Tarikh ditulis: 2007-07-19 16:26:53
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz
Allah telah berfirman, maksudnya:
“…dan isteri-isteri itu dapat ¼ daripada apa yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi jika kamu ada mempunyai anak, maka mereka dapat 1/8 daripada apa yang kamu tinggalkan, setelah (diselesaikan) wasiat yang kamu wasiatkan atau hutang”. (An-Nisa’: 12)
Berdasarkan ayat ini, adalah difahami bahawa, bahagian Isteri:
1. Jika si mati (suami) tidak mempunyai anak atau anak kepada anak lelaki dan ke bawah, maka isteri mendapat ¼ daripada harta pusaka.
2. Jika si mati (suami) mempunyai anak (sama ada lelaki ataupun perempuan) atau anak kepada anak lelaki dan ke bawah, maka isteri mendapat 1/8 daripada harta pusaka.
Formula:
Isteri
suami tiada anak –> ¼
suami ada anak –> 1/8
Perhatian:
Jika terdapat lebih daripada seorang isteri, contohnya, dua orang isteri, mereka akan berkongsi sama rata mengikut pecahan yang diterima. Contohnya, si mati (suami) ada anak dan dua orang isteri, maka bahagian untuk para isteri ialah 1/8. Para isteri berkongsi pecahan 1/8 dengan sama rata, iaitu menjadi 1/16 bagi setiap seorang.
===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========
No comments
Post a Comment