Sunday 24 May 2009
Apa yang tidak boleh dilakukan oleh wanita yang berada dalam iddahkematian suami?
May 24, 2009
Persoalan kali ini akan menjengkelkan golongan 'pembela wanita' yang beriya-iya mahu 'membebaskan' golongan wanita dari cengkaman 'kezaliman'.
Mungkin ada yang beranggapan bahawa Islam itu zalim, Islam tidak indah, Islam mengongkong wanita dan macam-macam lagi apabila mendapati bahawa terdapat berbagai-bagai halangan yang dikenakan ke atas wanita yang baru sahaja kematian suami. Tidakkah mereka ini patut dibiarkan bebas untuk 'menghiburkan hati' yang sedang sedih? Biarkan sahaja mereka pergi kenduri-kedara, pergi melancong, window shopping dll...
Apabila kita melihat hukum Allah s.w.t, janganlah kita lihat dari sudut penzahiran hukum semata-mata. Penilaian kita belum tentu dapat menyamai penilaian tuhan yang Maha Hebat. Penilaian kita mudah didorong oleh akal fikiran yang cetek dan diburukkan lagi dengan kehendak nafsu yang tinggi.
Semenjak saya menulis tentang iddah, timbul banyak persoalan tentang apa yang tidak boleh dilakukan oleh isteri yang baru sahaja kematian suami atau dalam erti kata lain, perempuan yang dalam iddah kematian suami. Saya ditanya, boleh tak itu dan ini.... bila saya kata tak boleh, respon yang diterima ialah, nak buat juga. Hmmm... berlapang dada lah... pasti ada hikmahnya.
Saya sendiri sudah melalui fasa iddah kematian suami. Saya sangat faham situasi ini. Bila kita berada dalam kedudukan yang sangat sukar, kenalah didik jiwa supaya menyedari bahawa ada orang lain yang lebih sukar lagi. Saya melalui iddah kematian suami dalam keadaan sarat mengandung 8 bulan. Ada 4 orang anak lagi yang semuanya masih kecil. Ada yang masih minta dikendong dan pada masa itu saya tiada pembantu rumah sepenuh masa. Ibubapa saya pula telah meninggal dunia dan saya tinggal di Utara, jauh dari adik-beradik yang rata-rata tinggal di Selangor dan KL. Saya rasa keadaan saya sangat sukar, tapi, saya kena ingat selalu bahawa ada orang lain yang lebih sukar lagi keadaannya. Bila kita sabar, maka Allah akan permudahkan kehidupan. Alhamdulillah, syukur pada Allah s.w.t yang telah 'menghadiahkan' untukku ujian ini. Terlalu banyak yang dipelajari daripada ujian ini.
Kembali kepada topik artikel kali ini.
Wanita yang kematian suami hendaklah beriddah selama 4 bulan 10 hari. Tetapi jika dia mengandung, maka hendaklah dia beriddah sehingga bersalin. Tempoh ini digunakan untuk memastikan rahim kosong (bersih) dan digunakan oleh wanita untuk menyatakan kesedihan atas kematian suami. Ia juga merupakan fasa perubahan yang sukar dan perlu disokong oleh kaum keluarga, rakan-taulan dan jiran tetangga.
Terdapat LIMA larangan yang dikenakan ke atas wanita yang kematian suami:
1. bertunang (secara berterus-terang)
2. berkahwin
3. berhias pada diri atau pakaian
4. tidur di rumah selain rumah yang biasa didiami semasa hayat suami
5. keluar dari rumah tanpa ada tujuan penting yang tertentu
PERTAMA: BERTUNANG SECARA BERTERUS-TERANG
Para fuqaha sependapat bahawa wanita yang dalam iddah tidak boleh bertunang ataupun dipinang dengan cara berterus-terang. Namun jika mahu dipinang dengan berkias, maka ia diharuskan sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud, "Tiada larangan ke atas kamu tentang apa yang kamu kiaskan untuk meminang wanita".
KEDUA: BERKAHWIN
Sebagaimana yang telah disebutkan di awal tadi, tujuan iddah iaitu untuk memastikan rahim bersih dari benih suami. Firman Allah s.w.t., maksudnya: "Dan janganlah melakukan ikatan pernikahan hinggalah sampai tempoh tangguhnya (iddahnya)". Ayat ini menjelaskan bahawa wanita yang dalam iddah tidak boleh bernikah sehinggalah tamat tempoh iddah tersebut.
KETIGA: BERHIAS DAN BERWANGI-WANGIAN PADA DIRI ATAU PAKAIAN
Wanita dalam iddah wajib menjauhkan diri daripada perhiasan atau berhias-hias sama ada pada tubuh badan mahupun pada pakaian. Malah dianjurkan supaya wanita ini menyatakan kesedihan atas kematian suami dan mengelakkan diri daripada menjadi perhatian lelaki kerana dia berada dalam fasa dilarang bernikah. Ini dapat mengelakkannya daripada perkara-perkara terlarang serta menghindari fitnah.
Dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w. ada menjelaskan bahawa tidak dihalalkan bagi wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung lebih dari 3 hari kecuali kerana (kematian) suami. Baginda seterusnya menjelaskan bahawa wanita yang kematian suami tidak boleh memakai celak, tidak boleh memakai pakaian yang berhias-hias dan tidak boleh menggunakan pewangi (perfume), kecuali jika dia membersihkan diri iaitu dengan sedikit haruman sahaja. [Lihat penjelasan lanjut dalam Fath al-Bari, jld 9, hlm. 491].
Hadis sahih ini jelas menyatakan bahawa wanita yang kematian suami dilarang memakai wangi-wangian, berhias pada diri atau pakaian termasuk memakai barang kemas pada badan. Dalam hal ini, dianjurkan supaya wanita ini menjauhkan diri daripada memakai pakaian yang menarik perhatian seperti berwarna terang kerana dikhuatiri akan membawa fitnah dan keinginan pada lelaki sedangkan dia masih dalam tempoh larangan berkahwin.
Walau bagaimanapun, tidak semestinya wanita dikehendaki memakai pakaian berwarna hitam. Hitam ialah lambang berkabung bagi seluruh penduduk dunia. Harus wanita dalam iddah berpakaian hitam tetapi tiada larangan untuk dia memakai pakaian berwarna lain.
Diharuskan juga menggunakan pewangi sekadar untuk menghilangkan bau yang busuk pada badan seperti semasa mandi wajib selepas habis haidh iaitu digunakan pada faraj.
Diharuskan pula memakai celak untuk perubatan, tetapi jika mahu dipakai untuk kecantikan, maka ia dilarang.
Diwajibkan ke atas wanita untuk tetap menjaga kebersihan seperti mandi, bersyampu, menyabun badan dll tetapi hendaklah mengelakkan daripada menggunakan peralatan yang mempunyai wangian atau sekurang-kurangnya wangiannya sangat sedikit.
KEEMPAT: TIDUR DI RUMAH LAIN
Larangan ini terpakai untuk wanita yang berada dalam iddah kematian suami dan juga iddah perceraian biasa.
Ertinya, dilarang tidur di rumah yang bukan menjadi kebiasaannya tidur semasa masih dalam ikatan perkahwinan.
Firman Allah s.w.t., maksudnya: "Jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu maka ceraikanlah mengikut masanya dan hendaklah isteri-isteri kamu mengikut iddah dan takutilah Allah tuhan kamu. Janganlah kamu keluarkan isteri-isteri kamu dari rumah-rumah mereka dan janganlah pula mereka keluar darinya kecuali jika datang kebinasaan yang jelas." [Surah al-Talaq: ayat 1].
Dalil ini terpakai ke atas semua wanita yang berada dalam iddah bahawa mereka dilarang meninggalkan rumah yang menjadi tempat tinggal mereka selama ini. Malah suami yang menceraikan juga dilarang menghalau keluar isteri yang diceraikan. Kelonggaran untuk tinggalkan rumah hanya dibenarkan jika 'datang kebinasaan yang jelas' seperti banjir, rumah hampir roboh dan sebarang ancaman yang lain.
Hujah ini disokong pula oleh hadis sahih bahawa pada satu ketika seorang sahabat wanita bernama Furai'ah telah kematian suami dan memohon kebenaran Rasulullah s.a.w. untuk pulang ke rumah keluarganya. Namun Rasulullah s.a.w. memerintahkannya untuk terus tinggal di rumah yang selama ini didiami sehingga habis iddah iaitu 4 bulan 10 hari. Sabda baginda s.a.w. maksudnya: "Tinggallah tetap di rumah kamu sehingga habis tempoh tangguh (iddah)".
KELIMA: KELUAR DARI RUMAH TANPA TUJUAN (KEPERLUAN TERTENTU)
Larangan tidur di rumah lain mempunyai kaitan dengan larangan yang kelima iaitu tidak dibenarkan keluar dari rumah jika tiada keperluan atau tujuan tertentu yang penting. Hal ini disepakati oleh majoriti fuqaha.
Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan bahawa Jabir bin Abdullah berkata, maksudnya: "Ibu saudaraku telah diceraikan, kemudian dia mahu memetik nakhil (buah kurma) maka seorang lelaki telah melarangnya (daripada keluar memetik nakhil), maka ibu saudaraku pergi bertemu Rasulullah s.a.w., maka baginda bersabda: Bahkan pergilah memetik buah tersebut mungkin kamu dapat bersedekah dengannya atau melakukan perkara yang baik."
Para fuqaha mengqiyaskan hadis ini dengan wanita yang dalam iddah kematian suami bahawa lebih utama lagi untuk membenarkan mereka keluar rumah terutamanya untuk mencari nafkah kerana tidak ada orang yang menanggung nafkah mereka. [Sila ambil perhatian bahawa wanita yang diceraikan, nafkahnya semasa dalam iddah masih ditanggung oleh suami yang menceraikan. Jika suami engkar, buatlah aduan dan tuntutan di Mahkamah Syariah].
Dalam satu hadis yang lain, isteri-isteri para syuhada Perang Uhud yang tinggal berjiran bertemu Rasulullah s.a.w. dan bertanya, maksudnya: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami berasa gusar di malam hari, bolehkah kami tidur di rumah jiran kami? Apabila siang kami akan pulang ke rumah kami." Rasulullah s.a.w. menjawab, "Bercakaplah sesama kamu tetapi apabila kamu mahu tidur maka kembali setiap wanita ke rumah masing-masing."
Dalam kitab-kitab fiqh banyak disebutkan tentang keharusan wanita dalam iddah kematian suami untuk keluar dari rumah pada waktu siang tetapi dengan syarat terdapat tujuan tertentu dan penting. Menurut para fuqaha, antara perkara tersebut ialah seperti untuk mencari nafkah dan membeli barang keperluan rumah. Dalam mazhab Maliki pula ditambah penjelasan bahawa perempuan yang berada dalam iddah dilarang keluar untuk ziarah menziarahi, dilarang keluar berdagang (berniaga) (kecuali jika itu sumber nafkahnya), dilarang keluar untuk mengucapkan tahniah (seperti menghadiri majlis perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan kelahiran bayi), dilarang keluar untuk mengucapkan takziah (seperti menziarahi orang sakit atau kematian) dan dilarang tidur kecuali di dalam rumahnya sendiri. Majoriti fuqaha juga berpendapat bahawa wanita yang dalam iddah dilarang mengerjakan haji atau umrah.
Untuk pencerahan lanjut, lihat Bada'i al-Sana'i, al-Syarh al-Saghir, Nihayat al-Muhtaj fi Fiqh al-Syafii dan Kashshaf al-Qina'.
===================
Baiklah, sekarang dengan fikiran terbuka, cuba perhalusi hukum-hakam yang telah saya nyatakan yang dipetik daripada wahyu Allah serta fikrah para fuqaha yang tiada tolong tandingnya berbanding kita. Apakah agaknya hikmah di sebalik undang-undang ini?
Hmm... saya telah melalui fasa ini dan saya telah merasai hikmah peraturan yang ditentukan oleh Allah s.w.t. ini...
Sekarang terserah kepada anda sama ada anda sedang dalam iddah, mempunyai ibu yang dalam iddah, jiran atau adik-beradik yang dalam iddah atau sebagainya.... Semua pihak perlu saling faham-memahami situasi wanita dalam iddah dan saling ingat-mengingatkan jika ada orang yang anda kenal telah tersilap langkah semasa berada dalam iddah. Bantulah mereka melalui tempoh peralihan yang sangat perit ini.
Semoga semuanya berada dalam rahmat Ilahi. Kasih sayang Allah s.w.t. sentiasa mendahului kemurkaannya, maka janganlah kita memilih kemurkaannya sedangkan azab Allah itu sangat pedih manakala syurga yang indah dengan ni'mat melimpah ruah menanti wanita mu'minah yang sabar meniti kehidupan tanpa seorang suami!
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Assalamu'alaikum..
ReplyDeleteHarap Dr sihat selalu.
Ada satu soalan yang dikemukakan kepada saya.
Pening saya nak jawab. Jadi sebab saya tak mahu pening sorang-sorang saya nak ajak Dr pula pening sama. Jangan marah.
Ada seoarang lelaki dia dah ceraikan isteri dia dengan talak tiga..dan isterinya dah berkahwin lain kemudian bercerai. Lelaki tadi berkahwin semula dengan bekas isterinya tadi. Lepas tu, tak tahulah kenapa lelakii tadi ceraikan semula isterinya. Dia cerai talak berapa Dr?
Kawan saya yang tanya...
Satu lagi soalan..
Muslimin boleh pakai cincin emas putih tak?
Kalau cincin suasa Dr Nizam dah cakap tak boleh (dlm blognya) sebab jumlah emas lebih banyak dari...(dari apa entah, saya dah lupa) hehehe...
Maaflah kerana peningkan Dr.
Syukran.
.....Janganlah kamu keluarkan isteri-isteri kamu dari rumah-rumah mereka dan janganlah pula mereka keluar darinya kecuali jika datang kebinasaan yang jelas.” [Surah al-Talaq: ayat 1].
ReplyDeletesaya confuse...bukankah maksudnya lelaki yg menceraikan isterinya tidak boleh keluarkan(halau) isteri yg diceraikan semasa tenpoh iddah? bukannya dalil HARAM TIDUR DIRUMAH LAIN YG BUKAN KEBIASAANNYA?? dan kenapa ayat ini dijadikan dalail kematian suami sedangkan "jika kamu menceraikan isteri2 kamu..." bermakna si lelaki masih hidup?
hasanah: go to kak odi's http://hbt2130809syntax.blogspot.com/2009/07/indecision-waver-current-blog-or-newly.html. you can see your name there... really frustrating to see i am still unable to patiently use wordpress...aaarghhhhh...
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteSaya baru saja kematian suami kesayangan dalam kemalangan jalanraya sebulan lalu. Selepas kejadian itu saya telah tinggal di rumah ibu saya memandangkan rumah baru saya sendiri jauh dan kawasan sekelilingnya sunyi kerana belum ramai yang mendiami kawasan tersebut. Kes pecah rumah di kawasan itu juga tinggi. Malah rumah saya juga telah pernah dimasuki pencuri padaakhir tahun lepas. Atas nasihat ramai yang bimbangkan saya dan 3 orang anak yang masih kecil, maka saya tinggal di rumah ibu. Tetapi pada waktu siang dan hujung minggu, saya kerap balik.
Jadi apakah hukum saya, tidak memenuhi larangan agar tidak tidur di rumah lain atas sebab2 keselamatan?
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSaya baru saja kematian suami pada 25 july 2009 bulan lepas kerana penyakit Hepatitis C kronik.saya tinggal bersama dengan anak 2 orang yang masih bersekolah.
Sekiranya sahabat-sahabat suami saya ingin melawat saya dirumah,atau sahabat2 lelaki ditempat kerja saya atau suami ingin datang kerumah.pada hal saya hanya tinggal bersama dgn anak2.perlukah saya memberitahu agar tidak perlu datang.
soalan kedua,
dlm masa tempoh iddah ini banyak kerja2yang berkaitan dengan suami saya perlu uruskan, boleh dikatakan semua org yang saya berurusan adalah lelaki.jadi apakah hukum saya tidak memenuhi larangan iddah kematian suami.
Salam takziah mysara dan pn. sham,
ReplyDeletesuami saya pulang ke rahmatullah pada 15 mei 2009. Hga kini airmata ini mash mengalir. Saya pun sama masalah dgn pn. sham. Tapi saya ckap trus trg, kalau boleh bg saya masa dan ruang utk brtenang dan mnruskan khidupan yang berlainan dr dlu. InsyaAllah, mereka akan faham.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteDr, apa hukumnya pernikahan seorg perempuan yg berwalikan ayahnya sendiri tetapi ayahnya tidak pernah bersolat & melakukan perkara2 yg sepatutnya dilakukan oleh seorg islam. Demi menutup malu kedudukan ayahnya itu, pernikahan tersebut tetap diteruskan dan sehingga sekarng (masuk tahun ke6 tetapi msh belum dikurniakan anak).
Salam Dr...Saya ada satu pertanyaan..saya baru kematian bapa pda 9/9/09..pada 5&6/12/09 adalah tarikh perkahwinan saya.Adakah majlis itu boleh diteruskan dr.
ReplyDeleteTolong dr. bg penerangan.sebb ada yg berkata selagi ibu belum habis iddah 4bulan 10 hari..tidak dibenarkn melakukan sebarang majlis keramaian..bagaimana ye dr??
Salam Dr Hasnah. Minta izin paparkan artikel tentang iddah seorang perempuan di Forum Halaqah.net
ReplyDeleteIni link nya http://halaqah.net/v10/index.php?topic=9267.msg98143#msg98143
thanks for sharing Dr.
ReplyDeleteSalam dr.ibu sy baru kematian suami dan menjalani iddah wafat.namun kami adik beradik perasan keadaannya kadang2 x tentu hala.adakalanya murung,marah tanpa sebab dsb.rmh masih dipenuhi brg milik arwah ayah tetapi ibu sy mula memindah brg utk diserah kpd org lain.adakah blh bg ibu sy utk pulang ke rmh ibunya utk beberapa hari agar beliau tenang fikiran?apakah perlu baginya utk mula mengosongkn atau memindah brg arwah suami sdangkan masih berkabung?adakah beliau dilarang utk ziarah kubur?
ReplyDeletesalam dr. saya baru kematian suami pada 8hb januari 2011...utk pengetahuan dr. saya dan arwah suami buka kedai jahit dan sering berurusan dgn lelaki, kerana arwah suami saya buat alteration utk seluar jeans. Sekarang saya yg mengambil tempat suami saya...dan hanya itulah pendapatan saya utk menyara 4 orang anak. apakah hukumnya dr. jika saya yg mengukur dan semua pelanggan adalah lelaki...
ReplyDeletesoalan kedua saya...di kuala lumpur hanya saya dan anak2 ja yg ada..keluarga semua berada di kedah...apakah boleh saya berpindah balik ke sana dan memulakan kedai jahit disana sedangkan saya masih dlm edah...dah saya tak mampu untuk menangong kos sewa rumah yg saya diami bersama arwah semasa hayatnya di kuala lumpur....sedangkan saya masih dlm edah dan tak boleh meninggalkan rumah yg saya tinggal bersama arwah suami. Harap dr dapat memberi penjelasan.
Assalamualaikum..sy ingin membuat pertanyaan..jika seorang suami meninggal dunia,dan isteri masih dalam iddah,bolehkan isteri dan ahli keluarganya membuka televisyen sekadar untuk menghilangkan kesunyian rumah tersebut..apakah hukumnya jika membuka tv?
ReplyDeleteseorang isteri/suami yang kematian pasangan masing-masing kemudian berkahwin lagi, adakah mereka akan berjumpa dengan isteri/suami pertama mereka di akhirat nanti.
ReplyDeleteTV? Apa masalahnya? Di luar iddah atau di dalam iddah, tetap harap menonton perkara yang diharamkan. Jadi, tontonlah perkara yang baik-baik sahaja.
ReplyDeleteSaadiah. Jawapannya, pastikan semuanya masuk syurga dulu, barulah ketemu jawapan!
as salam Dr.
ReplyDeleteapakah hukum sekiranya ibu saya yang kematian suami dan masih dalam edah, keluar rumah dengan niat menziarah ibunya yang uzur, dan hukum sekiranya melawat kubur arwah suami..
Jika telah dicerai dengan talak tiga, kemudian berkahwin semula dengan bekas suami setelah cukup syarat2 nya maka talak tersebut dikira semula dari satu, ertinya wanita diatas jatuh talak dengan talak satu kecuali suaminya menyebut " aku ceraikan engkau dengan talak tiga".
ReplyDeleteBerkaitan dengan emas putih, hukumnya tidak boleh dipakai oleh lelaki kerana emas putih adalah campuran logam emas dengan logam2 lain dalam kuantiti yang berbeza2 . Emas putih bukanlah platinum walaupun mempunyai warna yang sama (putih ). Platinum tidak mempunyai unsur emas. Sila rujuk E-Fatwa (JAKIM)
Assalamualaikum.. Dr,
ReplyDeleteapakah larangan dalm iddah kematian suami & larangan dalam iddah bercerai dengan suami sama..?
salam dr.sy baru sahaja kematian abah pd awal december 2011. sy ingin bertanya bolehkah di rumah saya mengadakan kenduri kahwin kakak ipar sebelum ibu saya tamat tempoh iddah?
ReplyDeleteterima kasih untuk informasinya, mudah2an saya, dan yang senasib dg dijauhkan dari kehilapan . amin
ReplyDeleteAssalamualaikum Dr,
ReplyDeletesaya ade sedikit persoalan b'kenaan iddah kematian suami ini..saya ada saudara yg kematian suami, edahnya belum habis tp saudara saya ini yg tinggl di sebalah utara ingin membuat kenduri tahlil di kampung (pantai timur)...Apa pendapat Dr. b'kenaan kepulangan beliau bersama anak2 dgn niat mengadakan tahlil dikampung itu adalah baik ataupun sebaliknya. sbb bg pendapat sya tahlil itu xwajib diadakan jd kenapa perlu beliau m'adakan juga sebelum tmt tempoh edah beliau.
Bolehkah wanita dalam idah kematian suami melakukan ziarah ke turki dan umrah?
ReplyDeleteSALAM...
ReplyDeleteMENGAPA ISLAM MENSYARIATKAN WANITA BERIDDAH?
sudah difahamkan haram kepada isteri yang kematian suami keluar dari rumahnya dalam tempoh idahnya .apakah larangan ini termasuk melarang untuk berpindah,contohnya seorang ibu tua tinggal berseorangan di kampung setelah kematian suami ingin berpindah ke bandar,tinggal bersama anaknya.adakah dibenarkan dalam waktu idah atau hnaya dibenarakan selepas tempoh hari.
ReplyDeletesalam...sya nak tanya,kalau seseorg tu msih dalam eddah,boleh tak dia memakai seluar n t-shirt tetapi masih memakai tudung?
ReplyDeletelagi satu,boleh tak dia pergi ke spa untuk menjaga kecantikan badannya yang tak pernah-pernah dicubanya sebelum ini....
salam
ReplyDeletesaya tnya, selain daripada penzina dan wanita yng belum disetubuhi? adakah golongan lain yng tidak mempunyai iddeh.
as-salam dr.
ReplyDeletesaya baru kematian suami pada 31 Mei 2012. 3 malam pertama saya tinggal di rumah mertua saya dan pada hari yang keempat saya tinggal di rumah adik saya memandangkan saya perlu mula bekerja. Saya tidak pulang ke rumah saya sendiri (untuk makluman rumah itu adalah rumah sewa) kerana suami saya meninggal kerana buatan orang dan keluarga lain bimbangkan keselamatan saya dan anak2 maka saya dinasihatkan tidak tinggal di rumah tersebut tetapi saya masih pergi ke rumah kami pada waktu siang. Buat masa ini saya bercadang untuk berpindah ke rumah adik saya memandangkan saya tidak mampu untuk terus membayar sewa rumah kerana banyak tanggungan yang lain. Apakah ianya salah Dr?? harap bantu saya
Assalamualaikum dr...sy br kematian suami 5hari yg lalu...byk perkara ttg iddah yg sy xtau jd sy mencari di internet...sy akan bergraduasi @ konvo pd 7 julai ni yg mana pd masa itu sy masih dlm iddah apa sepatutnya yg perlu buat?menghadiri @ tidak? hati teringin sbb itu tanda usaha sy selama ni tp mengikut hukum bagaimana?
ReplyDeleteWslm, tiada masalah jika rumah itu rumah sewa dan sudah tidak mampu membayar sewa dan demi kemaslahatan yang nyata.
ReplyDeleteWaalaykumussalam, kalau saya... saya tak pergi. Itu lebih baik daripada meletakkan diri dalam keadaan yang syubhah (ragu-ragu)
ReplyDeleteDoktor, saya sekarang sedang menunggu perbicaraan berhubung lafaz taqlik suami kepada saya. Pada awal bulan 3, kami bergaduh, suami ada melafazkan, dia akan siapkan rumah kami, kalau saya tidak keluar rumah dari kediaman ibubapa saya pada bulan 6 ini, baru dia akan ceraikan saya. Skrg bulan JULAI, saya masih tinggal di rumah ibu krn rumah saya masih belum siap seperti yang dinyatakan suami. Saya tahu, talak 1 saya telah jatuh. Tetapi kes saya masih belum dibincangkan. Kemudian dlm tempoh menunggu keputusan mahkamah, saya bergaduh dgn suami. Dalam sms, suami ada menyatakan yang dia telah membuat keputusan dan mungkin akan melafazkannya di mahkamah kelak. Dalam waktu yg sama, di dalam perbualan telefon, suami ada menyatakan kpd saya yang dia ada menyatakan kepada adik beradiknya yang dia telah melepaskan saya dan perkara yang dickpkan itu telah diceritakan kepada saya melalui telefon. PERSOALAN SAYA SKRG:
ReplyDelete1. Berapa bilangan talak yang telah jatuh pada saya sekarang?
2. Adakah talak boleh jatuh pada org yang memang dah bercerai, belum rujuk tetapi masih dlm iddah dan masih menunggu keputusan mahkamah berkenaan kes pertama iaitu cerai taqlik. Mohon doktor memberikan penjelasan.
Assalamualai Dr. sy br kematian suami. Suami sy menghidap lemah jantung, skt buah pinggang dan thyroid. Sblm dia meninggal dia sudah bercadang utk tinggak bersama anak lelaki kami. Kerana kami mempunyai masalah kewang. Suami bercadang utk menyewakan rumah kami. Dia telah berpesan selepas dia menjalani pembedah thyroid dia mahu terus tgl di rumah anak lelaki saya. Semasa dia di hospital kami sekeluarga sdh pun berpindah brg2x kami kerumah anak kami. Malang nya selepas pembedahan dia kembali kerahmatullah. Jenazah nya di bawa ke rumah anak saya dan diuruskan di sana. Soalan saya harus kah saya pulang ke rumah saya sendiri sdg kan brg2x telah hampir semua di bawa ke rumah anak saya. Hrp Dr dpt mejelas kan kod saya
ReplyDeleteAssalamualaikum Dr, saya ingin bertanya... wanita yg kematian suami setelah habis iddah dan melakukan kemungkaran adakah dosanya itu masih ditanggung oleh si suami atau bagaimana? terima kasih Dr
ReplyDeleteWaalaykumussalam, Hadis jelas menegaskan bahawa terputus hubungan amalan antara yang masih hidup dan 'masih' mati kecuali tiga perkara... sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan & doa anak yang solih. Dosa si balu ditanggung oleh si balu sahaja, bukan suaminya yang telah meninggal dunia.
ReplyDeleteSALAM... APAKAH HUKUM BAGI PEREMPUAN KEMATIAN SUAMI YANG MASIH DALAM IDDAH UNTUK KELUAR MENGHADIRI MAJLIS DOA SELAMAT SERTA TAHLIL....MOHON PENJELASAN.
ReplyDeleteTerima kasih atas ilmu yang dikongsikan. Saya baru kematian suami dan tercari-cari artikel tentang menjaga adab-adab setelah kematian suami. In Sha Allah saya akan jaga. Namun begitu saya terpaksa keluar rumah seawal hari ke 2 kematian suami kerana urusan sijil kematian dan hutang bank arwah. Saya rasa ianya urusan sangat penting terutama berkenaan hutang tersebut. Bagaimana pula pendapat Dr.?
ReplyDeleteMaaf lambat reply.
ReplyDeleteLiza, konsep asasnya ialah: wanita dalam iddah kematian boleh keluar rumah, bukannya tidak boleh keluar rumah. Namun matlamat keluar rumah itu hendaklah pada perkara yang diperlukan. Konsep ini boleh menjelaskan apa sahaja aktiviti yang dilakukan.
Siti, takziah, semoga Allah mengampunkan segala dosanya. Tabahlah menghadapi kehidupan ini kerana perjalanan masih panjang.
Jawapan pada masalah Siti sama dengan jawapan untuk masalah Liza. Faham konsep & tahu tentang keperluan sesuatu perbuatan, maka in sya Allah tiada masalah.
Assalamualaikum...untuk perempuan dalam iddah kerana bercerai hidup, bolehkah dia keluar berjalan-jalan / bercuti dan tidur di tempat tersebut? harap dapat penjelasan..terima kasih..
ReplyDeleteAssalamualaikum Dr.,
ReplyDeleteBolehkah perempuan yang dalam iddah kerana bercerai hidup berjalan-jalan / bercuti dan tidur di tempat tersebut? Mohon penjelasan..terima kasih..
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang apakah amalan yang sebaik dilakukan oleh seorang isteri untuk arwah suami setelah peninggalannya? Selain dari tuntutan ibadah kita sebagai seorang Muslimah, bersedekah untuk arwah, melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu kepada anak-anak dan juga menjaga kedua orang tua kita dan juga dia? Harap dapat ilmu untuk menambahkan amalan. Sekian tk.
ReplyDeleteassalamualaikum... wanita iddah kematian suami, bolehkah dia pergi menunai kan solat terawih di masjid.
ReplyDelete[...] Saya mencari beberapa informasi tentang wanita yang beriddah dari berbagai sumber dan saya menjumpai maklumat lengkap mengenai iddah larangan dan perkara yang diperbolehkan sekali dengan hadith dan aya’ quran yang menyokonya dari blog ini http://drhasanah.com/2009/apa-yang-tidak-boleh-dilakukan-oleh-wanita-yang-berada-dalam-iddah-kematia... [...]
ReplyDeleteSalam dr, saya nk tanya mengenai haid. Untuk tahun 2013 , period saya dtg dari 25 feb 2013 uingga 3 mac 2013. Kemudian period xdtg sehingga 3 bulan. Kemudian baru datang 9 jun hingga 22 jun 2013 (14 hari). Kemudian period kembali pada 1 julai hingga 9 julai 2013. Kemudian tiada darah keluar sehingga semalam 18 julai darah kembali keluar. Pada pendapat dr, ini adalah haid atau darah penyakit? Bagaimana puasa saya? Pohon jawapan dari dr kerana sy semakin keliru. Terima kasih
ReplyDeleteassalamualaikum....
ReplyDeletemak saya dalm tempoh iddah....kami akan mengadakan kenduri adik perempuan kami di rumah saya.boleh tak mak saya ke rumah saya untuk menghadiri kenduri anak perempuan nya (adik saya)
Salam Doc.. Nak tnya, Dalam larangan Sms Iddah mmg dilarang bertunang atau ditunangi. Bagaimanap pula sekiranya wanita tersebut rapat dengan lelaki lain dalam ertikata lain 'bercinta, berkasih" atau selalu menjadikan lelaki tempat mengadu domba..? Apakah hukumnya..?
ReplyDeletesalam...saya baru je bertunang dan tunang saya baru meninggal dunia.saya amat menyayanginya dan tak lama lagi akan berkawin.kami sudah lama berkawan dan ingin bersama dengan perkahwinan,tapi ALLAH lebih menyayanginya dari saya,arwah tunang telah menghembuskan nafas terakhir juga.adakah dengan doa saya setiap hari akan dapat suatu hari nanti ALLAH akan ketemukan dan bersatu kembali.saya terlalu merindui arwah tunang dan selalu berharap akan ke temu nanti atau dalam mimpi...
ReplyDeleteassalammualaikum..Dr
ReplyDeleteSaya berumur 26 tahun dan mempunyai seorng anak yg baru beruisa 1 tahun sebulan. saya baru sahaja kematian suami 9 nov 2013 yg lepas..akibat kemalngan jalanraya.. Saya masih menuntut di sebuah IPT di selatan tanah air. Selepas seminggu di kg halaman arwah suami,.saya balik menyambung pengajian saya seperti biasa.. Saya meninggalkan kediaman yg biasa saya duduk bersama arwah suami.. sedangkan tempoh iddah saya belum habis.. apakah hukum yg jatuh atas keadaan saya.. mohon Dr bantu
Assalamualaikum. Period saya datang pada 30/11/13 berhenti pada 6/12/13 . tapi pada 14/12/13 keluar darah seperti haidh . soalan saya adakah itu dinamakan haidh atau darah penyakit . perlukah saya menunaikan solat. tk.
ReplyDeleteAsslmmualaikum ..sy br sj kehilanggan suami pd 31 hb 10 br ni..dn sy jg mngandung..dn kndungn sy br 4 bulan sy tnggl bersama 3 orng ank yng lain msng2 berumur 10' 8'6..sy kena kuar umh ..krn skrng sy sendiri kn lakukan semua ..apakah ..dosa sy..
ReplyDeleteAssalamualaikum...sy baru kematian suami 2 minggu lepas (2/1/14). Arwah suami dikebumikan di Melaka (di kampung sy)...sy tinggal di Melaka dr hari arwah dikebumikan sehingga ke hari ini (15/1/14). Rumah yg kami diami sepajang hayat hayat suami adalah di Subang Jaya. Sy masih dlm cuti tanpa gaji dan sy amik keputusan utk tgl di Melaka sbb sng utk sy ziarah kubur suami memandangkan sy masih bercuti. Mohon pencerahan dr pihak tuan.. terima kasih.
ReplyDeleteAs-salam doktor..bagaimana pula dengan isteri yg diceraikan suami (masih hidup)..adakah mereka juga dilarang keluar rumah semasa dlm tempoh iddah?
ReplyDeletecontoh: ziarah atau tumpang rumah orang lain atau saudara kerana emosi terganggu, tidak ada tempat atau org yg sesuai luahkan perasaan & bukan atas sebab cari nafkah & juga keluar dari rumah utk tenangkan fikiran..Mohon jasa baik doktor beri pencerahan.
Terima kasih.
As-salam Dr.Hasanah..bagaimana pula dengan isteri yg diceraikan suami (masih hidup)..adakah mereka juga dilarang keluar rumah semasa dlm tempoh iddah?
ReplyDeletecontoh: ziarah atau tumpang rumah orang lain atau saudara kerana emosi terganggu, tidak ada tempat atau org yg sesuai luahkan perasaan & bukan atas sebab cari nafkah & juga keluar dari rumah utk tenangkan fikiran..Mohon jasa baik doktor beri pencerahan.
Terima kasih.
Boleh kah wanita yg baru di ceraikan suami yg masih tempoh dlm edah tp sudah mengatur rancangan utk berkshwin dgn lalaki baru?
ReplyDeleteassalamualaikum dr. sye ngin bertanya.. boleh kah wanta yg berada dlm iddah kematian suami keluar utk mnunaikn solat terawih di masjid.. mohon penjelasan,, terima kasih
ReplyDeleteSelamat berpuasa doctor. Saya nak tanya, mak saya masih dalam iddah kematian. Sudah dua bulan. Saya nak tanya, boleh kah kalau saya dan abang bawak mak saya pergi berbuka di restoran, provided mak tidak bersolek dan pakai jubah hitam. Boleh kah? Mohon dapat jawapan.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya mahu tanya benda penting ni. Mak saya telah kehilangan suaminya baru baru ini dan masih dalam tempoh iddah tetapi anak buahnya akan berkahwin pada bulan 12 ini dan mak saya juga merupakan anak sulung dalam keluarganya. Jadi bagaimana? adakah dia dilarang untuk pergi atau boleh pergi? Tolong jelaskan. Terima kasih
ReplyDeleteassalamualaikum.saya ingin bertanya.bolehkah prmpuan yg diceraikan oleh suami...berkenalan dgn lelaki lain dlm tempoh iddah..spnjang pernikahan dgn bekas suami juga...suami tidk pernah memberikan wang blnja apatah lg mngambil tahu pasal tempatinggal isteri...kebetulan istrinya ini sangat brdikari dan tidak pernh meminta wng dari suami..istrinini adalah istri ke3..minta crai stah mndapati suaminya menipunya selama ini tmasok menipu wang isteri.sekian
ReplyDeleteBoleh kah perempuan yang baru di ceraikan (masih dalam edah)tengok wayang
ReplyDeleteAssalammualaikum...terima kasih atas pencerahan ttg iddah....
ReplyDeleteSy pun sedang menghadapi fasa iddah....skrg tengah sarat mengandung 9bulan...Arwah suami meninggalkan sy semasa sy mengandung 5 bulan...hanya Allah saja yg tahu perasaan tu....Alhamdulillah skrg sy dah redha..dan tabah hadapi ujiaan Allah swt.....
As salam.Ustazah,sy nk tanya Ustazah.Sy bru je bercerai hidup ngan bekas suami sy.Tetapi suami sy tetap ingin berkwn,suami plk asyik berkta sy masih istri dia slagi blm hbs iddah,sy msti hormat dia.dia jgk tdk bnarkan sy kuar.Adakah krna masih dlm iddah,dia msih blh pegang sy dan sebagainya?Sy mohon Ustazah perjelaskn.Trima kasih.
ReplyDeleteasalamualaikum ustazah, ank sy bru saje kematian suami 2 minggu sebelum puase. jadi mase dlm idah ni blg x anak sy pergi membeli belah utk keperluan baju raye ank2nye dn bile hari raye blh ke die dn ank2 ikut sy blk kampung utk ziarah saudaramara di kampung. mohon ustazah dpt jelaskn dgn terperinci. tk.
ReplyDeleteassalamualaikum...soalan sy berkenaan.dgn.pindah rumah setelah kematian suami....bolehkah kita berpindah ke rumah yg dibeli semasa didalam edah,sy juga kematian suami semasa mengandung 2 bulan dan dalam masa yg sama rumah yg kami beli telah siap utk diduduki....harap dapat pencerahan dari pihak puan doktor..syukran
ReplyDeleteAssalamualaikum boleh ker perempuan dlm iddah pergi mengikuti rombongan merisik dan bertunang utk ank nya?
ReplyDeleteAslm Dr Hasanah,
ReplyDeleteBapa mertua saya baru meninggal dunia dan tinggalkan isteri yg sebenar nya ibu tiri buat isteri saya.
Apa hukum nya kalau kita hantar dia ke rumah anak lelaki nya kerana tidak ada orang mengurus nya di rumah yg selalu dia diami waktu suami nya hidup kerana sekarang masih waktu iddah baru 2 minggu ? Isteri nya umur dalam 75 tahun tapi tak kuat & sakit x2 selalu. Dia perlu bantuan berjalan.
Harap boleh jawab secepat mungkin. Terima kasih!
Assalamualaikum...bolehkah seseorang dlm iddah mrnziarahi jenazah saudaranya?
ReplyDeleteAssalamualaikum..dr..bolekah wanita dlm iddah menziarahi kubur suaminya..dan mengerjakan solat fardhu berjemaah di masjid..
ReplyDeleteAssalamualaikum Dr Hasanah,
ReplyDeleteSaya berusia 54tahun masih bekerja dgn kerajaan dan baru 2bulan kematian suami..arwah suami meninggalkn 2buah rmh yg mna slh sebuah rmh didiami anak yg sulong...semasa hayat arwah kami berdua mmg tido dikedua2 buah rmh...skrg saya tggl bersama anak sulong manakala rmh yg lg satu saya singgah selepas habis waktu kerja selepas solat isyak saya akan pulang kerumah anak sulong utk tidur...utk pengetahuan anak xbenar saya tggl sorng2...mohon pencerahan