Memahami Isu Harta Sepencarian - Kaedah Pembahagian

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Thursday 29 July 2010

Memahami Isu Harta Sepencarian - Kaedah Pembahagian




Sambung lagi perbincangan tentang harta sepencarian. Ini ialah bahagian ketiga selepas  dua entri sebelum ini yang membahaskan isu harta sepencarian.

Secara umumnya adalah sukar untuk menentukan kaedah pembahagian harta sepencarian kerana tiada ketetapan khusus mengenai pembahagian ini samada ½, 1/3 atau seumpamanya.

 Dalam sistem adat terdapat pendekatan tertentu yang dapat mentautkan kembali hubungan kekeluargaan sesama pasangan iaitu dengan menyelesaikan sesuatu pertikaian itu melalui kemuafakatan atau perdamaian. Pendekatan demikian berbeza dengan kaedah penyelesaian masa kini yang merujuk kepada sumbangan yang diberi oleh pihak-pihak bertikai merupakan asas penting yang mempengaruhi keputusan mahkamah. Dalam konteks pembahagian terdapat beberapa cara digunakan, iaitu:


1) Kaedah Sulh .
2) Melalui persetujuan dalam mahkamah.
3) Pembahagian juga boleh dilakukan melalui kuasa mahkamah.

 Sekiranya kedua-dua pihak tidak dapat membezakan berapa jumlah kuantiti material yang disumbangkan dalam perolehan harta yang dipertikaikan itu, maka penyelesaiannya adalah dengan menggunakan kaedah pembahagian iaitu mahkamah memerintahkan supaya harta-harta tersebut dibahagi dua atau sama banyak. Cara ini digunakan apabila kedua-dua belah pihak memberikan sumbangan secara langsung.

Pembahagian harta sepencarian di Selangor diselesaikan dengan merujuk kepada Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2003 (Negeri Selangor) [Enakmen No 2/ 2003] Seksyen 122 yang menetapkan:

1) Mahkamah adalah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talak atau apabila membuat suatu perintah penceraian, memerintah supaya apa-apa aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan mereka dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu.

2) Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh sub-seksyen (1), mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang:
a. Takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta atau kerja bagi memperolehi aset-aset tersebut.
b. Apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat bersama mereka.
c. Keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu jika ada. Dan tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, mahkamah hendaklah membuat pembahagian yang sama banyak.

3) Mahkamah adalah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talak atau apabila membuat perintah penceraian, memerintahkan supaya apa-apa aset yang diperolehi dalam masa perkahwinan dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu dibahagi antara pihak-pihak itu.
4) Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh sub-seksyen (3), mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada:

a) Takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh pihak yang tidak memperolehi aset itu, kepada kebajikan keluarga dengan memelihara rumahtangga atau menjaga keluarga.
b) Keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu jika ada dan tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, mahkamah boleh membahagikan aset-aset itu atau hasil jualan itu mengikut apa-apa kadar yang difikirkan munasabah. Tetapi walau bagaimanapun, pihak yang telah memperolehi aset-aset itu dengan usahanya hendaklah menerima satu kadar yang lebih besar.

5) Bagi maksud seksyen ini, rujukan-rujukan mengenai aset yang dipunyai oleh satu pihak sebelum perkahwinan itu telah dimajukan pada sebahagian besarnya dalam masa perkahwinan itu oleh pihak yang lagi satu itu atau dengan usaha bersama mereka.

Di Wilayah Persekutuan, pembahagian harta sepencarian dibahagi sama rata jika dibuktikan adanya sumbangan bersama antara suami isteri dalam memperoleh harta yang dipertikaikan. Namun dalam sesetengah kes mahkamah memerintahkan 5/6 dibahagikan kepada isteri dan 1/6 kepada suami.

Undang-Undang Mahkamah Syariah Sarawak (1985) mempunyai peruntukan lebih tegas berhubung harta sepencarian serta memberi definisi yang jelas berhubung dengan harta tersebut. Definisi yang diberikan adalah harta yang diperolehi bersama suami isteri semasa perkahwinan mengikut kadar sumbangan yang telah dibuat oleh tiap-tiap pihak dalam bentuk tenaga, harta atau wang.  Hak-hak isteri ke atas harta sepencarian setelah berlaku penceraian adalah:
a. Jika suami sama-sama bekerja (makan gaji/sendiri) maka pembahagiannya adalah mengikut kadar sumbangan setiap pihak.
b. Jika isteri menjalankan tugas menyusu dan memelihara anak, mencuci pakaian, memasak, memelihara kebersihan rumah tangga selain bekerja, maka dia berhak mendapat selain bahagiannya seperti dalam ceraian (1) peruntukan berkenaan iaitu ? daripada bahagian suami.
c. Jika suami sahaja bekerja sedangkan isteri hanya bertugas di rumah dan memelihara anak, maka isteri akan mendapat ? daripada harta.
d. Jika isteri tinggal di rumah tetapi disediakan orang gaji, tukang masak, tukang cuci pakaian, tukang jaga anak dan sebagainya oleh suaminya, maka isteri tidak berhak mendapat ? daripada harta sepencarian. Walau bagaimanapun, terpulang kepada mahkamah mempertimbangkan bahagian yang munasanah untuknya.

Di Sarawak, Undang-Undang Mahkamah Melayu telah menentukan bahawa tuntutan harta sepencarian boleh dibuat semasa penceraian. Bagi wanita yang bekerja dengan suami seperti adat Melanau, maka berhak mendapat ½ dari harta tersebut. Jika wanita tidak bekerja hanya mendapat ? sahaja. Jika didapati kedua-dua pihak berhutang dan hutang tersebut tidak boleh dilangsaikan dengan harta sepencarian mereka, maka penceraian tidak dibenarkan kecuali jika pihak suami sanggup membayar hutang tersebut.

Undang-undang yang telah dinyatakan tadi merupakan sebahagian daripada undang-undang yang dilaksanakan di Mahkamah-mahkamah Syariah di Malaysia. Walaupun setiap negeri memperuntukkan undang-undang berkaitan harta sepencarian, namun, didapati bahawa terdapat beberapa perbezaan antara undang-undang tersebut terutamanya dari sudut kaedah pembahagian.  Hal ini adalah kerana sifat undang-undang harta sepencarian itu sendiri yang masih boleh dianggap baru dan memerlukan kajian lanjut. Lakune dalam undang-undang berkaitan berpunca daripada kurangnya sumber yang berbentuk tekstual dalam karya klasik undang-undang Islam (ummahat al-kutub) dan ia banyak bergantung kepada adat setempat sesuai dengan prinsip fiqh iaitu al-‘adah muhakkamah yang bermaksud adat boleh menjadi hukum.

Rujukan & catatan

- Ibrahim Lembut. (12-14 Jun 2007). Kaedah Dan Keseragaman Di Dalam Cara Pembahagian Harta Sepencarian Harta Pusaka Islam. Konvensyen Perwarisan Harta Islam. Amanah Raya Berhad, Kuala Lumpur. Hal: 9.

- Sulh: Iaitu dengan cara berdamai sama ada melalui pengakuan, penyerahan hak pemilikan kepada satu pihak. Sulh juga boleh berlaku dalam keadaan satu pihak tidak berhasrat untuk membuat tuntutan, sebaliknya bersedia memberikan harta yang dipertikaikan itu kepada pihak yang satu lagi.

- Persetujuan dalam mahkamah:  Iaitu semasa perbicaraan di mana hakim memberi peluang kepada kedua-dua belah pihak untuk mencapai satu persetujuan bersama. Pihak yang bertikai itu mengemukakan satu kaedah penyelesaian yang kemudiannya mahkamah akan membuat perintah sebagaimana yang dipersetujui. Cara ini lebih kurang dengan sulh.

- Pembahagian melalui kuasa mahkamah:  Iaitu dengan mengeluarkan perintah setelah meneliti keterangan dan penghujahan kedua-dua belah pihak. Ini termasuk memerintahkan supaya aset atau harta yang dipertikai itu dijual dan pembahagian akan dibuat mengikut kadar sumbangan terhadap harta atau aset yang dikumpul itu.

- Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2003 (Negeri Selangor) [Enakmen No 2/2003]

-  Kes Mal No.26/91. Mahkamah Tinggi Syariah, Wilayah Persekutuan, KL.

- Enakmen Keluarga Islam Kedah. Bil 1 (1984). S 49 (1)

21 comments

  1. Hafizah Abdullah30 July 2010 at 02:14

    Assalamualaikum wbt..
    Dr. Bolehke bekas isteri melalui mahkamah syariah memohon agar dikeluarkan perintah untuk meminta suami melunaskan hutang yang dibuat atas nama isteri. Bks suami membuat pinjaman atas nama saya untuk membeli kereta dan sampai sekarang gagal melunaskan hutang di atas sebab yang tidak munasabah.

    ReplyDelete
  2. Waalaymussalam. Sebaiknya, rujuk kepada peguam. Namun, pada pandangan saya, kebarangkalian untuk menang kes bergantung kepada dokumen yang dapat Hafizah kemukakan bahawa hutang tersebut ialah atas persetujuan suami untuk menanggung kos berkaitan dan kereta tersebut memang digunakan oleh suami, bukan Hafizah.

    ReplyDelete
  3. salam....boleh saya tahu bagaimana pula hukum dan cara pembahagian harta sepencarian di negeri kelantan, perak dan johor?saya harap dr. dpt memberi penjelasan kepada saya.terima kasih....

    ReplyDelete
  4. Panjang nak kena jawab tu. Boleh rujuk Enakmen di negeri-negeri tersebut.

    ReplyDelete
  5. salam ...sya ingin bertanya,ayah dan ibu sya sudah bercerai selama hampir 5 tahun..adakah ibu sya layak untuk menuntut harta sepencarian,nafkah anak2 dan nafkah untuk ibu sya sendiri yang tidak dapat dituntut semasa penceraian berlaku??sya adik beradik tinggal bersama ibu sya,berapa peratus tuntutan yang boleh ibu sya dapat kerana ayah tidak memberi nafkah sejak mereka bercerai hingga hari ini??harap dapat membantu??

    ReplyDelete
  6. assalam...doktor...bolehkah rumah yang masih dlm loan dan rumah itu sepenuhnya atas nama suami dituntut oleh isteri sebagai harta sepencarian?

    ReplyDelete
  7. bolehkah unit amanah dlm sesuatu syarikat dituntut sbagai harta spencarian

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Apakah relevan untuk isteri menuntut bahagian harta sepencarian apabila mendapat tahu suami bakal berkahwin buat kali kedua?
    sepanjang pengetahuan saya, tuntutan harta sepencarian adalah apabila berlaku perceraian antara suami isteri.

    ReplyDelete
  9. rahamat bin senapi30 November 2011 at 02:59

    assalamu Dr.
    saya dari selangor, telah bercerai, mempunyai anak angkat , isteri tidak bekerja, mempunyai harta yang telah selesai bayar rm 40k dan terdapt rumah yang masih berhutang rm 60k ( market v. rm 170k.)
    pertanyaan saya bagaimanakah harta sepencarian perlu dibahagikan. bolehkan isteri saya memfailkan harta diatas dimahkamah dan memnegah saya untuk menjualnya.
    bagaimana proses mahkamah dijalankan dan apakah akibat jika saya gagal hadir kemahkamah.
    Terima kasih atas bantuan.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum...doktor

    saya dari negeri pahang.Ada beberapa kemusykilan tentang tuntutan harta sepencarian seperti dibawah :
    Ayah berkahwin dengan emak saya bersama-sama masuk felda.selang 2 tahun emak saya meninggal dunia meninggalkan tiga orang anak 2 lelaki dan 1 perempuan.kemudian ayah kahwin lagi( ibu tiri kami) .Sekarang ayah baru meninggal.
    1)Boleh tak saya menuntut harta sepencarian tanah pusaka felda bagi arwah emak saya yang telah meninggal dulu?

    ReplyDelete
  11. Salam doktor... Peguam yang bagaimana yang patut saya upah untuk menguruskan kes-kes seperti diatas? (kes pembahagian harta)

    ReplyDelete
  12. Wslm radja, peguam yang bukan kaki temberang! hihii... Kes pembahagian harta sepencarian diputuskan di mahkamah syariah, jadi ia boleh diwakilkan kepada peguam syari'e.

    ReplyDelete
  13. salam dr,

    arwah suami tiada harta ditinggalkan hanya sebuah kereta yang telah habis hutang dibank dan sebuah lagi kereta yang masih berhutang dengan bank. 2 biji motorsikal yang telah habis dibayar. perlukah saya menjual semua aset tersebut dan membahagikan hasil jualan kepada ibu bapanya, anak lelaki saya 2 orang. saya kurang arif doktor.

    ReplyDelete
  14. Pertama, kena dapatkan kuasa untuk uruskan pusaka. Kemudian selepas bicara di pej unit pusaka/ tanah, nama semua waris akan dimasukkan. Di sini akan timbul masalah jika ada waris bawah umur sbb harta tu akan dikenakan kaveat (halangan) di mana ia x boleh dijual hingga la waris paling kecil berumur 18tahun. Kalau nak jual juga, boleh, iaitu mohon pelepasan kaveat

    ReplyDelete
  15. terima kasih dr...lupa nak beritahu, kedua2 buah kereta tu nama saya hanya motorsikal nama arwah tetapi semasa hayatnya arwah ada menyebut menghadiahkan motorsikal itu kepada saya kerana saya tidak mempunyai lesen kereta

    ReplyDelete
  16. Ada 2 kereta tp xde lesen mandu kereta? hihii. Kalau motor kuasa ribu2 berbaloi juga buat urusan ambil kuasa n bicara kemudian uruskan pjj. Xtau la kalau kena bawa ke puspakom dulu ke. Motor almarhum suami saya dulu sy bg kat bapa dia sebab sy xde lesen motor, x tukar nama pun sampai ke sudah walaupun sy dah dapat kuasa. Nak kena bw puspakom dulu sebab cukai dah mati. Leceh.

    ReplyDelete
  17. ASSALAM... dr. apakah bentuk harta sepencarian y dipakai di mahkamah malaysia??

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum,dr..bagaimana pembahagian harta sepencarian dalam masa perkahwinan yang melibatkan kes untuk poligami??

    ReplyDelete
  19. Ibu dan ayah saya telah bercerai talak 3 . Perbicaraan pengesahan perceraian akan dibuat tak lama lagi.
    Bagaimana untuk ibu saya memulakan tuntutan harta sepencarian
    Apakah prosedurnya

    ReplyDelete
  20. Assalamalaikum saya seorang student chamber baru2 ni saya ada buat kajian tentang kes harta sepencarian yang mana dituntut oleh anak tiri mewakili ibu kandungnya yang telah mininggal dunia. Harta tersebut adalah merupakan tanah felda bapa tiri yang mana dalam tempoh perkahwinan tersebut, bapa tiri dan ibu kandung kepada anak tiri yang telah mininggal dunia tadi telah bersama-sama masuk ke tanah rancangan felda walaubagaimanapun penama bagi tanah felda tersebut adalah hanya bapa tiri tadi, saya telah buat satu bantahan awal terhadap permohonan anak tiri ini dengan menayatkan bahawa anak tiri tiada hak di sisi undang-undang bagi menuntut harta sepencarian bagi ibu kandungnya yang telah meninggal dunia walaubagaimanapun bantahan awal tersebut telah ditolak pihak mahkamah oleh itu saya ingin meminta bantuan Dr. yang lebih arif bagi mengupas persolan ini.

    ReplyDelete
  21. sye nk tnye soalan...sye ade kereta yg msih berhutang bank dan kerta itu atas name sye, bulanan dan downpayment sye yg byar dari mula kluar hingga sekrang .akan tetapi isteri sye ingin tuntut atas sbb kreta itu dye punya atas alasan usaha dye kluarkan dan ade name dye sebagai penjamin..harap puan bole jelaskan terima kasih..

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage