Iddah: Bahagian Tiga (Iddah bagi wanita yang kematian suami)

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Thursday 7 August 2008

Iddah: Bahagian Tiga (Iddah bagi wanita yang kematian suami)



Wanita yang kematian suami mempunyai tempoh iddah yang berbeza berbanding perpisahan akibat perceraian. Disebutkan dalam ayat 234 Surah al-Baqarah:
((..dan bagi perempuan yang kematian suami di antara kamu dan kemudiannya mahu berkahwin maka hendaklah dia menahan dirinya (beriddahh) selama empat bulan dan sepuluh hari))

Dalam satu kertas kerja yang ditulis oleh pensyarah saya semasa belajar di Universiti Mu'tah, Jordan, iaitu Dr. Abd al-Hamid al-Majali (ArabLawInfo.com: 2002), dijelaskan tentang hikmah disyariatkan iddah bagi wanita yang kematian suami. Beliau antara lain menjelaskan bahawa ikatan perkahwinan merupakan satu ikatan yang sangat kuat dan suci yang diasaskan oleh perasaan cinta dan kasih sayang. Al-Quran banyak memberikan gambaran yang indah tentang hubungan perkahwinan (lihat: al-Baqarah ayat 187 dan al-Rum ayat 21) di mana pasangan suami isteri menjadi pakaian antara satu sama lain dan dijadikan pula pasangan itu tempat untuk bersenang-senang dan mendapat ketenangan. Ikatan zahir dan batin yang begitu kuat ini pastinya menjadikan perpisahan antara kedua-duanya sangat sukar sekali apatah lagi jika perpisahan itu akibat kematian.


Al-Majali menambah bahawa iddah antara lain dapat memastikan rahim wanita bersih dari benih suami, mengenang kebaikan dan keindahan hidup bersama suami, menzahirkan kesedihan atas pemergiannya, memelihara kehormatannya serta mengelakkan fitnah. Wanita ialah makhluk tuhan yang dianugerahkan dengan roh dan jasad. Dalam keadaan yang sangat sukar selepas kematian suami, wanita memerlukan masa untuk membiasakan dirinya dengan kehidupan baru yang pastinya jauh berbeza dengan kehidupan semasa suaminya masih hidup.

TEMPOH IDDAH WANITA YANG KEMATIAN SUAMI

1) BAGI WANITA/ISTERI YANG TIDAK MENGANDUNG

Tempohnya ialah 4 bulan 10 hari dari tarikh kematian. Perlu diingatkan bahawa 'bulan' di sini ialah bulan dalam kalender Islam/ Hijrah bukannya kalender Masehi. Oleh itu, jumlah hari yang dia kena beriddah ialah kira-kira 130 hari.

2)BAGI WANITA/ ISTERI YANG MENGANDUNG

Keadaan ini adalah menyamai keadaan saya yang kehilangan suami tercinta ketika mengandung 8 bulan.

Untuk wanita seperti ini, secara ringkasnya iddahnya tamat sebaik sahaja melahirkan anak (dan bukan 4 bulan 10 hari). Malah, jika selang masa antara kematian suami dan juga kelahiran anak itu sangat pendek, iddahnya tetap berakhir.

Contoh, dalam kes saya, ketika suami meninggal dunia, saya sedang sarat mengandung 8 bulan. Kira-kira 40 hari selepas itu, saya pun bersalin. Maka tamatlah iddah saya, iaitu hanya kira-kira 40 hari sahaja.

Contoh lain, katakanlah jika berlaku kematian ketika si isteri mengandung 2 bulan. Selepas 7 bulan barulah dia bersalin, maka itulah tempoh iddah yang perlu dilaluinya.

Contoh ketiga, katakanlah pasangan suami isteri menaiki kenderaan dan berlaku kemalangan. Akibat hentaman yang kuat, si suami meninggal di tempat kejadian, manakala si isteri bersalin tidak sampai beberapa saat selepas itu, maka dengan serta merta juga iddahnya berakhir.

Dalil ataupun hujah bagi hukum ini adalah seperti ayat Quran yang menyebut bahawa perempuan yang mengandung tempoh iddahnya ialah sehingga melahirkan anak (al-Talaq, ayat 4). Dalil daripada hadis sahih juga menjelaskan keadaan perempuan yang hamil ketika kematian suami lalu Rasulullah s.a.w. membenarkannya berkahwin lain selepas bersalin (tidak perlu menunggu hingga 4 bulan 10 hari). Hukum ini telah dijelaskan oleh baginda dalam hadis tentang Sabi'ah al-Aslamiyah yang bersalin beberapa hari selepas kematian suaminya (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Demikianlah pendirian majoriti fuqaha dalam kes seperti ini.

Terdapat pula sebilangan fuqaha yang berpendapat bahawa dalam keadaan ini hendaklah si isteri tadi beriddah mengikut ab'ad al-ajalayn, iaitu tempoh yang paling panjang. Maksudnya, jika tempoh 4 bulan 10 hari lebih panjang dari tarikh bersalin, maka hendaklah wanita itu beriddah selama 4 bulan 10 hari. Tetapi jika tarikh bersalin lebih lewat/ terkemudian berbanding 4 bulan 10 hari, maka hendaklah dia beriddah hinggalah bersalin.

Pandangan ini di bawa oleh sebilangan kecil fuqaha.

Cukup dulu kot tentang iddah wanita yang kematian suami... Semoga artikel ini dapat dimanfaatkan oleh wanita di luar sana yang senasib dengan saya...
Al-Fatihah buat para suami yang telah kembali ke rahmatullah...


SIRI ARTIKEL TENTANG IDDAH

* IDDAH
* TEMPOH IDDAH: BAHAGIAN 1
* TEMPOH IDDAH: BAHAGIAN 2
* TEMPOH IDDAH: BAHAGIAN TIGA (IDDAH BAGI WANITA YANG KEMATIAN SUAMI)

62 comments

  1. saya nak tahu apakah dalil dari segi al-quran dan as-sunnah bagi perempuan yang diceraikan samada perempuan itu mengandung ataupun tidak..........

    ReplyDelete
  2. Nurul,
    Lihat di http://drhasanah.com/2008/tempoh-iddah-bahagian-1/

    ReplyDelete
  3. maklumat yang diberikan sangat berguna.syukran jazilan

    ReplyDelete
  4. Salam Dr Hasanah. Melalui tempoh iddah merupakan satu kewajipan dalam syariah...bagaimana tentang tatah tertib wanita ketika beriddah -setelah kematian suami? Selain dari menjaga tingkahlaku (tidak keterlaluan nada bicara), megenakan pakaian yg tidak berwarna dan tidak berwangi2an , bagaimana tentang pergaulan degan rakan taulan, saudara mara? Bolehkah menghadiri kenduri tahlil?, menziarah kematian atau menziarah rakan yg baru bersalin? harap dapat menjelaskan. Terimakasih dan Allah bless.

    ReplyDelete
  5. Salam kak Fiza, pada asasnya, perempuan dalam iddah tidak harus keluar rumah kecuali jika ada keperluan. Namun tidak ada salahnya jika dia bergaul dengan jiran dan saudara mara kerana itu boleh membantunya melalui saat yang sukar. Tapi, sebaiknya, hanya keluar bila ada keperluan yang penting sahaja.

    ReplyDelete
  6. Takziah Dr. Hasanah. Ibu saya baru saja kehilangan suami (Abah saya) tika 1 Ramadhan lalu baru menyapa siang. Kami usahakan supaya 2 orang adik lelaki saya yang menuntut ilmu di Azhar supaya pulang ke Tanah Air. Alhamdulillah, segalanya teratur menurut kehendak Ilahi. Kami sekeluarga berlapang dada dengan kehilangan ini. Penghujung bulan 11, adik-adik saya akan kembali ke Mesir. Kami adik-beradik merancang untuk menghabiskan masa bersama-sama; barangkali ke sungai terpencil. Cuma menjadi persoalan, bagaimana dengan ibu? Adakah dibolehkan untuknya keluar bersama keluarga ke tempat tersebut. Buat makluman, kami sengaja memilih tempat terpencil untuk mengelakkan percampuran dengan orang ramai. Mohon pendapat Dr. Jazakalallah.

    ReplyDelete
  7. Takziah buat Faiz dan keluarga. Semoga abah Faiz bahagia di alam sana. Semoga anak-anak tak kira yang al-Azhar ataupun tidak sentiasa mendoakan buat ibu bapa.
    Mengenai ibu Faiz, pada saya, tiada masalah untuk dia keluar merehatkan minda, berdamping dengan anak-anak dan mengurangkan tekanan. Wanita yang kematian suami dibenarkan untuk keluar rumah jika ada keperluan. Tetapi jika keluar rumah dengan tujuan untuk berseronok-seronok dan berhibur, maka ia dilarang.
    Wallah a'lam

    ReplyDelete
  8. ibu saya masih dalam edah boleh tak dia keluar contoh pergi shopping pergi beli barang untuk ank sedara dia nk berkahwin.atau pergi jalan-jalan sebab nk hilangkan boring yela baru kematian ayah saya.

    ReplyDelete
  9. apa lagi yang perlu dijelaskan?

    ReplyDelete
  10. Salam,

    Saya baru kematian bapa, saya masih keliru dgn larangan iddah utk ibu saya, khasnya larangan keluar rumah. Bulan depan Aidiladha bakal menjelma, bolehkah saya membawa ibu saya pulang ke kampung untuk menemui sanak saudara dan ibunya.

    Bagaimana pula jika seorang isteri yg bekerja dan tanggungjawabnya perlu dia kerja sehingga waktu malam?

    ReplyDelete
  11. Salam,

    Tahar, asasnya jelas iaitu perempuan yang dalam iddah tidak boleh keluar rumah melainkan ada keperluan. Tidak wajar dia pulang ke kampung untuk ziarah menziarahi. Sebaliknya, sepatutnya, yang di kampung lah datang menziarahi dia yang masih lagi kesedihan. Saudara Tahar telefonlah keluarga di kampung minta supaya mereka datang ke rumah Tahar. Fahamkan mereka dengan keadaan ibu ini.

    Bekerja tidak sama dengan ziarah. Isteri yang kematian suami tidak dilarang keluar bekerja kerana dia perlu menyara dirinya sendiri. Kalau sudah rezeki dia terpaksa bekerja mengikut syif maka tiada salahnya asalkan suasana pekerjaan itu selamat. Namun, hendaklah dia menjaga maruah dan kehormatan diri dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  12. saya telah 4 tahun kehilangan ayah..kini mak saya ingin berkahwin.saya tidak dapat menerima keputuan emak saya kerana saya amat menyayangi ayah saya.setahu saya,emak akan bersama suami terakhir di akhirat.saya tidak sanggup menerima hakikat bahawa emak tidak akan bersama ayah lagi.apa yang harus saya lakukun?

    ReplyDelete
  13. pilihan ibu saya ialah suami orang.walaupun ayah dah pergi,kasih sayang nya masih dirasai.saya memang tidak boleh terima ayah baru.tolong lah saya.saya tiada tempat untuk mengadu nasib.atuk berada jauh di kampung.umur saya 13 tahun.jika sudi membantu no sy 0179316738.terima kasih.

    ReplyDelete
  14. Adik Shida,
    Percayalah, walaupun ibu akan berkahwin lain, tidak bermakna dia sudah tidak sayangkan ayah. Bertahun-tahun ibu berkongsi hidup bersama ayah, segala susah senang yang mereka lalui, merekalah yang lebih mengetahui. Shida anak. Sebahagian kesusahan mereka Shida nampak. Tapi ada banyak lagi suka duka mereka berdua yang Shida tidak tahu. Jadi, jika ibu bertemu jodoh yang baru, Shida kena tenangkan fikiran dan sentiasa FIKIR POSITIF.

    Saya percaya, ibu Shida tetap sayangkan ayah Shida dan tidak mungkin akan melupakan dia sampai bila-bila. Ibu Shida juga tak mungkin akan mengabaikan Shida kerana kasih ibu untuk anaknya tidak pernah bersempadan.

    Doalah banyak-banyak mohon Allah s.w.t bantu Shida menghadapi keadaan ni. Semoga ayah baru dapat memberikan kebahagiaan kepada ibu Shida dan juga untuk Shida sekeluarga.

    ReplyDelete
  15. Apa hukumnya perempuan sedang Iddah keluar rumah untuk bekerja dan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan hal suaminya.....

    ReplyDelete
  16. Tiada masalah insyaAllah sebab keluar tu untuk bekerja untuk menyara dirinya dan apa-apa perkara yang menjadi keperluan penting sahaja.

    ReplyDelete
  17. bolekah seorang balu memakai bedak dlm eddah, kalau saya membawa anak saya mkn di kedai kerana anak saya tidak berapa nak mkn di rumah bila di kedai kdg2 die nak mkn sedangkan saya masih lg dlm edah kematian suami apa hukumnya.

    ReplyDelete
  18. Hukum asasnya, ialah Asfalela dilarang berhias, berwangian dan keluar rumah tanpa tujuan penting. Jadi, nilailah sendiri adakah bedak itu dipakai untuk berhias? Adakah ia mengandungi pewangi?

    ReplyDelete
  19. salam...
    saya ingin bertanya : kawan saya akan melahirkan anak dalam masa sebulan lagi...Dalam masa tersebut, berlaku pertengkaran antara mereka dan suaminya melafazkan cerai....
    Sekiranya suaminya ingin rujuk semula, adakah dia perlu menunggu isterinya melahirkan anak???
    atau bolehkah suaminya merujuk isterinya sebelum melahirkan anak????adakah sah perkahwinan sekiranya dia rujuk semula sebelum isterinya melahirkan anak tersebut???

    ReplyDelete
  20. Nuriena, perceraian tersebut sah jika suami menggunakan lafaz yang jelas tentang cerai/talak. Ia juga sah jika suami menggunakan lafaz yang berkias dan dia memang berniat mahu menceraikan isterinya.

    Jika mahu rujuk, maka segeralah rujuk sebelum si isteri bersalin kerana jika isteri bersalin, maka tamatlah tempoh iddah dan suami sudah tidak boleh rujuk. Namun, jika mahu meneruskan ikatan, maka hendaklah si suami meminang/menikahi bekas isteri tersebut dengan akad dan mahar yang baru.

    Dalil ataupun hujah bagi hukum ini adalah seperti ayat Quran yang menyebut bahawa perempuan yang mengandung tempoh iddahnya ialah sehingga melahirkan anak (al-Talaq, ayat 4). Lihat:
    http://drhasanah.com/2008/iddah-bahagian-tiga-iddah-bagi-wanita-yang-kematian-suami/
    dalam para berkaitan wanita yang hamil dan kematian suami ataupun diceraikan.

    ReplyDelete
  21. nor aidamazmim binti abu talib29 April 2009 at 00:55

    1.benarkah jika seorang wanita yang telah kematian suami jika tidak berkahwain lagi apabila tiba kematian si isteri akan ia bertemu dengan arwah suami di alam kekal kelak.
    2.berdosakah jika si isteri memohon kepada Allah S.W.T untuk mati apabila melahirkan anak mereka nanti.

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum...
    nak bertanya, ibu saya dalam eddah kematian suami, tetapi saya akan bertunang dan memerlukan ibu saya hadir dalam upacara tersebut.
    Tarikh pertunangan susah hendak ditukar kerana faktor masa jarak dan logistic. Bolehkah ibu saya meninggalkan rumah dan hadir pada upacara pertunangan saya itu?

    ReplyDelete
  23. Persoalannya, perlukah ibu hadir dalam majlis tu? Adakah majlis jadi tidak sah jika dia tiada? Tiadakah lagi saudara mara atau jiran-jiran yang boleh mewakili ibu? Kalau benar tarikh sudah tidak boleh diubah, tapi, persoalannya sekali lagi... perlu sangatkah ibu hadir? Sewajarnya semua pihak memahami situasi ibu itu buat masa ini...

    Hmmm.... dulu saya bertunang, bakal ibu mertua saya tidak hadir. Pakcik makcik dan tok wan suami yang memenuhi ruang tamu di rumah saya. Bukan tiada restu, tetapi pada masa itu dia kurang sihat sikit.

    ReplyDelete
  24. Saya berharap sangat ibu hadir dan beliau sendiri ingin hadir dimajlis tersebut kerana hanya beliaulah yg saya ada selain adik2 saya. Beliau berhajat datang bersama adik2 saya. Beliau sedar akan hukum iddah, tetapi tujuannya datang bukanlah kerana bersuka2, tetapi untuk melawat saya, dan juga hadir sekejap dimajlis pertunangan saya itu.
    Walaupun pada hakikatnya tanpa beliau tidak mengapa, tetapi sebagai seorang ibu beliau ingin hadirkan diri demi anaknya ini. Saya kesian melihat ibu kerana beliau sudah jadi serba salah, dan lebih merungsingkan beliau. Walaupun majlis bertunang bukanlah sepenting majlis akad nikah, tetapi kehadiran ibu adalah pelengkap kepada majlis itu. Sayapun dah naik confuse, kerana bukankah Islam itu cukup indah? peristiwa ini akan membuat beliau bertambah sedih...

    ReplyDelete
  25. .... malas betul saya! Kalau anaknya nak suruh juga pergi walaupun saya kata dia perlu berehat di rumah, maka untuk apa bertanya-tanya?

    Semuanya mesti ada hikmah. Berlapang dadalah...

    ReplyDelete
  26. minta maaflah..saya bertanya kepada ramai para ilmuan, dan jawapan yg saya dapat adalah tidak ada pantang larang keluar rumah, dan sampai tahap jatuh haram..entahlah!

    ReplyDelete
  27. terima kasih atas perkongsian ilmu

    ReplyDelete
  28. salam..
    sy ingin bertanya..
    ibu sy baru kematian suami dan dalam tempoh edah.
    persoalannya sekarang, bolehkah ibu sy keluar rumah untuk menjemput orang menghadiri kenduri tahlil suami???

    ReplyDelete
  29. meh sy tlg jwb doc. baca...

    http://drhasanah.com/2009/apa-yang-tidak-boleh-dilakukan-oleh-wanita-yang-berada-dalam-iddah-kematian-suami

    ReplyDelete
  30. Adik saya baru kehilangan suami (ketika sarat mengandung 8 bulan) dan kini sedang menjalani fasa berpantang selepas bersalin. Masalahnya adik saya masih bersedih di atas kematian suaminya (masalah jantung), setiap hari beliau akan menangis mengenangkan suaminya, sudah tentulah dia tiada selere makan.. keadaan fizikalnya amat lemah seperti melayang-layang bila berjalan dan penglihatannya juga seakan kabur. Saya ingin mendapatkan pandangan doktor melalui pengalaman doktor sendiri, bagaimana doktor dapat mengatasi kesedihan seperti ini dahulu. Terima kasih.

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum.... Dr, sy nak bertanya tntg eddah wanita yg tidak pernah didatangi haid seumur hidupnya.... banyak org yg sy jumpa dan puan tubuh sendiri kata dia dah rujuk dgn pakar...katanya eddahnya adalah selama setahun... betulkah? harap dpt penjelasan dr Dr... t.ksh.

    ReplyDelete
  32. salam.. ayah saya baru meninggal dunia baru-baru ini. sekarang, ibu saya masih dalam edah. jadi, saya tertanya-tanya, adakah ibu saya boleh menunaikan solat sunat terawih? dan adakah ibu saya boleh bermalam di rumah ayahnya? ada sesetengah orang mengatakan tidak boleh.. boleh tak tolong jelaskan....

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum,
    masalah saya sama seperti masalah yang dikemukakan oleh gee, dan.. if it means anything, ibu saya sudah putus haid. Minta Dr. beri pandangan.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  34. Assalammualaikum, Bapa saya meninggal dunia sebulan yang lalu. Pada hari raya ini ibu saya tidak menziarahi nenek saya kerana dia takut melanggah iddah ini menyebabkan nenek saya berasa sedih. tetapi ibu saya tetap keluar berkerja Apakah pendapat puan.

    Soalan 2 : Sebelum meninggal, adik beradik saya telah mengambil gambar bapa saya yang dah tinggal kulit dengan isi sahaja. Setelah dia meninggal mereka telah mencetak gambar itu dan menunjuk-nunjuk kepada setiap orang datang kerumah ibu saya . Bolehkah mereka berbuat demekian?

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum.suami telah meninggal. selepas iddah isteri tersebut ingin berkawin lain. soalannya di sini:
    1. adakah di akhirat kelak isteri terpaksa memilih antara 1 suami.
    2. sekiranya benar, apa yg harus isteri lakukan.Dalam masa yang sama isteri perlukan perlindungan.

    ReplyDelete
  36. Assalammualaikum,

    Soalan saya ringkas,bolehkah ibu saya ( di Penang ) tinggal bersama kakak saya ( di KL ) dalam tempoh iddah ( kematian bapa),semua adik beradik saya tinggal di KL.Tiada sesiapa di kampung,risau jika tinggal ibu bersorangan....Wasalam,,,

    ReplyDelete
  37. Maaf, Banyaknya soalan tak dijawab rupanya.
    Noraini, Keadaan dia sama seperti saya. Suami meninggal ketika mengandung 8 bulan. Macamana saya laluinya? Aduh.... terlalu sukar untuk digambarkan.
    Kena kuatkan pegangan pada Allah. Yakin selalu bahawa ini semua adalah taqdir yang terbaik untuk semua orang. Saya tahu, jika Allah takdirkan arwah suami saya panjang umur dalam keadaan menderita sakit kanser, saya tidak mampu menjaga dia dengan sebaiknya kerana anak-anak kecil ramai dan saya juga perlu bekerja.
    N, kenapa persoalan seperti yang perlu difikirkan? Lebih baik tumpukan kepada persoalan "Layakkah aku masuk ke dalam syurga?"
    Azizan, hukum asal tidak boleh, kecuali ada sesuatu yang sangat perlu/darurat.

    ReplyDelete
  38. salam..slmt hari raya utk smua...sy mohon 2 artikel arwah rosdi ttg kematian dan korban utk dimuatkan dlm suara ar rahimiah msjid rahimiah klang keluaran oktober 2010..tk

    ReplyDelete
  39. Silakan Dr. Afendi. Semoga ia memberi manfaat kepada beliau di alam sana.

    ReplyDelete
  40. Baru sebulan ibu saya menjalani iddah wafat namun keadaan dia nampak teruk.Dia cepat marah, mengamuk...tekanan perasaan.Adakah keadaan dia ini membolehkannya menjalani iddah wafat di rumah ibunya.Saya lihat ibu sy lebih tertekan duduk di rumah dan risau dia akan mengalami kemurungan.

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum..
    saya telah diceraikan oleh suami setelah 52 hari bersalin. dalam tempoh tersebut, saya masih belum 'bersama' suami. kebiasaannya, selepas bersalin, haid datang tidak menentu..jadi, bagaimanakah pengiraan tempoh iddah saya.

    ReplyDelete
  42. assalamualaikum...
    baru-baru ini, semasa kematian ayah menjangkau 38 hari, kami telah mengadakan majlis perkahwinanan adik. 2 hari kemudian, majlis sambut menantu diadakan di sebelah pihak lelaki. tidak mahu menghampakan adik, kami bawa ibu bersama dan kami bermalam di sana selama 1 hari. saya rasa bersalah selepas mengetahui bahawa orang yg berada dalam iddah tidak boleh keluar rumah selama 4 bulan 10 hari. bagaimana ustazah? apa yang perlu saya lakukan?

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum..

    ada persoalan yg datang pd saya & saya juga ragu-ragu untuk memberikan jawapan iaitu:
    - Apa hukum isteri dlm `Iddah pergi ke masjid untuk menunaikan solat terawih?

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  44. Usah ragu, lihat: http://drhasanah.com/2009/apa-yang-tidak-boleh-dilakukan-oleh-wanita-yang-berada-dalam-iddah-kematian-suami/
    Solat terawih bukan dalam kategori 'aktiviti perlu', malah sebenarnya solat terawih bagi wanita lebih afdal dilakukan di rumah sahaja. "Masjidul mar'ah baytuha"

    ReplyDelete
  45. salam..saya nak tanya..saya baru kematian ayahmertua..boleh kah saya membawa makmertua tinggal bersama saya walaupun baru 2 mingggu arwah pergi..memandangkan dia tinggal seorg di kampung..saya dan suami berkerja.

    ReplyDelete
  46. salam, adakah patang larang bagi perempuan yang diceraikan. dan adakah edahnya sama seperti perpisahan akibat kematian suami.

    ReplyDelete
  47. Memmng hukum allah tak boleh di langgar .. banyak persoalan tentang tak boleh kuar rumah nih . Ingat setiap hukum Allah pasti ada hukumnya . Bersabarlah

    ReplyDelete
  48. Salam drHasanah.sy ada 1 soalan.sepupu sy akn brkahwin di KL minggu dpn.ibu sy masih dlm idah krn kematian ayah.ibu sy trlalu rpt dgn sepupu sy ini krn semasa dia kecil,ibu sy yg mnjaga dia.jd soalannya,bolehkah ibu sy ke rumah kakaknya utk mengahdiri prnikahan sepupu sy krn jika ibu sy tidak hadir pn,dia akan tinggal berseorgn di rumah.kami skeluarga risau jika ibu brsndirian dan runsing.ibu pula sdg rasa brslh krn kakaknya selalu memujuk supaya dia hadir ke pernikahan itu.mereka ckp yg kehadiran ibu sy nnt bkn utk berseronok cuma mereka risau jika ibu runsing dan sakit bila bersendirian.ibu pula kondisinya tidak berapa sihat.apa pendapat doktor?mnjadi kesalahankah jika ibu pergi ke rumah kakaknya selama shari dua?

    ReplyDelete
  49. Assalamualaikum Dr

    Saya mengendalikan syarikat bagi Ziarah & Umrah. Setelah segala dokumentasi telah siap diuruskan datang salah seorang jemaah saya memohon untuk mewakilkan mahram kepada org lain dan beliau mendapatkan surat kebenaran dari pihak suaminya. Dalam masa yang sama beliau memberitahu saya beliau dalam proses penceraian di mahkamah dan talak telah dijatuhkan pada disember 2011. Diharap Dr dapat membantu dari segi :-

    1) adakah dia tidak dibenarkan untuk keluar negara kerana tempoh iddahnya

    2) Sah laku kelulusan surat kebenaran dari suami. Memandangkan talak telah dijatuhkan menjadikannya sebagai bekas suami (secara hukum) cuma belum diakui sah melalui mahkamah.

    Saya harapkan penjelasan terpeinci dari pihak Dr.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  50. suami saya seorang nelayan dan hilang dilaut, tetapi tidak pasti tak tidak ada bukti mayat ditemui, berapa lamakah harus saya lalui idah sekira nya kami menganggap suami telah meninggal.

    ReplyDelete
  51. Salam....saya dalam edah...betul ke wanita dalam edah tidak boleh keluar malam????

    ReplyDelete
  52. sy nk tny di sini.. tentang tempoh iddah ataupn keaadan bagi lelaki/ suami beriddah..?

    ReplyDelete
  53. erk.. macam ni ke seorang dokter menjawab

    ReplyDelete
  54. Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan bahawa Jabir bin Abdullah berkata, maksudnya: “Ibu saudaraku telah diceraikan, kemudian dia mahu memetik nakhil (buah kurma) maka seorang lelaki telah melarangnya (daripada keluar memetik nakhil), maka ibu saudaraku pergi bertemu Rasulullah s.a.w., maka baginda bersabda: Bahkan pergilah memetik buah tersebut mungkin kamu dapat bersedekah dengannya atau melakukan perkara yang baik.”

    Banyak sangat persoalan dan pandangan fukaha juga berbagai..tapi bagi saya sebagai insan yang berfikir maklum ..jika berbuat sesuatu dengan tujuan dan niat hingga tidak melampaui batas iddah itu sendiri..

    Baginda Nabi Muhammad s.a.w bersabda :Bahkan pergilah memetik buah tersebut mungkin kamu dapat bersedekah dengannya atau melakukan perkara yang baik.”

    ReplyDelete
  55. Terima kasih iko. Hakikatnya batasan untuk wanita dalam edah sangat sedikit. Hal yang lain-lain boleh dilakukan jika ada keperluan.

    ReplyDelete
  56. Saya ada soalan disini mengenai iddah. Makcik saya berada dalam keadaan iddah. Tetapi anaknya akan berkahwin semasa dia di dalam iddah kerana dia sudah membuat booking tempat dan lain lain semasa ayahnya masih hidup. Boleh atau tidak makcik saya menghadiri majlis anaknya?

    ReplyDelete
  57. Salam dan apa khabar Dr Hasanah..saya jelas bahawa hukum keluar rumah ketika iddah kerana kematian suami bg seorang wanita adalah berdosa sekiranya tidak ada sebab yg jelas atau memerlukan...apa yg perlu dilakukan bg wanita yg sudahpun melanggar larangan ini..ada denda yg tertentu?

    ReplyDelete
  58. salam dr hasanah..bapak mertua sy bru meninggal dunia di sabah...boleh kah ibu mertua sy dtg semenanjung untuk menjga anknye iaitu isteri sy dalam tempoh berpantang..

    ReplyDelete
  59. Assalamualaikum. Boleh ke seorg wanita yg dlm iddah kematian suami pergi menziarahi kubur suaminya. Mohon penjelasan.

    ReplyDelete
  60. Assalamu'alaikum..ustazah..saya ada 2 kemusykilan tentang 'iddah kematian suami. 1. Bolehkah perempuan dlm 'iddah keluar tidur dirumah anaknya tanpa ada urusan/perkara darurat @ penting?
    2. Bolehkah perempuan dlm 'iddah pulang kerumah ibubapanya yang mana ibubapanya sakit @ tidak sihat..

    ReplyDelete
  61. Assalammualaikum.. saya perlukan jawapan... seorang wanita itu membawa suami yg baru di nikahi tinggal di rumah arwah suaminya yg pertama..dn wanita itu mempunyai 1ank lelaki dn 2 ank perempuan, mereka berumur dalam lingkungan 20an.. bolehkah mereka tinggal bersama..??

    ReplyDelete
  62. Layakkah seorang ibu menggunakan 75peratus hingga 90pratus wang gaji anak perempuannya pada setiap bulan..??

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage