Main Posts Background Image

Main Posts Background Image
Showing posts with label Soal Jawab Urus Pusaka. Show all posts
Showing posts with label Soal Jawab Urus Pusaka. Show all posts

Wednesday, 17 June 2015

Salam Ramadhan dan Info Migrasi UrusPusaka ke dalam drhasanah.com



Assalamualaykum, terima kasih semua pengunjung setia blog saya. Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan yang mulia. Semoga Allah merahmati kita semua di bulan yang mulia ini. Excited dalam sedih. Gembira dalam duka. Maaf zahir batin ye.

Saya juga ingin memaklumkan bahawa saya akan hentikan operasi uruspusaka.com dan kumpulkan semua posts/tutorial/soal jawab harta pusaka dalam blog tersebut ke dalam blog ini untuk mudahkan pengurusan. Saya letakkan semuanya dalam kategori Fiqh Urus Pusaka. Sengaja nak kekalkan nama uruspusaka tu.

Kalau saudara saudari pening baca blog ni maaf ye. Manfaatkanlah 'kategori' yang ada kat sidebar. Lagi cepat kalau mulakan dengan 'search'.

Jom manfaatkan bulan mulia ini.

Eh hari ni masih 30 Syaaban. Malam ini tarawih in sya Allah. Jom!

Wednesday, 6 May 2015

Soalan Urus Pusaka ke: 102

Nama: Azlan

assalamualaikum..

Tuan..saya ingin bertanya sedikit kemusykilan:

a) Datuk saya telah meninggalkan tanah di kampung utk diwariskan ke anak-anak nya ( 3 orang lelaki ). Sebelum datuk meninggal dunia, ayah saya telah meninggal dulu.

b)Pakcik saya tanpa pengetahuan saya dan adik2 telah menukar nama geran tanah di kampung ke atas nama beliau dan adiknya ( 2 orang ) tanpa memberitahu makhamah yang datuk saya mempunyai seorang lagi anak lelaki yang telah meninggal dunia.

c)Soalannya: Kami selaku anak yatim piatu ( ibu pun telah meninggal dunia ) adakah berhak ke atas tanak pusaka itu selaku cucu lelaki arwah datuk dan anak lelaki arwah ayah?

Terima kasih
AZLAN

IP: 60.49.101.126
Tarikh: 2008-01-28 17:12:11
Emel: aji_lan75@yahoo.com

===========
Soalan ini pada asalnya ditanya dan dijawab di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Soalan Urus Pusaka ke: 92

Nama: sue

ibu ,abang yang dah berkahwin mempunyai 2 anak lelaki ,3 orang adik beradik perempuan..
baru-baru ini kami sekeluarga mendapat duit atas peninggalan moyang saya macam mana kami nak bahagi-bahagikan harta tue mengikut faraid

adakah isteri abang dan anak-anak sedara saya termasuk dalam pembahagian harta tersebut.

bagaimana cara pengiraanya.

IP: 202.75.4.186
Tarikh: 2007-12-31 11:40:08
Emel: awekscute77@yahoo.com

===========
Soalan ini pada asalnya ditanya dan dijawab di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Soalan Urus Pusaka ke: 85

Nama: Faridah MA

Assalamualaikum,

Arwah suami saya telah menjadi salah seorang pentadbir harta pusaka arwah ayahnya yang belum selesai pentadbirannya.

Saya telah berkahwin dengan Suami saya di Selatan Thailand dan perkahwinan ini belum di daftarkan di Malaysia. Kami telah mempunyai 2 orang anak, 1 lelaki dan 1 perempuan yang berumur kurang dari 12 tahun dilahirkan di Malaysia.

Saya bercadang untuk menyelesaikan urusan pentadbiran harta pusaka setelah kematian Suami. Adakah saya dan anak-anak saya tadi berhak ke atas harta pusaka tersebut.

IP: 219.95.54.245
Tarikh: 2007-12-13 17:07:08
Emel: faridahma@gmail.com

===========
Soalan ini pada asalnya ditanya dan dijawab di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Soalan Urus Pusaka ke: 76

Nama: teratai

Akum...
Saya ingin bertanya, adakah boleh diubah perjanjian pembahagian harta ini yg telah dipersetujui dimahkamah sebelum ini secara faraid ke pembahagian sama rata antara adik beradik ? Jika boleh, bagaimanakah caranya ? Atau adakah perlu saya memaklumkan kepada mahkamah terlebih dahulu ? Unk pengetahuan puan, tiada lagi ape2 proses tandatangan di buat di mahkamah pada perbicaraan itu.

Sekiranya hanya saya sahaja yang meminta agar ianya dibahagi secara sama rata, tidak secara faraid, adakah pembahagian ini akan diteruskan juga secara faraid ?

Saya diberitahu juga bahawa saudara perempuan juga mempunyai hak ke atas bahagian yg saudara lelaki dpt dan adalah wajib bagi saudara lelaki tersebut memberikannya kepada saudara perempuan tersebut sekiranya dituntut. Adakah benar ?

IP: 202.95.68.20
Tarikh: 2007-11-26 16:19:47
Emel: mynazmi@yahoo.com


Respon Dr. Hasanah

Teratai,

Pembahagian secara sama rata hanya boleh dibuat jika semua waris lelaki bersetuju kerana bahagian merekalah yang akan berkurangan jika kaedah ini diterima.

Persetujuan waris perempuan tidak diperlukan, tetapi, sebagai satu semangat kekeluargaan, biarlah semuanya sehati sekata.

Jika telah ada persetujuan dibuat di mahkamah, ia masih boleh diubah, tetapi prosesnya menjadi panjang kerana proses perlu dimulakan semula.

Dalam harta yang diwarisi oleh waris lelaki memang ada hak waris perempuan, tetapi sekadar jika si perempuan tadi menjadi tanggungan nafkahnya. Contoh, ibubapa telah meninggal, jadi harta yang dapat oleh anak lelaki, perlu juga digunakan untuk menyara ahli keluarga yang perempuan terutama yang belum akil baligh atau berkahwin. Selain daripada aspek nafkah, waris perempuan tidak berhak ke atas harta yang menjadi bahagian lelaki. Kalau nak mintak, siapa-siapa pun boleh mintak, tapi, kalau dia tak mahu bahagi, itu hak dia.
Wallahu a'lam.

 

===========
Soalan ini pada asalnya ditanya dan dijawab di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Soalan Urus Pusaka ke: 96

Nama: Radin Rahmawati Radin Ismail

Bapa saya meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri (isteri kedua), sepuluh anak dari isteri pertama (7 perempuan 3 lelaki), dua anak dari isteri kedua (1 perempuan 1 lelaki) dan tiga anak dari isteri ketiga (2 lelaki 1 perempuan). Untuk makluman Isteri pertama dan isteri ketiga telahpun meninggal dunia. Masalahnya sekarang isteri kedua tidak bersetuju harta peniggalan arwah ayah saya dibahagi mengikut faraid kerana dia mahukan 2 biji rumah peninggalan ayah saya diserahkan kepada kedua-dua orang anaknya dan sebagai ganti dia tidak akan menuntut harta pusaka yg lain. Untuk pengetahuan harta yang lain adalah lebih kurang sama nilai dengan kedua-dua biji rumah yg tersebut. Masalah sekarang isteri kedua telah memasang lawyer utk menuntut kedua rumah tersebut dan kami tidak tahu cara bagaimana untuk menuntut harta tersebut supaya dibahagi secara faraid. kami telah menghantar ke Amanah Raya dan jawapan nya mereka tidak dapat membuat pembahagian harta sekiranya terdapat pihak yg tidak bersetuju. bagaimana cara untuk kami mengatasi masalah ini. terima kasih

IP: 118.100.79.156
Tarikh: 2008-01-10 11:37:22
Emel: jasmine_hanini@yahoo.com

===========
Soalan ini pada asalnya ditanya dan dijawab di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Soalan Urus Pusaka ke: 86

Nama: NARDIR

Assalammuailaikum…
Atuk sebelah emak saya telah meninggal lebih kurang 10 tahun yang lalu. Sebelum arwah ini meninggal, arwah telah menentukan tanah-tanah yang anak-anaknya miliki dan nama pemilikan tanah an tersebut tercatat dalam geran tanah.
Setelah arwah meninggal sebegitu lama....pakcik saya menuntut bahagian tanah emak saya perlu diberikan sedikit bahagian kepadanya.
Tanah-tanah yang dimiliki oleh adik-adik emak saya telah dijual kecuali tanah yang dimiliki oleh mak saya.
Mohon penjelasan...

IP: 60.51.37.151
Tarikh: 2007-12-17 09:56:27
Emel: nardir9661@yahoo.com

===========
Soalan ini pada asalnya ditanya dan dijawab di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Soalan Urus Pusaka ke: 65

Nama: Mohd.Azlansyah b.Mohd.Isa

Assalammuailaikum...
Di sini saya ingin bertanya,baru-baru ini adik-bradik sebelah ayah saya telah menimbulkan kekecehohan bagi pembahagian harta yang dimiliki oleh arwah datuk saya,dan harta itu masih atas nama arwah walaupun telah meninggal 5 tahun yg.lepas.Disebabkan kekecohan itu,ayah saya telah menarik diri untuk berurusan dengan adik-beradik yang lain kerana mereka tidak mahu uruskan pembahagian harta mengikut cara islam,sbgai contoh,makcik bongsu saya mahu harta itu tanpa perlu menukar nama pemilik,dan ini telah membuatkan ayah saya tidak setuju,
Tetapi adik-beradik yg lain setuju dgn kehendak makcik saya tu,dgn alasan mahu menjaga harta arwah.Sekarang ayah serahkan semuanye kepada adik-beradik yg lain uruskan,cuma ayah mahu pembhagian dia walau macam mane diselesaikan.Untuk pengetahuan pihak tuan,ayah adalah anak lelaki sulung dan saya anak lelaki ayah yg sulung,soalan saya boleh atau tidak saya bersuara dgn pakcik-pakcik dan makcik-makcik saya bagi pihak ayah saya?sekian.wassalam

IP: 60.53.190.43
Tarikh: 2007-11-21 11:45:03
Emel: adamhaikal_adam@yahoo.com

Nama: Mohd.Azlansyah b.Mohd.Isa

Asslamualaikum....
Saya cucu lelaki sulung arwah datuk,dan ayah saya anak lelaki sulung.Datuk saya mempunyai 9 orang anak hasil pengkosian hidup dgn 2 isteri,Baru-baru ini berlaku kekecohan adik-beradik ayah saya di atas pembahagian harta,kerana makcik bongsu saya inginkan harta itu tanpa menukar nama pemilik,dan ini tidak di setujui oleh ayah saya kerana tidak mengikut cara islam,tetapi di setujui oleh adik-beradik yg lain,Oleh kerana itu ayah tidak mahu ambik tahu lg mengenai harta tersebut,tetapi ayah meminta saya bersuara kepada pakcik dan makcik saya yg lain di atas kekecohan itu,jd saya ingin tahu adakah saya berhak bersuara mengenai harta itu bg pihak ayah saya,walaupun ayah masih hidup...sekian.wassalam

IP: 60.53.190.43
Tarikh: 2007-11-21 12:17:09
Emel: adamhaikal_adam@yahoo.com

 

Respon Dr. Hasanah

Mohd. Azlansyah,

Berhati-hati ketika menguruskan harta pusaka kerana bimbang menjadi harta puaka!

Masa inilah, kita akan nampak, siapa yang mementingkan hubungan kekeluargaan dan siapa yang hanya memikirkan keduniaan semata-mata. Dalam hal ini, sebaik2nya berbincanglah dengan hati terbuka dan dapatkan bantuan seorang yang alim dan dihormati untuk turut memberikan nasihat dan pandangan.

IP: 60.51.87.189
Tarikh: 2007-11-25 22:44:00

===========
Soalan ini pada asalnya ditanya dan dijawab di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Soalan Urus Pusaka ke: 101

Nama: mohd fauzi mustakim

bapa saya mempunyai sebidang tanah yg gerannya mempunyai 3 nama dikalangan adik beradiknya iaitu bersama 2 org adik beradik perempuan. salah seaorang adik perempuannya telah meninggal dunia. adiknya itu belum berkahwin dan tidak mempunyai waris. sebelum meninggal dunia dia tlh mewariskan bahagiannya utk diberikan kepada anak angkatnya yang juga merupakan anak buahnya. masalahnya sekarang bapa saya tidak bersetuju utk membahagikan tanah itu kpd anak buahnya. adakah anak buahnya itu berhak utk mendapat bahagian tersebut berdasarkan kepada wasiat tersebut.utk pengetahuan saudara geran masih lagi di atas nama bapa dan dua org adik perempuannya.

IP: 58.71.168.129
Tarikh: 2008-01-22 13:39:21
Emel: fauziseal@yahoo.com.my

===========
Soalan ini pada asalnya ditanya dan dijawab di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Soalan Urus Pusaka ke: 30

Nama: Mahadzir A.Rahman

Asslamualaikum.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah atas usaha yang telah tuan lakukan ini. Mudah-mudahan akan dapat membantu ramai umat Islam yang masih lagi tersepit dengan permasalahan berkaitan pembahagian harta pusaka.

Walaubagaimanapun perkembangan terkini di Amanah Raya Bhd yang mana mereka sehingga hari ini tidak lagi menawarkan produk Hibah disebabkan beberapa masalah teknikal. Saya berpendapat berbanding wasiat Hibah ini adalah lebih mustahak, disebabkan pengurusan harta sebelum seseorang meninggal untuk waris-waris, supaya dapat memberi perlindungan yang sewajarnya apabila berlaku kematian.

Sedangkan wasiat adalah untuk bukan waris dan tidak boleh melebihi 1/3 harta si pembuat wasiat. Oleh itu wajarlah sekiranya tuan dapat memberi input kepada Amanah Raya cara mana agar produk hibah tersebut dapat diteruskan.

Sekian terima kasih.

IP: 60.49.97.95
Tarikh: 2007-09-18 11:13:57
Emel: mar_macjb@yahoo.com

===========
Soalan ini pada asalnya ditanya dan dijawab di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Soalan Urus Pusaka ke: 108

Nama: lina

Saya tiada pengetahuan tentang pembahagian harta suami & isteri dalam islam. Sekiranya saya menerima harta pusaka dari bapa angkat saya yang berupa wang tunai, tanah atau rumah. Apabila berlaku penceraian antara saya dan suami adakah harta pusaka berupa wang itu boleh dituntut oleh suami saya?

IP: 210.187.125.251
Tarikh: 2008-03-10 22:53:53
Emel: evlinajohn@yahoo.co.uk

===========
Soalan ini pada asalnya ditanya dan dijawab di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Soalan Urus Pusaka ke: 104

Nama: zailani

si mati meninggalkan anak lelaki 4 orang, anak perempuan seorang, seorang isteri

IP: 60.48.92.3
Tarikh: 2008-02-17 09:40:25
Emel: zaiqlatejjs@yahoo.com

===========
Soalan ini pada asalnya ditanya dan dijawab di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Soalan Urus Pusaka ke: 91

Nama: Mohd Shafie Abd Rashid

Asalamualikum !

Saya dah membaca berkenaan pembahagian harta pesaka yang ditinggalkan oleh suami yang mempunyai ayah, isteri dan anak di mana isteri mendapat 1/8 dan si ayah mendapat 1/6 dan bakinya anak lelaki/perempuan 2:1. Macamana jika isteri meninggal dan mempunyai ayah, suami dan 4 anak lelaki dan 4 anak perempuan ?

IP: 202.188.102.203
Tarikh: 2007-12-27 23:23:42
Emel: shafie1966@yahoo.com.my

===========
Soalan ini pada asalnya ditanya dan dijawab di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Soalan Urus Pusaka ke: 95

Nama: parley

assalamualaikum,saya adalah anak keempat dari 5 adik beradik,emak dan ayah masih ada,tetapi mak saya tidak sihat yang melibatkan beliau tidak dapat fikiran seperti manusia lain atau pun hilang upaya ingatan.baru-baru ni nenek saya baru meninggal dunia iaitu emak kepada ibu saya.tapak rumah nenek saya telah ditukar nama kepada nama ibu saya sebelum nenek meninggal dunia.tetapi selepas kematian nenek saya,adik beradik ibu saya telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan siapa yang akan menjaga rumah nenek saya,saya telah dijemput bagi mewakili ibu saya yang tidak sihat.dalam mesyuarat tersebut pakcik saya iaitu adik kepada ibu saya telah di undi untuk bertanggungjawab keatas rumah peninggalan nenek saya.tetapi,mereka meminta geran tanah dan ingin menambah nama pakcik saya.sedangkan tanah tersebut adalah nama ibu saya.Apakah yang seharusnya saya lakukan?adakah saya harus mempertahankan hak mak saya?atau pun membiarkan pakcik saya menambah nama beliau.pada fikiran saya ,saya ingin mempertahankan hak ibu saya kerana ibu saya dalam keadaan tidak sihat dan tidak tahu bila akan sembuh.

IP: 60.50.67.208
Tarikh: 2008-01-08 10:14:54
Emel: Guyz_idol@yahoo.com

===========
Soalan ini pada asalnya ditanya dan dijawab di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Soalan Urus Pusaka ke: 57

Nama: Hanafy Muhammad Salleh

Ayah saya telah meningal dunia setahun yang lalu. Dan kami telah membahagikan harta peninggalan ayah kepada ibu (isteri si mati), 3 abang termasuk diri saya (iaitu anak lelaki pada si mati)dan juga 3 orang kakak 9iaitu anak perempuan pada si mati). Ayah saya masih mempunyai seorang adik perempuan yang masih hidup. soalan saya menurut hukum Faraid perlukah kami memperuntukan sebahagian harta pusaka peninggalan ayah saya kepada adik perempuan nya. Jika perlu, berapakah bahagian yang perlu kami berikan.

Saya harap mendapat penjelasan secepat mungkin. Sekian, terima kasih.

IP: 60.48.193.22
Tarikh: 2007-11-08 17:10:59
Emel: naziq2005@yahoo.com.my

 

Respon Dr. Hasanah

Saudara Hanafy,

Dalam keadaan ini, anak-anak si mati iaitu Hanafy dll mendapat asabah. Ia seterusnya menghalang adik-beradik si mati daripada mewarisi harta.. Jadi, tidak perlulah diperuntukkan pusaka untuk mereka.

IP: 219.95.7.99
Tarikh: 2007-11-25 07:46:21
Emel: uruspusakaanda@yahoo.com

===========
Soalan ini pada asalnya ditanya dan dijawab di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Soalan Urus Pusaka ke: 98

Nama: mohd.fadzli bin ibrahim

saya ada 5 beradik ayah,saya dah meninggal dunia.kami ada sebuah rumah teres.mak saya telah memberikan rumah itu kepada abang saya SEBAGAI BALASAN KASIH SAYANG.tetapi kami memdapat wang sebanyak RM10.000.00 seorang.Yang menjadi kemusykilan saya adalah adakah wang itu sebagai wang FARAID?sedang mak saya masih hidup lagi.SATU lagi kemusykilan saya mak saya memberi sebagai BALASAN KASIH SAYANG pada abang saya ADAKAH dia juga patut menerima wang sebanyak RM10.000.00 sebagai hak dia juga?

IP: 218.208.224.236
Tarikh: 2008-01-14 23:32:17
Emel: mohd.fadzli@zaidibrahim.com

===========
Soalan ini pada asalnya ditanya dan dijawab di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Soalan Urus Pusaka ke: 97

Nama: ina

assalamualaikum

Soalan saya. Bagaimana jika si mati (isteri) mempunyai ibu bapa yg masih hidup? Adakah ibu bapanya mempunyai hak utk mendapat harta pusaka juga, ataupun situasi ini hanya jatuh jika simati ialah seorang lelaki?
Thanks.

IP: 69.209.72.130
Tarikh: 2008-01-13 02:20:30
Emel: kawancomel@yahoo.com

===========
Soalan ini pada asalnya ditanya dan dijawab di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Soalan Urus Pusaka ke: 84

Nama: liza

asalamualaikumm..
saya ingin bertanya saya baru berkahwin dengan suami seorang duda kematian isteri dan mempunyai anak satu, dalam usia perkahwinan 3 tahun saya telah dikurniakan 2 anak lelaki . baru-baru ini saya mendapat tahu suami saya telah meletakkan wasiat suami pampasan insuran serta harta atas nama anak lelaki pertama dia. saya bukanlah hendak tamak.saya pernah bertanya tapi tidak pernah mendesak supaya wasiat dilakukan dengan seadilnya supaya saya dan 2 orang anak lelaki saya mendapat hak dalam pembahagian harta supaya masa depan anak-anak saya terbela pada masa akan datang.tapi suami saya sering mengelak untuk membincangkan masalah itu.suami saya menganggap soal wasiat harta perkara yang remeh dan saya tahu sehingga kini dia masih tidak mahu membuat wasiat yang baru.. dan sehingga kini juga saya hanya mendiamkan diri daripada masalah itu kerana risau disalahertikan oleh si suamisaya risau dengan masa depan anak-anak saya.disebabkan semuanya diletakkan diatas nama anak lelaki pertama sisuami.saya bukanlah berniat yang tidak baik tapi saya seorang yang berpandangan jauh dalam soal anak-anak. sekiranya terjadi apa-apa adakah saya berhak menuntut hak untuk anak-anak saya dimahkamah . harap dapat membantu...

IP: 60.52.38.179
Tarikh: 2007-12-05 21:31:12
Emel: chik_1837@yahoo.com

===========
Soalan ini pada asalnya ditanya dan dijawab di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Soalan Urus Pusaka ke: 31

Nama: fuji cahyadi

assalamu'alaikum,wr.wb
saya mau tanya dan mau tau
bagaimana jika suami meninggalkan satu istri, satu anak laki-laki, dan 3 anak perempuan?

terimakasih...

IP: 202.65.121.82
Tarikh: 2007-09-19 22:32:59
Emel: born_oze@yahoo.com

 

Respon Dr. Hasanah

fuji cahyadi,

si isteri - 1/8 (bersamaan 5/40)
anak lelaki dan 3 anak perempuan mendapat asabah (baki harta), iaitu anak lelaki mendapat 14/40 manakala setiap anak perempuan mendapat 7/40

IP: 218.208.214.156
Tarikh: 2007-10-31 17:29:47
Emel: uruspusakaanda@yahoo.com

===========
Soalan ini pada asalnya ditanya dan dijawab di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Soalan Urus Pusaka ke: 64

Nama: arfian

assalamuikum
saya ingin bertanya mengenai harta pusaka
1) ayah dan ibu saya telah mengusahakan tanah pertanian ianya merupakan harta sepencarian mereka berdua,saya mempunyai 5 adik beradik 2 lelaki dan 3 perempuan beberapa tahun yang lepas ayah saya telah meninggal dunia nenek (sebelah ayah)telah menuntut hak keatas tanah tersebut ada atau tidak bahagian nenek saya
2) bagaimana pula harta nenek saya kami ada hak atau tidak kerana ayah saya telah meninggal dunia

IP: 203.106.108.25
Tarikh: 2007-11-18 12:03:25
Emel: rfian@yahoo.com

 

Respon Dr. Hasanah

Arfian,
Nenek (ibu kepada ayah) mempunyai hak dalam bahagian yang dipusakai dari ayah.
Begitu juga, jika nenek meninggal dunia dan tidak meninggalkan anak lelaki atau waris lelaki lain, maka cucunya boleh mewarisi harta beliau.

IP: 60.51.87.189
Tarikh: 2007-11-25 22:38:37
Emel: hasanahakhafidz@yahoo.com

===========
Soalan ini pada asalnya ditanya dan dijawab di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage