Pada 12 Disember 2019, saya berpeluang berkongsi sedikit pengalaman membuat e-content menggunakan apps percuma dalam iPad, namanya Keynote.
Apps Keynote adalah apps yang dikeluarkan oleh Apple untuk semua pembeli produk Apple. Dalam kes saya, iPad.
Kali ini sesi perkongsian di hadapan ratusan cikgu-cikgu hebat dari seluruh Malaysia agak menarik kerana ia adalah program peringkat kebangsaan dan dipancarkan secara live.
Tunggu apa lagi, jom tonton (bermula dari 42:45):
Ada banyak yang boleh dibuat dengan iPad. Yang saya kongsi ini lebih kepada membuat video pendidikan yang memerlukan cikgu melukis, membuat animasi, masukkan suara dsb.
Jangan risau untuk bermula ya. Yang penting kita mulakan. Saya selalu sebut, BANTAI je laaa hahaaa
Atas pentas tu ada 3 Apple consultants iaitu saya, Dr Helmi Norman & Puan Zaharah Ismail
No comments
Post a Comment