Iddah

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Friday 9 May 2008

Iddah

Kerana tidak tahu dari mana hendak bermula, maka biarlah saya jana semula penulisan berdasarkan pengalaman saya yang baru kematian suami.

Melangkah pergi yang tiada kembalinya...
Melangkah pergi yang tiada kembalinya...

Seorang wanita yang diceraikan atau kematian suami hendaklah beriddah. (Dieja juga dengan idah, edah, eddah, 'iddah).

Apa maksud iddah?

Iddah ialah satu jangkamasa tertentu yang wajib dilalui oleh seorang perempuan yang baru diceraikan oleh suaminya ataupun kematian suaminya.

Tujuan beriddah ialah untuk memastikan rahim perempuan itu kosong dari sebarang kandungan. Ia juga dapat memberikan ruang masa bagi suami rujuk semula kepada bekas isterinya. Bagi wanita yang kematian suami pula, tempoh iddah dianggap sebagai tempoh berkabung bagi menunjukkan kesedihan ke atas pemergian suaminya.

Iddah sebenarnya mempunyai hikmah yang besar kepada perempuan dan lelaki. Walaupun dalam tempoh iddah ini, perempuan dilarang berkahwin lain dan dia juga dikenakan beberapa peraturan lain, iddah sebenarnya memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Lelaki yang ingin berkahwin dengan seorang perempuan yang baru bercerai atau kematian suami, jika si perempuan tadi tidak beriddah, tidakkah nanti jika perempuan itu tiba-tiba didapati hamil akan
menimbulkan keraguan tentang siapakah ayah 'hakiki' bagi bayi yang dikandungkan itu?

Bagi perempuan yang kematian suami pula, iddah merupakan satu penghormatan kepada isteri untuk menzahirkan kesedihan dan dukacita atas pemergian suami tercinta. Tempoh tertentu yang diberikan untuk perempuan yang bernasib malang ini pula dapat membantunya agar tidak berterusan berada dalam kesedihan. Cukuplah tempoh yang ditentukan oleh Allah s.w.t. Selepas habis tempoh itu, hendaklah dia bertawakal kepada Allah dan meneruskan hidupnya dengan kesabaran.

Artikel akan datang: huraian tentang iddah

SIRI ARTIKEL TENTANG IDDAH

* IDDAH
* TEMPOH IDDAH: BAHAGIAN 1
* TEMPOH IDDAH: BAHAGIAN 2
* TEMPOH IDDAH: BAHAGIAN TIGA (IDDAH BAGI WANITA YANG KEMATIAN SUAMI)

25 comments

  1. Innalillahi wainna ilaihi rajiun, takziah kepada puan. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi suami Puan. Banyakkan bersabar. Sesungguhnya besar cabaran sebagai seorang ibu tunggal.

    Saya sendiri kehilangan seorang adik perempuan dan adik ipar di dalam kemalangan tahun 2004. Sungguh besar cabaran membesarkan 2 orang anak yatim yang baru berusia 5 tahun dan 9 tahun.

    Sesungguhnya ALlah lebih menyayangi mereka. Bagi kita yang menyedut udara di dunia fana ini yang FOC hendaklah mengambil kematian sebagai satu peringatan.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Dr Hasanah,
    Saya terjumpa dgn blog dr ini semasa search tentang idah.Saya ada kemusykilan tentang cerai dan rujuk.Saya mmg ingin ke pejabat agama utk bertanya tentang masalah sy ini tetapi masih tidak berkesempatan krn masalah kesuntukan waktu.Sebenarnya sy baru saja bercerai kerana masalah campur tangan keluarga, walaupun kami masih menyayangi antara satu sama lain.Masalah saya sekarang sewaktu dalam idah, suami ada hubungi saya untuk rujuk balik.Pada mulanya saya enggan tetapi kerana masih sayang padanya, sy bersetuju untuk bertemu dan berbincang tentang masalah ini. Kerana kami masih menyayangi satu sama lain, bekas suami nak "bersama" dgn saya.Kerana takut kami berzina,Jadi saya tanya dia, adakah dia ingin rujuk dgn saya? Dia kata ya.Jadi saya suruh dia lafazkan "Abang nak rujuk dgn Na" dan dia lafazkannya, selepas itu saya jawab"Na setuju".Persoalannya sekarang adakah sah rujuk saya tersebut? Tiada saksi semasa lafaz tersebut. Saya takut jika tidak sah saya telah melakukan dosa besar dgn berzina.Saya harap Dr Hasanah dapat membantu saya dalam permasalahan ini.Saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membaca masalah saya ini.

    ReplyDelete
  3. Rujuk tersebut adalah sah kerana suami telah melafazkannya dengan jelas. Rujuk tidak memerlukan saksi. Namun begitu, adalah satu keperluan untuk saudari menfailkan kes perceraian dan juga rujuk tersebut di mahkamah syariah. Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  4. Waalaykumussalam Muslimah,

    Terkedu saya membaca ujian demi ujian yang menguji keutuhan rumahtangga Muslimah. Benarlah, untuk membina rumahtangga sangat mudah. Tetapi untuk mempertahankannya, hanya Allah sahaja yang tahu. Apa lagi jika keluarga banyak masuk campur tangan. Kadangkala masalah yang kecil boleh melarat hingga tak dapat diubat.
    Buat masa ini saya harap semua pihak dapat tenangkan fikiran dahulu. Istighfar dan solat banyak-banyak. Berdoa pada Allah s.w.t.. Pohonlah bantuan daripada-Nya kerana Dialah yang memiliki hati manusia.

    Saya akan emel Muslimah untuk perbincangan seterusnya supaya kita akan lebih selesa berdiskusi.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih Dr hasanah kerana sudi meluangkan masa untuk membaca masalah sy. Saya akan menanti email dari Dr Hasanah.

    ReplyDelete
  6. salam
    sy mmpunyai masalah yg sama seperti muslimah.bagaimana utk saya menghubungi muslimah?saya amat sgt ingin mhubungi muslimah.saya pun diuji dan ingin bertanyakan sesuatu dgn muslimah.bantu lah saya.

    ReplyDelete
  7. 1.boleh saudari/saudari terangkan kesan dan tempoh eddah bagi perempuan zina?

    2. bolehkah saudara/saudari terangkan kesan dan tempoh eddah bagi suami hilang?

    3. bolehkah saya tahu tentang tempoh eddah bagi wanita-wanita yang bermasalah dalam haid spt: isthihadah/ datang haid setahun sekali / dan sebagainya

    harap dr dapat membantu saya untuk mendapat kepastian

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Dr Hasanah,

    Takziah di atas kehilangan orang yang tersayang. Walaupun ia adalah satu kehilangan yang menyedihkan, saya kira kehilangan ini adalah kehilangan yang manis untuk dikenang kerana perpisahan Dr dgn arwah suami masih di dalam tautan kasih sayang.
    Tidak seperti saya, kehilangan suami kerana tidak tahan lagi dengan gelagat suami yang suka bersms, berjumpa perempuan lain. Walaupun saya masih sayangkan dia, tapi saya terpaksa lepaskan juga perkahwinan yang baru berusia 4 tahun. Agak melegakan kerana kami masih belum dikurniakan anak lagi walaupun saya sy sangat2 ingin menimang cahayamata memandangkan umur saya yg semakin meningkat.
    Ingin saya tahu, bagaimana Dr melayari hidup setelah bertahun2 hidup bersama? Sedangkan saya baru 4 tahun bersama pun, rasanya amat pahit untuk dilalui, saban malam saya menangis mengenangkan suami yang tidak mahu berubah. Saya tertanya2 mengapa dia taknak hidup bahgia dengan saya? mengapa dia perlukan perempuan2 yang di luar sana. Untuk pengetahuan Dr, saya masih lagi dalam eddah, 2 kali suci lagi. Saya jumpa blog Dr semasa mencari maklumat bagaimana utk mengira eddah.

    Masalah utama saya sekrang, susah untuk saya memaafkan suami, dan bila kemaafan itu sukar untuk dilakukan, hati saya jadi tak tenang, sakit dan bersedih hati.
    dah bermacam2 saya cuba, baca Al-Quran, berzikir, agaknya tidak mencukupi lagi...

    Harap Dr ada tips bagaimana untuk saya mengatasi kemurungan saya ini.... saya dah tak larat menangis setiap malam dan pergi ofis dengan mata bengkak

    Moga Dr dapat membantu, Insyaallah... dan terima kasih

    ReplyDelete
  9. Takziah Ratna, kuatkan pergantungan pada Allah s.w.t. Dia yang menciptakan kita, Dia juga yang melimpahkan segala ni'mat dan kasih sayang. Dia mahu melihat keimanan kita, maka diberikannya ujian.

    Maksud firman Allah s.w.t: "Adakah mereka menjangka bahawa mereka akan dimasukkan ke dalam syurga sedangkan mereka belum diuji?"

    Taqdir yang menimpa mungkin terasa begitu pahit untuk ditelan, tetapi kita kena selalu mengingatkan diri kita bahawa semua ini adalah ujian. Mungkin juga ia adalah kaffarah atas kesalahan kita selama ini yang lalai dalam mematuhi perintah-Nya. Maka, kita muhasabah atau evaluate diri sendiri supaya jika kita baik, maka selepas ini kita mahu jadi lebih baik. Jika kita 'nakal' maka selepas ini kita akan jadi insan yang patuh dan taat kepada-Nya.

    Dalam apa keadaan sekalipun, kembalikan segala-galanya kepada Allah s.w.t kerana "Allah ialah sebaik-baik perancang"

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Dr..

    terima kasih di atas kat nasihat yang Dr berikan.
    Sepatutnya saya dah masuk 2 kali suci. Tetapi haid saya belum datang2 lagi.
    Kalau begitu, bagaimana dengan pengiraan eddah saya? adakah saya perlu tunggu suci kali ke 3 juga atau kira dari tarikh cerai dilafazkan?
    Saya menjangkakan kitaran haid saya tetap setiap bulan supaya cepatlah habis eddah saya. Tetapi sekarang sudah lambat seminggu lagi maka makin lambat lah eddah saya.
    Harap dapat pandangan dar Dr.

    Terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  11. [...] * IDDAH * TEMPOH IDDAH: BAHAGIAN 1 * TEMPOH IDDAH: BAHAGIAN 2 * TEMPOH IDDAH: BAHAGIAN TIGA (IDDAH BAGI WANITA YANG KEMATIAN SUAMI) * TEMPOH IDDAH: BAHAGIAN 4 (DICERAIKAN KETIKA HAMIL) You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site. [...]

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Dr,
    Saya ada soalan:
    1- Bagi wanita yang diceraikan sebelum sempat bersetubuh dgn suami, maka tiada iddah baginya kn? Kalau si suami nak rujuk semula, bagaimana caranya? Perlukah kepada aqad yang baru?

    Harap Dr dapat respon soalan ni. Syukran jazilan

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum,

    saya menceraikan dia dgn lafaz terang dirumah tanpa saksi.kemudian saya mahu merujuk semula, isteri saya memberitahu dia bersedia rujuk balik kalau saya memutuskan hubungan dengan kekasih saya.jadi dia bersetuju untuk rujuk kembali,tetapi selepas itu kami bergaduh lagi dan menjalani kehidupan seperti bkn suami isteri lagi. dlm tempoh iddah, kami bersetubuh tetapi bersetuju untuk tidak rujuk.

    adakah rujuk kami yg terdahulu diterima? apakah status kami sekarang?

    ReplyDelete
  14. sy sudah hbs iddah.ape prosedur utk rujuk semula?san bagaimana<

    ReplyDelete
  15. Ia bukan rujuk semula. Ia dipanggil nikah semula. Prosedurnya sama seperti pernikahan baru.

    ReplyDelete
  16. salam..puan saya ada masalah besar,baru2 ini saya telah bergaduh dgn suami saya,kerana terlalu marah saya telah memukulnya dgn kuat,saya tak tau kenapa saya sanggup buat mcm tu,bertubi2 saya menumbuknya,tapi dia tdk melawan,namun saya dpt lihat dia sangat marah dan saya berhenti bila saya terdengar dia lafaz aku ceralkan kau talak 3 malam ni,saya tersentak dan tergaman...lepas beberapa saat saya bertanya betul ke apa yg saya dgr,suami saya apa yg dia cakap,saya beritahunya,terus dia mennagis,dan berkata dia tak tau dia ckp mcm tu,bila kami berbincang,suami saya mengatakan dia berkata kau pukul aku lagi,aku cerai kau talak tiga mlm nie,tapi apa yg saya dgr,hanya pukul aku dan selepasnya aku cerai kau talak 3 malam ni,tapi selepas kata2 itu mmg saya berhenti memukulnya,tapi saya tak dengar mcm suami saya ckp,kami pergi jumpa ustaz kat masjid,tanya mcm mana,katanya talak tak jatuh sebab taklik,dan saya tak buat,tapi saya ragu2 samaada kami masih suami isteri atau tidak kerana saya tak dengar apa yang suami saya ckp tu betul atau tidak,sebab dia pernah ckp dia tak pernah cerikan saya dan takkan tinggalkan saya walau apa terjadi.sampai sekarang saya tertekan memikirkan status kami.suami bersumpah demi allah dia tak ceraikan saya.kami tak bawa kes kami ke pejabat agama kerana kami tak mahu banyak masalah,tapi hati saya was was.tolonglah saya puan..

    ReplyDelete
  17. Liza, kenapalah sampai macam tu sekali. Dalam hal sama ada pernikahan masih sah atau pun tidak, perlu dirujuk kepada hakim kerana ini perkara besar. Hakim akan selidik dengan betul-betul, kerana mungkin tidak semua telah Liza nyatakan di sini.
    Pada pandangan saya, ini ialah jalan yang lebih selamat, walaupun berdasarkan 'penerangan ringkas' Liza seolah-olah talak tidak jatuh kerana Liza tidak dengar ta'liq tersebut dengan jelas. Jika Liza dengar dengan jelas dan dalam masa yang sama masih terlepas sedikit pukulan, maka tertalaqlah Liza.
    Apa yang suami katakan dulu-dulu bahawa dia takkan ceraikan Liza, itu tiada kena mengena dengan masalah ini.

    Perbuatan Liza memukul suami sudah masuk kategori isteri yang nusyuz. Bertaubatlah kepada Allah s.w.t. dan mohonlah keampunan daripada suami.
    Sebarang masalah rumahtangga, bawalah berbincang. Suami Liza bukan malaikat, pasti dia ada kelemahan dan kekurangan.
    Wallah a'lam.

    ReplyDelete
  18. assalammualaikum
    pd satu malam sy bertengkar dengan suami saya kerana dia selalu berhubungan dgn seorang wanita melalu hpnya. sy telah menyuruh suami sya berkata 'klu ko pegang atau buka hp aku maka jatuhlah talak 3' dgn berkata begitu sy berjanji tidak mahu membuka hpnya lagi.. tetapi sy dengan perasaan marah engkar dan telah memegang dan membuka hpnya dan berkata jatuhlah talak 3 skg.. tetapi suami sy tidak berniat utk betrkata begitu.. malah sy pula dlm keadaan marah sgt.. persoalannya adakah jatuh talak tersebut.. adakah sy layak terima nafkah dan iddah sekiranya talak tersebut sah kerana sy sedang mengandung 5 bln..
    wassalam

    ReplyDelete
  19. saya dh x duduk sebumbung dengan suami saya, selama tiga tahun.suami saya tak mahu menceraikan saya, saya dh buat tebus talak... di sini saya nk tanya,selepas tebus talak, adakah saya kena iddah dulu baru boleh berkahwin lagi ?

    ReplyDelete
  20. Salam Dr..
    Terima kasih atas prkongsian menarik ini.. sangat membantu saya dan rakan-rakan dalam pembelajaran subjek tafsir ayat ahkam bagi hukum iddah. semoga Dr. tabah selalu yaa... salam ziarah dari perlembahan Nil...

    ReplyDelete
  21. assalammualaikum DR..
    hri ni kmi da bergadu dengan suami saya,dalam kemarahan suami sy melafazkan"aku cerai kau"dan dia mnyesal.dia ingin rujuk semula dan saya setuju.adakah talak tersebut jatuh?perlu kah kami bawa masalah ini ke pejabat agama dan perlukah kami membawa saksi atau wali semasa rujuk semula?sah kh kami duduk sebilik sebelum kami bawa mslh ini ke pejabat agama?

    ReplyDelete
  22. Salam...

    (1) Saya telah bercerai dgn suami talak 2. dlm tempoh iddah kami telah melakukan persetubuhan. Menurut mazhaf Syafiee mengatakan perlu ada lafaz utk dikira sebagai rujuk. Bagaimana jika beliau cakap "kalau rujuk,kita cerai semula". adakah itu lafaz yg jelas?

    (2) Berapa lamakah tempoh iddah isteri yg dah lama tidak bersatu bersama suami?

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum, DrHasanah.
    Bagaimnakah cara mengatsai iddah yg kematian suami dan cara mengatasi dilema isteri tersebut.?

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage