Assalamualaikum,
Lamanya tak menulis dalam blog ni. Rindu dibuatnya. Ada banyak perkara yang berlaku sampai tak terdaya nak diluahkan di sini. Di USM kuliah telah bermula. Sudah tentu kesempitan masa semakin dirasakan. Rasa ralat juga sebab sepanjang Jun yang lepas banyak perkara yang mahu dilakukan tetapi tiada kesempatan. Projek hadiah buku yang saya janjikan untuk pengunjung salah satu laman web saya juga nampaknya macam nak terbengkalai.
Semalam, hati saya tergerak untuk membelek handphone lama LG yang digunakan oleh Ustaz Rosdi di saat-saat akhir sebelum pembedahan pada 17 Disember 2007.
Beberapa sms terakhir (yang sudah berusia lebih 1 setengah tahun) membuatkan mata hati terpaku:
16/12/2007
Salam, dok bt pa? esok jd ka operation ?pukul brapa jangka tamat? d hospital mana esok? [Azwan]
17/12/2007
Ok ustaz. Smoga slamat. Kuat azam n bsabar byk2 [019333xxxx]
18/12/2007
Salam shbt. mcm mana dgn operation smlm? semoga segera sembuh. [012385xxxx]
Pa hbq ari ni? dah mula rasa kait ka? sbq2 la... dulu masa kat kg pun mmg jaguh.. maaf x dpt pi ziarah lg.. nanti la.. [Azwan]
19/12/2007
Askum. Ustaz rosdi yusof br shj kbali k rahmat ilahi jam 1145 td. Jnazah dbw k pokok sena, kdah. Kbumi esok pg insyaAllah.
Akum saya nak btanya btul ke apa y dah blaku [012753xxxx]
Salam takziah. moga rohnya bersemadi bersama golongan mukmin. amin. - munawwar & keluarga
Bersabarlah ke atas apa yg. berlaku kalau sudah ditakdirkan tuhan. Ana rasa sedih dan terkilan juga tak dpt. nak ziarah pagi ni sebab berada kat Kelantan Didoakan Allah mencurahi rahmat keatas roh almarhum (ust.fauzi sekeluarga)
Slm. takziah bersabar dan ingat allah byk2,setiap sesuatu ada hikmah kebesaranNya. IKHLAS, dr yanie sekeluarga msi.
Ikutk hati mlm td nak drive je ke kedah tp wife x bg sb sorang2.rasa nak tgk sgt muka arwah buat terakhir sb itu kwn yg paling rapat. mg hasanah n kakak, husna, ziyad tabah, inilah ujian allah kita sbg kwn pun trasa sgt [012900xxxx]
Slm.mg semua tenang dalam m'harungi k'hdpn. bl nk blk bertam? bersalin nti kt na? mg ukhwah antr kita x t'putus d sni.. apa2 hal hbgi lah yanie. wassalam.
Pertama kali dlm hidp saya tramat sedh n trharu w/pramai saudara trdkt yg dah menggal tp xsama ngan pmrgian arwah sb dia slalu cal tnye kabar. w/p ana ramai kawan tp yg slalu take care adalah arwah. [012900xxxx]
***************
Tak sampai hati nak delete sms ni semua. Bimbang juga kalau sms tu semua hilang tiba-tiba. Sebab itu lah saya salin dan catatkan di sini kerana ia sangat bermakna bagi saya. Tak sangka, sms perpisahan ini telah dapat menggerakkan semula hati saya untuk terus menulis dalam blog ini selepas hampir 2 bulan dibiarkan sepi...
Semoga Allah memberkati dan merahamati Dr & anak2. Allah pasti memberikan yang terbaik buat hambaNya.
ReplyDeleteAssalamualaikum Dr., kagum dengan wajah paparan blog Dr Hasanah. Atas seruan dan saranan Dr. Radiah yang amat mengalu-alukan pelajar-pelajarnya (HMT223 dan HMT503) untuk singgah di blog ini. Tahniah atas inisiatif dan mampu menjadi penanda arasan kepada insan-insan lain mencipta sesuatu yang segar di lama sesawang ini. Tahniah sekali lagi. Dr. akan menjadi inspirasi saya untuk memajukan diri dan menambah warna dalam kehidupan saya sebagai pelajar Sarjana Sastera (Bahasa Melayu) di Universiti Apex ini.
ReplyDeleteassalamualaikum Dr. saya mastura binti syamsudin pelajar Major Bahasa Melayu ( HMT 223-DR.RADIAH ) ..takziah saya ucapkan di atas apa yang telah berlaku...ada sejuta hikmah yang mengiringi setiap dugaan yang di tentukan olehNya...semoga tabah menghadapinya...
ReplyDeleteSelamat pagi Dr.Saya berasa bertuah kerana berkesempatan melawat dan membaca blog Dr.Saya pelajar dari P.P Ilmu kemanusiaan dan juga pelajar HMT223.Saya amat kagum dengan ketabahan dan kesabaran Dr melalui dugaan hidup ini.
ReplyDeletegd morn..saya pelajar HMT223..DR Radiah telah mengalu-alukan kami untuk melawat blog dr..blog ini banyak mengajar saya tentang erti ketabahan hidup yang sebenar..
ReplyDeleteSalam, sms terakhir tu memang saya tak dpt lupakan...gurauan dr shbt kpd shbt dgn harapan lekas sembuh...tapi khabar berbeza yg diterima....moga rohnya dirahmati Allah...mg kak Hasanah sekeluarga dlm naungan rahmat drNYA
ReplyDeleteassalamualaikum.saya merupakan pelajar yang mengambil kursus hmt223 dibawah Dr.Radiah.Dr Radiah telah mengalu-alukan kami untuk melawati blog Dr Hasanah ini.Setelah meneliti kandungan blog ini,saya mendapat banyak pembelajaran dan pengajaran tentang hidup dan sebagainya.Terima kasih saya ucapkan.Assalamualaikum.
ReplyDeleteAssalamualaikum dan selamat sejahtera, Dr. saya pelajar hmt223 (Dr Radiah) abdul halim bin abu seman.Dr Radiah telah mengalu-alukan pelajarnya untuk melayari blog Dr, saya amat kagum dengan ketabahan Dr ,dan saya rasa blog ini dapat memberi banyak pengajaran kepada kami semua.sekian terima kasih
ReplyDeletesaya ucapkan selamat berbahagia. semua yang berlaku adalah sesuatu yang kita harus terima dengan redha dan berusaha mencapai yang terbaik seterusnya.
ReplyDeleteAssalamualaikum, Dr. Hasanah. Saya, Nurul Akmal bt Abdul Rahman pelajar HMT223(Dr. Radiah). Dr. Radiah telah mengalu-alukan kami untuk melayari blog Dr. Hasanah. Saya telah memperoleh pelbagai maklumat apabila membaca tajuk-tajuk yang dipaparkan. Terima kasih, Dr. Hasanah.
ReplyDeletesabarlah..Allah hanya menurunkan ujian kepada hamba-Nya yg mampu menghadapinya.amin
ReplyDeleteAssalamualaikum dr.,saya Noorshahaniz hmt223 yang merupakan pelajar Dr. Radiah. Di atas saranan Dr.Radiah yang mengalu-alukan semua pelajarnya supaya melayari blog dr.,saya berasa kagum dengan ketabahan dr. dalam menghadapi dugaan hidup dan ia telah memberi pengajaran dan inspirasi kepada saya dan pembaca blog ini untuk terus tabah dan maju dalam hidup.Terima kasih sata ucapkan kepada dr.Assalamualaikum
ReplyDeletesalam...semoga apa yang berlaku.dr tabah mengharunginya..semuanya kehendak Allah. Allah yang menetukan segalanya dimuka bumi ini. Kita sebagai hambanya perlu Redha. salam rindu..
ReplyDeletesalam..sy pljr HMT223 telah ditugaskan utk melawat blog dr..selain mendapat mklumat yg sgt berguna,sy juga amat kagum dengan semangat yg ada pada diri dr.sesungguhnya,apa yg berlaku ada hikmah disebaliknya..salam takziah dari sy.sekian..
ReplyDeleteSemoga orang-orang yang kita sayangi dirahmati Allah sentiasa. Amin.
ReplyDeleteBersabarlah dengan ujian yang mendatang. Semoga Allah meletakkan suami dr di kalangan mukmin yang soleh, amin.
ReplyDeleteAssalamualaikum... terima kasih Dr Hasanah sebab hantar email kat saya. memang dah lama sangat tak join laman ni... sibuk sangat.. lagipun sekarang ni tengah kurang sihat... Dr nak g johor ke makan mi bandung.. jom.. saya sekluarga belanja makan..
ReplyDeletesabar doktor yer. teruskan hidupmu dengan ditemaniNYA.
ReplyDeleteTerima kasih semua kerana sentiasa mendoakan. Semoga doa itu dimakbulkan oleh Allah. Mai, isk...lapar mi bandung johor hihiii
ReplyDeletesamalah ngn saya.sy pun still simpan suma sms hp arwah suami.
ReplyDeleteAssalamualaikum Dr
ReplyDeleteSemoga Dr. cukup tabah mengharungi ujian yang di'kurniakan' Allah s.w.t. Bagaimana ingin dikatakan seseorang itu beriman jika tidak diuji. Berbahagialah menerima ujian Allah yang penuh hikmah ini. Semoga Dr. sentiasa diberi perlindungan Allah s.w.t.
farahfarhana
sains komputer/3
p/s: pernah ikut kuliah Dr dalam kuliah siswi anjuran PMIUSM
salam. sanah pekbr? ingat akak x lagi. akak duk dengan kak hasmah bait isra' masa kita di Mu'tah. Tahu cite ustaz kembali ke rahmatullah dari massuzah ustaz nizam tapi x dapat nak hubungi sanah masa tu. hanya doa dari jauh moga almarhum ustaz di rahmati di sana. Moga ketabahan terus mengiringi sanah dan anak2. Amin ya rabb
ReplyDeletesalam....selaku student minor p.islam...mengucapkan takziah...dan truskan idup selagi bernafas..huh...motif..??...
ReplyDeleteAssalamualaikum, buat sahabatku, Dr Hasanah.
ReplyDeleteMaafkan Nozi kerana ini kali pertama menghubungi Hasanah setelah sekian lama kita tak berjumpa.Masih ingatkan saya ,kan?Sahabat lama JPA, yang menuntut di Universiti Al-Bayt bersama Husnaa Salehah dan Rusiah.
Saya berdoa semoga Hasanah dan anak-anak tabah dan cekal menghadapi hidup dan sentiasa bersabar dengan ujian-ujian Allah S.W.T.
Insya-Allah, kita akan berjumpa di suatu hari nanti.Salam ukhuwwah berpanjangan.