Sempena bulan Ramadhan 1436H ini saya nak kongsi kan sekali lagi video animasi yang telah saya upload dalam Youtube tentang fidyah. Elok lah ditonton oleh wanita. Wajib pula ditonton oleh lelaki supaya lebih mantap lagi ilmu nak pimpin keluarga :)
Bagi sesiapa yang berminat tentang cara nak buat video seperti ini, sebenarnya tak susah sangat. Cuma perlu ada minat dan kesabaran sedikit nak siapkan.
Showing posts with label videoscribe. Show all posts
Showing posts with label videoscribe. Show all posts
Monday, 22 June 2015
Thursday, 27 November 2014
Powtoon atau Videoscribe? Apakah pilihan saya untuk membina e-kandungan?
November 27, 2014
Sejak dari tahun pertama saya bekerja di USM hinggalah tahun pertama saya bekerja di UKM, e-learning terus menghantui hidup saya. Makin ku lari,makin dikejar. Di USM 6 tahun kalau tak silap saya jadi penyelaras e-learning di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK) tapi sebenarnya tak berfungsi sangat pun. Saya lebih pada memberikan training kepada rakan-rakan pensyarah dan memberikan khidmat nasihat dalam hal-hal berkaitan. Saya juga telah dijemput untuk menyertai team CDAE USM yang dikepalai oleh Prof. Abd. Karim Alias untuk memberikan training Moodle dll kepada pensyarah USM. Nak puji sikit, he is a great leader, sifu & mentor in e-learning despite of his expertise in food technology. Learnt a lot from him.
Sekarang baru je masuk UKM, dah diberikan jawatan yang sama, tapi nampaknya di UKM, jawatan penyelaras e-learning ada kedudukan yang tersendiri, diberikan elaun, parking lot & kerusi khas semasa mesyuarat. Susah hidup saya sebab saya suka sembunyi belakang-belakang hahaaaa (gelak jahat!)
Ok, balik pada tajuk iaitu tentang software Powtoon & Videosribe (keluaran Sparkol). Pertamanya, saya suka kedua-dua software ini. Saya gunakan untuk menyediakan e-kandungan dalam bentuk animated video bagi beberapa tajuk kecil kursus yang saya ajar atau yang dalam bidang pengkhususan saya.
Membandingkan antara powtoon dan videoscribe sebenarnya agak rumit. Powtoon adalah unik. Videoscribe juga unik. Ada beberapa perkara yang boleh dibuat di Powtoon tetapi tidak boleh dilakukan di Videoscribe. Begitulah juga sebaliknya. Ia seumpama membandingkan antara abc dan cendol. Hmmm... sedapnya, yummy! Ups, jangan la biar air liur dok menitik tu! Buruk haih :)
Subscribe to:
Posts
(Atom)

Social Footer
Follow saya!