Main Posts Background Image

Main Posts Background Image
Showing posts with label USM. Show all posts
Showing posts with label USM. Show all posts

Tuesday, 9 February 2016

Dari Satu Learning Management System (LMS) ke Learning ManagementSystem yang Lain


Pada bulan Januari & Februari baru-baru ini saya berpeluang terbang ke Universiti Malaysia Kelantan untuk menjadi fasilitator bagi Bengkel Pemantapan Penggunaan iPad dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Lebih kurang macam tu lah nama bengkelnya. Lokasi yang ditetapkan adalah di Pengkalan Chepa dan Jeli. Sasaran kali ini adalah menyiapkan kursus para pensyarah yang terlibat dalam program ini dan diletakkan dalam iTunes U, iaitu satu apps bagi Learning Management System yang dibangunkan oleh Apple. Bagi yang tak biasa dengan iTunes U ni, boleh lah install apps ni dari AppStore ke dalam iPad ataupun iPhone. Saya ulang, ke dalam iPad ataupun iPhone (sahaja!).

Sebelum program, saya dan beberapa rakan perunding dibimbing oleh orang kuat Apple Education iaitu Puan Wan Noraini untuk memastikan bengkel berjalan dengan lancar.

Ok, memandangkan tajuk artikel kali ini adalah tentang Learning Management System, jadi saya nak kongsi kan sedikit tentang makhluk yang dipanggil LMS ni. LMS yang dimaksudkan di sini ialah sistem pembelajaran online. Adik-beradik e-learning lah juga.

10 tahun dahulu...

Tahun 2006 selepas saya selesai menulis tesis Ph.D dan menunggu viva, saya mempunyai saaaangat banyak masa lapang. Lapang la cek ooiii sebab baru habis tarik-tarik rambut nak siapkan tesis sambil kesat air mata. Bukan senang nak siapkan Ph.D. Zaman itu merupakan zaman Yahoo!Group. Dah pupus agaknya Yahoo!Group ni. Almarhum suami saya, Ustaz Rosdi Yusof masa itu mengajar di Malaysian Spanish Institute, Kulim, Kedah (sekarang UniKL-MSI). Saya melihat rutin yang dilakukan oleh suami iaitu menghantar khuttoh dirosiyah (proforma) dll iaitu dengan menghantar emel kepada para pelajar melalui Yahoo!Group.

Saya pemalas. Ups! Pemalas?!!!

Pernah tak terbaca kata-kata ini:

"I will always choose a lazy person to do a difficult job because a lazy person will find an easy way to do it".

Kata-kata ini dikatakan dipegang oleh Bill Gates. Ia pada asalnya merupakan hasil kajian yang diterbitkan dalam “Popular Science Monthly” dalam tahun 1920 oleh Frank B. Gilbreth Sr. yang mengkaji pencapaian beberapa golongan pekerja apabila mereka menyelesaikan masalah.

Malas dalam konteks ini perlulah dilihat dari segi positif. Jangan pula awak saja-saja jadi pemalas tunggu tuhan campak rezeki dari langit dan melepek dalam rumah macam sampah! Haram tu!

Lihat semula dalam situasi suami saya yang berulang-ulang hantar emel yang sama kepada kumpulan pelajar yang berbeza setiap semester. Saya mencari jalan, apakah cara mudah (untuk orang yang malas) supaya tidak perlu lakukan perkara yang sama berkali-kali. Maka saya pun search dalam Yahoo! Masa tu zaman Yahoo! je. Google belum glamour hihii.
Sumber: Moodle.org

Akhirnya saya bertemu dengan sejenis ‘menu alaf baru’ yang dinamakan Moodle. Macam Noodle je bunyinya hihiii. Hasil kajian, saya dapati bahawa Moodle adalah LMS yang terbaik. Ia adalah free open source learning management software. Saya boleh download percuma sahaja. Tetapi saya perlu ada domain & hosting. Maka di situlah bermulanya LMS pertama yang saya install dan setup iaitu di alamat rosdi.net/education. Kalau tak silap masa tu saya install Moodle version 1.6. Saya selalu sebut sebagai Portal e-Learning. Jarang sebut LMS sebab orang tak faham. Dalam masa yang sama saya install dan setup Wordpress untuk blog rosdi.net dan drhasanah.com

Macam tak masuk akal. Hasanah... balik dari negara padang pasir, bidang pengkhususan Pengajian Islam, tiba-tiba jadi webmaster blog & LMS. Baru je masuk mengajar di USM dah ada LMS sendiri. Sedangkan USM pun masa tu takde lagi LMS untuk semua pensyarah. Rupanya langkah si pemalas tidak mudah juga pada mulanya kerana saya dianggp telah ‘meng spoon feeding kan’ para pelajar kerana telah longgok kan berbagai bahan dalam portal e-learning tu. Oh hati, sabar sahaja lah.

Orang nak mengata? Lantak lah. Saya malas nak ambil kisah! (eh yang ni pun malas juga?)

Alhamdulillah, perlahan-lahan, e-learning akhirnya mendapat tempat dalam arus pendidikan. Tetapi trend LMS juga terus berubah.

Sehingga kini, saya terus sukaaaa sangat kat Moodle. Tapi kesibukan kerja dan urus keluarga menyebabkan saya sudah kurang membangunkan portal e-learning saya yang telah dipindahkan ke drhasanah.com/e-learning. USM juga menggunakan Moodle. Saya telah bangunkan kursus yang saya ajar dalam portal e-learning USM yang berasaskan Moodle. Saya akan create backup fail, kemudian restore dalam portal e-learning saya, tetapi saya hide from public :)

Apabila berpindah ke UKM, saya perlu menyesuaikan diri dengan sistem iFolio UKM. Ia menggunakan source code sendiri. Sistem iFolio sangat simple dan mudah digunakan oleh ‘lay-man’. Bagi saya yang sudah bertahun-tahun bermain dengan Moodle memang selalu rindukan Moodle lah sebab Moodle ada sangat banyak feature yang tiada dalam iFolio. Namun, ada juga pro nya, iaitu bagi pensyarah yang baru berjinak-jinak dengan LMS, maka sistem yang tak banyak feature ni bagi mereka sangat user friendly.

Itu baru LMS di peringkat universiti.

Di internet pula ada banyak pilihan LMS yang ada. Antara yang terkenal ialah Schoology, Edmodo, Socrative dan Google Classroom. Yang lain banyak lagi. LMS ini membolehkan kita create course di laman web mereka. Pro dan kon? Hmmm... Sistem lebih stabil kerana diuruskan oleh pasukan software engineers mereka. Feature rich juga. Tetapi pihak universiti tiada kawalan dan tak boleh buat analisis penggunaan. Selain itu, para pelajar juga tidak autoamatik subscribed kepada course yang dibangunkan oleh pensyarah mereka. Hal ini akan menyukarkan P&P.

Global trend sekarang ialah belajar dari open online course dan secara self-pace learning. Maksudnya, belajar dari kursus yang ditawar secara percuma di internet dan dilakukan mengikut ‘suka hati’ pelajar. Istilahnya ialah Massive Open Online Course atau MOOC. Sebut ‘muk’ ya, jangan sebut ‘mu uk’ buruk nau hahaa.

(Pembelajaran self-pace learning juga boleh dicapai melalui Khan Academy dan Ted)

Banyak juga kelebihan MOOC ini berbanding Moodle & iFolio. Kementerian Pendidikan Malaysia telah memilih laman web openlearning.com untuk dijadikan platform untuk meletakkan kursus MOOC bagi IPTA di Malaysia. Selain openlearning, ada juga laman web MOOC yang lain seperti Coursera, Udemy, edX, Udacity dll. Saya juga terlibat dengan pembangunan kursus MOOC iaitu bagi kursus Kesepaduan dan Hubungan Etnik (UKM-MOOC) iaitu di alamat https://www.openlearning.com/courses/etnik


Pelajar sudah hampir 40,000 orang dengan lebih 200,000 interaction dalam kalangan pelajar! Ini betul-betul global!

Selain laman MOOC yang saya sebut tadi, ada satu lagi laman web MOOC yang saya sangat suka iaitu http://www.craftsy.com/ . Walaupun ia tidak menguwarwarkan istilah MOOC tetapi ia menggunakan konsep yang sama. Sekali masuk dalam craftsy ni, rasa tak nak keluar. Best sangat-sangat! Craftsy sangat fokus. Ia tertumpu pada bidang hobi kraftangan dan jahitan sahaja. Itu pun tak habis subscribe pun. Masuk dalam craftsy akan menyebabkan malas anda akan berkurangan sedikit dan mula lah nak jahit sana jahit sini <3

Oh ya, balik kepada iTunes U. Ini juga satu trend dalam LMS. iTunes U tak sama dengan iTunes. Jangan keliru ya. iTunes untuk urus lagu & movie. iTunes U untuk belajar. iTunes boleh diinstall dalam PC dll. iTunes U hanya boleh di install dalam iPad dan iPhone. Inilah kelemahan utama iTunes U. Bukan murah iPad tu kak Non oooiiiii.... Namun, jika iTunes U dapat dilaksanakan melalui kewujudan gajet tersebut, ia ada kebaikan juga. Bandingkan dengan MOOC. Kursus MOOC hanya boleh dicapai oleh pelajar jika mereka ada internet yang laju. Realitinya, internet di Malaysia tidak lah laju sangat terutamanya kemudahan wifi di kampus-kampus universiti memanglah termalu-malu selalu. Jadi, bila tiada internet, pelajar tidak boleh belajar melalui MOOC! Ini realiti.

iTunes U dalam iPad/iPhone pula... pelajar perlu juga internet. Mereka boleh pergi ke perpustakaan, kafe atau mana-mana tempat yang ada internet laju. Buka gajet > sync course & download bahan P&P. Kemudian mereka boleh balik ke bilik tidur yang wifi slow & boleh belajar menggunakan gajet tadi. Mereka boleh akses bahan P&P tersebut di mana-mana pada bila-bila masa sahaja.

Kursus Zakat dan Masyarakat yang saya bangunkan dalam iTunesU

Openlearning yang menjadi platform MOOC Malaysia juga sudah keluarkan apps untuk android & IOS (iPhone apps). Tetapi apps nya bukan seperti apps iTunes U. Kalau tiada internet tetap tak boleh akses kursus dalam apps openlearning. Ada juga platform MOOC lain yang membolehkan kita download course & tonton semula walaupun tiada internet. Coursera berfungsi macam ni. Yang lain saya belum cuba. Tetapi bukan boleh senang-senang nak masuk mengajar dalam Coursera.

Kalau apps openlearning boleh berfungsi seperti Coursera dan iTunes U barulah MOOC Malaysia menjadi lebih hebat kerana pelajar perlukan internet yang laju sekejap sahaja. ‘Learning’ tetap boleh berlaku di 90% dunia yang tiada internet.

Saturday, 5 December 2015

Teknologi pendidikan dari padang pasir ke hutan batu


Saya graduan sebuah universiti negara padang pasir. Kelakar bila teringat dulu saya & room mate, Ustazah Hafsah Badzis bayar 20 Dinar Jordan atau bersamaan RM80 untuk ambil kursus intensif belajar komputer di sebuah pusat komputer swasta di pekan kecil Mu’tah. Masa tu saya sudah di tahun akhir. Apa yang kami belajar ialah DOS! Apakah DOS itu? Oh, orang sekarang hanya tahu Windows, IOS & Android. Jangan lupa, tahun 90-an internet pun takde lagi di Jordan! Malah, semua assignment kami tulis dengan punggah kitab di library dan kami tulis dengan tangan!
Di Jami’ah Mu’tah (Universiti Mu’tah, el-Karak, Jordan) pula saya ambil satu kursus elektif untuk cukupkan kredit dalam semester terakhir, iaitu berkaitan programming :) . Bahasa pengaturcaraan yang diajar ialah Basic Language. Rasanya dah pupus dah bahasa tu. Pengaturcaraan PHP yang femes sekarang. Di sana ada 2 exam + 1 final exam. Saya memang minat betul dengan subjek ni. Habis buku di library tentang Basic Language saya punggah. Dengan tak di sangka-sangka, dalam exam 1 saya hilang 1 markah. Exam 2 hilang 1 markah. Final exam juga hilang 1 markah. Maka markah keseluruhan saya dapat 97% ! Masa tu rasa macam, eh! silap bidang ke aku ni? Subjek Pengajian Islam pun takde yang tinggi macam ni. Uhuhuuuu 

Kalau bercakap tentang method pendidikan, apa tah lagi teknologi pendidikan di Jordan masa tu memang,.... Tok guru cakap...cakap...cakap.... Kami tulis...tulis...tulis... Fuh, banyak betul ilmu yang diturunkan. Hujung kelas beliau tanya "fi su'al?" (ada soalan?). Ahah! masa tu lah pembelajaran INTERAKTIF bermula :)

Menariknya, pelajar Arab memang ada sangat banyak soalan & suka berdebat dengan pensyarah. Semua orang berlumba-lumba angkat tangan untuk bertanya. Sayangnya pelajar dari Nusantara terutamanya Malaysia (termasuk yang menulis ni la ki3) sering diam sahaja menjadi pemerhati dan meneliti setiap butir perkataan yang keluar dari mulut rakan-rakan sekuliah. Alhamdulillah walau pun tiada alat bantu mengajar yang digunakan, tetapi ilmu yang diajarkan sangat banyak dan berguna.

Pulang ke Malaysia barulah saya melihat teknologi pembelajaran di pusat pengajian tinggi berkembang. Dari transparency projector hinggalah komputer dengan internet yang bersambung dengan OHP projector. Dewan kuliah juga sudah ada wifi. Kemudahan video conferencing / webinar err.... ada, tapi eksklusif dalam bilik/dewan tertentu sahaja. Teknologi interactive white board pula hanya ada di institusi orang kaya. Alhamdulillah. Ini tetap satu perkembangan yang baik. Pembelajaran interaktif & tanpa sempadan sudah boleh dilakukan.

Walau bagaimana pun.... ala... ni nak cakap yang sadis lagi tragis pula. Dengan beban tekanan kewangan yang semakin perit sekarang ini hingga kan bajet untuk universiti turut dipotong ketika harga barang dan perkhidmatan meloncat naik, nampaknya teknologi pembelajaran tidak dapat terbang seperti roket. Lambat lah kita sampai bulan!

Malaysia perlu sedia berkorban untuk mempelbagaikan teknologi pembelajaran. Keperluan asas dalam dewan kuliah perlu diperbaiki dan dipertingkatkan. Sudah bertahun-tahun saya belajar dan mengajar dalam pelbagai universiti, masalah teknikal dalam dewan kuliah nampaknya macam menarik segumpal rambut yang sangat panjang dalam seguni tepung. Semoga kerajaan prihatin untuk mengambil kisah tentang dewan-dewan kuliah di semua universiti di Malaysia terutamanya universiti yang sudah lama. Kalau pelajar hanya 30-50 orang boleh lagi mengajar dengan baik dengan bantuan white board. Tetapi kalau lebih 100 orang dan dalam dewan yang besar, tak boleh lah gunakan white board dan terpaksa pula tinggi kan suara (baca: menjerit) untuk sampaikan ilmu. Lepas 1 jam kuliah bertukar menjadi konsert Ella :)

Sesekali saya bawa kertas mahjung & marker. Bentuk kumpulan & berikan tajuk kecil. Mereka bincang & bentang. Tapi tak boleh selalu buat begini. Pensyarah akan dilabelkan pemalas atau tak pandai pun subjek tu!

Ada kalanya saya buat flipped classroom (kelas terbalik!). Tapi bukan selalu boleh diterbalikkan. Kasihan pelajar yang tercari-cari wifi connection. Para pelajar faham sangat maksud saya ni.

Ada macam-macam cerita tentang dewan kuliah. Tak boleh nak cerita semua. Datanglah menjenguk dan bawalah bajet tambahan sekali!

Thursday, 27 November 2014

Powtoon atau Videoscribe? Apakah pilihan saya untuk membina e-kandungan?



Sejak dari tahun pertama saya bekerja di USM hinggalah tahun pertama saya bekerja di UKM, e-learning terus menghantui hidup saya. Makin ku lari,makin dikejar. Di USM 6 tahun kalau tak silap saya jadi penyelaras e-learning di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK) tapi sebenarnya tak berfungsi sangat pun. Saya lebih pada memberikan training kepada rakan-rakan pensyarah dan memberikan khidmat nasihat dalam hal-hal berkaitan.  Saya juga telah dijemput untuk menyertai team CDAE USM yang dikepalai oleh Prof. Abd. Karim Alias untuk memberikan training Moodle dll kepada pensyarah USM. Nak puji sikit, he is a great leader, sifu & mentor in e-learning despite of his expertise in food technology. Learnt a lot from him.

Sekarang baru je masuk UKM, dah diberikan jawatan yang sama, tapi nampaknya di UKM, jawatan penyelaras e-learning ada kedudukan yang tersendiri, diberikan elaun, parking lot & kerusi khas semasa mesyuarat. Susah hidup saya sebab saya suka sembunyi belakang-belakang hahaaaa (gelak jahat!)

Ok, balik pada tajuk iaitu tentang software Powtoon & Videosribe (keluaran Sparkol). Pertamanya, saya suka kedua-dua software ini. Saya gunakan untuk menyediakan e-kandungan dalam bentuk animated video bagi beberapa tajuk kecil kursus yang saya ajar atau yang dalam bidang pengkhususan saya.

Membandingkan antara powtoon dan videoscribe sebenarnya agak rumit. Powtoon adalah unik. Videoscribe juga unik. Ada beberapa perkara yang boleh dibuat di Powtoon tetapi tidak boleh dilakukan di Videoscribe. Begitulah juga sebaliknya. Ia seumpama membandingkan antara abc dan cendol. Hmmm... sedapnya, yummy! Ups, jangan la biar air liur dok menitik tu! Buruk haih :)

Saturday, 22 June 2013

Majlis Perpisahan anjuran Bahagian Pengajian Islam, PPIK, USM



Majlis perpisahan anjuran Bahagian Pengajian Islam, PPIK, USM diikuti makan2 @ Pen Mutiara. Terima kasih Pengerusi BPI & sahabat2 semua atas segala2nya. 7 tahun pengalaman luar biasa yang sukar dilupakan.

Thursday, 30 May 2013

Animasi Qawaid Fiqhiyyah di youtube

Assalamualaykum,
Kali ni nak kongsi 1 video animasi yang saya buat & digunakan sebagai bahan pengajaran dalam subjek Sumber & Prinsip Perundangan Islam, iaitu sebagai intro topik Qawaid Fiqhiyyah.
Video ni tak sampai 2 minit pun. Saja lajukan!



http://www.youtube.com/watch?v=0isgEP1R5gw&feature=youtube_gdata_player


Sebenarnya video di atas dibuat sambil2 bertungku & berpantang selepas melahirkan anak ke 8. Lelaki!
Namun hayat dia hanya di rahim bonda.
Inna lillah wa inna ilayhi rajiun.
Sabarkan daku atas ujian ini ya Allah

Tuesday, 28 August 2012

Masa sibuk selepas masa lapang



Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Cantik makna hadis ni kan. Itulah putaran kehidupan kita.  Sekejap di atas, sekejap di bawah. Sekejap sibuk, sekejap lapang.

Saya menarik nafas panjang. Sangat panjang. Dipendam lama-lama biar oksigen yang melalui bronkius dan bronkiul akan terus tercerap di alveoli. Biar padat oksigen dalam salur darah dan sampai ke sereblum, limbic, cortex dll. Saya menguji kesahihan teori bahawa oksigen boleh menenangkan minda. Sel-sel otak sedang berhubung...

Monday, 10 January 2011

Laman Sosial Perlu Disekat? Warga USM Sudah Bersedia?



Hmmph... Lamanya tak update blog. Sesekali jenguk laman sosial bernama facebook dan kalau tergerak hati, akan jenguk laman sosial bernama twitter. Kadang-kadang rasa tak seronok bila login facebook kerana tak boleh 'appear as invisible' sebagaimana feature yang ada pada yahoo messenger. Maka, bila login facebook, sekejap sahaja akan logout. Twitter pula jarang benar lekat lama sebab tak banyak yang 'perlu' dilihat.

Mmm... macamana agaknya kalau laman sosial ini semua disekat? Disekat dalam erti kata, macam pelaksanaan di sesetengah pejabat & institusi yang halang terus fb, macam err.... USIM (jangan marah ye warga USIM hihii.... ada orang dalam yang beritahu saya!). Kadangkala hairan juga saya kerana ada sahaja pelajar USIM yang add saya walaupun fb disekat. Mereka akses dari mana?

Tuesday, 6 July 2010

Jemputan ke Persidangan Kebangsaan Alam dalam Kesusasteraan



Persidangan yang julung-julung kali diadakan, iaitu Persidangan Kebangsaan Alam dalam Kesusasteraan akan diadakan pada 16-17 Julai 2010 di Universiti Sains Malaysia.

Sukacita dijemput para pencinta alam dan kesusasteraan untuk menghadiri seminar ini. Saya hanya AJK promosi yang ditugaskan untuk membuat website dan update. Warna hijau saya pilih untuk membangkitkan rasa 'kealaman' dan beberapa gambar yang diambil dengan Nikon D90 telah saya gunakan.

Semalam saya telah upload tentatif terkini program. Insya Allah hari ini saya akan upload kertas kerja untuk seminar ini. Namun kertas kerja tersebut hanya boleh diakses oleh peserta seminar sahaja. Maklumat lanjut? Lihat: http://alamsastera.usm.my

Monday, 28 June 2010

Cuti semester dah nak habis menyebabkan kuliah hampir bermula



Alkisahnya, cuti semester hampir 2 bulan yang sering dicemburui oleh semua orang yang kononnya "best la jadi pensyarah, ada cuti 2 bulan" hihiii... dah nak habis. Sebenarnya, bila jadi pensyarah, no cuti-cuti nooo (ikut slang speaking orang utagha). Dua bulan saya sangat padat. Meeting tak pernah putus. Bengkel sana-sini. Kena operate pula, cuti 2 minggu, tapi dalam cuti sakit tu, kerja kena jalan juga. Penyeliaan pelajar, pemeriksaan tesis Ijazah Tinggi. Kalau tak boleh ke ofis, saya akan suruh pelajar mai rumah. Habis cuti sakit, bila masuk ofis, huhuu... lagi la kerja tak putus. Artikel... artikel... artikel... itulah rencam pensyarah di universiti APEX. Desasiswa pula, tak sunyi dari manusia. Walaupun pelajar USM takde, penginapan dari orang orang luar tak henti-henti. Seronok juga tinggal di Tekun ni sebab lokasi strategik untuk foto mania macam saya hihiii...

Wednesday, 31 March 2010

Usul Fiqh - ilmu yang dijauhi



Hari ni hari terakhir kuliah HIS 213 iaitu Sumber dan Prinsip Perundangan Islam. Sob... sob... sedih... setiap kali berakhirnya pengajaran saya dalam sesuatu subjek pada sesuatu semester, mesti rasa sedih... uh, sentimental sungguh.

"Sebelum saya akhiri kuliah ini, suka saya nak berpesan kepada para pelajar sekelian supaya dalami dengan bersungguh-sungguh bidang yang kamu ambil sekarang ni. Ada yang bio, ada yang komunikasi, ada yang bidang seni dan macam-macam lagi. Gali dan cari pula segala ayat-ayat al-Quran dan hadis yang berkaitan bidang yang kamu ambil. Kemudian kaji ayat-ayat tersebut, nanti kamu akan bertemu dengan rahsia-rahsia Allah yang tersingkap di sebalik ayat-ayat dan hadis-hadis tersebut. Kalau kamu bidang bio pokok sebagai contoh,

Monday, 29 March 2010

Demam TOT ku tidak sama dengan demam mereka

Demam di hati, manakah termometernya?
Alhamdulillah Temasya Olahraga Tahunan di USM berakhir semalam. Alhamdulillah juga kerana sepanjang TOT saya demam, migrain, batuk, selsema, sakit perut bla..bla... Maka bebaslah saya dari terlibat dengan TOT. Habis je TOT, demam pun baik, sakit perut tinggal sikit-sikit, selsema dah kurang... Alhamdulillah.... [Sungguh, saya terkejut dengan 'bantuan' yang Allah berikan, kerana 3-4 hari sebelum TOT, saya berharap yang semasa TOT saya sakit dan demam.]

"Slm, Dr Hasanah djemput hdir utk mnjdi hakim utk khemah & prbarisan TOT. Perasmian TOT akn brmula pd jm 8 mlm ini.TQ" Demikianlah sms entah dari siapa-siapa yang saya terima petang Jumaat lepas.
"Slm, maaf, sy mc, demam" Pendek jawapan saya untuk anonymous.

Wednesday, 10 March 2010

Projek baru

[caption id="attachment_789" align="alignnone" width="300" caption="Kek ulangtahun perkahwinan ke-10, kek terakhir yang abang belikan..."]Kek ulangtahun perkahwinan ke-10, kek terakhir yang abang belikan...[/caption]
Allah selamatkan emak!
Allah selamatkan emak!
Allah selamatkan emak kami!
Allah selamatkan emak!
Amiiinnn......

hihii.....

Oklah, taknak nyanyi-nyanyi.

Thursday, 25 February 2010

Persidangan Kebangsaan Alam dalam Kesusasteraan

Screenshot laman sesawang Seminar Kebangsaan Alam dalam Kesusasteraan

My another Joomla project.

Alhamdulillah, laman sesawang (Pengarah tak guna perkataan laman web!) ini telah saya siapkan. Jenguk-jenguklah http://alamsastera.usm.my terutamanya bagi yang meminati sastera, kesusasteraan Islam, pencinta alam bla...bla.... Ops! Jangan lupa scroll down laman tu dan klik kat 'webmaster' :)

Sempena Maulid al-Rasul ini mungkin indah juga kalau kita mengenang betapa baginda Rasulullah s.a.w. sentiasa menjaga kelestarian untuk umat Islam. Tutur bahasa baginda pula sarat dengan nilai sastera walaupun yang mahu disampaikan ialah dakwah akidah, akhlak dan penyampaian hukum.

Hmm.... bunyinya macam boleh jadi tema Maulid Nabi tahun depan ni, hihiii

Thursday, 14 January 2010

Pertunangan - peluang untuk memilih jodoh

Moto DrHasanah.com

Assalamualaikum,
Fuh, 3 bulan beriddah dengan blog ni. Merajuk pada yang tak sayang, takdenye dia nak memujuk, hihii...
Rencam menjadi penulis, ada sahaja yang tidak 'diperkenan' oleh orang yang membaca sehingga timbul tohmah dan fitnah. Aduhai diri, sabarrr.... sabaaarrr..... "Inna Allah ma'a al-sabirin"
Malas hendak melayan kata-kata orang, kerana:

Aku tidak hidup kerana dipuji manusia,
Aku juga tidak mati dengan keji mereka.


Biarkan manusia terus berkata-kata, bila penat, diamlah mereka. Mereka tidak tahu apa yang mereka tidak tahu. Ibarat anak-anak bila ditunjukkan gambar kambing, mereka akan kata, itu kambing, padahal itu bukan kambing. Itu 'gambar' kambing.

Thursday, 15 October 2009

Rombongan dah nak sampai oooiiii

Gembira! Ceria! Semua orang gembira... tapi riuh dan kelam-kabutnya ada. Dua buah bas nak sampai hari Sabtu ni. Ramai tu... Penginapan cukup ke? Makanan dah tempah? Tempat dah disiapkan? Orang-orang penting semua dah diberitahu? Agenda dah siap? Adus....

Ni baru je siapkan banner. Alah, lebih kurang je lah... Hari ni buat, hari ni tempah, harap-harap hari ni boleh gantung! Banyak lagi nak difikirkan.

Banner segera lawatan USIM ke USM

Malam tadi habis meeting pukul 12.30 t/malam. Eh, bukan malam tadi lah namanya tu kalau sampai ke pagi. Malam nanti meeting lagi, hihiii... Menu meeting, chicken chopped! Tak tahu lah kenapa adik-adik di Tekun tu suka sangat kat ayam kena cop. Eh, bukan menu yang penting, tapi meeting tu! Er, kita nak tempah kapet merah ke? bunga manggar? kompang? Hey, depa tak bawa tepak sireh pun lah... Ye lah... yang nak datang tu, rombongan orang perempuan je... 80 orang perempuan. 70 penghuni Desa Jati & 10 pegawai pengiring, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Adik-adik Tekun semua, dengar tu... yang nak datang u..s... ISLAM... tauuuu..... kome? ok...ok... tak boleh merepek. Kerja banyak ni.

Selamat datang kepada rombongan penghuni Kolej Kediaman Desa Jati USIM ke Desasiswa Tekun, USM. Kami tidak mampu menghampar baldu, sekadar sekelumit kenangan buatmu yang mungkin tiada membuahkan rasa rindu...

Monday, 17 August 2009

Ingraw, PPA12, Desa, HEA dan RICH

Minggu kacau bilau.

Tadi seharian dah meeting. Esok pagi-pagi sambung lagi meeting. Nak rebuild Program Minor Pengajian Islam di USM. Dok pikir ni. Apa lah sentuhan baru yang diberikan. But for sure, I'll propose a new subject: Zakat dan Wakaf Kontemporari. Borang HEA dah siap dah pun. Harap-harap diterima dan esok-esok dapat sambutan dari pelajar. Letih la ajar munakahat. Best tu memang best, tapi student ramai sangat (sebab terlalu best la tu gamaknya) tak larat nak melayannya... hihii... jangan marah my beloved student. Sebenarnya, dah rindu nak tumpu kat zakat. But please don't be sad, saya and the gang: Dr. Nizam & Dr. Jasni akan tetap ajar munakahat.

Pengalaman paling seronok mengajar HIS 224 Institusi Kekeluargaan Islam (munakahat) ialah masa ngajar mak-mak dan bapak-bapak orang dari school of education. Apa lah diorang tu, dah ada anak 3-4 orang pun nak belajar munakahat lagi. Kalau yang bapak-bapak tu memang paham sangat lah... (hihii.... apa lah sebabnya depa nak menajamkan ilmu bab kawin-kawin ni ye), tapi yang mak-mak tu, apo nak dibueknyo lai?

Thursday, 7 May 2009

Sabatralog - Siri 1

Welcome to Sabah

Perjalanan ke Sabah bermula sebelum orang lain mula bergerak ke destinasi itu. Saya memulakannya dengan solat istikharah dua hari sebelum hari ekspedisi. Keputusan untuk bersama-sama kira-kira 70 orang penghuni dan kakitangan Desasiswa Restu, Saujana dan Tekun mengunjungi negeri di bawah bayu itu bukanlah satu keputusan yang mudah bagi saya. Ini merupakan kali pertama saya musafir tinggalkan anak-anak sejak Ustaz Rosdi meninggal dunia. Selama ini, ke mana sahaja saya pergi pasti anak-anak dikelek bersama. Kalau tidak, siapa yang nak uruskan mereka?

Wednesday, 29 April 2009

Musim mengambang



Fuh! Macam-macam jadi. Ada juga yang menjadi-jadi. Tak kurang pula yang tak menjadi! Alhamdulillah, takde pula yang 'apa pun tak jadi'. Sekurang-kurangnya jadilah juga walau pun tak berapa menjadi.

3-4 hari ni... Alhamdulillah projek khidmat masyarakat saya menjadi walaupun belum betul-betul jadi. Lihat http://www.skbg.edu.my yang terhasil selepas saya dijemput oleh pihak Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir dan juga PIBG untuk membangunkan laman web sekolah. Inilah laman web sekolah yang pertama yang pernah saya buat. Terasa seronok bila dapat berkhidmat untuk sekolah di mana anak saya belajar walaupun saya bukan AJK PIBG. (Saya hadir mesyuarat PIBG hari tu, tapi buat senyap je... takut orang lantik jadi AJK! hihiii....).

Thursday, 27 November 2008

Kursus CPD | Modul e-Learning


Universiti Sains Malaysia sentiasa berusaha untuk menjadi yang lain daripada yang lain.

Hari ni, saya dan ahli kumpulan ACES baru sahaja selesai membuat pembentangan portal e-learning untuk modul CPD. Lepas ni cuma tinggal lengkapkan modul artikel jurnal sahaja. Lega rasanya...
[dari bulan Julai hingga November tak habis-habis dengan kursus. Bukan tak bagus, tapi, mana nak mengajar lagi, nak selia pelajar MA & PhD, research, desa, bla...bla.....]

Berkenaan portal e-learning, kami diberi tugasan untuk membangunkan satu kursus berkenaan sustainability (kelestarian). Lihatlah kursus yang kami bangunkan dalam fasa kesibukan yang amat sangat DI SINI. Kursus yang kami bangunkan bertajuk: Multiple Intelligences (MI) for Sustainability. Apa tu? Hah! sila klik DI SINI.

Mujurlah saya tidak kekok sangat membangunkan portal e-learning ni sebab saya sendiri memang mempunyai portal e-learning yang dibangunkan bersama arwah suami di http://www.rosdi.net/education. Ada beberapa kursus dalam portal tu yang dibuka untuk guest user (orang awam). Kena godek sendiri lah ye kalau nak tahu kursus apa yang ada.

Ops! Teringat pula portal e-learning PPIK yang diamanahkan oleh Dekan PPIK pada saya. Jap ye prof. Bagi saya habis semak skrip final exam ni dulu :) . Adeh, tak dan menyawa....

Tuesday, 4 November 2008

Air

Air mata...

Itulah yang meniti di pipi mak (mak arwah suami) Sabtu lepas.
Hari ini di teritori yang sama, saya senyum sahaja. Geli hati melihat telatah anak-anak terkial-kial belajar berenang dengan instrutctor, Uncle Zainoba.

"Kena garang sikit," pesan saya pada uncle.
Uncle Zainoba tersenyum. Dia orang lama. Masak sangat dengan kerenah kanak-kanak yang takut-takut bila kaki tidak mencecah lantai kolam renang.



Saya faham kenapa mak sedih. Ya lah, anak kesayangan dia, ayah kepada anak-anak ini dahulunya cukup hebat berenang menyusuri sungai dan lubuk. Kalau sesekali kami menginap di hotel, memang tidak sah kalau dia tidak terjun ke dalam kolam. Kalau ada family day dengan saudara-mara, tak payah lah cabar berenang dengan dia. Pasti menang sahaja. Saya pula, hihi..... tolong sengih je...

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage