Thursday, 10 May 2007
"...barangsiapa yang belum mampu (berkahwin) maka..."
May 10, 2007
Assalamualaikum,
Kembali kepada janji saya untuk menumpukan artikel tentang perkahwinan.
***********
Apabila kita membuka kitab-kitab tentang perkahwinan, antara perkara awal yang sering disebut ialah kebaikan berkahwin, dalil-dalil yang menggalakkan perkahwinan dan sebagainya. Orang yang memang teringin nak kahwin tak perlu diajar tentang kenapa dia perlu kahwin. Kalau tak disuruh pun, dia akan kahwin juga.
Tetapi, kita jarang disajikan dengan PENAWAR untuk orang yang dah 'tak tahan' nak kahwin tetapi menghadapi masalah duit, jodoh, keluarga dan lain-lain lagi.
Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:
Hai orang-orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) itu dapat mengawal mata dan kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya.
Berulang kali saya membaca dan menghayati hadis ini. Terdetik di hati, "begitu indah Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. kerana agama yang selari dengan fitrah manusia ini, agama yang memahami kehendak naluri nafsani, agama yang tahu hikmah yang tersirat di sebalik hakikat, apabila berbicara tentang berkahwin, disuanya dahulu penawar untuk insan-insan seperti ini."
Hakikat berpuasa bukanlah sekadar berlapar dahaga, malah lebih jauh lagi, ialah mengawal hati, akal, anggota fizikal dan juga segala pancaindera daripada melakukan maksiat. Ia secara tidak langsung dapat menggerakkan jiwa supaya tenang menghayati hakikat kejadian kita di muka bumi ini.
Siapa yang lebih perlu berpuasa?
Kalau kita lihat di mana-mana sekalipun, golongan wanita paling 'rajin' berpuasa. Di asrama-asrama sekolah, kolej dan universiti sebagai contoh, setiap petang Isnin dan Khamis, pasti ada sahaja muslimah yang kekalutan membeli nasi bungkus untuk dimakan semasa berbuka. Situasi yang sama jarang berlaku di asrama lelaki. Mungkin kerana mereka tidak perlu 'qodho', maka berpuasa di luar bulan Ramadhan bukanlah amalan mereka.
Kalau melihat dari banyak aspek, sepatutnya, suasana di asrama lelaki lebih meriah daripada asrama perempuan. Berbanding dengan perempuan, runtunan nafsani lelaki untuk berkahwin jauh lebih tinggi. Hal ini ialah hakikat yang tak perlu disangkal lagi dan kita perlu terimanya secara terbuka. Oleh yang demikian, budaya berpuasa perlu dipupuk di asrama lelaki untuk memelihara minda mereka supaya lebih jernih dan murni.
Dalam masa yang sama, berpuasa tidak boleh disempitkan kepada masalah runtunan dalaman semata-mata. Kita harus melihatnya secara terbuka sebagai satu ibadah yang dituntut untuk dilakukan sepanjang tahun. Hanya dalam konteks berhadapan dengan masalah kewangan dan sebagainya yang menyebabkan tarikh perkahwinan ditangguhkan maka berpuasa ialah penawarnya.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
ahaks! tmalu plak. tp betol, puasa dpt tenteramkn hati yg gundah gulana teghingat buah hati yg cun melecun
ReplyDeletetq 4 d tips. betul la 2... :)
ReplyDeletesalam dr,
ReplyDeleteskarang org pompuan lebih ramai dari org laki. kat kolej sy, makwe cun2. mana le x tseksa jiwa raga, hu hu! dlm kelas, pompuan keliling. pakai ketat2, perfum lagi. adus. org laki lain entah pgi mana lah.
amboi no nama, kira nak cari salah org ppuan je ke? org lelaki kenalah kuatkan iman kalu dah 'terpaksa' dikelilingi oleh kitorang yg manis2 ni
ReplyDeletex kan org laki je..
ReplyDeleteorg pompuan pun main peranan gak..
apesal ramai pompuan skrg xtutup aurat.. nak salahkan sape... laki gak?
Alamak, hari ni upgrade blog. Tiba-tiba tulisan arab tak keluar pulak. Nak kena repair pulak....
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletenak tny ada x keburukan kahwin awl?
sbb sy nmpak kebaikannya aja
salam... hai selamat menyambut ramadhan dan selamat berpuasa semua...... saya terbuka halaman ni secara tak sengaja dan membacanya. secara amnya byk nasihat berguna yang baik baik untuk di jadikan amalannya. cukup menarik... sy terhenti sejenak bila terbaca bahagian brg siapa belom mampu maka hendaklah berpuasa.
ReplyDeleteok di sini sy ingin meluahkan sedikit pendapat bab ni... Dalam hadis rasulullah s.a.w memang betol ada dinyatakan sedemikian namun yang menjadi titik tolak sy ingin menyuarakan pendapat kerana ada juga hadis hadis lain yang menyuruh kita menyegerakan kawen dan permudahkan hal hal kawen. Kalau kita ikuti perkembangan masa zaman rasulullah S.a.w kawen amat mudah bahkan mas kawen dgn naskah alquran pun di bolehkan namun apa yang menjadikan zaman sekarang ramai yang belom mampu adalah kerana ramainya yang tidak mengambil tahu bab-bab hal yang afdhal nya sesuatu nikah kawen. Tetapi mengutamakan bab-bab yang rasanya agak jauh dari keutamaan suruhan agama kepada perkara yang menyempit dan menyusahkan urusan perkahwinan tu sendiri. contoh hantaran...... walhal wajib maskawen. Kemudian majlis.... walhal kenduri..... Yang menjadi orang sekarang tidak mampu adalah kerana byk mengambil yang adat cara baru dari adat cara agama. Padahal kalau nak di ukur dari kemampuan org sekarang lebih mampu dari zaman rasulullah. Dulu zaman Rasulullah nak ambik satu dinar pun payah tetapi kawen tetap diijab kabul juga dan sah... sehinggalah semua urusan kenduri selesai dgn keberkatan. Sebab tu kalo di lihat perkahwenan zaman tok nenek kita berpanjangan sampai ke anak cucu.. kerana keberkatan yg ada dlm majlis.
tetapi sekarang semua dah bukan keberkatan yang di cari tetapi glamour, status diri dan kemeriahan. so bebanan awal saja dah mendorong curi mkn dulu sebelom di akad nikah. Akibatnya tu yang byk mcm kejadian. Nafsu satu hal... karenah satu hal... duit byk nak pakai pun satu hal. Kalau kita tinjau dengan teliti sebetolnya hal remeh temeh yang terlepas pandang ni lah yang banyak menyumbang kepada tidak mampu......
pada pandangan sy kalau kita betol mengamalkan cara pernikahan islam yang sebenar , sebetolnya zaman sekarang lebih ramai yang mampu dari zaman rasulullah. S.a.w. . Saya rasa kalau nak mengatakan tidak mampu maka sepatutnya kaji semula mengapa jadi sedemikian. Perkara utama adalah tangani maksiat dan gejala yang boleh menyumbang ke arah tu. Timbang-timbangkan lah perkahwenan zaman kini..... "SAH TANPA KEBERKATAN" .
Tujuan utama kenduri selepas pengantin bersama adalah untuk memberitahu bahawa kedua pasangan dah sah diijabkabulkan... jadi buatlah mana yang termampu kerana itu lebih afdhal jika kita melihat kepada saranan nabi supaya kita bersederhana. Dan jangan risau pada rezki pasangan tersebut keran allah telah menjanjikan rezki pada setiap makhluk ciptaannya.
Ini tidak mentua lelaki selalunya akn risau pada anak perempuan takut tak kecukupan dek kerana masih belajar lah. kerja tak tetaplah dan mcm mcm lagi yang padahal itu semua urusan allah memberi rezki... waullahualam.
hmm satu peringatan pikirlah dgn otak bukan dgn hati kerana otak menjanjikan akal dan hati menjanjikan nafsu.
ReplyDelete