Main Posts Background Image

Main Posts Background Image
Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Monday, 3 May 2021

Tutorial Photoshop

 



Tutorial Photoshop di bawah asalnya merupakan kandungan kursus MOOC yang saya bangunkan dan dinamakan dengan: Keras Tangan Bersama Dr. Hasanah.
Kursus ini adalah tempat perkongsian saya bagi kerja-kerja tangan yang menjadi hobi saya.
Kebanyakan hobi keras tangan saya telah pun jadi duit.
Antaranya: sulam komputer, jahit baju, felt craft, design, photography, t-shirt design dll.
Kandungan kursus ini akan saya akan tambah sedikit demi sedikit. 
Dalam entri ini saya kongsikan tutorial Photoshop terlebih dahulu.
Saya jadikannya Modul Bengkel Photoshop yang saya jalankan.
Moga bermanfaat.


1. PENGENALAN

Kenapa Photoshop?

Photoshop merupakan software mahal dari Adobe. Ia mengandungi sangat banyak feature untuk create, edit dll. 

Dengan Photoshop juga kita boleh menghasilkan grafik animasi dalam format gif.

Photoshop telah melalui proses pembangunan yang panjang. Untuk mengenali versions dalam Photoshop, lihat: 

https://en.wikipedia.org/wiki/Adobe_Photoshop_version_history

 

Apa yang perlu dipelajari dalam Photoshop?

  • Memahami aspek asas Photoshop.
  • Buat dokumentasi Photoshop pertama anda.
  • Navigasi imej.
  • Memahami konsep format fail , saiz fail , mod warna dan saiz semula imej.
  • Buat pilihan berkesan dalam imej.
  • Memahami dan bekerja dengan lapisan dan panel Lapisan.
  • Saiz semula imej dengan menggunakan pelbagai teknik .
  • Memahami bagaimana untuk memilih, menggunakan dan bekerja dengan warna.
  • Buat dan lapisan format teks.
  • Menarik dan format standard dan adat bentuk.
  • Meretus dan artifak pembaikan dalam imej.
  • Memahami proses menyimpan dalam Photoshop.
  • Memahami percetakan dan percetakan teknik.
  • Gunakan menu Bantuan dan mengakses sumber bantuan dalam talian.
  • Mengenakan kesan-kesan tertentu dalam gambar.
  • Menambah latar belakang
  • Menambah kontras, pencahayaan ke dalam imej atau latar belakang
  • Menggabungkan gambar
  • Menghasilkan imej yang luar biasa

 

Install Photoshop

Versi terkini adalah CC atau creative cloud yang menyediakan ruang simpanan file dalam cloud server Adobe.

Saya tidak menggunakan versi CC kerana masalah hardware komputer & internet. Jadi saya gunakan Photoshop CS6 sahaja. CS ialah creative suite. Ia sudah cukup baik. 

Jika mahu belajar, boleh install Photoshop CS4 dan dapatkan serial number dari pejabat atau pegawai makmal komputer. 

Link install: https://helpx.adobe.com/creative-suite/kb/cs4-product-downloads.html

Pilih Photoshop CS4

Serial number: 1330-1002-3575-2998-1884-4183 (mungkin sudah tidak boleh digunakan)


2. PANDUAN PHOTOSHOP DALAM BAHASA MALAYSIA


Photoshop merupakan software yang sudah 'tua' tetapi tetap popular.

Kerana lamanya usia software itu maka banyak laman web, buku & bengkel Photoshop di sana sini. Dalam Youtube juga sangat banyak tutorial dibangunkan. Freebies, templates, actions script, brushes juga banyak.

Panduan Photoshop dalam Bahasa Melayu juga ada tetapi tidak sebanyak panduan dalam Bahasa Inggeris

Antara yang boleh dirujuk:

Blog Gadis Kampung (dari Kangar, Perlis) yang menyediakan panduan step by step berserta screenshot

http://nukilangadiskampung.blogspot.com/p/tutorial-photoshop.html



TUGASAN

Sila dapatkan 1 laman web yang menyediakan tutorial Photoshop dalam Bahasa Melayu. Masukkan link laman tersebut dalam comment di bawah.


3. KENALI LAYOUT

3.1 LAYOUT UTAMA

3 item penting dalam Photoshop ialah: menu, layer & toolbox.

Tools yang perlu dikuasai oleh pengguna Photoshop ialah:

  1. Rectangular Marquee Tool : penyeleksi berbentuk kotak
  2. Lasso Tool : penyeleksi dengan bentuk bebas
  3. Crop Tool : pemotong area kanvas
  4. Patch Tool : penyeleksi area sekaligus penyalin gambar dari area lain
  5. Clone Stamp Tool : penyalin gambar dari area lain
  6. Eraser Tool : penghapus
  7. Blur Tool : pemberi efek buram atau samar-samar
  8. Move Tool : pemindah objek
  9. Magic Wand Tool : penyeleksi secara otomatis
  10. Eyedropper Tool : pengambil sampel warna
  11. Brush Tool : kuas untuk melukis
  12. History Brush Tool : pengembali desain terakhir di area dimana kuas diarahkan
  13. Paint Bucket Tool : pemberi warna secara penuh
  14. Burn Tool : pemberi efek gosong seperti efek telah terbakar
  15. Pen Tool : pendesain gambar layaknya gambar bertipe vektor
  16. Text Tool : pembuat objek tulisan
  17. Path Selection Tool : pemindah objek yang berupa path
  18. Rectangle Tool : pembuat objek berbentuk kotak
  19. Hand Tool : penggeser kanvas atau area desain
  20. Zoom Tool : mendekatkan dan menjauhkan pandangan terhadap kanvas

Tonton video berikut untuk memahami fungsi setiap tools

https://youtu.be/-0m6B7ekbyU

 

3.2 TEXT TOOL

Dengan menggunakan Photoshop ada pelbagai teknik teks yang boleh digunakan. 2D, 3D, round, blended dsb.

Lihat video asas teks dalam Photoshop

https://youtu.be/Hmx-oQG3b5Q


3.3 PEN TOOL

Secara peribadi pen tool adalah feature yang saya sangat suka kerana ia memberi peluang untuk saya select secara detail sesuatu objek.

Penjelasan dalam video berikut dapat membantu:

https://youtu.be/_bJSWni7Huw


3.4 BERMAIN DENGAN TEKS

Memang seronok bermain dengan teks dalam Photoshop.

Untuk mempelajarinya, sangat senang kalau tonton video dalam Youtube.

Lihat link ini sebagai contoh: https://www.youtube.com/results?search_query=photoshop+efek+teks+bahasa+malaysia

Ada banyak tutorial BM mengenai Photoshop.

Kalau mahu advanced search sahaja dengan keyword seperti:

Photoshop text effects, Photoshop text tutorial, Photoshop text design

Dahulu saya suka masukkan gambar dalam teks yang gemuk. Tutorial di bawah boleh membantu.

https://youtu.be/BLVwLLfB7I8




PROJEK PERTAMA SAYA! KUASA TEXT


PROJEK POSTER: BERMAIN DENGAN TEKS DALAM PHOTOSHOP


Kita akan buat 1 poster promosi program. 

Download poster di bawah (boleh save as) kemudian open dalam Photoshop:





Masukkan TEKS supaya ia menjadi seperti gambar di bawah:

(anda bebas untuk berkreatif)



Apabila siap, upload gambar poster anda dalam ruangan comments.



PROJEK BANNER: BERMAIN DENGAN TEKS


Kita cuba pula buat banner dari kosong. 

Banner di bawah sangat 'plain'. Tugas anda ialah membuat 1 banner yang simple dan menarik. Banner yang anda hendak buat mesti mengandungi teks dalam gambar berikut:


Sebagai panduan, lihat video ini kemudian cuba ulangi langkah yang dilakukan dengan menghasilkan banner panggilan ke masjid. Setelah siap, sila masukkan gambar banner anda dalam ruangan comments.

https://youtu.be/6tgmv4UqHww



PROJEK DAKWAH MEDIA SOSIAL


Kali ini kita akan membuat poster dakwah untuk dimasukkan dalam media sosial.

Pilih salah 1 daripada gambar di bawah untuk dijadikan background. 

Crop & sesuaikan dengan saiz media sosial. Contoh: Instagram 1000px x 1000px

Masukkan teks terjemahan ayat al-Quran, hadis atau kata-kata hikmah dalam gambar tersebut. 

Jangan lebih 20 perkataan.

Nyatakan sumber.

Masukkan juga 'call-to-action' atau username anda di media sosial. Jangan lupa sertakan dengan icon media sosial berkaitan.





Apabila siap, upload gambar tersebut dalam ruangan comments.



PROJEK KEDUA SAYA! "PICTURE NEVER LIES" HANYALAH MITOS


CROP GAMBAR

Feature ini sebenarnya sangat asas. Tetapi dengan Photoshop kita boleh crop lebih advanced.

Download gambar berikut (save as).


Pilih objek tangan atau mentol dan cuba crop menjadi lebih kecil.

Gunakan PEN TOOL untuk buang background bagi objek yang dipilih.

Kemudian dapatkan mana-mana gambar untuk dijadikan background yang baru.

Apabila siap upload gambar tersebut dalam ruangan comments.


Sangkut?

Tonton video berikut:

https://youtu.be/rrK3DJ_yGNU

atau video berikut:

https://youtu.be/Hw0-SehGcgg


4. AUTONOMOUS

Autonomous dengan Action Script

Autonomous merupakan ciri bagi Industrial Revolution ke-4 atau disebut 4IR.

Dalam Photoshop, ada feature Action Script yang membolehkan kita 'program' sesuatu proses editing supaya mengikut step tertentu.

Lihat contoh di laman berikut: 

https://www.cutiehome.com

Perhatikan bahawa kebanyak buku yang dijual dalam laman tersebut mempunyai standard atau style tertentu. Bagaimana ia dilakukan?

Sebenarnya ia menggunakan action script dalam Photoshop.

Action script yang digunakan pula adalah untuk convert gambar biasa menjadi gambar ala ala 3D.

Tutorial berkaitan action script untuk convert gambar biasa kepada buku 3D:

https://youtu.be/9aFnmiZ5ajY

Link berikut ada memberikan action script percuma untuk convert gambar seperti ini:

https://www.webdesignerdepot.com/2013/10/free-download-100-psd-mock-ups/

Sila cuba!

Saturday, 28 March 2020

Masa PKP ni lah nak ajar anak masak-masak! Ilmu buat doh wajib diajar. Video cara buat doh donut oleh Irfan


Covid lah Covid....Terpaksa lah duduk rumah je bila Covid-19 jadi wabak seantero dunia.
Bila lama duduk rumah masa Perintah Kawalan Pergerakan, perut asik mintak dilayan je :D . Kali ini mak nak ajar anak-anak buat doh. Ilmu buat doh ni semua orang kena belajar, tak kira anak lelaki atau anak perempuan. Bila pandai buat doh, macam-macam boleh dimasak. Yang paling best bila buat pizza. Aduhai jahanam la diettttt!

Kalau pandai buat doh, apa yang kita boleh buat? Fuh, macam-macam. Kita adjust sahaja apa yang kita nak dengan ubahsuai dari asas buat doh. Saya senaraikan di sini ya:
donut
pizza
segala jenis roti
bomboloni
roti puri (goreng)
pau (kukus)
pau goreng
pau Malaysia
pau inti kacang/ coklat dll

Dari setiap satu menu ni boleh dipelbagaikan lagi. Contoh, bomboloni inti coklat, blueberry, peanut butter dll. Kalau pizza lagi lah banyak variasinya.

Dalam video di atas, Irfan tunjuk cara mudah main campak-campak je bahan untuk buat doh. Saya ajar macam tu sebab mak Irfan dah tak larat nak menguli 1 kg tepung. Lenguh tangan! Kami keluarga besar, memang kena buat 1 kg tepung hahaa. Redha je lah. Semuanya rahmat dari Allah Ta'ala.

Lihat gambar ni. Inilah hasil dari doh yang Irfan buat tu. Yummy

Donut tayar besar-besar. Elok kembang 2 kali ganda.

Asing sikit buat roti.


Jangan lupa subscribe channel Youtube saya: https://www.youtube.com/user/hasanah321

Terima kasih!

Thursday, 7 May 2015

Hak isteri yang telah diceraikan


Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:25:31
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 hak ke atas isteri yang bercerai hidup?apakah dia berhak?sedangkan arwah tidak mengizinkan semasa hayatnya ada?

aisya

Jawapan:

Assalamualaikum Aisya,

Seorang perempuan yang masih menjadi isteri kepada seorang lelaki layak mempusakai harta suaminya apabila suaminya mati.

Jika diceraikan, dia masih juga berhak mempusakai harta suami JIKA suaminya mati ketika si isteri masih lagi dalam tempoh eddah.

Tetapi, jika si suami mati setelah habis tempoh eddah, hilanglah hak si isteri tadi dalam pusaka-mempusakai.

Persoalan keizinan si mati langsung tidak timbul dalam hal ini.

Walau bagaimanapun, hal ini hanya terhad kepada harta yang boleh diisytiharkan sebagai harta pusaka sahaja.

Jika dalam harta suami itu ada bahagian harta yang boleh dikenalpasti sebagai HARTA SEPENCARIAN, maka perbahasannya lain.

Harap ini membantu.
===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

2 anak lelaki, 2 anak perempuan, cucu lelaki & cucu perempuan

bilanenekmeninggaldunia


Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:21:01
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 Assalamualaikum. saya mintak jasa baik tuan tentang perkara ini,
Nenek saya baru meninggaldunia dan ada meninggalkan harta wang
dan dan tanah 7 ekar serta barang kemas.


nenek saya mempunyai 2 orang anak lelaki, seorang anak perempuan
dan seorang anak perempuan berlainan ayah (nenek berkahwin 2 kali)

dan juga mempunyai cucu sebelah lelaki dan cucu perempuan.
bagaimanakah pembahagian yang perlu dilakukan?
sekian, terima kasih. wassalam.

faiz

Jawapan:

faiz,

Dalam keadaan ada anak dari suami pertama dan anak dari suami kedua, kedua-duanya layak menerima pusaka apabila si ibu meninggal kerana mereka dilahirkan oleh ibu yang sama.
Apabila ada anak kandung lelaki dan perempuan, secara automatik, cucu (iaitu dari anak kandung tadi) terhalang dari menerima pusaka. Logiknya, jika si anak tadi meninggal, harta tersebut akan turun kepada generasi selepasnya juga.

Oleh itu, dalam kes saudara pembahagian adalah terhad kepada:

2 anak perempuan & 2 anak lelaki - asabah, iaitu mendapat baki harta.

Pecahannya mengikut faraid ialah:

2 anak perempuan - 1/3 harta (setiap seorang mendapat 1/6 harta)
2 anak lelaki mendapat 2/3 (setiap seorang mendapat 2/6)

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Ibu, ayah, isteri, 2 anak lelaki & 2 anak perempuan serta 3 adik beradik lelaki & 4 adik beradik perempuan

Infografik 5 ashab al-furudh


Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:15:58
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 Assalamualaikum Ust,

Saya xxxx ada nak ajukan beberapa kemusykilan
Ayah saya baru meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri, 2 org anak lelaki, 2 org anak perempuan, ibu dan ayah arwah, 3 adik beradik lelaki dan 4 org adik beradik perempuan. Arwah ayah tdk sempat membuat wasiat. saya nak tahu pembahagian faraid siapa yang layak dapat. Arwah meninggalkan tanah, rumah dan duit sbyk RM 50,000 dalam ASB. Jika ayah wasiat kan secara lisan berapa org saksi diperlukan ustaz? dan bgmn cara saya nak uruskan harta ini?

Satu lagi pendapat saya faraid ini perlu dimasukkan dalam matapelajaran di sekolah krn ia amat penting krn masih ramai masy Islam yang tdk mengetahuinya begitu juga diberi ceramah-ceramah diluar.

Wassalam
Harap ust dpt bantu saya
terima kasih

Waalaikumussalam,
Saudari xxx,
Saya akan cuba menjawab secara ringkas persoalan yang ditimbulkan.
Dalam kes saudari, tindakan dan pembahagian mengikut faraid adalah seperti berikut:

Nilaikan semua harta arwah. Selesaikan hutang-piutang sama ada kepada manusia mahupun kepada Allah (zakat, haji dll). Selesaikan semua kos pengebumian jenazah.

Memandangkan tiada wasiat dibuat, maka, akhir sekali, barulah baki harta boleh dibahagikan kepada waris, iaitu seperti berikut:

Isteri ayah - 1/8
Ibu (nenek saudari) - 1/6
Ayah (datuk) - 1/6
2 Anak lelaki & 2 anak perempuan - baki harta

Adik-beradik ayah tidak mendapat bahagian kerana dihijab/dihalang dengan kewujudan anak-anak.

Pecahan yang lebih detail:

Isteri - 18/144
Ibu - 24/144
Ayah - 24/144
2 Anak perempuan - 26/144 (setiap seorang mendapat 13/144)
2 Anak lelaki - 52/144 (setiap seorang mendapat 26/144)

Untuk menguruskan harta ini, ia mengambil masa yang agak panjang dan menuntut kesabaran apatah lagi jika harta yang ditinggalkan melebihi RM600,000, iaitu penyelesaiannya perlu melalui Mahkamah Tinggi dan memerlukan penjamin.

Untuk memudahkan urusan, sila hubungi

Uruspusaka Sdn. Bhd.
Tingkat 2, Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur
Tel: 03-4044 0254

Terima kasih & wallahu a’lam

Dr. Hasanah

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Ibu tiri, bapa, isteri, 1 anak perempuan & 2 anak tiri perempuan serta 2 adik beradik lelaki & 2 adik beradik perempuan

Pusaka ibu tiri, isteri dan anak


Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:17:04
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 assalamualaikum
saya ingin tahu pembahagian harta jika si mati meninggalkan
1 isteri
1 anak perempuan
2 anak tiri perempuan (si mati berkahwin dgn balu anak 2)
1 bapa
1 ibu tiri (bapa si mati berkahwin stelah kmatian isteri pertama)
2 adikberadik lelaki
2 adikberadik perempuan
harap ustaz/ustazah dapat membantu
terima kasih


naznaznaz

Jawapan:

naznaznaz

Persoalan ini agak menarik kerana waris terdiri daripada anak kandung dan anak tiri.
Untuk makluman, hanya waris kandung yang layak mendapat pusaka. Manakala waris tiri tidak dapat pusaka.
Di sini, WASIAT memainkan peranan yang sangat penting. Si mati boleh mewasiatkan sebahagian hartanya kepada anak tiri jika dia mahu tertakluk kepada maksimum 1/3 harta.

Dalam kes ini, pembahagian adalah seperti berikut:

Isteri - 1/8
Bapa - 3/8
1 Anak perempuan - 1/2 (iaitu 4/8 harta)

Adik beradik si mati tidak mendapat harta kerana terhalang dengan kewujudan anak kandung si mati.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Formula untuk isteri, anak & ibubapa

pusaka


Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:26:39
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 Salam, Saya ingin mengetahui formula pembahagian harta bersandarkan hukum faraid untuk kesemua waris secara keselurahan yang meliputi isteri, anak-anak, ibu bapa?

Isteri berapa (formula)?
anak-anak berapa?
ibu bapa berapa?

sekian wassalam

Ahmad Ibrahim

Jawapan:

Saudara Ahmad Ibrahim,

Sekiranya pewaris2 ini ada, pertamanya, perlu dilihat jika anak-anak itu terdiri daripada anak perempuan sahaja, seorang, dua atau lebih… atau ada juga anak lelaki. Saya belum masukkan lagi topik pembahagian harta untuk anak2 dalam weblog ini. Insya Allah, jika ada kesempatan, saya akan masukkan.

Bagaimanapun, secara ringkas, dalam keadaan di atas, hak yang pasti untuk isteri ialah 1/8 (kerana simati ada anak) dan ibu mendapat 1/6.

Bahagian untuk anak dan bapa boleh berubah bergantung kepada keadaan berikut:

Jika hanya ada anak perempuan, itupun tunggal, maka dia mendapat 1/2 dan bapa mendapat baki harta iaitu 5/24.

Jika hanya ada anak perempuan berjumlah 2 orang atau lebih, mereka mendapat 2/3 (dibahagi sama rata) manakala bapa mendapat 1/6.

Jika ada anak perempuan dan anak lelaki, maka mereka mendapat baki harta dengan nisbah 1:2, manakala bapa mendapat 1/6.

Wallahu a’lam.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Bolehkah adik-beradik mendapat harta pusaka?


Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:12:23
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 Asskum dr,
bolehkah adik-beradik dpat harta pusaka? emak-ayah masih ada, adik-beradik sume tak kawin lagi


ain

Jawapan:

ain1989, dalam keadaan ini, jika salah seorang adik-beradik mati dan tiada pewaris lain kecuali emak, ayah dan adik-beradik yang lain, maka mereka semua berhak mewarisi harta pusaka.
===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Bolehkah nenek mempusakai harta? Bagaimana dengan cucu?


Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:28:01
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 assalamuikum
saya ingin bertanya mengenai harta pusaka
1) ayah dan ibu saya telah mengusahakan tanah pertanian ianya merupakan harta sepencarian mereka berdua,saya mempunyai 5 adik beradik 2 lelaki dan 3 perempuan beberapa tahun yang lepas ayah saya telah meninggal dunia nenek (sebelah ayah)telah menuntut hak keatas tanah tersebut ada atau tidak bahagian nenek saya
2) bagaimana pula harta nenek saya kami ada hak atau tidak kerana ayah saya telah meninggal dunia


arfian

Jawapan:

Arfian,
Nenek (ibu kepada ayah) mempunyai hak dalam bahagian yang dipusakai dari ayah.
Begitu juga, jika nenek meninggal dunia dan tidak meninggalkan anak lelaki atau waris lelaki lain, maka cucunya boleh mewarisi harta beliau.
===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Reformasi UrusPusaka.com

rama-rama


Tarikh ditulis: 2008-03-10 17:08:58
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 

Assalamualaikum,


UrusPusaka.com kini berwajah baru. Selepas pemergian suami tercinta yang bertanggungjawab mencetuskan inspirasi pembangunan laman web ini dan kelahiran puteri yang saling tak tumpah seiras wajah ayah yang tak pernah dilihatnya, saya mula mengutip semangat untuk meneruskan apa yang telah dimulakan.

Dalam versi terkini, saya menggunakan theme baru yang lebih ringkas. Satu ciri penting yang ada dalam versi ini ialah konsep komuniti melalui pengwujudan FORUM bagi memudahkan para pengunjung berbincang mengenai masalah pengurusan harta pusaka. Sila daftar secara percuma dalam UrusPusaka.com dan aktifkan diri anda dalam forum.

Sila ambil perhatian bahawa mulai hari ini para pengunjung tidak lagi dibenarkan menghantar soalan melalui 'comment'. Jika saudara mempunyai sebarang persoalan, sila baca dahulu pos dan thread dalam laman ini kerana mungkin jawapannya ada di mana-mana. Jika tidak menemui jawapan, barulah kemukakan soalan anda dalam forum.

Bersama-samalah menjalin perkongsian ilmu, pengalaman & citarasa. Semoga usaha kita yang sedikit ini akan dapat membantu umat Islam merancang masa depan diri dan keluarga. Dan semoga Allah s.w.t. melimpahkan rahmat buat kita semua dan juga buat pencetus inspirasi iaitu yang dirahmati, Ustaz Rosdi Yusof (meninggal 19 Disember 2007).

Admin UrusPusaka.com
Dr. Hasanah
www.drhasanah.com

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Glosari

Kuliah Fiqh Urus Pusaka bersama Dr. Hasanah Abd. Khafidz


Tarikh ditulis: 2007-07-19 16:41:27
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 Pewaris / waris
Keluarga si mati yang mungkin layak untuk menerima harta pusaka


Si mati
Orang yang mati dan mungkin meninggalkan harta pusaka

Pewaris fardh
Pewaris faraid, iaitu pewaris yang mewarisi mengikut hukum faraid

Pewaris zawi al-arham
Pewaris kaum kerabat

Asabah
Baki harta pusaka

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


2. Apa Maksud Ilmu Faraid?



Tarikh ditulis: 2007-07-19 16:40:56
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 Apa maksud Ilmu Faraid?

Faraid

Perkataan faraid berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud ketetapan.
Firman Allah s.w.t: (Maksudnya) mereka berhak untuk mendapat separuh mas kahwin yang telah kamu tetapkan (Surah al-Baqarah, ayat: 237)

Ilmu Faraid

Ilmu faraid pula ialah suatu kaedah dan pengetahuan tentang pusaka yang meliputi peraturan dan syarat-syarat pihak-pihak yang layak menerimanya, bahagiannya dan juga hukum-hukum yang berkaitan dengannya.

Ilmu faraid juga dikenali sebagai fiqh al-mawarith, iaitu fiqh perwarisan.

Oleh kerana ilmu faraid hanya membincangkan tentang harta pusaka, maka, definisi harta pusaka perlulah difahami terlebih dahulu.

Harta Pusaka

Harta pusaka ialah semua harta yang ditinggalkan selepas kematian seseorang.

Ia boleh terdiri daripada harta alih dan tak alih. Harta alih ialah harta yang boleh dipindahkan atau dialihkan seperti wang ringgit, emas, saham, kenderaan, perabot dan lain-lain lagi. Harta tak alih pula terdiri daripada harta yang tidak boleh dipindahkan. Contohnya, tanah, rumah, kedai dan lain-lain lagi.
===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

1. Bila berlaku kematian, apa yang perlu dilakukan?

Kuliah Fiqh Urus Pusaka bersama Dr. Hasanah Abd. Khafidz


Tarikh ditulis: 2007-07-19 16:39:24
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 Terdapat beberapa perkara berkaitan harta pusaka yang perlu dilakukan. Perkara ini perlulah dilaksanakan mengikut tertib, iaitu:

1. Hutang
Segala hutang yang ditanggung oleh si mati hendaklah diselesaikan terlebih dahulu. Seelok-eloknya, waris bertanya kepada keluarga dan rakan-rakan yang menziarahi si mati jika si mati ada berhutang dengan mereka.
Hutang yang dimaksudkan boleh terdiri daripada gadaian rumah, pinjaman modal perniagaan, zakat yang belum dibayar dan lain-lain lagi.

2. Pengurusan jenazah

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Masalah pewaris berlapis

Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:33:13
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 assalamualaikum.
saya menghadapi sedikit kemusykilan berkenaan harta pusaka.
moyang saya telah meningal pada tahun 1940-an meninggalkan harta pusaka bernilai lebih kurang RM 800,000.00. Kami waris yang ada baru menyedari bahawa arwah mempunyai harta yang ditinggalkan dan masih belum dibahagi atau diuruskan. moyang saya semasa kematiannya mempunyai seorang anak lelaki yang meninggal pada 1980an dan seorang anak perempuan yang telah bercerai yang meninggal pada 1956. Anak lelaki moyang saya mempunyai seorang anak lelaki dan telah meninggal pada 1997 meninggalkan seorang isteri, seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Manakala anak perempuannya mempunyai seorang anak perempuan yang telah meninggal pada 1995 dan semasa kematiannya arwahyarhamah meninggalkan seorang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan. walaubagaimapun, anak lelaki beliau baru saja meninggal pada ramadan yang lepas (2007). Arwah meninggalkan seorang isteri, 3 anak lelaki dan 3 anak perempuan.

saya ingin tahu bahawa di dalam pembahagian pesaka untuk kes begini bagaimana ianya dikira.adakah secara terus kepada waris yang paling akhir. ini adalah di dalam pengetahuan saya. sekiranya waris adalah warisan dari sebelah perempuan beliau tidak layak memliki harta pusaka tersebut. untuk kes di atas ini bagaimanakah pengiraannya dan bolehkah maklumkan kepada saya berapakah bahagian setiap waris yang tinggal perolehi.

bantuan dan perhatian amatlah saya hargai.

milk

Jawapan:

Milk,

Panjang betul kisahnya….

Ok, saya cuba jawab, itupun kalau saya tidak tersilap faham tentang siapa anak siapa dan siapa yang dah hidup ataupun dah meinggal dunia masa satu2 waris meninggal.

Dalam hal ini, tiada masalah yang timbul kerana keturunan itu perempuan.

Anak2 moyang berhak mendapat kesemua harta (jika benar tidak ada waris lain semasa kematiannya seperti suami/isteri, ibu/bapa). Caranya, anak lelaki mendapat 2/3 daripada 800,000, manakala anak perempuan mendapat 1/3. Tetapi pembahagian tidak terhad di sini kerana mereka telah meninggal dunia. Biar saya namakan waris ini sebagai ‘ALM’ dan ‘APM’ (Anak lelaki/ppuan moyang).

Harta yang diwarisi APM (m1956) berjumlah RM266,640 diwarisi oleh AP nya (m1995) sebanyak 1/2 dan adik beradik lelaki kandungnya (m1980) sebanyak 1/2. Bahagian AP-APM (m1995) dibahagi secara asabah kepada 1 anak lelaki (m2007) dan 2 anak perempuan. Si anak lelaki tadi mendapat 1/2 daripada RM133,320 manakala setiap anak perempuan mendapat 1/4. Memandang anak lelaki ini telah meninggal pada 2007, maka bahagiannya dibahagi kepada isteri 1/8, 3 anak lelaki setiap seorang mendapat 14/72 dan 3 anak perempuan, setiap seorang mendapat 7/72.

Harta yang diwarisi ALM berjumlah RM533,280 dan 1/2 dari APM berjumlah RM133,320 menjadi hak penuh menantu (isteri AL kepada ALM) dan cucunya yang masih ada, iaitu 1 anak lelaki dan 1 anak perempuan. Menantu perempuan tadi mendapat 1/8 daripada jumlah pusaka tersebut manakala cucu perempuan ALM mendapat 7/24 dan cucu lelaki ALM mendapat 7/12.

Banyak lagi perkara yang perlu diteliti dalam masalah ini kerana waris yang tinggal, hubungan waris dan tarikh kematian perlu dipastikan dengan tepat.

Dalam masalah ini, bahagian waris bukan isu besar. Yang menjadi isu ialah bagaimana hendak menguruskan pembahagian dan pemindahan harta tersebut sedangkan ia melibatkan berbilang lapis. Saya cadangkan, dapatkan khidmat guaman yang dipercayai.

Wallahu a’lam.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Hak ibu tiri

Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:31:54
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 Salam Ustaz,
Saya baru kehilangan ayah pada awal bulan Nov 2007. Ibu saya meninggal pada tahun 90-an. Ayah berkahwin lain awal tahun 2000. Kami tinggal berasingan dan ibu tiri tidak mempunyai anak.


Bolehkan kami buat tuntuan untuk rumah yang sedang kami duduki tanpa perlu ibu tiri kerana rumah itu di daftarkan atas nama arwah ibu dan bapa saya sahaja. Kiranya harta sepencarian arwah ayah dan ibu, bukan ibu tiri kami.

Harap Ustaz dpt beri pandangan smoga kita tidak melakukan kesilapan.

Sarah

Jawapan:

Sarah,
Berdasarkan keterangan yang diberikan, rumah tersebut dimiliki sama rata antara ayah dan ibu. Apabila ibu meninggal dunia, bahagian ayah tetap kekal miliknya. Manakala hanya separuh sahaja baki harta yang menjadi harta pusaka untuk waris termasuklah ayah. Apabila ayah pula meninggal, maka Ibu tiri pula mempunyai hak sebagai isteri kepada ayah saudari, maka beliau berhak mendapat 1/8 daripada harta peninggalan ayah.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Masalah anak angkat

Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:30:54
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 Assalamualaikum,

Saya adalah anak angkat kepada emak saudara saya yang tidak mempunyai anak. Suaminya juga menyayangi saya seperti anak sendiri. Semasa hayatnya, suami emak saudara itu telah memberi kepada saya (secara hibah) sekeping tanah dan sebuah rumah yang mempunyai nilai yang tinggi. Sebelum meninggal dunia beliau telah mewasiatkan hartanya kepada anak2 saudara dan adik beradik beliau yang lain. Tujuan beliau adalah supaya tidak berlaku perebutan harta antara keluarga. Walaubagaimana pun, apabila emak saudara saya (emak angkat) membuat tuntutan harta sepencarian, keluarga sebelah bapa saudara telah menghalang atas alasan saya telah menerima sebahagian besar dari harta tersebut.
Persoalannya,
1. adakah mereka boleh menghalang emak saudara saya dari membuat tuntutan tersebut?
2. adakah wajar alasan mereka tentang harta yang ditinggalkan utk saya itu?
3. bolehkan mereka menarik balik (challenge) harta yang telah diberikan kepada saya?

terima kasih dan wassalam

Aisyah

Jawapan:

Aishah,

Soalan ini agak rumit kerana ia perlu dilihat dari beberapa sudut.

Pertama, siapa ahli waris yang ada? Hal ini tidak dinyatakan dengan jelas dalam soalan saudari.

Kedua, harta yang telah diberikan kepada Aishah secara hibah semasa hidup bapa saudara itu adalah jelas milik Aishah. Tetapi, adakah urusan pindahmilik harta telah dilakukan? Jika sudah, tiada masalah, tetapi jika belum dan tiada bukti menunjukkan hibah berlaku, ini mungkin agak sukar. Kalau ada pertikaian tentang hal ini, maka mahkamahlah yang layak menentukannya. Tiada siapa berhak menghalang seseorang membuat tuntutan/dakwaan di mahkamah. Kebarangkalian untuk menang-kalah bergantung kepada banyak perkara.

Ketiga, harta pusaka si mati hendaklah ditolak terlebih daripada harta sepencarian. Tidak ada salahnya si isteri membuat tuntutan harta sepencarian kerana mungkin ada harta yang diperolehi hasil usaha bersama tetapi didaftarkan dengan nama suami sahaja. Harta sepencarian hendaklah ditolak daripada harta pusaka si mati.

Keempat, tidak boleh memberi wasiat kepada waris. Oleh itu, perlu dijelaskan di sini, siapakah waris bapa saudara yang ada? ibubapa? adik-beradik lelaki? perempuan? isteri? dll?

Kelima, wasiat terhad kepada 1/3 harta sahaja. Baki 2/3 harta hendaklah diagihkan kepada ahli waris termasuk si isteri tadi. Oleh itu, si isteri berhak mendapat harta sepencarian dan harta pusaka.

Persoalan tentang mahkamah sukar untuk saya jawab kerana masih ada banyak perkara yang perlu ditimbangkan dan dinilai dalam hal ini. Jalan yang terbaik ialah, dapatkan khidmat guaman. Mereka mungkin boleh membantu saudari.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Ibu, bapa & suami


Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:22:25
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 Isteri saya baru saja pulang ke rahmatUllah. Kami tiada zuriat. Ibu dan bapa isteri saya masih ada. Juga ia mempuyai 2 saudara perempuan dan 5 saudara lelaki. Bagaimana pembahagian harta isteri saya. Terima kasih.

asbah

Jawapan:

Asbah,

Takziah atas pemergian isteri saudara.
Mudah-mudahan rohnya akan dirahmati Allah selalu.

Memandangkan isteri saudara tidak mempunyai anak, tetapi mempunyai ibu bapa dan saudara sebagai suami, maka kes ini agak unik dalam sistem faraid.
Penyelesaian untuk kes ini ialah seperti berikut:

Suami - 1/2
Bapa - 1/3
Ibu - 1/6

Adik beradik isteri tidak mendapat pusaka dalam kes unik ini. Saya akan huraikan dengan detail mengenai kes ini pada masa akan datang. Insya Allah.
===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Ibu, 1 adik beradik lelaki, 5 adik beradik perempuan

Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:06:05
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

 assalamualaikum,

saya ada sikit pertanyaan, hari jumaat lepas 29/6/07, adik ipar saya yang bongsu, berumur 15 tahun telah selamat kembali ke rahmatullah. dia ada meninggalkan sedikit wang dalam bank, tabung haji dan beberapa tempat lagi. keluarga yang tinggal ialah ibu, 5 kakak dan seorang abang. setakat yang saya tahu pembahagian wang tersebut ada 1/6 utk ibu dan kakak & 2/6 utk abangnya. boleh ustaz terang macam mana cara pengiraan yang lengkap seperti perbualan talipon kita sebentar tadi..2.45pm, 2/7/07..wassalam

Jawapan:

Walaupun en. telah mendapat huraian daripada JAIS berkaitan perkara tersebut kemungkinan pelawat yang lain ingin berkongsi ilmu dan maklumat daripada kes yang en. hadapi,

Disini ingin saya jelaskan pembahagian waris dan harta tersebut untuk dikongsi bersama.

- Ibu mendapat 1/6 bahagian kerana simati mempunyai 2 atau lebih adik beradik
- Saudara lelaki kandung (Abang) mendapat baki/bahagian tertentu
- Saudara perempuan kandung mendapat bahagian ditaksib (baki) kerana mempunyai saudara lelaki kandung.

Oleh itu cara pembahagiannya ialah :

Ibu : 3/18
Kakak: 5/18
Abang 10/18

Harap pembahagian ini dapat membantu kita semua dalam memahami ilmu faraid

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Letter of admit (?)

Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:04:55
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 assalamualaikum,

ayah saya tlh meninggalkan sebahagian harta - tanah dan wang. Letter of admit - telah dipersetujui di letakkan atas nama saya.

persoalannya - bagaimana pembahagian tanah dilakukan dan wang berjumlah 39,000 diagihkan ?

saya telah membelanjakan wang tersebut untuk urusan peribadi tanpa pengetahuan saudara lain. Dan berhajat untuk membayar semula wang peninggalan tersebut untuk diagihkan kepada adik beradik lain. Apakah hukuman ke atas saya ? Bolehkah saya membayar semula harta tersebut ?

Mohon tunjuk ajar agar saya dapat memperbaiki kesilapan saya.

Jawapan:

Waalaikumussalam,

Untuk memudahkan saudara, letter of admit tersebut sama seperti pemegang amanah yang diberikan tanggungjawab menguruskan harta. Harta pusaka menurut haknya perlu (wajib) dibahagikan kepada pewaris yang berhak sepertimana yang telah ditentukan oleh Allah samada harta tersebut berbentuk harta tak alih (tanah, rumah dsb) atau harta alih (saham, duit dsb).

Dalam kes ini saudara wajib membahagikan harta tersebut kepada waris yang berhak dan sekiranya saudara telah membelanjakan wang tersebut dan waris tidak mengizinkannya maka wajib dibayar hutang wang yang telah dibelanjakan tersebut.

Sekiranya saudara telah membayarnya maka saudara telah selamat dari menanggung dosa dari kesalahan memakan harta orang lain. Sekiranya saudara tidak membayarnya dan pewaris lain tidak mengizinkannya maka saudara dikira berdosa.

Menurut pembahagiannya,
Sekiranya saudara memiliki adik-beradik seibu sebapa dikalangan lelaki dan perempuan maka pembahagiannya mengikut nisbah 2:1 (lelaki/perempuan). Lelaki akan mendapat 2 bahagian daripada harta tersebut bagi setiap bilangan sdik beradik, manakali perempuan mendapat 1 bahagian sahaja bagi setiap bilangan mereka.

harap penjelasan ini dapat membantu anda,walaubagaimanapun pendetailan tentang ahli waris dan bilangan waris dari saudara lebih memudahkan urusan pengenalpastian pembahagian harta.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Isteri, 5 anak perempuan & 4 anak lelaki serta adik beradik kandung

Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:03:33
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 Assalamualaikum

Ayah saya meninggal dunia dan mempunyai seorang isteri, sembilan orang anak (5 perempuan dan 4 lelaki) dan masih mempunyai empat adik beradik (3 perempuan dan 1 lelaki). Adakah adik beradik turut termasuk dalam pembahagian harta pusaka? Secara mudah saya misalkan peninggalan adalah wang berjumlah RM100,000. Bagaimanakah cara pembahagian mengikut faraid? Harap dapat membantu.

Jawapan:

Waalaykumussalam citramurni69,

Undang-undang pusaka Islam memberikan keistimewaan yang besar untuk keluarga terdekat si mati terutamanya anak-anak si mati.

Dalam keadaan ini, anak lelaki ayah citramurni (adik-beradik lelaki citramurni) menghalang adik-beradik ayah daripada mempusakai harta ayah citramurni. Malah, anak lelaki dan anak perempuan mendapat asabah (iaitu baki semua harta selepas ditolak daripada waris yang lain yang tidak terhalang seperti isteri si mati dan ibu bapa si mati).

Oleh yang demikian, sekiranya harta peninggalan si mati ialah RM100,000, maka pembahagian harta adalah seperti berikut:

Isteri si mati –> mendapat 1/8 (kerana si mati mempunyai anak sama ada lelaki atau perempuan)

4 anak lelaki si mati dan 5 anak perempuan si mati –> mendapat asabah (baki harta yang dibahagikan antara lelaki perempuan pada nisbah 1:2)

Penjelasan lanjut:

Baki harta sebanyak 7/8 harta menjadi hak anak-anak si mati. Cara hendak mengiranya ialah;

4 orang anak lelaki, setiap seorang mendapat 2 bahagian = 8 bahagian
5 orang anak perempuan, setiap org mendapat 1 bahagian = 5 bahagian
jadi, jumlah bahagian untuk anak-anak ialah (8+5) =13 bahagian.

Baki harta 7/8 tadi, di kali mengikut kaedah ‘gandaan sepunya terbesar’:
(1 x 13 = 13 )
(7 x 13 = 91 )
(8 x 13 = 104 )

oleh yang demikian, setiap bahagian menyamai 13/104 harta.

Maka, setiap anak lelaki mendapat dua bahagian, iaitu 26/104 harta manakala setiap anak perempuan mendapat satu bahagian iaitu 13/104 harta.
Bahagian isteri si mati iaitu 1/8 pula menyamai dengan 13/104 harta.

Harap penjelasan ini dapat membantu. Maklumkan kepada saya jika penjelasan ini mengelirukan.

Dr. Hasanah

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage