Citra oh Citra! Inilah Citra UKM

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Thursday 10 September 2015

Citra oh Citra! Inilah Citra UKM



Alhamdulillah kuliah semester 1 sidang 2015/2016 sudah bermula minggu ini. Kelam-kabut kerja minggu lepas belum pun habis, sambung pula minggu ini dengan kelam-kabut kerja kuasa tiga uhuhuuu...

Di Universiti Kebangsaan Malaysia ini, satu bentuk pendidikan tinggi baru diperkenalkan yang dinamakan dengan Pendidikan Citra. Apa maksud citra? Perkataan citra bermaksud imej, gambaran, cerminan dan yang sewaktu dengannya. Tempat saya bertugas ini, dahulu dikenali dengan nama Pusat Pengajian Umum. Sekarang dijenamakan semula dengan nama Pusat Citra Universiti. Wow! Pergi mana-mana pun bila orang tanya, "Mengajar di fakulti mana?" Saya jawab, "Di Pusat Citra Universiti." Pasti spontan sahaja orang reply, "Citra? apa tu?" ahah! Selamat Datang ke UKM! Mai sini cheq nak cheghita....


Dalam sistem pendidikan tinggi biasanya pelajar ada bidang major dan ambil kursus minor. Pelajar juga akan ambil subjek elektif tertentu untuk melengkapkan kredit. Biasanya jumlah kredit untuk graduasi ialah sekitar 120 jam kredit.

Dalam Pendidikan Citra pula, pelajar juga perlu memenuhi jam kredit yang ditentukan iaitu sekitar 120 jam kredit. Bezanya, daripada 120 jam tersebut sebanyak 40 jam kredit diperuntukkan untuk kursus Citra. Sebanyak 80 jam kredit masih diperuntukkan untuk kursus-kursus dalam bidang pelajar tersebut.

Contoh, Ahmad seorang pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan, maka sepanjang tempoh pengajian dia perlu mengambil kursus-kursus yang ditetapkan oleh Fakulti sebanyak 80 jam iaitu anggaran sekitar 30 subjek (sila tanya fakulti ya!). Ahmad juga perlu mengambil 40 jam kredit kursus Citra iaitu anggaran sekitar 15 subjek. Saya sebut 'anggaran' kerana ada kursus yang nilainya  1 kredit, ada yang 2, malah ada yang 3 kredit. Yang penting Ahmad perlu cukup semua bilangan 80 kredit fakulti + 40 kredit Citra = 120 kredit (bukan bilangan kursus tau).

**Contoh Ahmad di atas adalah jika pelajar dari kursus yang bukan Program Profesional. Maksud Program Profesional ialah program yang biasanya ada 'board' atau lesen tertentu seperti Undang-Undang, Kejuruteraan, Perubatan dll. Bagi pelajar dari Program Profesional, kredit Citra hanyalah 30 kredit sahaja bukan 40.

Baik. Itu baru dari segi nilai kredit. Apa yang unik dengan Citra? Ni cheq nak cheghita la ni....

[Notis awal: teks di bawah hanya untuk pelajar UKM tahun 1 sidang 2015/2016 sahaja]

Citra memfokuskan kepada 6 bidang (dulu disebut domain) bagi memupuk personaliti pelajar yang unggul, multidisplin dan mengetahui bidang ilmu yang luas. Enam citra tersebut ialah:

Citra 1 – Citra Etika, Kewargenegaran & Ketamadunan
Citra 2 – Citra Bahasa, Komunikasi & Literasi
Citra 3 – Citra Peradaban Kuantitatif & Kualitatif
Citra 4 – Citra Kepimpinan, Keusahawanan & Inovasi
Citra 5 – Citra Sains, Teknologi dan Kelestarian
Citra 6 – Citra Kekeluargaan, Kesihatan dan Kehidupan

Dalam setiap Citra di atas terdapat berpuluh-puluh kursus yang ditawarkan oleh Pusat Citra Universiti dan juga seluruh fakulti di UKM. Kursus-kursus ini boleh diambil oleh mana-mana pelajar. Pelajar perlu mengambil beberapa subjek hingga memenuhi sekurang-kurangnya 4 kredit bagi Citra 1 & 2, manakala bagi Citra 3-4, pelajar perlu ambil sekurang-kurangnya 2 kredit setiap Citra. Pelajar juga masih ada peluang untuk penuhi 14 kredit lagi daripada mana-mana Citra yang dia cenderung [Huraian ini untuk pelajar kemasukan 2015/2016].

Contoh, kalau dia dari Fakulti Pengajian Islam tapi minat berniaga boleh la ambil banyak subjek dalam Citra 4 iaitu Citra Kepimpinan, Keusahawan & Inovasi. Moga nanti terhasil ustaz syariah compliant yang hebat dalam ilmu persyarikatan.

Contoh lain, kalau dia dari Fakulti Kejuruteraan dan minat untuk mendalami sains kesihatan, boleh ambil banyak kursus dari Citra 6. Moga nanti lebih banyak produk kejuruteraan dapat dihasilkan bagi memenuhi keperluan kesihatan.

Walau bagaimanapun, dalam semua 6 Citra ini, universiti telah mewajibkan 10 kredit untuk subjek wajib universiti seperti Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Hubungan Etnik, Asas Keusahawan dan juga subjek Kemahiran Insaniah.

Senarai kursus rentas disiplin ilmu yang bebas untuk dipilih oleh pelajar boleh dirujuk dalam laman web Citra iaitu di http://www.ukm.my/citra . Panjang sangat senarainya. Silalah belek & belai ya.

Saya tidak dibayar untuk tulis artikel ni hihiii.... Tapi masa Hari Bersama Pelajar yang baru je dilaksanakan, saya antara yang terkumat-kamit  di meja pertanyaan (sepatutnya disebut MEJA JAWAPAN) melayan pelbagai soalan pelajar tentang Citra :)

Ok sambung kerja. Kita jumpa di Citra UKM tau!



2 comments

  1. Assalam dr hasanah, boleh dr terangkan mengenai kursus baharu iaitu ijazah sarjanamuda Sains Citra yg bermula tahun 2018/2019 ni?

    ReplyDelete
  2. AssalaM Dr, sy nak tanya, contoh kalau salah atu citra luar yang diambil tu tidak lulus, wajib ambil dan ulang semula citra tersebut?

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage