lagi perkara yang perlu diteliti dalam masalah ini kerana waris yang tinggal, hubungan waris dan tarikh kematian perlu dipastikan dengan tepat.

Dalam masalah ini, bahagian waris bukan isu besar. Yang menjadi isu ialah bagaimana hendak menguruskan pembahagian dan pemindahan harta tersebut sedangkan ia melibatkan berbilang lapis. Saya cadangkan, dapatkan khidmat guaman yang dipercayai.

Wallahu a’lam.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Hak ibu tiri

Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:31:54
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 Salam Ustaz,
Saya baru kehilangan ayah pada awal bulan Nov 2007. Ibu saya meninggal pada tahun 90-an. Ayah berkahwin lain awal tahun 2000. Kami tinggal berasingan dan ibu tiri tidak mempunyai anak.

Bolehkan kami buat tuntuan untuk rumah yang sedang kami duduki tanpa perlu ibu tiri kerana rumah itu di daftarkan atas nama arwah ibu dan bapa saya sahaja. Kiranya harta sepencarian arwah ayah dan ibu, bukan ibu tiri kami.

Harap Ustaz dpt beri pandangan smoga kita tidak melakukan kesilapan.

Sarah

Jawapan:

Sarah,
Berdasarkan keterangan yang diberikan, rumah tersebut dimiliki sama rata antara ayah dan ibu. Apabila ibu meninggal dunia, bahagian ayah tetap kekal miliknya. Manakala hanya separuh sahaja baki harta yang menjadi harta pusaka untuk waris termasuklah ayah. Apabila ayah pula meninggal, maka Ibu tiri pula mempunyai hak sebagai isteri kepada ayah saudari, maka beliau berhak mendapat 1/8 daripada harta peninggalan ayah.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Masalah anak angkat

Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:30:54
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 Assalamualaikum,

Saya adalah anak angkat kepada emak saudara saya yang tidak mempunyai anak. Suaminya juga menyayangi saya seperti anak sendiri. Semasa hayatnya, suami emak saudara itu telah memberi kepada saya (secara hibah) sekeping tanah dan sebuah rumah yang mempunyai nilai yang tinggi. Sebelum meninggal dunia beliau telah mewasiatkan hartanya kepada anak2 saudara dan adik beradik beliau yang lain. Tujuan beliau adalah supaya tidak berlaku perebutan harta antara keluarga. Walaubagaimana pun, apabila emak saudara saya (emak angkat) membuat tuntutan harta sepencarian, keluarga sebelah bapa saudara telah menghalang atas alasan saya telah menerima sebahagian besar dari harta tersebut.
Persoalannya,
1. adakah mereka boleh menghalang emak saudara saya dari membuat tuntutan tersebut?
2. adakah wajar alasan mereka tentang harta yang ditinggalkan utk saya itu?
3. bolehkan mereka menarik balik (challenge) harta yang telah diberikan kepada saya?

terima kasih dan wassalam

Aisyah

Jawapan:

Aishah,

Soalan ini agak rumit kerana ia perlu dilihat dari beberapa sudut.

Pertama, siapa ahli waris yang ada? Hal ini tidak dinyatakan dengan jelas dalam soalan saudari.

Kedua, harta yang telah diberikan kepada Aishah secara hibah semasa hidup bapa saudara itu adalah jelas milik Aishah. Tetapi, adakah urusan pindahmilik harta telah dilakukan? Jika sudah, tiada masalah, tetapi jika belum dan tiada bukti menunjukkan hibah berlaku, ini mungkin agak sukar. Kalau ada pertikaian tentang hal ini, maka mahkamahlah yang layak menentukannya. Tiada siapa berhak menghalang seseorang membuat tuntutan/dakwaan di mahkamah. Kebarangkalian untuk menang-kalah bergantung kepada banyak perkara.

Ketiga, harta pusaka si mati hendaklah ditolak terlebih daripada harta sepencarian. Tidak ada salahnya si isteri membuat tuntutan harta sepencarian kerana mungkin ada harta yang diperolehi hasil usaha bersama tetapi didaftarkan dengan nama suami sahaja. Harta sepencarian hendaklah ditolak daripada harta pusaka si mati.

Keempat, tidak boleh memberi wasiat kepada waris. Oleh itu, perlu dijelaskan di sini, siapakah waris bapa saudara yang ada? ibubapa? adik-beradik lelaki? perempuan? isteri? dll?

Kelima, wasiat terhad kepada 1/3 harta sahaja. Baki 2/3 harta hendaklah diagihkan kepada ahli waris termasuk si isteri tadi. Oleh itu, si isteri berhak mendapat harta sepencarian dan harta pusaka.

Persoalan tentang mahkamah sukar untuk saya jawab kerana masih ada banyak perkara yang perlu ditimbangkan dan dinilai dalam hal ini. Jalan yang terbaik ialah, dapatkan khidmat guaman. Mereka mungkin boleh membantu saudari.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Ibu, bapa & suami

Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:22:25
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 Isteri saya baru saja pulang ke rahmatUllah. Kami tiada zuriat. Ibu dan bapa isteri saya masih ada. Juga ia mempuyai 2 saudara perempuan dan 5 saudara lelaki. Bagaimana pembahagian harta isteri saya. Terima kasih.

asbah

Jawapan:

Asbah,

Takziah atas pemergian isteri saudara.
Mudah-mudahan rohnya akan dirahmati Allah selalu.

Memandangkan isteri saudara tidak mempunyai anak, tetapi mempunyai ibu bapa dan saudara sebagai suami, maka kes ini agak unik dalam sistem faraid.
Penyelesaian untuk kes ini ialah seperti berikut:

Suami - 1/2
Bapa - 1/3
Ibu - 1/6

Adik beradik isteri tidak mendapat pusaka dalam kes unik ini. Saya akan huraikan dengan detail mengenai kes ini pada masa akan datang. Insya Allah.
===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Ibu, 1 adik beradik lelaki, 5 adik beradik perempuan

Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:06:05
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 assalamualaikum,

saya ada sikit pertanyaan, hari jumaat lepas 29/6/07, adik ipar saya yang bongsu, berumur 15 tahun telah selamat kembali ke rahmatullah. dia ada meninggalkan sedikit wang dalam bank, tabung haji dan beberapa tempat lagi. keluarga yang tinggal ialah ibu, 5 kakak dan seorang abang. setakat yang saya tahu pembahagian wang tersebut ada 1/6 utk ibu dan kakak & 2/6 utk abangnya. boleh ustaz terang macam mana cara pengiraan yang lengkap seperti perbualan talipon kita sebentar tadi..2.45pm, 2/7/07..wassalam

Jawapan:

Walaupun en. telah mendapat huraian daripada JAIS berkaitan perkara tersebut kemungkinan pelawat yang lain ingin berkongsi ilmu dan maklumat daripada kes yang en. hadapi,

Disini ingin saya jelaskan pembahagian waris dan harta tersebut untuk dikongsi bersama.

- Ibu mendapat 1/6 bahagian kerana simati mempunyai 2 atau lebih adik beradik
- Saudara lelaki kandung (Abang) mendapat baki/bahagian tertentu
- Saudara perempuan kandung mendapat bahagian ditaksib (baki) kerana mempunyai saudara lelaki kandung.

Oleh itu cara pembahagiannya ialah :

Ibu : 3/18
Kakak: 5/18
Abang 10/18

Harap pembahagian ini dapat membantu kita semua dalam memahami ilmu faraid

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Letter of admit (?)

Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:04:55
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 assalamualaikum,

ayah saya tlh meninggalkan sebahagian harta - tanah dan wang. Letter of admit - telah dipersetujui di letakkan atas nama saya.

persoalannya - bagaimana pembahagian tanah dilakukan dan wang berjumlah 39,000 diagihkan ?

saya telah membelanjakan wang tersebut untuk urusan peribadi tanpa pengetahuan saudara lain. Dan berhajat untuk membayar semula wang peninggalan tersebut untuk diagihkan kepada adik beradik lain. Apakah hukuman ke atas saya ? Bolehkah saya membayar semula harta tersebut ?

Mohon tunjuk ajar agar saya dapat memperbaiki kesilapan saya.

Jawapan:

Waalaikumussalam,

Untuk memudahkan saudara, letter of admit tersebut sama seperti pemegang amanah yang diberikan tanggungjawab menguruskan harta. Harta pusaka menurut haknya perlu (wajib) dibahagikan kepada pewaris yang berhak sepertimana yang telah ditentukan oleh Allah samada harta tersebut berbentuk harta tak alih (tanah, rumah dsb) atau harta alih (saham, duit dsb).

Dalam kes ini saudara wajib membahagikan harta tersebut kepada waris yang berhak dan sekiranya saudara telah membelanjakan wang tersebut dan waris tidak mengizinkannya maka wajib dibayar hutang wang yang telah dibelanjakan tersebut.

Sekiranya saudara telah membayarnya maka saudara telah selamat dari menanggung dosa dari kesalahan memakan harta orang lain. Sekiranya saudara tidak membayarnya dan pewaris lain tidak mengizinkannya maka saudara dikira berdosa.

Menurut pembahagiannya,
Sekiranya saudara memiliki adik-beradik seibu sebapa dikalangan lelaki dan perempuan maka pembahagiannya mengikut nisbah 2:1 (lelaki/perempuan). Lelaki akan mendapat 2 bahagian daripada harta tersebut bagi setiap bilangan sdik beradik, manakali perempuan mendapat 1 bahagian sahaja bagi setiap bilangan mereka.

harap penjelasan ini dapat membantu anda,walaubagaimanapun pendetailan tentang ahli waris dan bilangan waris dari saudara lebih memudahkan urusan pengenalpastian pembahagian harta.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Isteri, 5 anak perempuan & 4 anak lelaki serta adik beradik kandung

Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:03:33
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 Assalamualaikum

Ayah saya meninggal dunia dan mempunyai seorang isteri, sembilan orang anak (5 perempuan dan 4 lelaki) dan masih mempunyai empat adik beradik (3 perempuan dan 1 lelaki). Adakah adik beradik turut termasuk dalam pembahagian harta pusaka? Secara mudah saya misalkan peninggalan adalah wang berjumlah RM100,000. Bagaimanakah cara pembahagian mengikut faraid? Harap dapat membantu.

Jawapan:

Waalaykumussalam citramurni69,

Undang-undang pusaka Islam memberikan keistimewaan yang besar untuk keluarga terdekat si mati terutamanya anak-anak si mati.

Dalam keadaan ini, anak lelaki ayah citramurni (adik-beradik lelaki citramurni) menghalang adik-beradik ayah daripada mempusakai harta ayah citramurni. Malah, anak lelaki dan anak perempuan mendapat asabah (iaitu baki semua harta selepas ditolak daripada waris yang lain yang tidak terhalang seperti isteri si mati dan ibu bapa si mati).

Oleh yang demikian, sekiranya harta peninggalan si mati ialah RM100,000, maka pembahagian harta adalah seperti berikut:

Isteri si mati –> mendapat 1/8 (kerana si mati mempunyai anak sama ada lelaki atau perempuan)

4 anak lelaki si mati dan 5 anak perempuan si mati –> mendapat asabah (baki harta yang dibahagikan antara lelaki perempuan pada nisbah 1:2)

Penjelasan lanjut:

Baki harta sebanyak 7/8 harta menjadi hak anak-anak si mati. Cara hendak mengiranya ialah;

4 orang anak lelaki, setiap seorang mendapat 2 bahagian = 8 bahagian
5 orang anak perempuan, setiap org mendapat 1 bahagian = 5 bahagian
jadi, jumlah bahagian untuk anak-anak ialah (8+5) =13 bahagian.

Baki harta 7/8 tadi, di kali mengikut kaedah ‘gandaan sepunya terbesar’:
(1 x 13 = 13 )
(7 x 13 = 91 )
(8 x 13 = 104 )

oleh yang demikian, setiap bahagian menyamai 13/104 harta.

Maka, setiap anak lelaki mendapat dua bahagian, iaitu 26/104 harta manakala setiap anak perempuan mendapat satu bahagian iaitu 13/104 harta.
Bahagian isteri si mati iaitu 1/8 pula menyamai dengan 13/104 harta.

Harap penjelasan ini dapat membantu. Maklumkan kepada saya jika penjelasan ini mengelirukan.

Dr. Hasanah

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Penamaan insuran dan harta

Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:01:23
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 assalamualaikum.

saya ingin mendapat penjelasan mengenai harta faraid.
1. saya telah berkahwin dan belum di kurniakan zuriat, persoalannya sekiranya ditakdirkan saya meninggal dunia, macamana harta saya akan di bahagikan kerana saya mempunyai ibu, 2 org kakak, 2 org abg dan suami.
2. suami saya telah ketiadaan ibu dan bapa dan sekiranya suami saya meninggal macamana pula dengan harta pusaka kerana mempunyai 2 org abg dan kakak.
adakah saya berhak keatas hartanya kerana kami tidak mempunyai anak dan suami saya telah menamakan saya sebagai waris insuran dan harta. adakah adik beradik suami boleh menuntut harta tersebut.

 Jawapan:

Waalaikumussalam,
Puan Zaiha,

Cara asas untuk menentukan pembahagian kes pertama ialah seperti berikut:

suami 1/2
ibu 1/6
2 kakak & 2 abg Asabah (lelaki perempuan 2:1)

Cara nak mengira ialah:

suami 9/18
ibu 3/18
2 kakak 2/18 (setiap seorang mendapat 1/18)
2 abang 4/18 (setiap seorang mendapat 2/18)

Bagi kes kedua pula, perlu difahami terlebih dahulu bahawa seorang isteri/suami mempunyai hak yang tetap ke atas harta peninggalan pasangannya.
Oleh itu, cara pembahagiannya adalah seperti berikut:

isteri 1/4
2 org abg & 1 kakak Asabah

Cara hendak mengiranya ialah:

isteri 5/20
2 org abg 12/20 (setiap seorang mendapat 6/20)
1 kakak 3/20

Berkenaan dengan penamaan sama ada untuk insuran atau harta, menurut undang-undang Islam, ia boleh dianggap sebagai pengurus sahaja dan dia tidak berhak ke atas keseluruhan harta tersebut. Maksudnya, jika berlaku kematian, puan bertanggungjawab membahagikan harta tersebut kepada waris-waris yang lain.

Untuk mengelakkan terlalu banyak harta pergi kepada ahli waris yang lain, saya mencadangkan puan dan suami mengisi borang Risalah Intim untuk mengisytiharkan bahawa harta tertentu adalah HARTA SEPENCARIAN.

Apa yang akan berlaku ialah, katakanlah puan dan suami mengisytiharkan bahawa kesemua harta yang ada adalah harta sepencarian. Apabila berlaku kematian salah seorang, maka separuh harta tersebut tidak boleh dianggap harta pusaka, tetapi ialah harta pasangan yang masih hidup. Jadi, hanya separuh harta sahaja yang perlu dibahagikan mengikut faraid.

Katalah kesemua harta suami berjumlah RM100,000 dan beliau mengisi dokumen Risalah Intim, memaklumkan bahawa semua harta itu ialah harta sepencarian. Jika berlaku kematian, RM50,000 harta akan ditolak kerana ia adalah milik pasangan. Jadi, hanya RM50,000 sahaja yang akan dibahagikan kepada ahli waris termasuklah si isteri tadi. Jadi, isteri akan dapat harta dia RM50,000 dan bahagian pusaka mengikut faraid iaitu 1/4 harta.

Harap ini dapat membantu.

Wallahu a’lam.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Isteri, 2 adik beradik lelaki & 1 adik beradik perempuan

Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:00:13
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 assalamualaikum.

saya ingin mendapat penjelasan mengenai harta faraid.
1. saya telah berkahwin dan belum di kurniakan zuriat, persoalannya sekiranya ditakdirkan saya meninggal dunia, macamana harta saya akan di bahagikan kerana saya mempunyai ibu, 2 org kakak, 2 org abg dan suami.
2. suami saya telah ketiadaan ibu dan bapa dan sekiranya suami saya meninggal macamana pula dengan harta pusaka kerana mempunyai 2 org abg dan kakak. adakah saya berhak keatas hartanya kerana kami tidak mempunyai anak dan suami saya telah menamakan saya sebagai waris insuran dan harta. adakah adik beradik suami boleh menuntut harta tersebut.

Ibu, suami, 2 adik beradik lelaki & 2 adik beradik perempuan

Tarikh ditulis: 2007-11-25 22:58:52

Bergaduh kerana harta?

Tarikh ditulis: 2007-11-25 22:51:18
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 assalamualaikum,
saya ada masalah yg tak tahu bila nak selesai . Datuk saya sudah meninggal dunia . Dia meninggalkan 7 orang anak hasil drp 3 orang isterinya . Dia mempunyai beberapa bidang tanah sawah yang diuruskan oleh anak lelakinya semasa arwah masih hidup hinggalah sekarang. Masalahnya anak lelakinya itu tidak membahagikan hasil padi yang dia dapat kepada anak -anak yang lain . Perkara ini telah dibawa ke mahkamah dan sekarang dalam perbicaraan . Yang saya tak puas hatinya sudah 3 tahun perbicaraan ini tak selesai lagi . kenapa jadi cam tu ? Cam na nak percepatkan pembahagian harta pusaka ini ?
Sekian terima kasih

 Jawapan:

 Munerah,
Inilah masalah yang timbul jika harta kita tidak dirancang. Proses pembahagian di kalangan adik-beradik sendiri pun amat sukar. Bila dibawa ke mahkamah lagilah panjang ceritanya.

Kita sentiasa takut untuk bercakap tentang perancangan harta pusaka. Seolah-olah kita yakin yang umur kita panjang lagi. Siang-malam kita bekerja mencari rezeki untuk orang yang kita kasihi.

Kalau tiba-tiba Tuhan memanggil kita, rezeki yang kita usahakan itu akan terbiar bertahun-tahun barulah selesai urusan pembahagiannya. Orang yang kita kasihi akan menderita hinggalah selesai urusan tersebut.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Migrasi server selesai

Tarikh ditulis: 2007-08-17 09:53:45
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 Alhamdulillah,

Selepas berhempas pulas dengan server baru dan fail-fail lama, akhirnya weblog ini dapat dibawa ke server baru tanpa mengalami masalah kehilangan fail, post mahupun komen.

Syukur... kerana semua yang ada masih selamat.

Team UrusPusaka

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

17. ….banyak lagi !

Tarikh ditulis: 2007-07-19 17:16:50
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 Banyak lagi yang perlu disentuh tentang ilmu faraid.
Antara topik-topik tersebut ialah

- bahagian datuk
- bahagian cucu
- bahagian pakcik-makcik
- bahagian adik beradik sama ada seibu sebapa, seibu mahupun sebapa
- isu-isu berkaitan pengurusan harta pusaka
- perancangan pusaka dan wasiat

Kami akan tambah lebih banyak maklumat pada masa akan datang. Doakan semoga lebih banyak masa ruang dan peluang dapat kami berikan untuk laman ini.

Salam hormat

Team UrusPusaka.com
===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

3. Rukun-rukun Pusaka

Kuliah Fiqh Urus Pusaka bersama Dr. Hasanah Abd. Khafidz

Tarikh ditulis: 2007-07-19 16:38:48
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 Rukun pusaka bermaksud unsur-unsur yang mesti ada dalam perkara berkaitan pusaka. Ia terdiri daripada tiga perkara:
1. Orang yang mewariskan hartanya, iaitu si mati.
2. Waris, iaitu orang yang ada hubungan dengan si mati.
3. Harta, iaitu harta peninggalan yang ditinggalkan oleh si mati selepas kematiannya.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

4. Syarat-syarat Berkaitan Harta Pusaka

Kuliah Fiqh Urus Pusaka bersama Dr. Hasanah Abd. Khafidz

Tarikh ditulis: 2007-07-19 16:38:01
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 Terdapat beberapa syarat yang berkaitan dengan harta pusaka. Syarat-syarat tersebut ialah:

1. Kematian pemilik harta
Bagi pemilik harta, disyaratkan bahawa kematiannya telah pun disahkan ataupun dia dianggap telah mati.
Contoh bagi anggapan kematian seseorang ialah apabila seseorang telah hilang untuk tempoh yang panjang dan hakim telah membuat keputusan berdasarkan pertimbangannya bahawa seseorang yang hilang telah mati.

2. Kewujudan waris
Waris ini hendaklah disahkan masih hidup semasa kematian seseorang walaupun sedetik.

3. Hubungan antara waris dan si mati hendaklah diyakini. Hubungan yang dibenarkan ialah yang berbentuk hubungan kekeluargaan (nasab), pernikahan (musaharah) dan juga wala’ (perwalian antara hamba yang telah dibebaskan dengan orang yang membebaskannya).

4. Penjelasan tentang hubungan yang melayakkan waris mewarisi harta. Maksudnya, hubungan antara si mati dan warisnya hendaklah dijelaskan. Oleh itu, tidak ada sesiapa yang boleh mengakui bahawa dia adalah waris kepada si mati dengan sewenang-wenangnya.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

5. Sebab-sebab yang membolehkan seseorang mempusakai harta

Kuliah Fiqh Urus Pusaka bersama Dr. Hasanah Abd. Khafidz

Tarikh ditulis: 2007-07-19 16:37:10
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 Perkara yang menyebabkan sesuatu harta itu menjadi harta pusaka seseorang ada empat:

1. Hubungan keturunan. Iaitu hubungan kekeluargaan. Ia diwarisi oleh ibubapa si mati dan orang yang ada hubungan dengan mereka berdua seperti adik-beradik lelaki dan perempuan si mati atau anak-anak kepada adik-beradik lelaki seibu sebapa atau sebapa si mati. Bagaiamana dengan anak susuan? Bagi saya, ayat sebelum ini sudah dapat menjelaskan kedudukan anak susuan.

2. Pernikahan atau perkahwinan. Iaitu hubungan perkahwinan yang sah, walaupun mereka tidak sempat bersetubuh atau berkhalwat. Kedua-dua suami isteri berhak mewarisi pusaka pasangannya.

3. Wala’. Ia bermaksud pembebasan hamba. Ia dimiliki oleh bekas pemilik hamba daripada hamba yang dibebaskan. Bekas pemilik hamba akan mewarisi pusaka sama ada bekas hambanya lelaki mahupun wanita. Bekas pemilik hamba ini dianggap sebagai asabah kerana diri sendiri (al-asabah bi al-nafs)

4. Islam. Iaitu apabila seseorang muslim mati dan tidak mempunyai sesiapa yang mewarisinya, maka harta peninggalannya diserahkan kepada Bayt al-Mal.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

6. Perkara yang boleh menghalang seseorang daripada mempusakai harta

Kuliah Fiqh Urus Pusaka bersama Dr. Hasanah Abd. Khafidz

Tarikh ditulis: 2007-07-19 16:35:36
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 Terdapat beberapa sebab yang boleh menghalang seseorang waris daripada menerima harta pusaka, iaitu:

1. Perhambaan.
2. Pembunuh. Seorang pembunuh tidak boleh mewarisi harta orang yang dibunuhnya. Sabda Nabi Muhammad, maksudnya: “Pembunuh tidak boleh menerima apa-apa pun (harta pusaka)” (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud).
Seseorang yang membunuh ahli keluarganya juga boleh dianggap sebagai cuba untuk mempercepatkan pewarisan harta kepadanya. Sebagai balasan, Islam mengharamkannya mewarisi harta ahli keluarga yang telah dibunuh itu. Namun, dia masih layak untuk menerima harta pusaka daripada ahli keluarga yang tidak dibunuhnya.
3. Perbezaan agama. Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad, maksudnya: “Seorang muslim tidak boleh mewarisi pusaka orang kafir dan seorang kafir tidak boleh mewarisi pusaka orang Islam” (Hadis diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

7. Siapakah Lelaki yang Layak Mempusakai Harta?

Kuliah Fiqh Urus Pusaka bersama Dr. Hasanah Abd. Khafidz

Tarikh ditulis: 2007-07-19 16:34:59
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 Pewaris lelaki yang boleh mewarisi dan termasuk dalam kumpulan pewaris fardh (pewaris faraid) ada sepuluh golongan:
1. Anak lelaki.
2. Anak lelaki kepada anak lelaki (cucu) dan ke bawah.
3. Bapa.
4. Bapa kepada bapa (datuk) dan ke atas.
5. Adik-beradik lelaki seibu sebapa, sebapa atau seibu.
6. Anak lelaki kepada adik beradik lelaki seibu sebapa dan sebapa (anak saudara).
Anak lelaki kepada adik beradik lelaki seibu tidak termasuk dalam pewaris faraid. Sebaliknya, dia masuk dalam golongan pewaris zawi al-arham (pewaris kerabat).
7. Bapa saudara sebelah bapa yang sama datuk dan nenek; dan bapa saudara sebelah bapa yang sama datuk.
Bapa saudara sebelah ibu dan bapa saudara sebelah bapa yang sama nenek termasuk dalam pewaris kerabat.
8. Anak lelaki kepada bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa dan sebapa.
Anak lelaki kepada bapa saudara sebelah bapa yang sama nenek tidak menjadi pewaris faraid. Sebaliknya, dia termasuk dalam pewaris kerabat.
9. Suami.
10. Lelaki yang memerdekan hamba.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

8. Pewaris Tetap dari Kalangan Lelaki

Kuliah Fiqh Urus Pusaka bersama Dr. Hasanah Abd. Khafidz

Tarikh ditulis: 2007-07-19 16:34:13
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 Sekiranya semua golongan pewaris lelaki ada, terdapat hanya tiga pewaris yang menjadi pewaris tetap. Mereka ini tidak boleh dihalang (dihijab) daripada menerima harta pusaka kecuali dengan sebab tiga halangan yang telah disebut sebelum ini (iaitu: jika mereka hamba, pembunuh orang yang diwarisi ataupun berlainan agama).

Pewaris tetap ini ialah:
1. Bapa
2. Anak lelaki
3. Suami

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

9. Siapakah Perempuan yang Layak Mempusakai Harta?

Kuliah Fiqh Urus Pusaka bersama Dr. Hasanah Abd. Khafidz

Tarikh ditulis: 2007-07-19 16:32:53
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 Pewaris wanita yang termasuk dalam golongan pewaris tetap ada tujuh, iaitu:
1. Anak perempuan
2. Anak perempuan kepada anak lelaki (cucu) dan ke bawah.
3. Ibu.
4. Ibu kepada ibu atau bapa (nenek) dan ke atas.
5. Adik beradik perempuan seibu sebapa, sebapa atau seibu.
6. Isteri atau isteri-isteri.
7. Wanita yang memerdekakan hamba.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

10. Pewaris Tetap dari Kalangan Perempuan

Kuliah Fiqh Urus Pusaka bersama Dr. Hasanah Abd. Khafidz

Tarikh ditulis: 2007-07-19 16:31:46
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 Sekiranya kesemua golongan waris perempuan wujud (dan tiada pewaris lelaki), hanya lima golongan sahaja yang layak menerima harta pusaka. Mereka ialah:
1. Anak perempuan
2. Anak perempuan kepada anak lelaki
3. Ibu
4. Adik beradik perempuan seibu sebapa
5. Isteri

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

11. Jika semua pewaris ada? (Pewaris tetap dalam kalangan lelaki dan wanita)

Kuliah Fiqh Urus Pusaka bersama Dr. Hasanah Abd. Khafidz

Tarikh ditulis: 2007-07-19 16:31:00
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 Sekiranya semua golongan waris lelaki dan perempuan wujud, bukan semuanya layak menerima harta pusaka. Sebaliknya, hanya lima golongan sahaja yang layak menerima harta pusaka. Golongan yang lain pula terhalang daripada menerimanya.

Pewaris tetap ini ialah:
1. Anak lelaki
2. Anak perempuan
3. Bapa
4. Ibu
5. Suami ataupun isteri

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

12. Pembahagian Harta Pusaka Menurut Faraid

Kuliah Fiqh Urus Pusaka bersama Dr. Hasanah Abd. Khafidz

Tarikh ditulis: 2007-07-19 16:29:07
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 Pembahagian harta pusaka yang ditetapkan dalam al-Quran menggunakan kaedah ‘pecahan’. Contohnya, satu perdua (½), satu perempat (¼) dan sebagainya.

Untuk memudahkan kita memahami pecahan untuk seseorang, maka seeloknya kita menyenaraikan sesuatu golongan dan kemudian dinyatakan jumlah pecahan yang layak diterimanya mengikut keadaan yang tertentu.

Perhatian:
1. Dalam semua keadaan, sebelum melakukan sebarang pengagihan harta pusaka, terdapat dua perkara yang mesti diselesaikan terlebih dahulu, iaitu hutang dan wasiat si mati.
2. Dalam semua keadaan, hanya pewaris yang tidak terhalang dengan tiga halangan (hamba, pembunuh si mati ataupun berlainan agama) sahaja yang layak menerima pusaka.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

13. Bahagian Suami

Kuliah Fiqh Urus Pusaka bersama Dr. Hasanah Abd. Khafidz

Tarikh ditulis: 2007-07-19 16:27:53
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 Allah telah berfirman, maksudnya:
“Dan kamu mendapat separuh dripada apa yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu, jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak, maka kamu dapat ¼ daripada apa yang mereka tinggalkan, iaitu sesudah (diselesaikan) wasiat yang mereka wasiatkan ataupun (sesudah diselesaikan) hutang”. (An-Nisa’: 12)

Berdasarkan ayat ini, dapatlah difahami bahawa pecahan untuk suami bergantung kepada duan keadaan:

1. Jika si mati (isteri) tidak mempunyai anak ataupun anak kepada anak lelaki dan ke bawah, maka suami akan menerima ½ daripada harta pusaka.
2. Jika si mati (isteri) mempunyai anak ataupun anak kepada anak lelaki dan ke bawah (dan masih hidup), maka suami akan menerima ¼ daripada harta pusaka.

Formula:

Suami:

isteri tiada anak –> ½
isteri ada anak –> ¼

Cara baca:

Jika isteri tiada anak, suami dapat 1/2
Jika isteri ada anak, suami dapat 1/4

Perhatian:

1. Dalam keadaan ini, yang ditekankan ialah anak kepada si mati (isteri), bukannya anak kepada suami.
2. Bahagian suami boleh berkurangan jika pecahan harta pusaka bersama-sama pewaris lain tidak mencukupi. Oleh itu, semua pewaris akan mengalami pemotongan mengikut kadar yang diterima masing-masing secara ‘aul sehingga ia menjadi genap dengan jumlah sebenar harta yang ditinggalkan. (Sila rujuk dalam tajuk ‘aul).
3. Suami ataupun isteri mungkin menerima bahagian yang lebih jika mereka mempunyai hubungan kerabat yang tertentu. Contohnya, isteri mati meninggalkan suami dan ibu, sedangkan suami tadi juga merupakan anak kepada bapa saudara seibu sebapa.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

14. Bahagian Isteri

Kuliah Fiqh Urus Pusaka bersama Dr. Hasanah Abd. Khafidz

Tarikh ditulis: 2007-07-19 16:26:53
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 Allah telah berfirman, maksudnya:

“…dan isteri-isteri itu dapat ¼ daripada apa yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi jika kamu ada mempunyai anak, maka mereka dapat 1/8 daripada apa yang kamu tinggalkan, setelah (diselesaikan) wasiat yang kamu wasiatkan atau hutang”. (An-Nisa’: 12)

Berdasarkan ayat ini, adalah difahami bahawa, bahagian Isteri:

1. Jika si mati (suami) tidak mempunyai anak atau anak kepada anak lelaki dan ke bawah, maka isteri mendapat ¼ daripada harta pusaka.
2. Jika si mati (suami) mempunyai anak (sama ada lelaki ataupun perempuan) atau anak kepada anak lelaki dan ke bawah, maka isteri mendapat 1/8 daripada harta pusaka.

Formula:

Isteri

suami tiada anak –> ¼
suami ada anak –> 1/8

Perhatian:

Jika terdapat lebih daripada seorang isteri, contohnya, dua orang isteri, mereka akan berkongsi sama rata mengikut pecahan yang diterima. Contohnya, si mati (suami) ada anak dan dua orang isteri, maka bahagian untuk para isteri ialah 1/8. Para isteri berkongsi pecahan 1/8 dengan sama rata, iaitu menjadi 1/16 bagi setiap seorang.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

15. Bahagian Ibu

Kuliah Fiqh Urus Pusaka bersama Dr. Hasanah Abd. Khafidz

Tarikh ditulis: 2007-07-19 16:26:07
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 Firman Allah, maksudnya:
“…dan bagi ibu bapa, tiap-tiap seorang daripada mereka mendapat 1/6 harta yang ditinggalkan jika ada baginya anak. Tetapi jika dia tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu bapanya sahaja, maka ibu mendapat ½. Jika dia mempunyai adik-beradik, maka ibu mendapat 1/6, selepas (ditolak daripada) wasiat yang diwasiatkan ataupun hutang”. (An-Nisa’: 16)

Bahagian untuk ibu ialah:

1. Jika si mati mempunyai anak atau anak kepada anak lelaki dan ke bawah, atau ada dua orang atau lebih adik-beradik lelaki atau perempuan yang seibu sebapa atau seibu atau sebapa, maka bahagian ibu ialah 1/6.
2. Jika si mati tidak mempunyai anak atau anak kepada anak lelaki dan ke bawah, ataupun si mati mempunyai seorang adik-beradik sama ada perempuan atau lelaki, maka bahagian ibu ialah 1/3.
3. Jika si mati meninggalkan suami atau isteri dan bapa, maka bahagian ibu ialah 1/3 daripada baki harta, iaitu selepas dibahagikan secara faraid antara suami atau isteri tersebut.

Formula:

Ibu

si mati ada anak –>1/6
si mati ada 2+ adik-beradik –> 1/6
si mati tiada anak –>1/3
si mati ada 1 adik-beradik –>1/3
si mati ada suami/isteri dan bapa –> 1/3 baki harta

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Buku

Tarikh ditulis: 2007-01-26 14:44:41
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 Bagaimana Mengurus Harta Pusaka

Panduan langkah demi langkah merancang serta mengurus harta pusaka orang Islam dan bukan Islam

Buku Bagaimana Mengurus Harta Pusaka
Pengarang: Mohd. Fitri Abdul Rahman
Penerbit: PTS Professional
Jumlah halaman: 136
Harga: RM19.00 (Semenanjung Malaysia)/RM22.00 (Sabah dan Sarawak)
(tidak termasuk kos pos)Buku yang padat dan lengkap ini ditulis oleh seorang yang boleh dikatakan pakar dalam bidang pengurusan harta pusaka. En. Mohd. Fitri Abdul Rahman, yang telah sekian tahun menguruskan soal harta pusaka ialah Penolong Pengarah (Seksyen Pembahagian Pusaka), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah.Penulisan yang jelas dan 'up-to-date' tentang cara menyelesaikan masalah pembahagian harta pusaka dan cara menguruskannya sangat menarik minat pembaca. Apatah lagi, kulit muka yang 'catchy' dan kualiti penerbitan yang baik, membuatkan anda tidak akan merasa rugi untuk memiliki buku ini.

Antara topik yang dimuatkan dalam buku ini ialah:

Kepentingan merancang pengurusan harta pusaka sementara anda masih diberikan rahmat kehidupan
Aspek undang-undang
Akta harta pusaka kecil
Langkah-langkah untuk menguruskan harta pusaka
Isu-isu harta pusaka
Pengenalan Ilmu Faraid
Budaya semasa harta pusaka

Anda boleh mendapatkan buku ini di mana-mana kedai buku atau tempah secara online di www.pts.com.my

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Risalah Wasi

Tarikh ditulis: 2007-01-26 14:13:09
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 Risalah Wasi berfungsi untuk melantik penama yang bertindak sebagai pentadbir harta pusaka selepas kematian pemilik harta. Ini dapat mengelakkan harta beku beberapa lama kerana kesukaran dalam mengambil kuasa untuk mentadbir harta.

Penama yang dinamakan sebagai pentadbir pusaka inilah yang dikenali sebagai wasi.

Melalui Risalah Wasi juga, beberapa perincian boleh disebutkan. Antaranya ialah tentang urusan pengkebumian, pengendalian pusaka dan juga pesanan-pesanan lain yang dikehendaki oleh pemilik harta.

Bagaimana Risalah Wasi dapat mempercepatkan urusan pembahagian harta pusaka?

Risalah Wasi ditulis oleh pemilik harta itu sendiri. Jadi, dia lebih tahu tentang harta dan hutangnya. Jika berlaku kematian, tidak timbul masalah di kalangan pewaris untuk menyiasat apa-apa harta dan juga hutang yang ditanggung oleh si mati. Urusan yang kadangkala memakan masa hingga bertahun-tahun ini dapat dijimatkan melalui penulisan Risalah Wasi.

Di dalam Risalah Wasi, disenaraikan juga senarai waris yang layak mewarisi harta beliau. Jadi, tidak timbul masalah di kalangan pewaris untuk menjelaskan kesahihan kelayakan dalam mewarisi harta.

Penulisan Risalah Wasi menggunakan khidmat peguam yang bertauliah. Ini menjadikan risalah yang ditulis boleh digunakan untuk penyelesaian pusaka dengan segera.

Bagaimana caranya untuk menulis Risalah Wasi?

Untuk merancang pengurusan harta anda, sila dapatkan bantuan daripada perunding bertauliah sahaja.

Kami di UrusPusaka.com bersedia untuk membantu anda menulis Risalah Wasi.

Ustaz Rosdi Yusof, salah seorang team UrusPusaka.com ialah Perunding Bertauliah Syarikat UrusPusaka Sdn. Bhd.

Untuk rundingan dan maklumat lanjut, sila hubungi Ustaz Rosdi:

Tel: 019-477 0644

Emel: uruspusakaanda[at]yahoo.com

Laman web peribadi: http://blog.rosdi.net/

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Penama/pemegang amanah Tabung Haji

Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:07:18
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 Ustaz, assalamu’alaikum

Sekiranya arwah ada meninggalkan sejumlah wang di Tabung Haji dan diletakkan nama saya dan kakak shj sebagai pemegang amanah, walhal masih ada waris lain yg mempunyai hak ke atas harta tersebut, bolehkah kami (penama tabung haji) menggunakan keseluruhan duit yg di amanahkan untuk tujuan hal2 spt fidyah arwah, haji badal arwah, segala untuk arwah dan bukan diri sendri, tanpa persetujuan waris lainnya? Harap jawapan ustaz boleh membantu kami menyelesaikan masalah ini memandang terdapat beberapa adik beradik yg tidak bersetuju untuk menggunakan duit tersebut untuk urusan arwah. Sekian.

Natera

Jawapan:

natera,
Penama dalam akaun Tabung Haji hanya boleh bertindak sebagai pemegang amanah. Dia wajib menggunakan wang simpanan tersebut mengikut syarak.

Pertama, hendaklah diselesaikan segala kos pengebumian dan segala hutang piutang arwah
Kedua, hendaklah diselesaikan wasiat jika ada
Ketiga, barulah boleh diagihkan sesama waris.

Jika ada hutang & urusan wajib arwah yang belum diselesaikan, maka hendaklah diselesaikan terlebih dahulu walaupun ada waris lain yang membantah. Walau bagaimanapun, dalam hal ini, persepakatan sesama waris adalah sangat penting. Carilah jalan supaya waris yang lain dapat memahami perkara ini. Namun begitu, janganlah berkeras hendak melakukan urusan yang sunat untuk arwah jika waris lain membantah kerana mereka juga mempunyai hak dalam harta tersebut.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Selamat Datang ke UrusPusaka dot com

Tarikh ditulis: 2007-01-26 14:08:21
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 UrusPusaka.com menjadikan tutorial online sebagai satu produk utama yang diberikan untuk para pengunjung laman web ini.

Tutorial online secara PERCUMA ini merupakan satu khidmat masyarakat yang diharapkan dapat membantu para pengunjung yang ingin mendalami ilmu faraid dan menghadapi masalah pembahagian harta pusaka.

Selain itu, UrusPusaka.com (melalui Ustaz Rosdi selaku Perunding Bertauliah Syarikat UrusPusaka Sdn. Bhd.) juga menyediakan Perkhidmatan Penyediaan Dokumen Perancangan Pusaka.

Penyediaan dokumen ini diperlukan untuk memudahkan pengurusan harta pusaka selepas kematian. Tanpa dokumen perancangan pusaka, prosuder yang perlu dilalui untuk membahagikan harta pusaka adalah sangat panjang dan rumit. Banyak lagi masalah lain yang biasa timbul berkaitan dengan harta pusaka dan wasiat dapat diselesaikan ataupun dipermudahkan dengan adanya dokumen perancangan pusaka.

Terdapat beberapa dokumen perancangan yang ditawarkan. Antaranya ialah:

1. Risalah Wasi

2. Risalah Wasiat

3. Risalah Amanah Faraid

4. Risalah Intim

5. Risalah Hawa

6. Risalah Hibah

Kami akan terus meningkatkan dan mengembangkan maklumat dalam laman web ini. Diharapkan para pengunjung sekelian akan terus berkunjung ke laman ini. Untuk makluman, kami sedang menyiapkan sebuah e-book untuk diberikan secara PERCUMA kepada pengguna berdaftar. Jadi, jangan lupa, bookmark laman ini dan daftar dalam UrusPusaka.com.

Sebarang persoalan, sila emel: [ups! deleted]

Anda juga boleh berhubung terus dengan:

Ustaz Rosdi Yusof
Perunding Bertauliah
Syarikat UrusPusaka Sdn. Bhd.
No. h/p: 012 - 494 0644 019-477 0644

*Maaf kerana terlambat memaklumkan perubahan no. hp. Sengaja beralih syarikat pengendali atas sebab sosio-ekonomi ummah.

*Sila hantar mesej-SMS terlebih dahulu kerana mungkin ustaz sedang memberikan kuliah kepada para pelajar.

Kami mengalu-alukan respon, komen dan pertanyaan daripada anda.

Terima kasih.

Salam hormat,

Dr. Hasanah & Ustaz Rosdi
Team UrusPusaka.com

.
===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Sireh Pinang

Tarikh ditulis: 2007-01-23 06:04:37
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 Selamat Datang

Percaya atau tidak, sebenarnya, terdapat begitu banyak aset umat Islam di Malaysia yang terbiar kerana menghadapi masalah pengurusan termasuklah pengurusan harta pusaka. Sayang sekali, kerana harta itu milik kita, tetapi, kerana kesukaran untuk menyelesaikan berbagai-bagai masalah menyebabkan harta yang telah diusahakan oleh ayahbonda dan nenek-moyang kita terbiar begitu sahaja. Jangan biarkan perkara ini berlarutan.

Ada cara untuk mengelakkan pengabaian harta benda setelah Allah s.w.t. menjemput kita. Ada cara untuk mengelakkan anak-anak dan saudara-mara bergaduh dan bermusuh kerana harta yang telah kita usahakan.

Hubungi kami di: urus@uruspusaka.com untuk maklumat lanjut.
Terima kasih

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

UrusPusaka.com berubah wajah lagi

Tarikh ditulis: 2006-09-06 01:45:03
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 Assalamualaikum…

Aduhai letihnya bermain-main dengan ‘benda-benda’ teknikal ni. Sakit kepala dibuatnya. Setelah hampir 2 minggu belajar menggunakan Joomla!, akhirnya saya angkat tangan. Dah tak berdaya melayan kerenah template yang canggih tapi berbelit-belit. Kalaulah ada orang yang sanggup ajar saya menggunakan Joomla!, tak perlulah saya baca manual berulang-kali, tapi masih tak jumpa jalan penyelesaian kepada beberapa isu yang timbul.

Oleh kerana saya semakin sibuk dengan tugas-tugas di USM, akhirnya, saya terpaksa memilih sistem yang lebih familiar bagi saya, iaitu sistem WordPress. Walaupun ia adalah ‘blog-base’, tapi, itu adalah lebih baik berbanding sistem Joomla! yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi untuk difahami. Walau macamanapun, saya tetap menganggap, sistem Joomla! lebih baik daripada WordPress! Syabas untuk team Joomla! dan WordPress.

Akhir kata, selamat bertamu kembali di www.UrusPusaka.com yang akan lebih aktif dan informatif selepas ini!

Terima kasih.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

16. Bahagian Bapa

Kuliah Fiqh Urus Pusaka bersama Dr. Hasanah Abd. Khafidz

Tarikh ditulis: 2007-07-19 16:25:23
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 Allah telah berfirman, maksudnya:
“… dan untuk kedua orang ibu bapa, bagi tiap-tiap seorang daripada mereka ialah 1/6 daripada harta yang ditinggalkan jika ada baginya anak. Tetapi jika tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu bapanya (sahaja) maka ibunya mendapat 1/3”. (An-Nisa’: 11)

Bahagian untuk bapa:

1. Jika si mati (anak) mempunyai anak lelaki atau anak kepada anak lelaki dan ke bawah, bapa mendapat 1/6.
2. Jika si mati tidak mempunyai anak atau anak kepada anak lelaki dan ke bawah (sama ada anak lelaki atau perempuan), bapa mendapat asabah, iaitu baki harta.
3. Jika si mati mempunyai anak perempuan atau anak perempuan kepada anak lelaki dan ke bawah, dan masih terdapat baki harta setelah dibahagikan kepada waris fardh, maka bapa mendapat 1/6 dan baki harta.

Formula:

Bapa

si mati ada anak lelaki –> 1/6
si mati tiada anak langsung –> baki harta (asabah)
si mati ada anak perempuan –>1/6 + baki harta

Perhatian:

1. Bapa mungkin mendapat lebih jika pewaris yang ada hanyalah ibu dan suami atau isteri.
2. Bapa mungkin mendapat bahagian yang kurang jika harta tidak mencukupi untuk dibahagikan kepada semua pewaris yang berhak. Dalam keadaan ini, semua pewaris akan mengalami pemotongan.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Teknikal! teknikal!

Tarikh ditulis: 2007-07-19 16:20:43
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 Assalamualaikum,

Untuk beberapa hari (harap-harap jangan lah melarat sampai berminggu-minggu) weblog ini akan mengalami sedikit gangguan teknikal.
Sebabnya, saya perlu melakukan beberapa operasi yang melibatkan aspek agak berbelit-belit tetapi perlu dilakukan juga.

Diharapkan agar pengunjung sekelian dapat bersabar dan akan kembali semula selepas ini.

Terima kasih.

Salam hormat

Dr. Hasanah

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Wednesday 6 May 2015

Soalan Urus Pusaka ke: 102

Nama: Azlan

assalamualaikum..

Tuan..saya ingin bertanya sedikit kemusykilan:

a) Datuk saya telah meninggalkan tanah di kampung utk diwariskan ke anak-anak nya ( 3 orang lelaki ). Sebelum datuk meninggal dunia, ayah saya telah meninggal dulu.

b)Pakcik saya tanpa pengetahuan saya dan adik2 telah menukar nama geran tanah di kampung ke atas nama beliau dan adiknya ( 2 orang ) tanpa memberitahu makhamah yang datuk saya mempunyai seorang lagi anak lelaki yang telah meninggal dunia.

c)Soalannya: Kami selaku anak yatim piatu ( ibu pun telah meninggal dunia ) adakah berhak ke atas tanak pusaka itu selaku cucu lelaki arwah datuk dan anak lelaki arwah ayah?

Terima kasih
AZLAN

IP: 60.49.101.126
Tarikh: 2008-01-28 17:12:11
Emel: aji_lan75@yahoo.com

===========
Soalan ini pada asalnya ditanya dan dijawab di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Soalan Urus Pusaka ke: 92

Nama: sue

ibu ,abang yang dah berkahwin mempunyai 2 anak lelaki ,3 orang adik beradik perempuan..
baru-baru ini kami sekeluarga mendapat duit atas peninggalan moyang saya macam mana kami nak bahagi-bahagikan harta tue mengikut faraid

adakah isteri abang dan anak-anak sedara saya termasuk dalam pembahagian harta tersebut.

bagaimana cara pengiraanya.

IP: 202.75.4.186
Tarikh: 2007-12-31 11:40:08
Emel: awekscute77@yahoo.com

===========
Soalan ini pada asalnya ditanya dan dijawab di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Soalan Urus Pusaka ke: 85

Nama: Faridah MA

Assalamualaikum,

Arwah suami saya telah menjadi salah seorang pentadbir harta pusaka arwah ayahnya yang belum selesai pentadbirannya.

Saya telah berkahwin dengan Suami saya di Selatan Thailand dan perkahwinan ini belum di daftarkan di Malaysia. Kami telah mempunyai 2 orang anak, 1 lelaki dan 1 perempuan yang berumur kurang dari 12 tahun dilahirkan di Malaysia.

Saya bercadang untuk menyelesaikan urusan pentadbiran harta pusaka setelah kematian Suami. Adakah saya dan anak-anak saya tadi berhak ke atas harta pusaka tersebut.

IP: 219.95.54.245
Tarikh: 2007-12-13 17:07:08
Emel: faridahma@gmail.com

===========
Soalan ini pada asalnya ditanya dan dijawab di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage