Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:07:18
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz
Ustaz, assalamu’alaikum
Sekiranya arwah ada meninggalkan sejumlah wang di Tabung Haji dan diletakkan nama saya dan kakak shj sebagai pemegang amanah, walhal masih ada waris lain yg mempunyai hak ke atas harta tersebut, bolehkah kami (penama tabung haji) menggunakan keseluruhan duit yg di amanahkan untuk tujuan hal2 spt fidyah arwah, haji badal arwah, segala untuk arwah dan bukan diri sendri, tanpa persetujuan waris lainnya? Harap jawapan ustaz boleh membantu kami menyelesaikan masalah ini memandang terdapat beberapa adik beradik yg tidak bersetuju untuk menggunakan duit tersebut untuk urusan arwah. Sekian.
Natera
Jawapan:
natera,
Penama dalam akaun Tabung Haji hanya boleh bertindak sebagai pemegang amanah. Dia wajib menggunakan wang simpanan tersebut mengikut syarak.
Pertama, hendaklah diselesaikan segala kos pengebumian dan segala hutang piutang arwah
Kedua, hendaklah diselesaikan wasiat jika ada
Ketiga, barulah boleh diagihkan sesama waris.
Jika ada hutang & urusan wajib arwah yang belum diselesaikan, maka hendaklah diselesaikan terlebih dahulu walaupun ada waris lain yang membantah. Walau bagaimanapun, dalam hal ini, persepakatan sesama waris adalah sangat penting. Carilah jalan supaya waris yang lain dapat memahami perkara ini. Namun begitu, janganlah berkeras hendak melakukan urusan yang sunat untuk arwah jika waris lain membantah kerana mereka juga mempunyai hak dalam harta tersebut.
===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========
No comments
Post a Comment