Main Posts Background Image

Main Posts Background Image
Showing posts with label Fiqh Kematian. Show all posts
Showing posts with label Fiqh Kematian. Show all posts

Tuesday, 17 July 2012

Fatwa Zakat Harta Pusaka



Sambung diskusi lepas tentang zakat pada harta pusaka. Boleh baca artikel berkaitan di: http://drhasanah.com/2012/zakat-pada-harta-pusaka/

Artikel lepas hanya sempat membincangkan hukum zakat yang tidak dibayar semasa hidup. Perbincangannya menumpukan kepada apakah hutang zakat perlu dibayar dengan menggunakan harta pusaka si mati ataupun ia tidak perlu dibayar sama sekali atau mungkin hutang itu perlu ditanggung oleh waris.

Dalam artikel kali ini, saya akan membawa persoalan: Adakah harta pusaka yang diterima oleh ahli waris perlu dibayar zakat?

Saya telah cuba mencari fatwa di Malaysia yang berkaitan dengan isu ini tetapi tidak jumpa. Kalau anda jumpa, harap dapat kongsikan dengan sahabat pembaca yang lain :)

Jawapan pendek saya bagi persoalan ini ialah:

Tuesday, 26 June 2012

Zakat Pada Harta Pusaka


Diskusi kali ini agak ilmiah.
Sambil sibuk marking tugasan, seminar & bengkel e-learning dll saya juga dikejar oleh ketua penyelidik 1 geran universiti penyelidikan (RU Grant) tentang isu harta pusaka yang mana penyelidikan itu sudah berjalan selama 1 tahun. Teringat blog uruspusaka yang dulu pernah saya bangunkan bersama almarhum suami. Blog tersebut dapat sambutan yang menggalakkan dengan berbagai-bagai persoalan dikemukakan oleh orang awam. Dah jadi macam consultant bebas la pulak! Sedihnya, walaupun suami dah meninggal dunia, masih ada orang yang telefon saya nak cakap dengan suami. Saya cakap suami dah meninggal. Pemanggil tu kata nak cakap juga dengan suami. Waduh! Kalau bisa dibangkitkan orang yang sudah di alam baqo'....

Thursday, 22 September 2011

Tak tahu tajuk. Raya? Mati? Wasiat?



"Salam, jenazah kb dh dibawa blk ke umah mak dia, akan kebumi esok kul 10 pg..." Demikian sms yang diterima pada hari raya pertama AidilFitri baru-baru ini. Terkedu membacanya. Di saat umat Islam bergembira dengan persiapan malam raya, rupa-rupanya sahabat saya, Khairul Bariah, dipanggil bertemu Rabbuljalal. Tinggallah empat orang anakandannya menjadi yatim dan merindui kasih ibu. اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها


[SMAS, Kajang, 3 Kuning, 1990. Berterabur: Hafiz Sarim, Madihah, Mardhiyah, Syirazi Hafiez, Hafiz Othman, Yusrina Yunus, Azri Sahat, Azrin Aziz, Shahril Yusni, Zairil, Nooradilah Mohd Rukon, Noradillah, Raslina Mohamed Nor, Faizal Yassin, Hasbi Arifin, Syukri, Fariheena, Halim Hafiz, Mohd Helmi, Amalina Mahidin, Iskandar Hamim, Faris Hasbullah, Afizah Yaakob, Nur Ahmad, Hasanah Abd Khafidz (teka yang mana?), Mohd Zulakhmar Zakiyudin, Siham Ismail, Che Iazmi Che Sof, Ariffaizad, Khairul Bariah Abas Azmi, Norhidayah, Kamarul Arrifin Ali, Rosmiyati, Intan Syafinaz Mat Shafie, Norleen Rashid, Hazalina, Norlin Soraya Ahmad Bashri, Suzlina Shokri and Syazli Fathi]

Saturday, 10 October 2009

Bagaimana iddah bagi wanita yang tiada haid, tidak pernah haid atau telah putus haid - menopause

Sepi hati meniti hari

Harap-harap ini ialah entri terakhir yang saya tulis tentang iddah. Dah tak larat cakap pasal iddah. Soalan tentang iddah pun tak putus-putus datang. Kadang-kadang tu jawapannya dah ada, tapi entahlah, kadangkala sikap kita ni, kira nak senang dapat jawapan je, tanpa berusaha nak cari dulu maklumat berkaitan.

Ok, bagi kes wanita yang tiada haid, tidak pernah haid atau telah pun habis haid (haidh), jika:

1. kematian suami (dan tidak mengandung)- maka iddahnya ialah 4 bulan 10 hari
2. mengandung semasa diceraikan atau kematian suami- maka iddahnya ialah sehingga dia melahirkan anak atau keguguran.
3. diceraikan... hah, yang ni panjang sikit ceritanya

Sunday, 24 May 2009

Apa yang tidak boleh dilakukan oleh wanita yang berada dalam iddahkematian suami?



Persoalan kali ini akan menjengkelkan golongan 'pembela wanita' yang beriya-iya mahu 'membebaskan' golongan wanita dari cengkaman 'kezaliman'.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa Islam itu zalim, Islam tidak indah, Islam mengongkong wanita dan macam-macam lagi apabila mendapati bahawa terdapat berbagai-bagai halangan yang dikenakan ke atas wanita yang baru sahaja kematian suami. Tidakkah mereka ini patut dibiarkan bebas untuk 'menghiburkan hati' yang sedang sedih? Biarkan sahaja mereka pergi kenduri-kedara, pergi melancong, window shopping dll...

Thursday, 21 May 2009

Tempoh Iddah: Bahagian 4 (Iddah Wanita Hamil)

SetBersalin.com

Selepas bebeapa kali diajukan soalan tentang iddah wanita yang sedang mengandung, barulah saya sedar bahawa semasa membahaskan topik iddah, saya terlupa untuk mencatatkan tentang iddah wanita mengandung.

Tempohari (errr... lama dulu sebenarnya!) ada saya catatkan bahawa bagi perempuan yang kematian suami ketika sedang mengandung, maka iddahnya tamat apabila dia bersalin, tidak kira sama ada tempoh mengandungnya panjang ataupun pendek, atau sama ada kandungannya cukup bulan atau pun tidak.

Dalam hal ini sebenarnya ada perbincangan panjang antara fuqaha sama ada hendak dikira sehingga wanita ini bersalin ataupun melihat kepada tempoh yang paling panjang (ab'ad al-ajalayn) kerana ada pertindihan dua faktor pengiraan iddah, iaitu kematian dan kehamilan. Perbahasan lanjut hal ini boleh dirujuk dalam kitab-kitab fiqh munakahat.

Tuesday, 26 August 2008

Bagaimana Mengira Iddah?

Slide PowerPoint tentang Panduan mengira iddah bagi wanita yang diceraikan dan juga kematian suami

Seorang rakan menghubungi saya baru-baru ini. Soalan yang ditanya sangat mengejutkan. Dia ingin meminta penjelasan tentang cara mengira iddah. Saya cuba meminta kepastian kerana tidak ada sebab untuk seseorang bertanya tentang iddah melainkan jika dia berada dalam keadaan yang menyedihkan itu. Benar! Dia baru bercerai. Hakim memerintahkan dia beriddah selama 3 kali suci. Rakan ini meminta kepastian daripada Yang Arif tentang maksud 3 kali suci itu. Malang sekali, tiada penjelasan yang dapat diberikan.

Saya menyelongkar semula fail-fail dalam komputer saya. Alhamdulillah fail tentang iddah masih ada. Mengenangkan ramai di luar sana yang masih tidak jelas bagaimana hendak mengira iddah, jadi saya cuba make up sikit sebanyak slide power point tentang iddah untuk tatapan semua. Harap dapat dimanfaatkan.
[Jika slide tidak keluar,pastikan anda 'allow pop-up'. Untuk paparan yang lebih menarik, selepas keluar slide, sila klik 'Slide Show' yang terletak di sebelah kanan-bawah]

Thursday, 7 August 2008

Iddah: Bahagian Tiga (Iddah bagi wanita yang kematian suami)



Wanita yang kematian suami mempunyai tempoh iddah yang berbeza berbanding perpisahan akibat perceraian. Disebutkan dalam ayat 234 Surah al-Baqarah:
((..dan bagi perempuan yang kematian suami di antara kamu dan kemudiannya mahu berkahwin maka hendaklah dia menahan dirinya (beriddahh) selama empat bulan dan sepuluh hari))

Dalam satu kertas kerja yang ditulis oleh pensyarah saya semasa belajar di Universiti Mu'tah, Jordan, iaitu Dr. Abd al-Hamid al-Majali (ArabLawInfo.com: 2002), dijelaskan tentang hikmah disyariatkan iddah bagi wanita yang kematian suami. Beliau antara lain menjelaskan bahawa ikatan perkahwinan merupakan satu ikatan yang sangat kuat dan suci yang diasaskan oleh perasaan cinta dan kasih sayang. Al-Quran banyak memberikan gambaran yang indah tentang hubungan perkahwinan (lihat: al-Baqarah ayat 187 dan al-Rum ayat 21) di mana pasangan suami isteri menjadi pakaian antara satu sama lain dan dijadikan pula pasangan itu tempat untuk bersenang-senang dan mendapat ketenangan. Ikatan zahir dan batin yang begitu kuat ini pastinya menjadikan perpisahan antara kedua-duanya sangat sukar sekali apatah lagi jika perpisahan itu akibat kematian.

Friday, 27 June 2008

Enam purnama telah berlalu




Enam purnama telah berlalu. Kesedihan kami sekeluarga masih tidak hilang. Kerinduan di hati masih kukuh tidak berkurang. Melihat Huda yang baru berusia 2 tahun menangis terkenang ayah ketika saya, Hanan dan Husna membaca Yasin malam tadi, Allah... tuhan sahaja yang tahu bagaimana rasanya ketika cuba memujuk dia agar jiwanya kembali tenang.

Enam purnama telah berlalu. Rasa seperti tidak percaya semuanya telah berlaku ke atas saya dan 5 zuriat kesayangan. Namun, ketentuan tuhan pasti akan terlaksana sebagaimana yang telah dirancang. Biar pun begitu perit rasanya dugaan, tetapi setiap yang dirangka oleh Yang Maha Esa pasti mempunyai HIKMAH yang sangat besar, tak mampu ditelah oleh akal cetek seorang insan...

Enam purnama telah berlalu. Sudah terlalu lama hidup dalam kesedihan. Mungkin sudah sampai masanya untuk saya tidak lagi berpaling ke belakang. Kehidupan mesti diteruskan. Kalau terus ditangisi yang telah pergi, tak mungkin saya sekeluarga dapat meredah dugaan yang setiap hari datang pergi tiada kesudahan.

Wednesday, 18 June 2008

Monolog

Pertama kali dalam blog ini saya bermonolog meluahkan kesedihan yang tidak tertanggung rasanya. Cukuplah untuk dua hari monolog itu disiarkan dalam blog ini... sehari sempena hari bapa dan sehari lagi sempena ulangtahun kelahiran Ustaz Rosdi yang ke-37. Semoga Allah s.w.t. memberikan keampunan dan rahmat buatnya.

Saya rasa sangat perlu untuk unpublished monolog dua hari lepas kerana setiap kali saya membacanya, badai kesedihan akan menghempas kembali...

Monday, 26 May 2008

Tempoh Iddah - Bahagian 2

Tempohari kita dah sentuh tentang tempoh iddah jenis pertama, iaitu 3 kali suci.

Jenis kedua pula ialah 3 bulan

Siapa yang perlu beriddah selama 3 bulan? (diulangi, 3 bulan. Ia berbeza dengan 3 kali suci)

Perempuan yang perlu beriddah selama 3 bulan ialah perempuan yang belum pernah didatangi haid atau yang telah berhenti haidnya. Sekiranya dia diceraikan, maka dia perlu mengira iddah dari hari perceraian hinggalh cukup tiga bulan Qamariyyah. Perlu diingatkan, tempoh 3 bulan ini tidak semestinya 90 hari. Hal ini kerana dalam kalender Islam, ada kalanya jumlah hari sebulan ialah 29 hari dan ada kala berjumlah 30 hari. Tetapi tiada yang berjumlah 31 hari!

Monday, 19 May 2008

Tempoh Iddah - Bahagian 1

Sambung semula perbincangan tentang iddah.

Tahukah saudara berapa lamakah seseorang perempuan perlu beriddah? Satu bulan? Tiga bulan? Empat bulan? Sampai mati? atau berapa sebenarnya?

Friday, 9 May 2008

Iddah

Kerana tidak tahu dari mana hendak bermula, maka biarlah saya jana semula penulisan berdasarkan pengalaman saya yang baru kematian suami.

Melangkah pergi yang tiada kembalinya...
Melangkah pergi yang tiada kembalinya...

Seorang wanita yang diceraikan atau kematian suami hendaklah beriddah. (Dieja juga dengan idah, edah, eddah, 'iddah).

Apa maksud iddah?

Iddah ialah satu jangkamasa tertentu yang wajib dilalui oleh seorang perempuan yang baru diceraikan oleh suaminya ataupun kematian suaminya.

Tujuan beriddah ialah untuk memastikan rahim perempuan itu kosong dari sebarang kandungan. Ia juga dapat memberikan ruang masa bagi suami rujuk semula kepada bekas isterinya. Bagi wanita yang kematian suami pula, tempoh iddah dianggap sebagai tempoh berkabung bagi menunjukkan kesedihan ke atas pemergian suaminya.

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage