Main Posts Background Image

Main Posts Background Image
Showing posts with label Fiqh Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Fiqh Perkahwinan. Show all posts

Thursday, 29 July 2010

Memahami Isu Harta Sepencarian - Kaedah Pembahagian




Sambung lagi perbincangan tentang harta sepencarian. Ini ialah bahagian ketiga selepas  dua entri sebelum ini yang membahaskan isu harta sepencarian.

Secara umumnya adalah sukar untuk menentukan kaedah pembahagian harta sepencarian kerana tiada ketetapan khusus mengenai pembahagian ini samada ½, 1/3 atau seumpamanya.

 Dalam sistem adat terdapat pendekatan tertentu yang dapat mentautkan kembali hubungan kekeluargaan sesama pasangan iaitu dengan menyelesaikan sesuatu pertikaian itu melalui kemuafakatan atau perdamaian. Pendekatan demikian berbeza dengan kaedah penyelesaian masa kini yang merujuk kepada sumbangan yang diberi oleh pihak-pihak bertikai merupakan asas penting yang mempengaruhi keputusan mahkamah. Dalam konteks pembahagian terdapat beberapa cara digunakan, iaitu:

Sunday, 25 July 2010

Memahami Isu Harta Sepencarian - Peruntukan Undang-undang Berkaitan Harta Sepencarian di Malaysia



Sambung diskusi tentang harta sepencarian. Tempohari saya telah bawa isu pendefinisian harta sepencarian. Kali ini kita akan melihat pula topik harta sepencarian dari sudut peruntukan undang-undang. Berikut ialah sebahagian daripada kandungan kertas kerja saya dan rakan penyelidik yang telah dibentangkan dalam Seminar Pengurusan Harta Islam di UKM minggu lepas.

Pada masa sekarang, setiap negeri telah ada peruntukan khas bahawa seorang wanita atau lelaki yang telah bercerai boleh memfailkan permohonan kepada Mahkamah Syariah untuk mendapat satu perintah tentang pembahagian harta sepencarian. Mengikut peruntukan di dalam Undang-Undang Keluarga Islam 1984, Seksyen 54 tentang Kuasa Mahkamah dalam membuat pembahagian harta sepencarian. Seksyen itu berbunyi seperti berikut:

Thursday, 14 January 2010

Pertunangan - peluang untuk memilih jodoh

Moto DrHasanah.com

Assalamualaikum,
Fuh, 3 bulan beriddah dengan blog ni. Merajuk pada yang tak sayang, takdenye dia nak memujuk, hihii...
Rencam menjadi penulis, ada sahaja yang tidak 'diperkenan' oleh orang yang membaca sehingga timbul tohmah dan fitnah. Aduhai diri, sabarrr.... sabaaarrr..... "Inna Allah ma'a al-sabirin"
Malas hendak melayan kata-kata orang, kerana:

Aku tidak hidup kerana dipuji manusia,
Aku juga tidak mati dengan keji mereka.


Biarkan manusia terus berkata-kata, bila penat, diamlah mereka. Mereka tidak tahu apa yang mereka tidak tahu. Ibarat anak-anak bila ditunjukkan gambar kambing, mereka akan kata, itu kambing, padahal itu bukan kambing. Itu 'gambar' kambing.

Saturday, 10 October 2009

Bagaimana iddah bagi wanita yang tiada haid, tidak pernah haid atau telah putus haid - menopause

Sepi hati meniti hari

Harap-harap ini ialah entri terakhir yang saya tulis tentang iddah. Dah tak larat cakap pasal iddah. Soalan tentang iddah pun tak putus-putus datang. Kadang-kadang tu jawapannya dah ada, tapi entahlah, kadangkala sikap kita ni, kira nak senang dapat jawapan je, tanpa berusaha nak cari dulu maklumat berkaitan.

Ok, bagi kes wanita yang tiada haid, tidak pernah haid atau telah pun habis haid (haidh), jika:

1. kematian suami (dan tidak mengandung)- maka iddahnya ialah 4 bulan 10 hari
2. mengandung semasa diceraikan atau kematian suami- maka iddahnya ialah sehingga dia melahirkan anak atau keguguran.
3. diceraikan... hah, yang ni panjang sikit ceritanya

Monday, 20 July 2009

Kuiz Asas Perkahwinan

Yes!!! Seronoknya duduk dalam universiti. Proses pembelajaran tidak pernah berhenti dan tidak pernah dibenarkan berhenti! Tak kira lah kita sebagai pelajar, pensyarah atau penolong penggawa Tekun!!! hihiii...

Hari ni saya dan wakil-wakil dari setiap pusat pengajian di USM telah 'dikurung' dalam makmal komputer untuk buat projek besar berkaitan e-learning. Kebesaran projek tersebut tak boleh dilihat dengan mata kasar sebab namanya pun 'e', bukan 'k' atau seumpamanya. Esok kami akan teruskan lagi kedahsyatan projek ni.

Selepas kena kuarantin tadi, rasa macam nak release tension lah sikit, maka terhasillah kuiz teka silangkata asas perkahwinan macam kat bawah ni. Hmm... kalau dah tak ada kerja, silalah cuba ya :)


*******************
Pelajar saya yang ambil HIS 224: Institusi Kekeluargaan Islam, anda mesti cuba kuiz ni.

Prof. Abd. Karim Alias & Dr. Zuraida, terima kasih kerana kuarantin kami dan kongsi banyak ilmu :D

Friday, 9 May 2008

Iddah

Kerana tidak tahu dari mana hendak bermula, maka biarlah saya jana semula penulisan berdasarkan pengalaman saya yang baru kematian suami.

Melangkah pergi yang tiada kembalinya...
Melangkah pergi yang tiada kembalinya...

Seorang wanita yang diceraikan atau kematian suami hendaklah beriddah. (Dieja juga dengan idah, edah, eddah, 'iddah).

Apa maksud iddah?

Iddah ialah satu jangkamasa tertentu yang wajib dilalui oleh seorang perempuan yang baru diceraikan oleh suaminya ataupun kematian suaminya.

Tujuan beriddah ialah untuk memastikan rahim perempuan itu kosong dari sebarang kandungan. Ia juga dapat memberikan ruang masa bagi suami rujuk semula kepada bekas isterinya. Bagi wanita yang kematian suami pula, tempoh iddah dianggap sebagai tempoh berkabung bagi menunjukkan kesedihan ke atas pemergian suaminya.

Monday, 30 July 2007

Warkah tak diundang....

Ini bukan kali pertama. Sudah bebapa kali saya diajukan persoalan yang semacam ini.
Setiap kali warkah seperti ini mengetuk peti mail saya, pasti nafas saya akan terhenti seketika. Apa yang telah berlaku dengan generasi yang bakal menggantikan kita suatu masa nanti?

Fikirkanlah…

Assalamualaikum Dr..saya xxxxxxxxxxxx. ingin mengajukan masalah saya kepada Dr..sekiranya seseorang pelajar telah terlibat dengan zina tetapi mahu bertaubat dan mengubah cara hidupnya.namun,desakan hawa nafsu tidak dapat dikawal.ingin berkahwin tetapi kedua belah keluarga belum bersetuju kerana si lelaki masih belajar.ingin menceritakan perkara sebenar yang telah berlaku, takut keluarga terkejut dan memandang serong.jadi, bagaimana yang harus dilakukan agar dosa-dosa besar tersebut dapat ditinggalkan.pasangan tersebut saling menyayangi. adakah patut berkahwin secara sembunyi-sembunyi bagi mengelakkan berulangnya dosa-dosa besar tersebut?atau menceritakan kepada ibu bapa tentang perkara tersebut?dosa-dosa tersebut menyebabkannya tertagih untuk melakukannya kembali

Tuesday, 3 July 2007

"Nak kawin? Umur adik ni berapa tahun?"

Hah! hah! Ramai yang nak kawin, tapi tak menyangka mereka perlu tengok balik surat beranak dan congak umur mereka berapa tahun sekarang!

blues

Tahukah anda bahawa jika anda tidak cukup umur, anda tidak boleh berkahwin?

Sebenarnya, kalau dilihat secara kasar dalam pandangan lama tentang umur minimum untuk kawin, tidak had umur minimum untuk tujuan tersebut. Tetapi

Sunday, 17 June 2007

Apa ada pada sekufu?

cincin.jpg

"Siapa itu Kasim Selamat? Loyar? Majisterit?"
"Ahli muzik, mak..."
"Pantang keturunan aku ahli muzik!"

Dialog ini mungkin jarang kita dengar dalam kalangan masyarakat hari ini. Tetapi, tempiasnya dapat dirasakan terutamanya apabila ada rombongan membawa sireh pinang dan cincin sebentuk. Soalan yang sering ditanya kepada kepala rombongan... "dia kerja apa? kat mana?" dll.

Jarang yang 'berani' bertanya... "dia tahu sembahyang tak? puasa pernah tinggal? dah berapa kali khatam al-Quran?" dll. Percayalah, kalau ini yang ditanya, pasti merah padam anggota rombongan yang masuk meminang. Silap hari bulan, terus angkat punggung kerana menganggap soalan itu 'menghina' (???) si teruna.

Thursday, 10 May 2007

"...barangsiapa yang belum mampu (berkahwin) maka..."

Gelora jiwa, lebih dahsyat dari tsunami!

Assalamualaikum,

Kembali kepada janji saya untuk menumpukan artikel tentang perkahwinan.

***********

Apabila kita membuka kitab-kitab tentang perkahwinan, antara perkara awal yang sering disebut ialah kebaikan berkahwin, dalil-dalil yang menggalakkan perkahwinan dan sebagainya. Orang yang memang teringin nak kahwin tak perlu diajar tentang kenapa dia perlu kahwin. Kalau tak disuruh pun, dia akan kahwin juga.

Tetapi, kita jarang disajikan dengan PENAWAR untuk orang yang dah 'tak tahan' nak kahwin tetapi menghadapi masalah duit, jodoh, keluarga dan lain-lain lagi.

Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:
Hai orang-orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) itu dapat mengawal mata dan kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya.

Berulang kali saya membaca dan menghayati hadis ini. Terdetik di hati, "begitu indah Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. kerana agama yang selari dengan fitrah manusia ini, agama yang memahami kehendak naluri nafsani, agama yang tahu hikmah yang tersirat di sebalik hakikat, apabila berbicara tentang berkahwin, disuanya dahulu penawar untuk insan-insan seperti ini."

Hakikat berpuasa bukanlah sekadar berlapar dahaga, malah lebih jauh lagi, ialah mengawal hati, akal, anggota fizikal dan juga segala pancaindera daripada melakukan maksiat. Ia secara tidak langsung dapat menggerakkan jiwa supaya tenang menghayati hakikat kejadian kita di muka bumi ini.

Siapa yang lebih perlu berpuasa?

Kalau kita lihat di mana-mana sekalipun, golongan wanita paling 'rajin' berpuasa. Di asrama-asrama sekolah, kolej dan universiti sebagai contoh, setiap petang Isnin dan Khamis, pasti ada sahaja muslimah yang kekalutan membeli nasi bungkus untuk dimakan semasa berbuka. Situasi yang sama jarang berlaku di asrama lelaki. Mungkin kerana mereka tidak perlu 'qodho', maka berpuasa di luar bulan Ramadhan bukanlah amalan mereka.

Kalau melihat dari banyak aspek, sepatutnya, suasana di asrama lelaki lebih meriah daripada asrama perempuan. Berbanding dengan perempuan, runtunan nafsani lelaki untuk berkahwin jauh lebih tinggi. Hal ini ialah hakikat yang tak perlu disangkal lagi dan kita perlu terimanya secara terbuka. Oleh yang demikian, budaya berpuasa perlu dipupuk di asrama lelaki untuk memelihara minda mereka supaya lebih jernih dan murni.

Dalam masa yang sama, berpuasa tidak boleh disempitkan kepada masalah runtunan dalaman semata-mata. Kita harus melihatnya secara terbuka sebagai satu ibadah yang dituntut untuk dilakukan sepanjang tahun. Hanya dalam konteks berhadapan dengan masalah kewangan dan sebagainya yang menyebabkan tarikh perkahwinan ditangguhkan maka berpuasa ialah penawarnya.

Tuesday, 6 February 2007

Yes!!!!


Alhamdulillah....

Setelah berpening kepala dengan entah apa-apa makhluk pickcell ni, akhirnya saya berjaya jugak setup portal e-learning ke tahap yang boleh diguna pakai!!!  :)

 So, my dearest student yang ambil HIS 224: Institusi Kekeluargaan Islam, sila klik logo entering Ijazah Pertama di sebelah kanan blog ni dan anda akan dibawa ke my e-learning portal.

Kemudian, anda boleh masukkan nombor matrik dalam ruangan username dan juga password.

Jangan lupa TUKAR PASSWORD sebelum maklumat logon anda dihijack oleh makhluk halus.

Kemudian klik pada subjek kesayangan anda, and.......... buat apa yang anda suka!

Nak tengok markah exam minggu lepas?  boleh..... (berapalah agaknya....?)

Nak test-drive kebijaksanaan anda dalam bidang ni, hmmmm.... of course boleh. Just klik pada Kuiz 1. Anda diberikan masa 1 minit untuk menyelesaikan kuiz tersebut!!!! (zalimnya ustazah ni!! :( ) Wops! jangan kata saya zalim, sebab markah kuiz tersebut langsung tak diambil kira. (hmmm... ustazah memang baik!!!!??)  Ops! Lepas jawab semua soalan jangan lupa klik button: 'submit all' yang terletak di sebelah bawah-kanan. Banyak lagi kuiz yang akan saya masukkan pada masa akan datang.

Errr, nak chatting dengan member-member yang senasib dengan anda? boleh..... just klik pada Sembang Munakahat. Anda boleh mengutuk ke'killer'an soalan saya di situ (berani????)

Nak bermassage message dengan kawan-kawan satu kuliah pun boleh.

Macam-macam boleh! :)

Jadi, sudahkah anda bersedia untuk melakukan anjakan paradigma? Mudah sahaja. Rajin-rajinlah berkuih kuiz!

:)

Friday, 5 January 2007

Kuliah Institusi Perkahwinan Islam | Hadiah untuk anda!

Terima kasih kerana terus setia bersama saya.

Sebagai satu penghargaan, saya ingin menghadiahkan kepada anda e-kuliah tentang Kekeluargaan dan Perkahwinan Islam (Kuliah 1).

Untuk mendapatkan hadiah anda, sila isi Buku Tetamu terlebih dahulu. Anda akan diberikan password untuk mendapat akses kepada hadiah tersebut.

Ini baru permulaan, banyak lagi freebies yang akan menyusul kemudian.

Oh Mama! Saya mahu kawin!!!!

Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Aidil Adha (kalau saya masih belum terlambat untuk mengucapkannya!!!) buat semua.

Kuliah di USM telah pun bermula. Cabaran baru juga bermula. Semester ini, saya diberikan tanggungjawab untuk mengajar subjek yang paling digemari oleh para pelajar, iaitu bab kawin... kawin.... kawin....

Untuk menyesuaikan landskap minda saya dengan blog ini, maka saya akan menumpukan penulisan selepas ini dalam bab kawin-cerai.

Kepada para pelajar, ini bukan nota kuliah ye!!!?? :-)

Monday, 11 December 2006

Sejarah kemunculan (?) Kahwin Misyar

Assalamualaikum,

Maaf, lambat tambah info tentang misyar. Saya terlalu sibuk dengan tugas membangunkan beberapa laman web selain tugas-tugas rasmi di USM.

Minggu lepas saya baru je selesai menguruskan Bengkel Etika Kerja Dalam Islam 2006 yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan. Baru je rasa nak bernafas sedikit, kuliah pula dah nak bermula minggu depan.

Hari ini saya ingin menulis tentang asal-usul perkahwinan misyar.

Menurut Muhammad To'mah al-Qudhah, perkahwinan misyar telah lama wujud. Dalam artikel mengenai misyar yang ditulisnya, beliau ada menyebut bahawa Ibnu Qudamah pernah menyebutnya dalam Kitab al-Mughni, tetapi dengan istilah yang berbeza, iaitu: kahwin malam dan kahwin siang (zawaj al-layliyyat dan al-nahariyat). Perkara ini juga pernah disebut oleh Imam Ahmad bin Hanbal yang melopor mazhab Hanbali. (Ibn Qudamah, al-Mughni, jld. 9, hlm. 487).

Pada zaman moden, kes perkahwinan misyar pada awalnya dikatakan berlaku di Daerah al-Qusaym di Saudi, iaitu perkahwinan Fahd Ghanim. Perkahwinan ini telah difatwakan sebagai harus dan sah oleh Sheikh Ibn Uthaymin.

 Perkahwinan seperti ini seterusnya tersebar di Mesir, Sudan, Lubnan, Afghanistan dll.

Wednesday, 30 August 2006

Definisi Kahwin Misyar

Assalamualaikum,

Saudara, sebagaimana yang pernah dijanjikan, saya akan menulis sedikit mengenai misyar dalam bulan Ogos. Maaf kerana saudara terpaksa menunggu sehingga hujung bulan kerana sepanjang bulan ini saya sangat sibuk.

Artikel asal bertajuk: Zawaj al-Misyar: Hukmuhu al-Shar'i, ditulis oleh Muhammad To'mah al-Qudhah, diterbitkan dalam www.ArabLawInfo.com

Definisi Kahwin Misyar:

Perkataan misyar berasal daripada perkataan arab sara, sira, sirah, tasayara, masar dan juga masirah. Ia bermaksud, berjalan dan perjalanan. Ia juga boleh diertikan sebagai pemergian.

Perkataan misyar sebenarnya ialah satu perkataan daripada bahasa dialek atau loghat (bahasa ammiyah) atau boleh juga disebut sebagai bahasa pasar yang digunakan di beberapa negara Teluk. Ia difahami sebagai: perjalanan dan tidak tinggal lama di sesuatu tempat (lihat: Yusuf al-Qaradawi, Hawl Zawaj al-Misyar, Majallah al-Mujtama' al-Kuwaitiyyah, bil 1301, 26/5/1977, hlm. 31, Majallah al-Syariah, bil. 392, bertarikh: 8/8/1998.

Definisi Misyar Dari Sudut Terminologi/Istilah:

Perkahwinan misyar ialah perkahwinan di mana pengantin lelaki tinggal di rumah pengantin perempuan tetapi pengantin perempuan tidak pula berpindah ke rumah pengantin lelaki. Ia selalunya berlaku ke atas isteri kedua kerana si lelaki mempunyai isteri lain (isteri pertama) yang tinggal di rumah si lelaki dan menerima nafkah daripada lelaki tersebut. (lihat: al-Qaradawi, Hawl Zawaj al-Misyar)

Ia juga disebut sebagai pergi kepada si isteri tetapi tidak tinggal lama (ibid.)

Terdapat juga pandangan bahawa perkahwinan misyar ialah perkahwinan yang dibina dengan akad yang sah antara kedua-dua lelaki dan perempuan dengan adanya persepakatan tentang hubungan kelamin tanpa hidup sebumbung untuk tempoh yang berpanjangan.(Akhbar al-Dustur, 10/10/1998, tanpa nama penulis artikel)

Menurut Ahmad al-Tamimi, misyar ialah perkahwinan seorang lelaki dengan seorang perempuan dengan akad yang sah menurut syarak dan memenuhi rukun-rukunnya, tetapi pasangannya bertolak ansur dari segi tempat tinggal dan nafkah. (lihat: Usamah Umar al-Ashqar, Mustajiddat Fiqhiyyah fi Qadhaya al-Zawaj dan al-Talaq, hlm. 163)

Menurut Ibn Mani', ianya ialah perkahwinan yang memenuhi semua syarat dan rukunnya, tetapi kedua-dua pasangan redha-meredhai dan bersetuju bahawa si isteri tidak mempunyai hak berkelamin (iaitu hak pembahagian giliran bermalam). Sebaliknya, ia bergantung kepada si suami, jika dia mahu menziarahi isterinya pada bila-bila masa atau waktu. (ibid.)

Sebagai kesimpulan:

Perkahwinan misyar dibina berasaskan tolak ansur antara kedua-dua suami isteri mengenai tempat tinggal, nafkah, pembahagian giliran bermalam antara isteri-isteri dan sebagainya. Walau bagaimanapun, dalam perkahwinan ini, si isteri tetap memerlukan seorang suami untuk menyayanginya, melindunginya, memberikan perhatian dan kasih sayang dan dia tidak memerlukan harta dan rumah kerana telahpun memilikinya.

Oleh itu, perkahwinan misyar ialah: Akad perkahwinan antara lelaki dan perempuan yang dihalalkan oleh syarak untuk berkahwinan dengan wujudnya tolak ansur si isteri daripada beberapa hak tertentu.

Cukup dahulu, jumpa lagi di lain hari.

.

Monday, 31 July 2006

MISYAR vs ISRAEL

Apa ni?

Takkan baru dua-tiga bulan menulis blog ni dah nak melalut?
Takkan la THE TERRORIST ISRAEL boleh dihancurkan dengan misyar?
hah! hah! hah! Mengarut!

Maaf saudara kalau saya melalut!

Hari ni memang saya hampir kehilangan semangat bercakap tentang misyar.
REMEH!

Dunia di sekeliling kita hampir hancur dipermainkan oleh THE REAL TERRORIST: ISRAEL tapi kita dok pi mai pi mai cakap pasal misyar.

Umat Islam di sekeliling kita hidup merana diratah peluru THE TERRORIST: ISRAEL tapi kita dok pi mai pi mai cakap pasal misyar.

Remaja di sekeliling kita makin huru-hara disesatkan oleh dakyah THE TERRORIST: ISRAEL tapi kita dok pi mai pi mai cakap pasal misyar.

Apa dah jadi dengan diri kita? Kenapa kita tak boleh ambil sebarang tindakan? Kalau kita tak mampu mengangkat senjata menentang Israel yang didalangi oleh Amerika, kenapa kita masih nak tabur duit ke poket mereka? Kenapa masih terus membeli belah di hypermarket mereka? Kenapa masih terus membeli produk mereka? Kenapa? Kenapa?

Saya merayu kepada saudara saudari sekelian,
Jika anda mampu melakukan sesuatu untuk menentang kezaliman Israel, maka lakukanlah. Tuliskan rasa hati anda dan hantar ke akhbar dan majalah. Hantar juga ke meja perdana menteri dan menteri-menteri yang lain (tidak ada salahnya!). Luangkan sedikit masa, cari di internet senarai syarikat yang dimiliki oleh Israel dan Amerika.
BOYCOTT ISRAEL & AMERICAN PRODUCT!!!
Selain itu, masih ada macam-macam cara lagi untuk PROTEST Israel. Fikir-fikirkanlah.

Dalam masa yang sama, jeling-jelinglah juga Tabung Derma untuk rakyat Lubnan yang baru sahaja di lancarkan. Capai handphone dan hantarlah mesej yang patut. Darah dan air mata rakyat Lubnan menanti sumbangan kita.

Untuk makluman, saya lebih rela blog saya ini dilupakan terus asalkan saudara saudari tidak melupakan nasib umat Islam di seluruh dunia!

Walaupun pedih hati, saya tetap akan meneruskan blog ini kerana masih ramai yang ingin mencari maklumat mengenai misyar. Saya tidak akan membiarkan mereka terpedaya pula dengan maklumat dan dakyah palsu mengenai misyar yang sangat mudah dicipta dan disebarkan di internet.

Saya telah menemui satu artikel yang sarat dengan maklumat, hujjah dan dalil mengenai misyar yang ditulis oleh Muhammad To'mah al-Qudhah dalam arablawinfo.com.
Insya Allah dalam bulan Ogos atau September ini akan saya terjemahkan untuk saudara sekelian.
Nantikanlah post seterusnya tapi jangan lupa: BOYCOTT ISRAEL PRODUCT!

Friday, 7 July 2006

Wanita-wanita dalam Wanita Hari Ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Apa khabar saudara dan saudari sekelian. Diharapkan agar kita semua dapat menghadapi hari-hari yang mendatang dengan penuh ketenangan dan ketabahan.

Maaf, kerana sudah beberapa hari tidak dapat updatekan blog ini. Apakan daya, banyak tugas yang perlu dilakukan setiap hari, daripada mulanya mencelikkan mata hinggalah ke malam hari.

Sebenarnya, saya berasa agak lega sedikit kerana melihat polemik isu misyar ini sudah reda sedikit.

Mungkin masyarakat secara umumnya semakin memahami apakah yang dimaksudkan dengan perkahwinan misyar.

Dahulu, semasa isu ini baru sahaja tercetus, banyak pihak yang tergesa-gesa memberikan pandangan mereka berdasarkan apa yang mereka dengar, tetapi bukan berdasarkan apa yang mereka sepatutnya faham.

Namun, apabila Sheikh al-Azhar mengemukakan pandangannya bahawa hukum perkahwinan misyar adalah sah, maka, mulut kita pun terkunci seketika. Ya lah, masakan kita dengan mudah boleh menolak fatwa pihak yang berautoriti .

Sheikh al-Azhar bercakap menggunakan dalil.
Kita pula bercakap menggunakan hujjah dengar-dengar.

Akibatnya, timbullah berbagai salah tanggapan sehingga menyebabkan mereka mendakwa bahawa perkahwinan misyar lebih terok daripada kahwin mutaah, lelaki kahwin misyar adalah gigolo dan sebagainya.

Isu ini bermula dengan berita dalam Utusan Malaysia. Saya terlepas daripada membaca akhbar Utusan Malaysia yang menyiarkan pandangan Prof. Dato Dr. Mahmood Zuhdi mengenai isu ini di muka hadapan. (Kalau dah letak kat muka hadapan, cepat lah isu ni jadi panas.)

Pada hari Jumaat, iaitu sehari selepas penyiaran berita tersebut, seorang rakan telah memaklumkannya kepada saya. Pada masa itu, saya baru sahaja selesai membentangkan satu kertas kerja di Universiti Malaya. Kebetulan pula, di sebelah petang saya sempat menonton rancangan Wanita Hari Ini yang menjadikan kahwin misyar sebagai topik utama.

Terkejut saya melihat cara isu ini dibincangkan.

Pihak media meminta pandangan orang ramai mengenai kahwin misyar sedangkan mereka sendiri masih terkejut dengan istilah misyar ini. Apa misyar tu pun mereka tak faham betul-betul.

Ayat yang asyik di sebut-sebut oleh pengacara rancangan itu pun ialah: kahwin misyar ialah suami tidak perlu menanggung nafkah zahir. Mereka hanya perlu menanggung nafkah batin semata-mata!

Apa ni?

Hendak je saya tanya pada pengacara rancangan tersebut, apa yang awak faham tentang kahwin misyar? Betul ke pemahaman tu? Apa pula maksud nafkah? Apa itu nafkah zahir? Nafkah batin tu pula apa? Seks sahaja ke?

Kasih sayang masuk dalam kategori apa? Kerjasama menguruskan rumah dan anak-anak pula bukan satu bentuk pemberian juga ke? Susah-payah suami pergi kedai, pergi pasar, hantar-ambil anak dari sekolah, menjaga anak isteri yang sesekali demam, dsb, semuanya tu apa? Si suami juga tetap perlu pergi bekerja.
Siapa kata suami kahwin misyar tak perlu bekerja?


Di akhir rancangan tersebut, pihak Wanita Hari Ini berjaya menghubungi Prof. Dato Zuhdi. Sempatlah beliau bercakap sedikit-sedikit mengenai maksud misyar. Itupun belum habis membela diri beliau yang telah dikecam ramai pembela hak asasi wanita, percakapannya telah dipotong.

Terkilan betul melihat keadaan ini.

Di awal rancangan, pihak WHI membuka ruang pada para penonton WHI untuk telefon mereka dan meluahkan pandangan menganai misyar.
Panas kerusi jadinya!

Bila rancangan dah nak habis, barulah Prof. Dato Zuhdi dihubungi.

Berdasarkan penerangan yang diberikan oleh Dato, jelas sekali bahawa apa yang pengacara dan penonton WHI fahami tidak selari dengan kahwin misyar yang beliau maksudkan.

Bukan misyar sahaja tidak difahami, malah pengertian nafkah zahir batin pun ada yang terkhilaf!

Kalaulah WHI menghubungi Dato Zuhdi terlebih dahulu, alangkah baiknya. Biar pengacara WHI terlebih dahulu memahami betul-betul maksud misyar.

Jangan asyik ulang-ulang ayat: suami hanya perlu beri nafkah batin (yang mereka maksudkan sebagai '18sx') semata-mata.

Peminat WHI.

Monday, 26 June 2006

66% lelaki Qatar kahwin misyar?!!!

Arab columnist backs Misiyar marriages

Monday, June 26, 2006
Web posted at: 6/11/2006 4:41:8
Source ::: The Peninsula

Doha ̢ۢ

Sixty-six per cent of ‘Misiyar' marriages in Qatar are a result of men trying to avoid trouble at home with their other wives.

This startling statistic has emerged in a newspaper column written by a Qatari national — Ahmad Mohammad Rais Al Kuwari. Writing in Al Sharq, he said: "The women at home are possessive and they will not accept another wife. This is because of jealousy and men want to avoid trouble from bringing the new bride home."

‘Misiyar' is a legal marriage according to Islamic law where there is no commitment. Being somewhat controversial, it naturally has its share of supporters and detractors.

Those against it say ‘Misiyar' creates moral problems and raises social issues. Those in favour say it is after all legal as per Islamic laws so there is nothing wrong with it. In the last five years, the phenomenon has become widespread throughout the GCC states, like Qatar. People are wary of getting married due to the high expenses and social commitments involved.

Ahmad Mohammad says he himself is in favour of ‘Misiyar' marriages. He wrote: "It does not mean taking away the rights of the woman. A woman in this kind of marriage is not ‘cheap'. For many, it is either enter into a ‘Misiyar' marriage or remain unmarried."

He also states: "This concept is not really new in our society. After all, in the past, our forefathers used to travel to different parts of Asia and Africa and got married. They stayed with their wives for a few months then came back."

The writer also raises some pertinent questions. "Would an old, divorced or widowed woman ever enter into an illicit relationship? Most would prefer going in for this form of marriage."
He goes on to add that for women 40 and above, a ‘Misiyar' marriage is suitable. Not so for those in the 20-35 age group. Ahmad Mohammad says that this form of marriage decreases chances of illicit relations.

Qatar, he says, is plagued with the problem of having a large unmarried population. This is not a new issue but is a problem spanning over several generations. "This is a national issue but ‘Misyar' marriages are a solution to the problem," he concluded.

source: www.thepeninsulaqatar.com

*************

Saya tak percaya ramai sangat orang Qatar yang kawin misyar. Betul ke?

Suami misyar terperangkap! Kisah dari Arab Saudi

Wife Sets Trap to Uncover Husband’s Secret ‘Misyar Mamacita’

RIYADH, 26 June 2006 — Like so many other misyar marriages, this story has the typical main ingredient: a husband who hides his no-strings-attached weekend misyar wife from his first wife until, at last, his ruse is discovered.

While the misyar marriage is a religiously sanctioned legal marriage between a man and a woman in Saudi Arabia, it is often very unpopular among women, for reasons that may be obvious to some — especially women.

The daily Al-Watan told the latest tale of deceit recently when a wife from Al-Ras, in Qasim, discovered her husband̢۪s dirty little secret with the help of a simple, homely piece of wood.
You see, the cheating husband had a tendency to travel on frequent trips to the desert camping trips with friends. But it turned out that he was doing a different form of camping by visiting his misyar mamacita in an apartment in the town of Al-Badaie.

And wouldn̢۪t you know it! A friend of the woman said she saw her husband entering the building in Al-Badaie, which, as it turns out, is well known to house several secret second spouses.

But the woman, knowing how slippery a man can be if he isn̢۪t cornered by his lies like a rat in a glue trap, decided against confronting him outright. Instead, she planted a test. And here̢۪s where the piece of wood came in.

She placed the wood among a folded sheet her husband would take with him ostensibly to be used on his desert camping with his buddies. When he returned from his â€Å“picnic in the desert” his wife confronted him by showing him the wood that, of course, was exactly as she left it.
Knowing he was caught, the husband confessed to the crime of hiding his second wife from his first. After the second wife was discovered, there was no longer the need to steal away from the first wife. So the misyar wife simply moved closer to home and the three of them went on with their interconnected lives.

While this may not sound like much of a punishment for a man who was lying to his wife over another woman, keep in mind that there is a reason why most Saudi men do not take on second wives: not only is it expensive, but with this double pleasure comes the double pain. There̢۪s a lot of fury in one lover scorned. Imagine the fury of two or more.

Dipetik daripada www.arabnews.com

Friday, 23 June 2006

FATWA DARI MESIR. MESTI BACA!

Berikut adalah terjemahan kepada fatwa yang pernah dikeluarkan oleh Darul Ifta' Al-Misriyyah (Majlis fatwa Mesir) daripada teks asal dalam bahasa Arab yang diambil daripada web islamonline.net.

Terjemahan :

Segala puji bagi Allah swt tuhan pencipta sekalian alam.
Bagi menentukan adakah sesuatu perkahwinan itu boleh diiktibar (dianggap) sah di sisi Syara̢۪ perlulah ianya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syara̢۪.

Antara syarat-syarat untuk memastikan bahawa perkahwinan itu sah ialah:

1.Wujudnya kerelaan yang tulus daripada kedua-dua pihak suami dan isteri.
2.Lafaz yang menunjukkan bahawa perkahwinan itu tidak dibataskan oleh waktu-waktu tertentu.
3.Adanya wali bagi pihak isteri.
4.Perkahwinan itu disaksikan oleh saksi yang melengkapi syarat-syarat persaksian.
5.Perkahwinan tersebut diwarwarkan kepada umum.

Jika lengkap syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syara̢۪ ini maka perkahwinan Misyar ini adalah perkahwinan yang sah selagi mana perkahwinan ini tidak bertempoh walau apa nama perkahwinan ini sekalipun.

Namun apabila si isteri rela untuk menggugurkan hak-hak yang berhak untuk diperolehi oleh si isteri tersebut yang telah diberikan oleh syarak seperti nafkah, tempat tinggal dan pembahagian malam untuk suami bermalam di rumah isteri yang bermadu, maka pengguguran hak tersebut adalah harus di sisi syara̢۪ sepertimana yang dilakukan oleh Sayyidah Sau̢۪dah R.A. Beliau telah menghadiahkan hari yang sepatutnya Rasulullah saw bermalam di rumah beliau kepada Saiyyidah Aisyah R.A

Pendapat daripada Fadhilah Al-Syeikh Dr. Nasr Farid Wasil (Bekas Mufti Mesir)

Perkahwinan di dalam Islam adalah di antara hubungan kemanusiaan dan sosial yang paling suci yang dijaga oleh Islam malahan Islam turut menyuruh untuk diambil segala jalan yang boleh memudahkan perkahwinan di kalangan manusia, lelaki dan wanita bahkan syarak turut meminta untuk menjaga perkahwinan dengan mewujudkan satu perjanjian yang kukuh yang menjelaskan hak-hak dan kewajipan rumahtangga dan kekeluargaan yang diberkati dengan kalimah Allah.

Perkahwinan adalah dituntut berdasarkan nas Al-Quran melalui firman Allah SWT di dalam surah al-Nur ayat 32:
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

Allah swt juga berfirman didalam surah al-Rum ayat 21:
Dan di antara membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi tanda-tanda yang orang-orang yang berfikir.

Rasulullah saw juga bersabda dengan kalamnya yang mulia:
â€Å“ Perkahwinan itu adalah sunnahku. Barangsiapa yang berpaling daripada sunnahku maka bukanlah mereka daripada golonganku.”

Melalui perkahwinan, berlakulah perlaksanaan Syariat Islam yang dikehendaki oleh Allah bagi kepentingan manusia menelusuri firman Allah Taala yang bermaksud:
Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi (Al Baqarah ayat 30)

Melalui perlaksanaan Syariat Islam, ibadah akan sempurna yang kesempurnaan ibadah itu adalah dituntut dan diperintahkan oleh Allah melalui firmannya yang bermaksud:
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya. (Al Zhariat ayat 56 hingga 58)

Perkahwinan yang memenuhi tujuan yang baik dan mulia ini adalah perkahwinan yang sah di sisi syara̢۪ yang memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat perkahwinan yang digariskan oleh syarak yang diperintahkan oleh Allah dan rasulNya di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah di samping turut disepakati oleh ulama Islam di setiap zaman. Ini kerana rukun-rukun nikah dan syarat-syaratnyalah yang akan membezakan antara akad nikah yang menepati syarak dan akad nikah yang diharamkan oleh Islam. Rukun serta syarat nikah ini yang akan menjadi pembeza yang berterusan sehingga hari kiamat.

Sehubungan dengan itu, pihak Dar al-Ifta̢۪ (Majlis Fatwa Kerajaan Mesir) berpandangan bahawa nikah Misyar seandainya ia memenuhi syarat-syarat dan rukun-rukun ini iaitu: keredaan yang sempurna daripada pihak suami dan isteri, lafaz akad nikah yang mengandungi maksud perkahwinan yang berterusan, wali daripada pihak pengantin wanita, saksi-saksi yang memenuhi kriteria yang penuh sebagai seorang saksi yang sempurna dan pengisytiharan perkahwinan tersebut dengan cara yang pelbagai maka perkahwinan tersebut adalah perkahwianan yang sah di sisi syara̢۪ dengan kita tidak lagi perlu memandang kepada apa sahaja jenis istilah yang diberikan kepada nama perkahwinan itu selama mana perkahwinan itu tidak diterhadkan kepada tempoh tertentu.

Keharusan nikah ini atas sebab-sebab berikut:1.Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan risalah Nabi Muhammad SAW ini sebagai penutup segala risalah dan Allah swt telah menurunkan al-Quran sebagai penunjuk kepada kesejahteraan seluruh umat sehingga waktu di mana Allah akan mewarisi bumi ini dan insan yang berada di dalamnya (hari kiamat). Oleh itu, tidak ada satupun perkara yang berlaku dalam kehidupan manusia melainkan manusia akan mendapati penyelesaiannya di dalam kitab kepada risalah Nabi Muhammad SAW (Al-Quran). Allah berfirman:
Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini (Al An`am ayat 38)

1.Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan risalah Nabi Muhammad SAW ini sebagai penutup segala risalah dan Allah swt telah menurunkan al-Quran sebagai penunjuk kepada kesejahteraan seluruh umat sehingga waktu di mana Allah akan mewarisi bumi ini dan insan yang berada di dalamnya (hari kiamat). Oleh itu, tidak ada satupun perkara yang berlaku dalam kehidupan manusia melainkan manusia akan mendapati penyelesaiannya di dalam kitab kepada risalah Nabi Muhammad SAW (Al-Quran). Allah berfirman:Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini (Al An`am ayat 38)Istilah Misyar akan kita dapati sekiranyanya kita meneliti secara terperinci di dalam sejarah-sejarah para ulama terdahulu dan sekarang. Sesiapa yang meneliti sejarah pengembaraan umat Islam terdahulu, dia akan mendapati bahawa terdapat di kalangan generasi terdahulu insan-insan yang mengembara keluar daripada tanah air demi menuntut ilmu atau berniaga. Jika mereka singgah di sesuatu negara di tengah perjalanan maka mereka akan menetap di situ dalam beberapa masa tertentu, lama atau sekejap seterusnya berkahwin dengan penduduk negeri tersebut dan dikurniakan zuriat kemudian mereka menyambung kembali perjalanan mereka dengan meninggalkan isteri sama ada dengan jalan talak atau sebagainya dalam keadaan isterinya rela dengan perkara tersebut.

2.Di sana hanya ada satu jalan sahaja tanpa ada jalan yang kedua yang membenarkan kepuasan seks dapat disalurkan. Jalan ini ialah perkahwinan yang menepati syarak. Oleh itu, selain daripada perkahwinan yang sah di sisi syarak, maka ia adalah dilarang oleh syariat-syariat Allah dalam semua agama malahan syariat-syariat Allah Taala menganggap jalan selain perkahwinan adalah jalan-jalan yang mungkar. Al-Quran telah menerangkan perkara ini di dalam firman Allah Taala :
Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas (Al-Mukminun ayat 5-7)

Syariat Islamiah telahpun menerangkan bahawa perkahwinan yang menepati Islam sahaja yang dapat mengumpulkan antara lelaki dan wanita dengan kalimat Allah di atas akad yang berterusan dan perjanjian yang kukuh. Oleh itu setiap kehendak yang jauh daripada perkahwinan yang menepati syarak adalah satu penderhakaan terhadap Allah dan satu pelampauan batas terhadap garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah.

3.Seseorang isteri itu mempunyai hak di sisi syariat untuk menggugurkan hak-hak mereka yang sepatutnya mereka perolehi seperti memohon nafkah, tempat tinggal dan pembahagian malam untuk bersama dengan suami bagi isteri yang bermadu. Perkara ini secara jelas telah ditunjukkan oleh isteri Rasulullah SAW iaitu Sayyidah Saudah yang secara rela telah memberikan hari yang sepatutnya Rasulullah SAW bersama dengannya kepada Saiyyidah Aisyah r.a. Seandainya kerelaan ini tidak menepati syarak maka pasti Rasulullah akan tidak bersetuju dengan tindakan Sayyidah Saudah.

Oleh itu setiap syarat yang dibuat yang tidak menafikan tujuan asas dan maksud utama bagi perkahwinan, maka syarat tersebut adalah sah dan tidak akan sama sekali mencacatkan akad nikah atau membatalkannya.

Dar al-Ifta̢۪ (Majlis Fatwa Mesir) tidaklah bermaksud melalui fatwa ini untuk menyuruh masyarakat memilih jalan perkahwinan sebegini. Namun begitu, pihak Dar al-Ifta̢۪ hanya bertanggungjawab untuk bersungguh-sungguh menerangkan hukum-hukum syarak yang betul dengan bersumberkan sumber-sumber hukum daripada Al-Quran dan sunnah baginda Rasulullah saw serta pendapat para ulama muktabar daripada mazhab terdahulu. (Dipetik daripada: maaf terlupa nak copy paste address. Kalau anda yakin petikan ini diambil daripada laman anda, tolong maklumkan saya. Saya akan masukkan link website anda di sini. Terima kasih.)

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage