Hari ini saya MC. Migrain semalam berlarutan hingga hari ini ditambah dengan demam dan selsema. Sesekali sakit rupanya cara Allah memberi notis amaran buat saya yang jarang-jarang mensyukuri ni'mat sihat.
Tengahari, seorang rakan menghubungi saya dan sibuk mahu mengucapkan "Selamat Hari Jadi Ziyad". Baru saya teringat, hari ni hari jadi Ziyad! Dah 6 tahun rupanya dia. Teringat dulu semasa melahirkan Ziyad pada 2/3/2003 (awal 4 hari daripada tarikh jangkaan bersalin), suasana riuh rendah di Hospital Selayang sebaik sahaja Ziyad dilahirkan. Jeritan staffed nurse yang menyambutnya memanggil-manggil doktor membuatkan saya kehairanan.
"Mungkin dia lemas agaknya," bisik hati saya pabila melihat wajahnya agak kehitaman.
Serta merta Ziyad di bawa ke bilik lain. Dia dimasukkan ke dalam inkubator. Saya masih tertanya-tanya apa yang berlaku. Rusydi pula dipanggil ke bilik di mana Ziyad dibawa.
Selepas saki baki uri telah dibersihkan daripada rahim saya barulah staffed nurse yang menyambut memberitahu bahawa Ziyad ada masalah sikit.
"Anak awak sakit."
"Ususnya keluar."
Jawapan yang membuatkan saya tergamam. Tak pernah saya dengar hal seperti ini. Perasaan menjadi resah yang amat sangat. Anak yang baru sahaja dilahirkan tidak dapat disentuh langsung apa lagi mahu memeluknya. Entah apa nasibnya.
"Dia boleh hidup tak?" Terpacul soalan dari mulut ini.
Tiada janji yang dapat diberikan. Hanya nasihat kesabaran dan pohonan doa sahaja yang dapat disajikan.
Beberapa minit kemudiaan, suami yang tadinya menggenggam tangan saya sepanjang proses bersalin masuk semula ke bilik bersalin. Tidak sempat berkata-kata, kami berpelukan kerana tidak mampu lagi menahan sebak.
Selepas itu, Rusydi menemankan Ziyad ke Hospital Kuala Lumpur. Tinggallah saya keseorangan di wad bersalin Hospital Selayang. Sayunya hati kerana sembilan bulan saya mengandungkannya, tapi saya hanya dapat melihat wajahnya sekali imbas sahaja semasa dia dipindahkan ke bilik lain sebaik dilahirkan. Sayunya hati terkenang anak lelaki sulong yang ditunggu-tunggu kelahirannya terpaksa dibawa ke hospital lain untuk dibedah walhal baru sahaja dia dilahirkan. Sayunya hati mengenangkan entah apa nasib anak ini yang sedang berjuang untuk meneruskan hidup.
Petang hari tersebut, Ziyad telah dibedah. Lubang kecil pada perut yang menyebabkan ususnya keluar telah dibesarkan dan doktor cuba memasukkan semula usus yang keluar. Memandangkan usus yang keluar agak banyak, maka tidak semua usus dapat dimasukkan. Masih ada usus iaitu sebanyak kira-kira tapak tangan orang dewasa yang tidak dapat dimasukkan. Doktor menutupnya dengan lydura, sejenis bahan seperti plastik.
Keesokan harinya, saya discaj dari Hospital Selayang. Atas desakan saya, Rusydi membawa saya terus ke Hospital Kuala Lumpur walaupun saya masih lemah. Keinginan di hati untuk melihat Ziyad tak dapat ditahan-tahan.
Dalam wad Pediatric Intensive Care Unit (PICU), saya terduduk melihat keadaan Ziyad. Dia begitu tembam dengan berat 3.25kg, tetapi wayar berselirat di sana-sini dengan pintalan usus yang kelihatan jelas di sebalik lydura. Hati seorang seibu begitu tersayat melihat keadaan itu. Doktor memberitahu bahawa apa yang berlaku disebut secara perubatan sebagai: Gastrochiasis (disebut juga: Gastrochisis)
Dua minggu selepas itu, seorang nurse menghubungi saya pada jam 3.20 pagi.
"Ziyad tenat"
Tergamam saya dengan kata-kata itu. Benar-benar tidak percaya dengan apa yang diberitakan.
Saya kejutkan Rusydi dalam keadaan teresak-esak. Selepas diberitahu, terus dia berwudhu dan solat.
Kami bergegas ke hospital. Di hospital kami hanya mampu berdoa sahaja. Ziyad bergantung hampir 100% kepada mesin bantu hayat. Doktor memberi Ziyad sejenis ubat yang disebut Tinum, iaitu sejenis antibiotik yang paling kuat kerana paru-parunya mengalami pneumonia (jangkitan kuman pada paru-paru). Saya nampak kulitnya berubah perlahan-lahan menjadi kemerah-merahan kerana alah dengan ubat tersebut. Doktor berikan pula ubat alahan.
Semangat Ziyad sangat kuat. Selepas beberapa minggu keadaan Ziyad semakin pulih. Kulit perut yang berlubang juga tumbuh secara perlahan-lahan hinggalah lubang sebesar tapak tangan menjadi semakin kecil.
Pada hari yang ke-41 (kalau tak silap), Ziyad dibenarkan pulang ke rumah. Saya terpaksa mengambil alih tugas nurse mencuci lubang tersebut. Semasa discaj, lubang tersebut hanyalah sebesar kira-kira wang 50 sen. Seghiyau kata orang utara melihat darah meleleh laju setiap kali lubang tersebut dicuci. Tapi, apakan daya. Saya gagahkan juga walaupun tangan terketar-ketar mengesat darah yang mengalir.
Selepas tiga bulan, kulit tumbuh sepenuhnya menutupi usus Ziyad.
[caption id="attachment_502" align="alignnone" width="452" caption="Hari jadi Ziyad yang pertama disambut di rumah baru bersama ayah dan adik-beradik"][/caption]
[caption id="attachment_498" align="alignnone" width="384" caption="Seorang pakwe hensem sedang posing di depan Gunung Kinabalu pada tahun 2006"][/caption]
Kini, enam tahun telah berlalu, alhamdulillah syukur pada Allah yang Maha Pengasih. Ziyad sihat wal afiat. Cergas berlari ke sana-sini seperti kanak-kanak lelaki yang lain.
Sepanjang minggu lepas asyik menyebut-nyebut tentang ayah.
"Kalau ayah tak meninggal lagi bolehlah Ziyad pilihkan kasut untuk ayah." Begitulah sebahagian kata-katanya semasa saya membawa dia membeli kasut untuk dia dan adik-beradik.
Kepada Ziyad, semoga menjadi insan soleh dan musleh. Jadilah insan yang baik seperti ayah. Berhati kental seperti ayah. Jadi berani seperti ayah. Cintakan ilmu juga seperti ayah...
p.s. Saya mahu masukkan gambar Ziyad semasa warded di Hospital Kuala Lumpur, tetapi gambarnya ada di rumah saya di Bertam. Nanti bila-bila ke sana saya akan ambil gambar tu dan scan untuk tatapan semua dan ingatan Ziyad.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Hensem anak teruna Dr. Happy birthday untuk dia, moga dewasa jadi rajul Muslim Musleh, macam ayah dan ibunya...
ReplyDeletehensem? hehehee... perasan pulak la my man tu...
ReplyDeletesalam...comel sgt2 ank,Dr..Dr,sbnrnye sy pun dilahirkan pd 2 Mac juga.anyway...just wanna wish Hepi Belated Bsday to Ziyad..semoga dipanjangkan umur dan dewasa seperti ibu bapanya.
ReplyDeleteSalam..menitis air mata dibuatnya dengan entry ini..Sesungguhnya kehilangan insan yg tersayang suatu yang amat mencabar jiwa dan iman.Semoga Dr terus tabah utk membesarkan anak-anak sehingga menjadi seperti ayahnya.tidak tertahan hati ini bila membaca kata2 adik ziyad utk memilih kasut utk ayahnya..Semoga Allah memberikan kekuatan kepada Dr sekeluarga..ameen..
ReplyDeleteSalam, sebuah cerita yang mengesankan...
ReplyDeletep/s: sila beli majalah Anis Mac 2009, buka halaman 66...ada petikan dari blog ini yang saya masukkan, tq!
Tahniah Yati kerana makin berumur :D
ReplyDeleteTerima kasih al-Amin Daud. Kalau nak dicatatkan tentang kesedihan anak5 (walaupun telah setahun ayahanda pergi) tak terlarat al-Amin membacanya. Setiap anak ada cara mereka sendiri dalam memendam kerinduan.
Banyak-banyak pengalaman bersalin pula, pengalaman melahirkan Ziyad dan Hajar merupakan ujian yang terlalu berat bagi saya.
Ziyad hanya dapat dipangku dan disusukan selepas sebulan dilahirkan. Setiap hari saya melawat dia di PICU dengan disorong di atas kerusi roda oleh Rusydi kerana saya sendiri baru sahaja bersalin. Bila di rumah, rasa serba tak kena mengenangkan anak yang bergantung hidup pada mesin bantu hayat. Selalu saya berdoa supaya Allah jangan berikan ujian yang lebih berat dari itu. Terlalu berat rasanya.
Namun, takdir Tuhan tiada siapa dapat menghalang. Kelahiran Hajar pula diiringi dengan air mata yang bukan kepalang. Terlalu simpati saya melihat renungan mata Hajar. Apa kan daya. Itu kehendak-Nya. Suratan Ilahi pasti ada hikmah yang tidak dapat ditelah dengan akal pertimbangan kita semata-mata.
Hamizul,
Sat gi saya pi Kedai buku USM untuk cari Anis tu. Terima kasih. Semoga usaha meningkatkan kefahaman umat Islam dan bukan Islam tentang zakat akan diredhai oleh Allah s.w.t.
p.s. saya bukan pakar pun dalam nak berbicara tentang hal-ehwal zakat :p
Memang dengan anak-anak kita mudah sangat tumpah airmata. Cuma nak berkongsi cerita dengan dr bagaimana puteri bongsu saya mencium gambar abangnya yang baru tinggal di asrama sambil menangis dan berkata, "Adik rindu abang". Semuanya disebabkan si abang call nak bercakap dengan umminya, tetapi disebabkan adik yang angkat, dia terus letak sebab nak save duit (guna public phone). Agaknya adik tu terasa. Melihat dia menangis, sayapun menangis sama.
ReplyDeleteTak boleh saya bayangkan macamana rindunya anak5 dr pada ayahnya, rindu yang tidak berpenghujung, kata orang. 'Ala kulli hal, saya yakin dr seorang yang tabah. Allah uji sesuai dengan orangnya...
Assalamu Alaikum
ReplyDeleteHow r u?
kaifa haloki?
ni haw ma?
I hope not gangu anda to hantar anda many bmessages.
Now u will have cuti one week ,so please can i know who is ur relative or wakeel (wali amriki) to see him and give u some gifts through him,
Thank you
Muta'asiffah ya Keelani
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt..Semoga ziyad menjadi anak yang soleh dan menjadi kebangaan kluarga.
ReplyDeleteMemang sedih bila kehilangan orang yang tersayang...susah nak gambarkan dengan kata-kata, apatah lagi nak terangkan pada anak-anak..
apapun kehidupan perlu diteruskan...semoga anak-anak puan akan menjadi anak yang terunggul. Amin.
salam...Dr..saya sempat mengenali arwah ketika saya belajar di UniKL MSI..walaupun arwh xpernh mgajar cls saya tp seluruh warga MSI mengenali arwah seorg yg permah dan suka berjenaka.tidak hairan lah ramai yg suka cls nya.Al-Fatihah utk arwah.semoga ALLAH memberi kekuatan kpd Dr sekeluarga...amin..
ReplyDeleteZuraida & Mai, terima kasih. Saya tahu ustaz famous kat MSI, sebab tu dulu bila saya ke MSI mesti saya 'malu-malu alah...' sebab semua pandang-pandang dan bisik-bisik, "itulah isteri ustaz" hihiii....
ReplyDeleteMakin segan bila saya bagi ceramah kat MSI. Rasa serba tak kena je sebab mesti ramai yang banding-bandingkan saya dengan ustaz... "Ustaz Rosdi hebat tapi isteri dia... adus, bosan la...." Hmm... petang hari di bulan puasa pulak kan.... hati masing-masing dah rindu cendol dan ayam percik Bazar Ramadan Klang Lama :)
Assalamualaikum wbt..Semoga ziyad menjadi anak yang soleh dan mjadi hrpn kluarga.
ReplyDeleteDoc dok kt bertam area mana? sy dok kt Bandar Putera Bertam.. Rindu jgk sy dgn arwah.. 'coz arwah seorg yg peramah. smpt jgk arwh jd pengerusi majlis Forum Perdana kt MSI yg sy n group usahakan. Semoga arwah dipelihara oleh Allah swt dan ditmptkn dgn mukminin. Al-Fatihah...
Salam ukhuwah Zamiiri. Rumah kat Bertam Permai tu dah jadi 'Istana Singgah' kami. Sekarang kami tinggal kat pulau. Sesekali akan balik ke Istana Singgah tu. Zamiiri atau kawan-kawan ada tak record forum tu? Saya memang tercari-cari rakaman forum tu. Rakaman tu dah banyak kali keluar kat Radio Kedah tapi saya selalu tak tahu. Dah lepas baru orang beritahu. Kalau ada saya nak. Mak ayah arwah mesti suka sangat kalau diorang dapat rakaman tu.
ReplyDeleteSaya xade smpn la doc.. tp sy akn try tye mbe2 kt msi.. masa forum tu dijalankan sy sbg pengarah program ada mtk melalui surat spy technician msi bt recording dan mmg ada techician bt record. Pe2 hal saya akn maklumkan pd doc yer...sy akn tye pd pihak2 t'tentu dlu..
ReplyDeleteTerima kasih. Saya tunggu feedback Zamiiri
ReplyDelete