Main Posts Background Image

Main Posts Background Image
Showing posts with label Fiqh Zakat. Show all posts
Showing posts with label Fiqh Zakat. Show all posts

Saturday, 5 May 2018

Buku Pentafsiran Asnaf Zakat dapat Anugerah Buku Negara kategori Buku Umum Terbaik (Pengajian Islam)

Sungguh tak sangka tiba-tiba dapat makluman bahawa buku saya terpilih untuk menerima Anugerah Buku Negara pada 30 April 2018. Alhamdulillah.
Buku Pentafsiran Asnaf Zakat ini sebenarnya adalah hasil tesis Phd saya di bawah penyelian Prof. Madya Dr. Paizah Hj. Ismail. Lama masa diambil untuk menyiapkan tesis ini dengan teliti. Banyak kenangan hinggalah ia menjadi buku. Lafaz terima kasih kepada insan yang memberi nafas kepada buku ini ada dinyatakan di halaman penghargaan.
Terima kasih juga kepada pihak Penerbit USIM, penganjur anugerah dan para penilai atas pengiktirafan ini.




Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku ini, boleh beli secara online di:

Kalau nak beli di Lazada juga boleh. Klik link ini:
https://www.lazada.com.my/products/buku-pentafsiran-asnaf-zakat-di-malaysia-mengikut-masa-dan-tempat-i157933739-s187303881.html

Friday, 24 March 2017

Apple Distinguished Educator (ADE) Application


Tahun ini mencuba nasib memohon untuk menyertai program Apple Distinguished  Educator, iaitu program yang dianjurkan oleh Apple Inc. khas untuk pendidik yang passionate dengan dunia teknologi pendidikan. Syarat untuk memohon menjadi ADE tidak banyak. Antara yang utama ialah mahir dengan persekitaran Apple dan kemudian sediakan video 2 minit untuk menceritakan pengalaman kita dalam dunia pendidikan. Berikut ialah video saya.


https://www.youtube.com/watch?v=FP8DqxeKjBA

Dalam video ini saya ceritakan tentang perjalanan saya untuk mewujudkan pembelajaran yang menarik dan mendalam bersama para pelajar terutama dalam dewan kuliah yang besar. Saya kongsikan juga tentang penyelesaian dan inovasi P&P yang saya bangunkan termasuklah kursus Zakat dalam iTunesU. Seterusnya saya tunjukkan beberapa aktiviti perkongsian ilmu mengenai penyelesaian ini bersama pendidik yang lain. Akhir sekali saya tunjukkan anugerah yang diterima hasil usaha yang sebenarnya tidak pun mengharapkan apa-apa anugerah.

Pada saya, passion atau semangat yang tinggi untuk menyelesaikan masalah sudah cukup. Kepuasan datang bila melihat wajah ceria pelajar :) Love all of you!

Terima kasih tuan besar Dr. Irwan kerana beri kebenaran untuk guna lagu beliau sebagai latar belakang.

Wednesday, 21 October 2015

Awan Fiqh Zakat




Hari ini saya nak kongsikan 'awan' fiqh zakat dalam bentuk tangan 5 jari. Gambar ini boleh digunakan dalam apa-apa sahaja pembentangan atau poster dsb yang berkaitan fiqh zakat.  Klik gambar untuk lihat saiz yang lebih besar. Creative commons license berkaitan:

Creative Commons Licence
This work is licensed for under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.

Ahah! Siap international license lagi. Lesen ini membenarkan anda guna gambar di atas kecuali untuk tujuan komersial. Jadi, tak boleh guna gambar ini untuk cetak baju atau mug ya. Tak boleh!

Friday, 15 February 2013

FI SABILILLAH SEBAGAI MEDIUM ZAKAT PRODUKTIF




Berikut merupakan satu artikel saya yang dijadikan bab dalam buku Transformasi Zakat Daripada Zakat Saradiri Kepada Zakat Produktif
FI SABILILLAH SEBAGAI MEDIUM ZAKAT PRODUKTIF
Hasanah Abd. Khafidz (Ph.D)
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,
Universiti Sains Malaysia

Pendahuluan

Dalil qat`i al-thubut dan qat`i al-dilalah dalam ayat ke-60 Surah al-Tawbah telah menjelaskan bahawa terdapat lapan golongan yang berhak untuk menerima zakat. Golongan ini yang lebih dikenali dengan istilah asnaf zakat atau asnaf lapan ialah fakir, miskin, amil, mualaf, fial-riqab, al-gharimin, fi sabilillah dan ibn al-sabil. Walaupun penentuan asnaf lapan ini telah disepakati oleh para fuqaha, namun, isu cara hendak mentafsirkan asnaf ini terus menjadi perbahasan.

Thursday, 18 October 2012

Apa hukum agih sendiri wang zakat?


Persoalan ini sering diajukan kepada saya, sama ada oleh pelajar, rakan sekerja mahupun orang kampung. Kebanyakannya mahukan jawapan yang pendek. Tidak mahu panjang-panjang. Kalau boleh hanya mahu jawapan yang positif. Mahu dengar saya kata "boleh" kerana dari situ mereka berharap akan dapat berasa puas bila agih sendiri wang zakat. Malangnya saya sering memberikan jawapan separa panjang. Tidak pendek dan tidak panjang dan bukan pula jawapan yang positif.

Suka saya ingin kongsikan pandangan Ustaz Hamizul Abd. Hamid dalam hal ini.

Tuesday, 17 July 2012

Fatwa Zakat Harta Pusaka



Sambung diskusi lepas tentang zakat pada harta pusaka. Boleh baca artikel berkaitan di: http://drhasanah.com/2012/zakat-pada-harta-pusaka/

Artikel lepas hanya sempat membincangkan hukum zakat yang tidak dibayar semasa hidup. Perbincangannya menumpukan kepada apakah hutang zakat perlu dibayar dengan menggunakan harta pusaka si mati ataupun ia tidak perlu dibayar sama sekali atau mungkin hutang itu perlu ditanggung oleh waris.

Dalam artikel kali ini, saya akan membawa persoalan: Adakah harta pusaka yang diterima oleh ahli waris perlu dibayar zakat?

Saya telah cuba mencari fatwa di Malaysia yang berkaitan dengan isu ini tetapi tidak jumpa. Kalau anda jumpa, harap dapat kongsikan dengan sahabat pembaca yang lain :)

Jawapan pendek saya bagi persoalan ini ialah:

Tuesday, 26 June 2012

Zakat Pada Harta Pusaka


Diskusi kali ini agak ilmiah.
Sambil sibuk marking tugasan, seminar & bengkel e-learning dll saya juga dikejar oleh ketua penyelidik 1 geran universiti penyelidikan (RU Grant) tentang isu harta pusaka yang mana penyelidikan itu sudah berjalan selama 1 tahun. Teringat blog uruspusaka yang dulu pernah saya bangunkan bersama almarhum suami. Blog tersebut dapat sambutan yang menggalakkan dengan berbagai-bagai persoalan dikemukakan oleh orang awam. Dah jadi macam consultant bebas la pulak! Sedihnya, walaupun suami dah meninggal dunia, masih ada orang yang telefon saya nak cakap dengan suami. Saya cakap suami dah meninggal. Pemanggil tu kata nak cakap juga dengan suami. Waduh! Kalau bisa dibangkitkan orang yang sudah di alam baqo'....

Thursday, 4 August 2011

Kadar Zakat Fitrah 1432H atu 2011M dan Cara Bayar Zakat dengan SMS



Berikut ialah maklumat terkini yang diperolehi daripada Pusat Pungutan Zakat MAIWP    ..... sebarkan!

KADAR ZAKAT FITRAH BAGI NEGERI-NEGERI DI SELURUH MALAYSIA BAGI TAHUN 1432H
1) Wilayah Persekutuan - RM 7.00
2) Selangor - RM 7.00
3) Melaka - RM 6.30
4) N. Sembilan - RM 6.50

Monday, 6 December 2010

Forum Zakat Malaysia



Artikel berikut dipetik dari: http://www.jasainternetmarketing.com/dompetdhuafa/2010/10/07/ahlan-wa-sahlan-forum-zakat-malaysia/

(Saya dijemput ke persidangan dan forum ini, tetapi, shameless to say, tak sempat nak sampaikan hasil program dalam blog ini. Walaupun program ini khusus untuk rakyat Malaysia, tetapi laporan di bawah ditulis oleh peserta Indonesia!)

Ahlan wa Sahlan Forum Zakat MalaysiaOctober 7, 2010 12:52 pm
arifwidodo

Belum genap satu pekan sejak berakhirnya World Zakat Forum di Yogyakarta, Indonesia, yang berakhir pada tanggal 1 Oktober 2010, di Kuala Lumpur Malaysia diselenggarakan Persidangan Zakat dan Cukai Kebangsaan 2010 yang berlangsung pada tanggal 5 – 6 Oktober 2010. Konferensi zakat dan pajak yang diselenggarakan oleh Malaysian Association for Tax Accountan (MATA) ini mengambil tema Memartabatkan Zakat dalam Arus Perdana Negara. Persidangan zakat dan pajak ini diikuti oleh lebih dari 100 orang akuntan pajak di Malaysia, wakil-wakil organisasi zakat negara bagian Malaysia, pusat-pusat kajian zakat dan undangan khusus dari Indonesia yang mewakili Forum Zakat (FOZ), BAZNAS, dan Dompet Dhuafa.

Wednesday, 13 October 2010

2.5% tu bukan awak punya



"Wah! Hebat. Berapa gaji sekarang?" tanya saya.
"Bolehlah cukup-cukup makan," x menjawab tersipu-sipu.
"Kenal tak sesiapa yang tak cukup makan?" Saya bertanya lagi.
"Erk... mmm... kenapa ustazah?" Respon terkejut x kepada soalan saya.
"Ye lah, kalau dah mewah begini, mesti banyak dah gaji tu. Tahu tak yang 2.5% gaji tu bukan awak punya?" Saya cuba memerangkap.
"Hisy, apa ni? Ustazah ingat saya curi duit orang ke? Ini semua hasil titik peluh saya," bidas x.

Bagus! Ini baru mukadimah. Puji-puji sikit biar dia terasa dekat dan tersenyum, kemudian hmm.... barulah masuk gear 2!

Saturday, 7 November 2009

Harta kanak-kanak dan orang gila perlu dikenakan zakat?

Buku Pengurusan Zakat oleh Prof. Mahmood Zuhdi
Jam 1.30 pagi.
Terpandang buku Pengurusan Zakat karangan Prof. Dato' Dr. Mahmood Zuhdi, suami kepada penyelia saya semasa menyambung belajar di peringkat PhD iaitu Prof. Madya Datin Dr. Paizah Hj. Ismail.
Saya mencapai buku tersebut. Ingatan kembali pada mesyuarat di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK) beberapa hari lepas yang telah menerima cadangan saya untuk mewujudkan subjek Zakat dan Wakaf di USM. Syukur, alhamdulillah...

Seperti yang pernah dinyatakan dalam beberapa entri yang lepas, bukan dah tak nak mengajar subjek munakahat, tapi kasih kepada Allah s.w.t. yang dengan kekuasaan-Nya dan tinggi ilmu-Nya telah menentukan untuk kita undang-undang berkaitan zakat menjadi pendorong untuk saya mengusulkan penawaran subjek ini.
Lagipun, hmm... susah betul nak mengajar munakahat ni bila sampai pada slot 'Ciri-ciri yang perlu diutamakan apabila memilih pasangan (suami/ isteri)'...

Tuesday, 8 September 2009

Ramadan best kerana ada zakat fitrah


Ibn Abbas telah menyebut (maksudnya):
Rasulullah s.a.w. telah memfardukan zakat fitrah sebagai penyucian terhadap orang yang berpuasa daripada perkara buruk dan tidak berfaedah dan sebagai bantuan kepada fakir miskin. Maka sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang (hari raya), ia adalah zakat yang diterima. Dan sesiapa yang menunaikannya selepas sembahyang ia adalah sedekah biasa

[hadith riwayat Ibn Majah]

Hari ini berlalulah 17 hari kita berpuasa di bulan yang mulia ini. 17 hari dah berlapar berdahaga... Hmmm... apa rasanya?

Saturday, 27 December 2008

Wajarkah umat Islam dikenakan zakat pendapatan?


Santai sikit rasanya pagi ini. Sempatlah curi-curi masa untuk intai blog ini sambil mendengar nasyid "kasihnya ibu membawa ke syurga..., kasihnya ayah tak sanggup berpisah..." yang dipasang dari CD original Adikku Sayang. Bagus CD ni sebab banyak nasyid nasihat untuk anak-anak. Jangan beli CD cetak rompak, takut berkat nasihat tu tak sampai kat hati anak-anak. Eh! Sempat pula kempen 'belilah yang ori'!

Hari ini saya ingin berkongsi persoalan yang dikemukakan oleh seorang pembaca artikel zakat saya tempohari. Pembaca ini meminta pendapatan tentang kewajipan membayar zakat pendapatan yang diwajibkan ke atas masyarakat Islam di Malaysia. Keresahan yang cuba dikongsi ialah bahawa pendapatan yang diterima sentiasa habis diguna, malah 'dikorek-korek' simpanan yang ada, jadi wajarkah dikenakan pula zakat pendapatan? Tambahan pula, katanya Imam Syafii sendiri pun tak mewajibkan zakat pendapatan. Hmm... Mungkin saudara juga pernah dihantui persoalan ini. Ya lah, setiap bulan gaji yang diterima perlu digunakan untuk menampung kos kehidupan yang sentiasa meningkat (walaupun minyak dah turun!).

Jadi, berikut sedikit respon saya yang diharap dapat menjawab persoalan ini.

Tuesday, 25 November 2008

Sumber Sewaan Wajar Dizakat

Saya tidak sehebat orang-orang di luar sana yang asyik keluar masuk tv. Saya hanya orang biasa-biasa sahaja yang cuba menulis dan menulis kerana menyedari bahawa saya tidak mampu menggegarkan dunia dengan hanya mendiamkan diri.

Hari ini dalam sejarah, sedikit idea saya dipaparkan dalam akhbar Utusan Malaysia. First time masuk surat khabar. Selalu masuk majalah je, hiii....



AS SEEN ON NEWSPAPER :D

Thursday, 30 October 2008

Corat-coret SEMLIS



Hari ini hari kedua seminar. Baru rasa macam lapang dada sedikit kerana sebentar lagi seminar akan berakhir. Lagipun slot pembentangan kertas kerja saya telah pun berakhir pagi tadi.
Syukur...

Semalam ucap utama yang disampaikan oleh Datuk Mufti Pulau Pinang iaitu Sahibussahamahah Dato' Haji Hassan Haji Ahmad dan juga pembentangan oleh Pengarah, Bahagian Penyelidikan, JAKIM sangat menarik tetapi sayang sekali kerana saya tidak dapat menghayati ucapan yang disampaikan kerana sambil mendengar saya perlu menguruskan para pembentang dan entah apa-apa tugas yang lain. Maklumlah, seminar baru sahaja bermula. Banyak perkara perlu diuruskan.

Petang kelmarin, saya tersenyum lebar bila ternampak wakil JAKIM, iaitu Ustaz Zarifi kerana dia datang jauh-jauh dari Putrajaya membawa selambak prosiding dalam kereta. Itulah yang saya tuggu-tunggukan. Cemas juga kerana bimbang kalau prosiding tak sampai memandangkan seminar sudah hampir bermula. Lebih menggembirakan kerana beberapa lagi kakitangan JAKIM turut hadir sebagai AJK bagi membantu tugas-tugas kami yang nampaknya dah tak menang tangan kami menguruskannya.

Saya membelek-belek prosiding yang berwarna hijau muda (hijau pucuk pisang) yang menjadi warna tema seminar. Alhamdulillah, reaksi spontan ialah senyum.... tengok prosiding kemas dan cantik. Terima kasih kepada Dr Suhaila yang telah banyak membantu saya memastikan 'kekemasan' prosiding. Begitu juga untuk En Meor yang telah design cover yang cantik.

Belek-belek lagi... Dahi saya mula berkerut. Saya terus selak halaman demi halaman. Ahh... kenapa macam ni? Saya mula cuak.

Thursday, 30 August 2007

Ahh.... lega!

Syukur, Alhamdulillah...

Akhirnya seminar ni berakhir jua. Banyak manfaat dan pengajaran yang diperolehi terutamanya untuk kami, urusetia program. Diharapkan para peserta juga akan dapat memperolehi banyak manfaat dan peningkatan ilmu.

Hari ni, dah macam orang tak cukup makan. Lembik memanjang. Letih semalam tak habis lagi... tugas lain pula datang bergolek tak berhenti-henti.

Ya Allah, berikanlah kekuatan buat hamba-Mu ini.

Lepas seminar ni...

Tuesday, 28 August 2007

Seminar Tokoh-tokoh Hadis Pasca Kurun ke-13 Hijrah: Kesarjanaan dan Sumbangan

Akhirnya, hari seminar pun tiba. Penat lelah berbulan lamanya diuji pula pada hari ini. Tak tahulah apa pandangan peserta yang datang dari pelusuk dunia. Tapi, bagi kami, inilah yang terdaya kami lakukan.

Pagi tadi, Syeikh Salim al-Hilali dari Jordan datang untuk memberikan ucaputama. Banyak persoalan yang ditimbulkan. Esok beliau akan memberikan satu pembentangan pula. Ada satu soalan yang saya akan kemukakan. Tunggulah....

Petang, Ustaz Rosdi membentangkan kertas kerja bertajuk: Sumbangan al-Qaradawi dalam Pentafsiran Hadis Asnaf Zakat: Kajian ke atas Buku Fiqh al-Zakah. Kertas kerja ini mengemukakan hasil kajian awal kami tentang pemikiran baru dan juga pemikiran yang agak asing tentang pentafsiran asnaf zakat yang dikemukakan oleh al-Qaradawi. Idea-idea yang dibentangkan ialah yang mempunyai kaitan dengan pemahaman beliau ke atas hadis. Ringkasnya, ada 4 isu yang dibentangkan pada petang ini, iaitu:
1) bantuan saraan perkahwinan untuk fakir dan miskin
2) amil wanita
3) mualaf bukan Islam
4) bantuan untuk mangsa bencana alam

Sebenarnya, kertas ini ditulis secara bersama dengan saya, tapi, sajalah... malas nak bentang sebab banyak sangat benda yang masuk dalam kepala. Dengan selamba, saya duduk kat meja peserta dan buat-buat sibuk ambil gambar Ustaz! :)

Lepas pembentangan, macam biasalah, soalan yang dikemukakan untuk kami sentiasa lebih banyak daripada yang dikemukakan untuk pembentang lain. Nampaknya, ramai yang berminat dengan pemikiran baru yang dibawa oleh al-Qaradawi dalam bab zakat.

Lebih mengejutkan, selepas itu, wakil media datang bertemu saya dan... hih.. hih... tak payah cakaplah!

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage