Kajian Kes Harta Sepencarian Dalam Jurnal Hukum 1997-2009
Wednesday, 16 December 2009
Saturday, 7 November 2009
Harta kanak-kanak dan orang gila perlu dikenakan zakat?
November 07, 2009
Jam 1.30 pagi.
Terpandang buku Pengurusan Zakat karangan Prof. Dato' Dr. Mahmood Zuhdi, suami kepada penyelia saya semasa menyambung belajar di peringkat PhD iaitu Prof. Madya Datin Dr. Paizah Hj. Ismail.
Saya mencapai buku tersebut. Ingatan kembali pada mesyuarat di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK) beberapa hari lepas yang telah menerima cadangan saya untuk mewujudkan subjek Zakat dan Wakaf di USM. Syukur, alhamdulillah...
Seperti yang pernah dinyatakan dalam beberapa entri yang lepas, bukan dah tak nak mengajar subjek munakahat, tapi kasih kepada Allah s.w.t. yang dengan kekuasaan-Nya dan tinggi ilmu-Nya telah menentukan untuk kita undang-undang berkaitan zakat menjadi pendorong untuk saya mengusulkan penawaran subjek ini.
Lagipun, hmm... susah betul nak mengajar munakahat ni bila sampai pada slot 'Ciri-ciri yang perlu diutamakan apabila memilih pasangan (suami/ isteri)'...
Thursday, 29 October 2009
Mengenali tuhan
October 29, 2009
Dalam tazkirah yang saya sampaikan kepada siswi USIM pada 17 Oktober 2009 yang lalu, saya sekadar mengingatkan kepada mereka bahawa kembara ilmu yang mereka sedang jalani merupakan satu proses mengenali tuhan. Bagaimana hendak mengenali tuhan ketika sedang makan angin jalan-jalan ke Pulau Mutiara ini? Hmm... yang ni sukar sikit nak dihuraikan di sini.
18 Oktober 2009 saya secara tidak rasmi mengepalai 2 bas USIM pusing-pusing Pulau Pinang walaupun saya sendiri pun bukannya 'terer' sangat jalan-jalan kat sini. Satu peristiwa yang tersemat kukuh di ingatan ialah semasa di Butterfly Farm bila melihat seekor ikan koi (kohaku koi?) yang agak besar, tiba-tiba melompat ke atas daun teratai dan 'berenang' di atas daun tu. Alhamdulillah, pada masa tu lensa kamera memang terarah pada ikan tu, dan sempatlah saya rakam aksi ikan koi putih merah tu.
Terkedu seketika melihat ikan tu. Isy, ikan koi memang selalu berenang atas daun ke? Oh tuhan, terjemahkanlah peristiwa ini agar ku dapat terus mengenali-Mu.
*****
Maaf, banyak komen tak sempat saya reply. Entri blog pun makin pendek-pendek je. Sibuk macam-macam sekarang ni. Tak menang tangan nak membuatnya. Dasat juga rupanya kerja pensyarah, hihiii.... Menyesalkah aku? Oh, tidaaaak...., malah daku bersyukur.
Sunday, 25 October 2009
Saya dah tak sanggup hidup - Aduh, mudahnya menjadi manusia
October 25, 2009
Ema terus tunduk. Tangisannya semakin kuat. Esak tangis itulah yang menjadi teman setianya sejak hubungan dengan kekasihnya mula menghadapi masalah. Esok kekasihnya akan bertunang dengan wanita lain.
"Nak buat apa dengan pisau tu?" Saya terus menekan. Ingatan saya kembali kepada peristiwa beberapa hari lalu. Jam 2.40 pagi saya dikejutkan dengan berita bahawa ada pelajar mahu mencederakan diri. Mujurlah ketika itu dia sudah terlalu lemah kerana tidak makan beberapa hari. Tindakan segera telah diambil. Namun, spot check di biliknya menemukan saya dengan sebilah pisau 'tolak' (pisau pemotong kertas) yang matanya sudah sedia untuk menjalankan tugasnya. Hairannya, pisau itu diletakkan betul-betul di sebelah surah Yasin!
Thursday, 15 October 2009
Rombongan dah nak sampai oooiiii
October 15, 2009
Ni baru je siapkan banner. Alah, lebih kurang je lah... Hari ni buat, hari ni tempah, harap-harap hari ni boleh gantung! Banyak lagi nak difikirkan.
Malam tadi habis meeting pukul 12.30 t/malam. Eh, bukan malam tadi lah namanya tu kalau sampai ke pagi. Malam nanti meeting lagi, hihiii... Menu meeting, chicken chopped! Tak tahu lah kenapa adik-adik di Tekun tu suka sangat kat ayam kena cop. Eh, bukan menu yang penting, tapi meeting tu! Er, kita nak tempah kapet merah ke? bunga manggar? kompang? Hey, depa tak bawa tepak sireh pun lah... Ye lah... yang nak datang tu, rombongan orang perempuan je... 80 orang perempuan. 70 penghuni Desa Jati & 10 pegawai pengiring, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Adik-adik Tekun semua, dengar tu... yang nak datang u..s... ISLAM... tauuuu..... kome? ok...ok... tak boleh merepek. Kerja banyak ni.
Selamat datang kepada rombongan penghuni Kolej Kediaman Desa Jati USIM ke Desasiswa Tekun, USM. Kami tidak mampu menghampar baldu, sekadar sekelumit kenangan buatmu yang mungkin tiada membuahkan rasa rindu...
Saturday, 10 October 2009
Bagaimana iddah bagi wanita yang tiada haid, tidak pernah haid atau telah putus haid - menopause
October 10, 2009
Harap-harap ini ialah entri terakhir yang saya tulis tentang iddah. Dah tak larat cakap pasal iddah. Soalan tentang iddah pun tak putus-putus datang. Kadang-kadang tu jawapannya dah ada, tapi entahlah, kadangkala sikap kita ni, kira nak senang dapat jawapan je, tanpa berusaha nak cari dulu maklumat berkaitan.
Ok, bagi kes wanita yang tiada haid, tidak pernah haid atau telah pun habis haid (haidh), jika:
1. kematian suami (dan tidak mengandung)- maka iddahnya ialah 4 bulan 10 hari
2. mengandung semasa diceraikan atau kematian suami- maka iddahnya ialah sehingga dia melahirkan anak atau keguguran.
3. diceraikan... hah, yang ni panjang sikit ceritanya
Tuesday, 29 September 2009
Ingat iklan SSPN?
September 29, 2009
Iklan SSPN...Iklan ulangan dari tahun lepas. Tak gunakan artis popular, lawa atau seksi. Tapi, mesejnya jelas. Ye, sambut raya sederhana sahaja. Duit yang lebih tu simpanlah dalam tabung SSPN untuk pendidikan anak-anak.
Mmm... saya... takde pula 'duit yang lebih' tu... Cuma praktikkan simpan duit raya anak-anak dalam SSPN. Terima kasih banyak-banyak pada semua yang dah beri duit raya untuk kanak-kanak lima orang tu. Alhamdulillah simpanan diorang dah cecah 4 angka. Kalau didarab 5, maksudnya dah ada lebih RM5 ribu. Tapi, tu lah... bukan senang jadi pemegang amanah harta anak yatim.
Saturday, 26 September 2009
Syawal pula best sebab hihiiii....
September 26, 2009
"Selamat Hari Raya, Maaf zahir batin..."
Tak kiralah ikhlas ataupun tidak, tetapi itulah yang 'perlu' didengar dan 'perlu' juga dilafazkan sejak seminggu yang lalu.
Erm, sebenarnya bukan nak membebel pasal keikhlasan kita memohon maaf dari orang yang kita memang ada salah atau pun memang ada sangat banyak salah kerana lazimnya, tak susah untuk memohon maaf dari orang yang kita ada buat salah, tapi yang susah ialah nak mohon maaf dari orang yang tak habis-habis buat salah kat kita, tak gitu...???
Ala kulli hal, jangan putus asa memohon maaf. Sedangkan nabi ampunkan ummat, sedangkan Allah ampunkan hamba-Nya, janganlah pula kita sombong hingga tak mahu ampunkan saudara-mara dan sahabat kita. Susah senang kita, mereka juga yang kita cari, kan?
Ops! Hari ni nak cerita sikit.
Tuesday, 8 September 2009
Ramadan best kerana ada zakat fitrah
September 08, 2009
Ibn Abbas telah menyebut (maksudnya):
Rasulullah s.a.w. telah memfardukan zakat fitrah sebagai penyucian terhadap orang yang berpuasa daripada perkara buruk dan tidak berfaedah dan sebagai bantuan kepada fakir miskin. Maka sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang (hari raya), ia adalah zakat yang diterima. Dan sesiapa yang menunaikannya selepas sembahyang ia adalah sedekah biasa
[hadith riwayat Ibn Majah]
Hari ini berlalulah 17 hari kita berpuasa di bulan yang mulia ini. 17 hari dah berlapar berdahaga... Hmmm... apa rasanya?
Saturday, 5 September 2009
I'm looossing it
September 05, 2009
Aku sedang cuba mendapatkannya kembali. Mesti! Walaupun hakikatnya ia terlalu sukar. Tak sanggup melihat dia pergi begitu sahaja. Dia telah kubelai sekian lama. Aku mahu dia menjadi sahamku dunia dan akhirat. Dia terlalu penting! Mesti dapatkannya kembali. Mesti! Uwwwaaaaa.....
Saturday, 22 August 2009
Selamat Menyambut Ramadan
August 22, 2009
Selamat menyambut Ramadan. Semoga setiap Ramadan menjadi Ramadan terbaik buat kita.
Njalok ngapuro akeh-akeh!!!
[teka apa maknanya, hihiii...]
Monday, 17 August 2009
Ingraw, PPA12, Desa, HEA dan RICH
August 17, 2009
Tadi seharian dah meeting. Esok pagi-pagi sambung lagi meeting. Nak rebuild Program Minor Pengajian Islam di USM. Dok pikir ni. Apa lah sentuhan baru yang diberikan. But for sure, I'll propose a new subject: Zakat dan Wakaf Kontemporari. Borang HEA dah siap dah pun. Harap-harap diterima dan esok-esok dapat sambutan dari pelajar. Letih la ajar munakahat. Best tu memang best, tapi student ramai sangat (sebab terlalu best la tu gamaknya) tak larat nak melayannya... hihii... jangan marah my beloved student. Sebenarnya, dah rindu nak tumpu kat zakat. But please don't be sad, saya and the gang: Dr. Nizam & Dr. Jasni akan tetap ajar munakahat.
Pengalaman paling seronok mengajar HIS 224 Institusi Kekeluargaan Islam (munakahat) ialah masa ngajar mak-mak dan bapak-bapak orang dari school of education. Apa lah diorang tu, dah ada anak 3-4 orang pun nak belajar munakahat lagi. Kalau yang bapak-bapak tu memang paham sangat lah... (hihii.... apa lah sebabnya depa nak menajamkan ilmu bab kawin-kawin ni ye), tapi yang mak-mak tu, apo nak dibueknyo lai?
Friday, 14 August 2009
Menanti di Barzakh
August 14, 2009
....::::||||::::....
Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,
Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,
Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku
Tuesday, 4 August 2009
Hadiah buat anak-anak yatim miskin Bait al-Amin
August 04, 2009
Nasyid kumpulan Instinct yang selalu dipujuk-pujuk oleh tapai memang err... malas sebenarnya nak puji... tapi, nasyid Instinct memang best (harap-harap tapai tak baca la entri saya ni, hihii...)
Salah satu nasyid yang bertajuk Dermawan memang terkena batang hidung saya. Teringat saya 2 bulan lepas bila Munirah, anak Dr. Rahimah datang ke rumah untuk kutip derma bagi pembangunan asrama di sebuah rumah anak yatim di Perak, saya jadi berkira-kira... "bulan ni bajet lari, sebab dah habis banyak masa pegi KL", maka saya keluarkanlah RM20. Sehingga kini saya asyik teringat. Alangkah kedekutnya saya. RM20, apalah yang boleh dibuat dengan RM20 tu. Saya sendiri yang mengasuh 5 orang anak yatim membelanjakan RM150 setiap hujung minggu di Pasar Bayan Baru. RM20 yang saya berikan untuk berpuluh-puluh anak yatim Bait Al-Amin? Sekali makan pun tak lepas. Kerana terlalu dihurung rasa bersalah, maka saya mengambil inisiatif untuk membantu Bait al-Amin memiliki laman web sendiri iaitu di http://www.bait-alamin.com supaya lepas ini mudahlah mereka mengumpul dana wakaf untuk pembangunan mereka bagi jangka pendek dan panjang.
Thursday, 30 July 2009
Kuliah Memaknakan Taharah Untuk Kita-Kita Je
July 30, 2009
"Allah berkata: Apakah yang menghalangmu sujud kepada Adam pada waktu aku menyuruhmu? Jawab iblis: Saya lebih baik daripadanya. Engkau ciptakan saya daripada api sedangkan dia Engkau cipta daripada tanah." [Al-Quran, Al-A'raf: 12]
Meneliti ayat ini, benarkah api lebih mulia daripada tanah?
Api hebat membakar. Ada api, boleh la buat bbq. Hmm.. betul tu. Tanah pula ada yang subur, ada pula yang keras, kontang dan macam-macam lagi.
Mmmm... cuba bayangkan. Kalau kita ada benih jagung, kita campak ke dalam api. Apa yang terjadi? Hangus rentung, kan. Dalam bahasa kasar, "apa pun tak guna!".
Kalau dicampak satu lagi benih ke tanah. Untung-untung bercambah juga. Silap gaya, benih yang satu tu boleh menghasilkan sebatang pokok jagung yang menghasilkan banyak buah. Jangan lupa, jagung ialah sejenis pokok yang ada pakej lengkap sistem reproduktif pada satu pokok. Pokok yang satu tu akhirnya boleh menghasilkan beratus-ratus lagi pokok jagung!
Jadi, mestikah api yang hebat membakar tu lebih hebat berbanding tanah? Mestikah iblis yang dicipta dari api itu lebih hebat berbanding manusia yang dicipta daripada tanah?
Monday, 27 July 2009
Jangan zalimi ibu tunggal
July 27, 2009
"Ayam tinggal sikit," kata pembantu rumah saya sewaktu saya hendak melangkah keluar rumah pagi tadi.
"Alhamdulillah..." spontan sahaja respon saya.
"Udang? Dah habis?" Soal saya.
"Udah. Habis semua," jawab pembantu rumah yang dipanggil bibik. Bibik ialah perkataan Jawa yang bermaksud makcik.
"Alhamdulillah... syukur," balas saya.
Begitulah selalunya. Setiap kali mendapat tahu bahawa bekalan makanan untuk anak-anak habis, saya akan memanjatkan kesyukuran kepada Allah.
Monday, 20 July 2009
Kuiz Asas Perkahwinan
July 20, 2009
Hari ni saya dan wakil-wakil dari setiap pusat pengajian di USM telah 'dikurung' dalam makmal komputer untuk buat projek besar berkaitan e-learning. Kebesaran projek tersebut tak boleh dilihat dengan mata kasar sebab namanya pun 'e', bukan 'k' atau seumpamanya. Esok kami akan teruskan lagi kedahsyatan projek ni.
Selepas kena kuarantin tadi, rasa macam nak release tension lah sikit, maka terhasillah kuiz teka silangkata asas perkahwinan macam kat bawah ni. Hmm... kalau dah tak ada kerja, silalah cuba ya :)
*******************
Pelajar saya yang ambil HIS 224: Institusi Kekeluargaan Islam, anda mesti cuba kuiz ni.
Prof. Abd. Karim Alias & Dr. Zuraida, terima kasih kerana kuarantin kami dan kongsi banyak ilmu :D
Tuesday, 14 July 2009
SMS perpisahan
July 14, 2009
Assalamualaikum,
Lamanya tak menulis dalam blog ni. Rindu dibuatnya. Ada banyak perkara yang berlaku sampai tak terdaya nak diluahkan di sini. Di USM kuliah telah bermula. Sudah tentu kesempitan masa semakin dirasakan. Rasa ralat juga sebab sepanjang Jun yang lepas banyak perkara yang mahu dilakukan tetapi tiada kesempatan. Projek hadiah buku yang saya janjikan untuk pengunjung salah satu laman web saya juga nampaknya macam nak terbengkalai.
Semalam, hati saya tergerak untuk membelek handphone lama LG yang digunakan oleh Ustaz Rosdi di saat-saat akhir sebelum pembedahan pada 17 Disember 2007.
Beberapa sms terakhir (yang sudah berusia lebih 1 setengah tahun) membuatkan mata hati terpaku:
Sunday, 24 May 2009
Apa yang tidak boleh dilakukan oleh wanita yang berada dalam iddahkematian suami?
May 24, 2009
Persoalan kali ini akan menjengkelkan golongan 'pembela wanita' yang beriya-iya mahu 'membebaskan' golongan wanita dari cengkaman 'kezaliman'.
Mungkin ada yang beranggapan bahawa Islam itu zalim, Islam tidak indah, Islam mengongkong wanita dan macam-macam lagi apabila mendapati bahawa terdapat berbagai-bagai halangan yang dikenakan ke atas wanita yang baru sahaja kematian suami. Tidakkah mereka ini patut dibiarkan bebas untuk 'menghiburkan hati' yang sedang sedih? Biarkan sahaja mereka pergi kenduri-kedara, pergi melancong, window shopping dll...
Thursday, 21 May 2009
Tempoh Iddah: Bahagian 4 (Iddah Wanita Hamil)
May 21, 2009
Selepas bebeapa kali diajukan soalan tentang iddah wanita yang sedang mengandung, barulah saya sedar bahawa semasa membahaskan topik iddah, saya terlupa untuk mencatatkan tentang iddah wanita mengandung.
Tempohari (errr... lama dulu sebenarnya!) ada saya catatkan bahawa bagi perempuan yang kematian suami ketika sedang mengandung, maka iddahnya tamat apabila dia bersalin, tidak kira sama ada tempoh mengandungnya panjang ataupun pendek, atau sama ada kandungannya cukup bulan atau pun tidak.
Dalam hal ini sebenarnya ada perbincangan panjang antara fuqaha sama ada hendak dikira sehingga wanita ini bersalin ataupun melihat kepada tempoh yang paling panjang (ab'ad al-ajalayn) kerana ada pertindihan dua faktor pengiraan iddah, iaitu kematian dan kehamilan. Perbahasan lanjut hal ini boleh dirujuk dalam kitab-kitab fiqh munakahat.
Thursday, 14 May 2009
Abdomenal Pain Traumatic Syndrome
May 14, 2009
Hah? Apa tu?
Jangan terkejut. Itu satu istilah yang saya cipta sendiri. Baru sahaja dicipta. Spontan je! Entah betul, entah tidak. Suka-suka hati je. Jangan tanya medical doctor ye, buat malu saya... :( . Sebenarnya saya cuba nak jelaskan bahawa itulah negative impact yang muncul secara non-verbal bila ada orang yang disayang meninggal dunia kerana penyakit berkaitan abdomen.
Dulu sebelum ustaz Rosdi meninggal dunia, 'kadang-kadang' dia mengadu sakit perut. Ada kalanya sampai ke klinik. Dapatlah ubat entah apa-apa. Ubat angin, ubat tahan sakit... Vitamin pun pernah diberi! Dapatlah juga mc sehari dua.
Tak siapa sangka rupanya ada sel kanser yang sedang bermaharajalela. Lama lepas tu barulah tahu apa sebenarnya yang berlaku. Tapi, masa tu dah terlambat.
Gastro Intestinal Stromal Tumor atau ringkasnya GIST! Sejenis kanser yang jarang-jarang berlaku. Saya explore internet. Malignant cancer! Banyak kes yang berakhir dengan potong organ dalaman (usus dll) atau lebih tragis, kematian.
Thursday, 7 May 2009
Sabatralog - Siri 1
May 07, 2009
Perjalanan ke Sabah bermula sebelum orang lain mula bergerak ke destinasi itu. Saya memulakannya dengan solat istikharah dua hari sebelum hari ekspedisi. Keputusan untuk bersama-sama kira-kira 70 orang penghuni dan kakitangan Desasiswa Restu, Saujana dan Tekun mengunjungi negeri di bawah bayu itu bukanlah satu keputusan yang mudah bagi saya. Ini merupakan kali pertama saya musafir tinggalkan anak-anak sejak Ustaz Rosdi meninggal dunia. Selama ini, ke mana sahaja saya pergi pasti anak-anak dikelek bersama. Kalau tidak, siapa yang nak uruskan mereka?
Wednesday, 29 April 2009
Musim mengambang
April 29, 2009
Fuh! Macam-macam jadi. Ada juga yang menjadi-jadi. Tak kurang pula yang tak menjadi! Alhamdulillah, takde pula yang 'apa pun tak jadi'. Sekurang-kurangnya jadilah juga walau pun tak berapa menjadi.
3-4 hari ni... Alhamdulillah projek khidmat masyarakat saya menjadi walaupun belum betul-betul jadi. Lihat http://www.skbg.edu.my yang terhasil selepas saya dijemput oleh pihak Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir dan juga PIBG untuk membangunkan laman web sekolah. Inilah laman web sekolah yang pertama yang pernah saya buat. Terasa seronok bila dapat berkhidmat untuk sekolah di mana anak saya belajar walaupun saya bukan AJK PIBG. (Saya hadir mesyuarat PIBG hari tu, tapi buat senyap je... takut orang lantik jadi AJK! hihiii....).
Thursday, 16 April 2009
"Alah, kena sikit je tu!" Kata pemandu Naza hitam PGU 2xxx
April 16, 2009
"Bodoh!" Rungut saya kepada diri sendiri.
"Takkan selesai macam tu je?" Kata-kata seorang rakan makin menggelisahkan saya.
Isy, memang saya bodoh. Tak pandai nak bertengkar bila orang langgar kereta saya. Lagi pula bila tengok yang langgar tu orang perempuan. Berumur. Mungkin sekitar 40-50 tahun. Bertudung elok. Dalam kereta dia ada beberapa lagi orang perempuan yang juga bertudung litup. Mungkin saya perlu belajar untuk jadi chengey lagi selepas ini. Perempuan... perempuan juga, tapi kalau dah langgar kereta orang, kenalah tuntut ganti rugi!
Tuesday, 10 March 2009
Birthday gift
March 10, 2009
Hari ini saya dirundung migraine sekali lagi. Alhamdulillah petang dah ok. Entah kenapa tergerak hati nak semak ranking dalam google, satu aktiviti yang dah lama saya tak buat.
Wow! Terkejut sungguh saya.
Thank you uncle Google! My website had been ranked on top of Google using a very competitive keyword: hasanah. Click on the screenshot please!
Friday, 6 March 2009
Untuk kita-kita: Istihadhah
March 06, 2009

Lanjutan tentang soal-jawab tentang haidh tempohari, hari ini saya akan sentuh pula tentang istihadhah (dieja juga dengan: istihadah)
ISTIHADHAH/ ISTIHADAH
S: APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ISTIHADHAH
J: Istihadhah ialah darah yang keluar dari bahagian bawah rahim pada selain waktu haid dan nifas. Oleh itu, darah yang keluar melebihi masa terpanjang haid atau nifas, atau kurang daripada masa terpendek haid atau nifas dinamakan istihadhah. Begitu juga darah yang keluar dari kanak-kanak perempuan yang belum mencapai umur sembilan tahun.
S: BOLEH JELASKAN DENGAN CARA YANG LEBIH MUDAH?
Wednesday, 4 March 2009
Untuk kita-kita je: Soal jawab tentang haid/ haidh (bahagian 3)
March 04, 2009

Sambungan tentang hukum fiqh berkaitan tentang haid/ haidh. Kali ini saya akan sentuh mengenai perkara yang dilarang oleh perempuan yang sedang haid.
Ini merupakan topik ketiga tentang haid dan selepas ini saya akan sentuh topik istihadhah pula.
S: APAKAH YANG DITEGAH KE ATAS SESEORANG WANITA YANG KEDATANGAN HAID?
J: Wanita yang didatangi haid berhak untuk melalui kehidupan hariannya seperti biasa. Walau bagaimanapun, dari segi syarak, dia dilarang daripada melakukan beberapa perkara yang kebanyakannya berbentuk ibadat, iaitu:
Monday, 2 March 2009
Ziyad bin Rosdi anak bersemangat kental
March 02, 2009
Tengahari, seorang rakan menghubungi saya dan sibuk mahu mengucapkan "Selamat Hari Jadi Ziyad". Baru saya teringat, hari ni hari jadi Ziyad! Dah 6 tahun rupanya dia. Teringat dulu semasa melahirkan Ziyad pada 2/3/2003 (awal 4 hari daripada tarikh jangkaan bersalin), suasana riuh rendah di Hospital Selayang sebaik sahaja Ziyad dilahirkan. Jeritan staffed nurse yang menyambutnya memanggil-manggil doktor membuatkan saya kehairanan.
"Mungkin dia lemas agaknya," bisik hati saya pabila melihat wajahnya agak kehitaman.
Serta merta Ziyad di bawa ke bilik lain. Dia dimasukkan ke dalam inkubator. Saya masih tertanya-tanya apa yang berlaku. Rusydi pula dipanggil ke bilik di mana Ziyad dibawa.
Selepas saki baki uri telah dibersihkan daripada rahim saya barulah staffed nurse yang menyambut memberitahu bahawa Ziyad ada masalah sikit.
"Anak awak sakit."
"Ususnya keluar."
Thursday, 26 February 2009
Untuk awak: Soal jawab tentang haid/ haidh (bahagian 2)
February 26, 2009
Amaran: Entri ini tidak sesuai dibaca oleh orang yang belum kahwin atau telah berkahwin (seperti saya). Hanya orang yang sedang berkahwin sahaja boleh baca!!!
+++++++++++++++++++++++++
ISTERI HAID?
+++++++++++++++++++++++++
S: ISTERI SAYA HAID, APA YANG BOLEH SAYA LAKUKAN KE ATAS ISTERI SAYA?
J: Soalan ini sangat menarik.
Tuesday, 24 February 2009
Untuk kita-kita je: Soal jawab tentang haid / haidh (bahagian 1)
February 24, 2009

Resah, resah juga, tapi, biarlah dalam minda separa sedar sekalipun, saya tetap akan terus menulis walaupun pada skala tidak stabil.
OK, berikut ialah soal jawab tentang hukum haid. Tak pasal-pasal je saya tulis pasal haid. Puncanya, ceramah saya lusa akan menyentuh hal sulit a.k.a rahsia wanita.
Disclaimer: Soal jawab ini sesuai untuk orang awam sahaja. Jika anda ada Ijazah Pengajian Islam, tak perlulah kutuk jawapan yang saya berikan kerana saya telah mengambil kira aspek semasa dan setempat apabila memberikan jawapan. (Kadang-kadang malas juga berdepan dengan orang yang ta'sub mazhab ataupun tolak mazhab dan cuma nak pakai quran & sunnah semata-mata. Simpati dengan orang seperti ini kerana mereka berasa diri lebih hebat daripada perawi hadith seperti Imam Malik dan Imam Syafii :( yang telah menggunakan fiqh & usul fiqh dalam memahami hadith)
Unstable
February 24, 2009
Ya. Resah...
Sekarang jam 12.49 tengah malam. Di luar hujan lebat dan kilat sabung-menyabung. Rumah ini, letaknya di kaki bukit yang hampir seharian diselimuti kabut dingin menyebabkan kami anak-beranak makin kedinginan. Tekak mula terasa perit. Badan seram sejuk menanti saat diisytihar demam.
Tapi kenapa pula hati yang jadi serba tidak kena. Mahu menangis, tapi air mata seperti telah kering. Mungkin ia sudah pencen, tidak mahu lagi mengairi pipiku yang makin kerepot ini. Mahu menjerit, bimbang pelajar-pelajar sembilan tingkat di atas rumah ini akan ikut sama histeria. Mahu dipejamkan mata, tapi terlalu banyak peristiwa demi peristiwa yang menyinggah di skrin mata.
Esok ada kuliah. Tajuk agak berat. Lusa pula ada ceramah. Argh! Tak prepare lagi ni. Nota untuk edaran baru siap separuh. Power point tak buat lagi. Uwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...........
"Cut!"
Yelah, yelah... cukup lah dulu. Takut makin teruk racaunya....
--- Ops! Comment had been disabled! Jangan
Wednesday, 11 February 2009
Sambutan Hari Valentine
February 11, 2009
Hari Valentine semakin menghamipiri. Mawar merah yang bakal diberikan oleh kekasih hati sudah sentiasa terbayang-bayang di mata. Terasa begitu indah hidup ini bila ada insan yang meletakkanku sebagai permaisuri di hati….
Begitulah indahnya perasaan orang yang sedang berkasih-sayang tiap kali 14 Februari muncul. Tanpa disedari, rupa-rupanya budaya menyambut Hari Valentine mempunyai sejarah hitam disebaliknya.
Saturday, 31 January 2009
Selamat Hari Jadi Hajar!
January 31, 2009
Subuh 31 Januari 2009 terasa begitu sayu. Terkenang dahulu betapa hari ini menjadi sejarah yang tak mungkin dapat dilupakan. 12 purnama yang lalu, kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian Ilahi benar-benar teruji... melahirkan puteri bongsu selepas 42 hari kematian suami di hospital yang sama di mana suami dipanggil yang Maha Esa.
Monday, 26 January 2009
Tukar cover e-book... eh, e-zine SetBersalin.com
January 26, 2009
Saya ustazah hihiii... jadi bila tengok cover 'woman' e-zine tu belum masuk Islam dan tak pakai tudung, saya jadi tak senang duduk :P .
Oleh yang demikian, malam ini bila anak5 dan orang gaji dah tidur, saya pun cuba buat cover saya sendiri menggunakan action script Photoshop yang saya beli daripada Nurul a.k.a. Luvleey.
Di bawah ni, ada dua cover yang saya buat dengan menggunakan design percuma yang Nurul beri. Tolong beri pandangan, cover yang mana lebih cantik dan menarik? Biru atau coklat?
[gallery link="file" columns="2"] (Sila klik untuk melihat gambar yang lebih jelas. Gambar ini saya buat dengan menggunakan Adobe Photoshop CS3 dengan menggunakan design percuma yang Nurul berikan dan disempurnakan rupa parasnya dengan action script Adobe Photoshop Nurul. Cantik sangat kan.....)
Sunday, 25 January 2009
Hasanah, lima anak, SetBersalin.com dan e-book percuma
January 25, 2009
Selepas Portal E-Learning, Abwab the Islamic Links Database dan juga mAkMaL wOrdPreSs v6, hari ini dengan rendah hati saya ingin mengumumkan satu lagi projek saya iaitu SetBersalin.com :)
Syukur, Alhamdulillah....
Sebenarnya website ini bukan saya yang bangunkan, tetapi saya hanya mengambil alih pemilikan dan pengurusan website ini daripada Extreme D milik Suhaimy (tauke Sempoihosting.com dan WangCyber.com). Memandai-mandai je saya beli website ni. Bukannya pandai sangat tentang hal ibu hamil dan bersalin, tetapi pengalaman mengandung dan melahirkan lima orang anak mungkin sedikit sebanyak dapat dikongsi dengan bakal ibu sekelian.
Wednesday, 14 January 2009
Portal e-learning, ABWAB the Islamic Links & mAkMaL wOrdPreSs v6
January 14, 2009
Assalamualaikum,
Ramai yang tegur, kenapa senyap je? Makin jarang-jarang... kadang-kadang... kata Nujum Pak Belalang!
Sengaja saya diamkan diri seketika dan rebuild projek e-learning saya dan Ustaz Rosdi (how to spell? elearning or e-learning or e-Learning?). Hmm..., projek e-learning tu dulu saya kerjakan untuk membantu pengajaran suami di Malaysian Spanish Institute iaitu sejak tahun 2006. Sekarang MSI dikenali sebagai Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI). Fuh! Punyalah panjang nama. Kadang-kadang bila orang tanya, "Hah? Apa dia? Kolumpo? Suami kerja kat Kolumpo ke?". Saya akan jawab, "Bukan, UniKL cawangan Kulim!".
Saturday, 3 January 2009
Oh Nissan Grand Livina ku...
January 03, 2009
[updated: petang: servis kereta (mileage 15000 km) dan tukar bateri sekali. Nasib baik bateri tu masih dalam waranti. sob.... sob....]
Pengajaran: Janganlah beli kereta first edition. Tunggu dah seasoned baru beli!
Social Footer
Follow saya!