Jangan zalimi ibu tunggal

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Monday 27 July 2009

Jangan zalimi ibu tunggal



"Ayam tinggal sikit," kata pembantu rumah saya sewaktu saya hendak melangkah keluar rumah pagi tadi.
"Alhamdulillah..." spontan sahaja respon saya.
"Udang? Dah habis?" Soal saya.
"Udah. Habis semua," jawab pembantu rumah yang dipanggil bibik. Bibik ialah perkataan Jawa yang bermaksud makcik.
"Alhamdulillah... syukur," balas saya.

Begitulah selalunya. Setiap kali mendapat tahu bahawa bekalan makanan untuk anak-anak habis, saya akan memanjatkan kesyukuran kepada Allah. Syukur tidak terkira kerana saya dapat memberi nafkah kepada anak-anak itu. Anak-anak yatim pula. Syukur juga kerana apa yang saya belikan untuk mereka habis semuanya. Tambah bersyukur kerana rezeki untuk anak-anak ini tidak pernah putus. Keberkatan hidup semenjak memelihara anak-anak yatim memang sangat dirasakan. Biarpun sesekali terasa berat bahu menggalas tugas ibu dan ayah, namun inayah dari Allah sentiasa mengiringi. Alhamdulillah...

Terima kasih kepada Irfan Supandi dan Ummu Harits yang telah mengarang buku "Keajaiban Mengasuh Anak Yatim" yang telah diterbitkan oleh Ziyad Books di Indonesia (hmm... Ziyad... sama nama dengan my beloved son). Terima kasih kepada sahabat saya yang telah menghadiahkan buku ini yang telah memotivasikan saya dalam mengasuh anak-anak yatim.

Jangan zalimi ibu tunggal

Hmm... topik ini nampak sangat berat sebelah. Seperti hendak berkata tentang diri sendiri. Minta maaf ye. Hakikatnya, dengan sesiapa pun kita tak boleh berlaku zalim walaupun kepada binatang dan alam sekitar. Cuma dalam konteks anak yatim, terlalu banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis yang menyentuh tentang larangan berbuat zalim, mengherdik, menghina dll terhadap anak yatim. Malah, ibu-ibu tunggal yang memelihara anak-anak kandung mereka yang yatim juga perlu sedar dengan peringatan ini.

Tapi, apa kena-mengena dengan jangan zalimi ibu tunggal? Jawapannya, kerana merekalah pemelihara anak yatim. Dibimbangi jika kita menzalimi ibu tunggal, maka maslahat anak-anak yatim juga akan terjejas. Tidak kiralah kezaliman tu dari sudut mental, fizikal, material mahupun emosi. Para ibu tunggal telah sedia menanggung terlalu banyak bebanan. Dari hendak mencari nafkah, menguruskan anak-anak, mendidik mereka, memikirkan keselamatan keluarga dll. Entah-entah hal diri sendiri, makan pakai sendiri pun tak sempat difikirkan. Setiap saat ada sahaja tekanan tanggungjawab dan emosi yang berlegar. Jika tidak kuat kesabaran dan pergantungan mereka kepada Allah, memang amat mudah pula pertimbangan akal fikiran mereka terbabas keluar dari landasan normal kehidupan. Secara jujurnya, saya sendiri sering terlajak dalam membuat pertimbangan apabila dihimpit dengan begitu banyak tekanan.

Berdasarkan pengalaman sendiri inilah menginsafkan saya tentang isu kezaliman ke atas ibu tunggal sama ada secara direct atau indirect. Mereka sudah menanggung terlalu banyak tekanan. Maka janganlah berikan mereka lebih banyak tekanan. Bimbang... jika anak-anak yatim pula yang menjadi mangsa apabila dijadikan tempat untuk melepaskan geram dan amarah.

Hmmm... kalau sudah tahu bahawa berbuat zalim kepada anak yatim adalah perkara haram, maka tidakkah berbuat zalim kepada pengasuh anak yatim juga adalah perkara haram?

p.s. 1:
Saya sering menerima emel daripada para ibu tunggal. Sedih bila membaca kisah mereka. Didoakan semoga Allah melimpahi mereka dengan kesabaran, rahmat dan kasih sayang-Nya. Ujian yang Allah berikan ini ialah hadiah untuk kita. Terimalah hadiah itu dengan redha.


p.s. 2: Saya minta maaf kerana kebelakangan ini saya kurang reply komen dan persoalan yang dikemukakan. Terus terang saya katakan bahawa bila emosi sering terganggu, semangat untuk menulis juga akan malap. Hmmm... kelemahan saya....

p.s. 3: Dr. Radiah Yusof dan semua pelajar HMT 223, terima kasih kerana bersusah-payah menyelongkar blog ini. Dr Radiah a.k.a. Kak Ody ni memang suka buat saya terkejut :) Apa tugasan yang student kak Ody kena buat kat blog saya? Kaji aspek linguistik ke? huhuuu... Minta maaf la sebab blog saya ni lebih banyak emosi berbanding ilmu.

34 comments

  1. Cuba cari buku 'Kepana Tuhan Jadikan Aku Miskin?'...gitulah kira-kira tajuknya...penulis di Indonesia jauh lebih berani berekspressi dengan tajuk, kita pula sering takut-takut...

    ReplyDelete
  2. Entri tentang 'jangan zalimi ibu tunggal' ini sebenarnya saya tujukan buat diri saya sendiri sebagai peringatan buat diri ini yang mudah alpa.

    Ustaz Hamizul, pengarang buku Islamik dari Indonesia memang advanced.

    ReplyDelete
  3. Salasiah bt Tajuddin27 July 2009 at 08:28

    Salaam alaik. Dr Hasanah, ingat lagi tak pada sahabat lama ni. Yg tolong hantar Dr. untuk temuduga di USM dulu naik motor. Alhamdulillah, seronok lihat perkembangan sahabat lama sekarang. Tahniah. Mcmana perkembangan sekarang? Sal baru tahu Sanah kat USM ni dari Azyyati.

    ReplyDelete
  4. Mmwah! rindunya kat sal my best friend kat SMAPK. Hari tu sy pernah tepon rumah sal. Ayah jawab, dia kata sal takde. Lamanya cari sal. Emel la.... Motor sal tu berjasa kat saya... hihii... now I'm here... USM yang sal sayang... yang masa interview naik motor sal hihii....

    ReplyDelete
  5. Jemput melayari web ini. saya banyak menangis di sini.
    web ini mungkin bagus untuk diperkenalkan pada studnt doktor. Dan jika sudi saya menadah tangan mohon dibantu dari segi pengisian.

    ReplyDelete
  6. 1. Ye la tu tapai....
    2. Contoh kezaliman ke atas ibu tunggal yang diceritakan pada saya ialah: perebutan harta pusaka oleh keluarga suami dan juga sikap keluarga suami yang menerima harta pusaka tetapi tidak mahu membantu dalam hal nafkah anak-anak.

    ReplyDelete
  7. haiyya cbah, hang dok tuggal lagi, takkan dah dizalimi. Apa? Tapai punya kerja? Memang nak kena si tapai ni. Berani tapai zalimi cbah.

    ReplyDelete
  8. salaam alaik Dr..saya suka membaca kisah kisah Dr..ada kekuatan buat saya...hanya yg mengalami saja yg tahu ertinya....

    ReplyDelete
  9. Salam. Seorang balu seperti saya.... kdg-kdg dikejar bayangan sendiri. kurang yakin meneruskan hidup.. membesarkan 3 org anak yatim....malah kurang sokongan keluarga....hanya sedikit kekuatan yang ada......

    ReplyDelete
  10. Maznah & Zunaidah, apo nak dibeuknyo. Dah taqdir untuk kita... betul lah maznah kata, hanya yang mengalami saja yang tahu ertinya.

    Saya tetap bersyukur kerana taqdir yang Allah berikan untuk saya ni membuatkan saya banyak berfikir bagaimana nak bantu nasib ibu-ibu tunggal di luar sana. Kebetulan pula saya dalam bidang Zakat. Jadi, idea-idea yang keluar memang seputar bagaimana zakat boleh membantu ibu tunggal, terutamanya yang memelihara anak yatim. Kiranya ni problem based learning la.

    Cuma, setakat ni, baru ada idea je. Output belum ada lagi, hihii... Nanti ye, sabar... :)

    ReplyDelete
  11. salam zunaidah,
    saya faham. cuma di halaman dr kita cuba cari kekuatan....

    ReplyDelete
  12. 86 hari suami kesayangan pergi, tapi saya masih rindu dan sayu lagi. 3ma ksh dr Hasanah. Rasa kuat ckit bila baca kisah dr n anak2.

    ReplyDelete
  13. Salam Dr.

    btl tu Dr. skrg ni itulah mslh yg sy hadapi.pak mentua sy tgh cbuk nk menuntut harta suami sy yang x seberapa sgt ni. maklumla kami br berkahwin.berapa sgtla harta yg ada. sy faham kalo dia ssh.ini harta dia saja sy igt sampai umur dia 100 taun pun bleh mkn ngn idup sng.yang sy geram sgt since husband sy meninggal hampir 7 bln ni.Dia lgsg x pernah ambil perhatian ank sy.kalo sy tu sy pahamla apalah sgt setakat menantu dia.tp tlgla fikir ank sy...sy rasa down sgt2. x taula mcm mn sy nk wat?berilah sy sdkt advice utk sy defend harta peninggalan suami sy...

    ReplyDelete
  14. okk la tuhh dr hasanah....pedulikan kata mereka...kihkihkih

    ReplyDelete
  15. benar apa yang dikatakan kerana saya sendiri seorang ibu tunggal. kadang-kadang tidak tertanggung rasanya bebanan ini.... moga Allah memberikan kesabaran yang tinggi kepada kami semua yang bergelar ibu tunggal...

    ReplyDelete
  16. Salam,

    Saya ingin mencari mana-mana ibu tunggal jujur dan amanah di daerah Kuala Langat, Sepang, Klang dan Putrajaya yang ingin menambah pendapatan dengan menjadi agen menjual baju kurung. Komisen akan diberi mengikut helaian pakaian yang dijual. Sila hubungi saya, Puan Nor Hayaty Binti Shari di butikpolaris@gmail.com. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  17. sharief bin syafii9 March 2010 at 02:36

    salam,,
    kami tengah buat kajian tentang emosi, spritualiti, religiositi dan kesihatan mental dalam kalangan ibu tunggal di Msia.. kalau puan-puan ibu-ibu tunggal sudi memberi komen, pendapata, fikiran, pandangan mahupun cadangan dapat dihantar ke email kami di: Sharief_ukm@yahoo.com
    segala maklumat akan dirahsiakan dan sulit. atas komen puan-puan diucapkan ribuan terimakasih

    ReplyDelete
  18. Salam, Dr. saya baru sj menyertai blog ni. di mana sy boleh dapatkan buku ni. saya tak sabar nak membacanya. Saya adalah ibu kepada 3 anak yatim yang masih kecil..moga buku ni dpt memberi panduan dlm mengasuh anak2 sy.

    ReplyDelete
  19. benar,sbgai balu d ibutuggal kpd 5 anak lelaki sy alami terlalu byk dugaan,jika x kuatkan smngat d ingatkan Allah,dah lame rebah.Alhmdulillah hari ni 2 anak dh jadi peguam d jurutera,2 d universiti d sorg masih sekolah..kpd kaum senasib,kuatkan smngat,bersabar d sntiasa lh berdoa..

    ReplyDelete
  20. Puan Dyna, tahniah atas kejayaan membesarkan dan mendidik 5 putera tu walaupun kejayaan itu dijulang dengan berpijak duri dan kaca.
    Saya harap puan dapat selalu memberi nasihat dan semangat kepada para wanita yang baru kematian suami di blog ini. Blog ini sudah sinonim dengan air mata para balu yang merintih mencari kekuatan untuk meneruskan kehidupan.
    Jazakillah khayr al-jaza'

    ReplyDelete
  21. knapalah hati ibu tunggal sering dipermainkan yaallah jauhkan aku dari orang2 yang zalim

    ReplyDelete
  22. memegang status ibu tunggal memang memerlukan kekuatan d keimanan yg kuat,.ingatkan ALLAh byk2..dlm pe jua pkr yg kita buat biarlah dgn naiwatul yg betul,.golongan mcm kita ni memang trdedah byk ujian..bykkan bersabar

    ReplyDelete
  23. 3makasih Hasanah,.dah lame x join kt sini,ada hal yg kena selesaikan..pe kabar smua.?selamat berpuasa semoga ibadah kita d trimaNYE

    ReplyDelete
  24. Nak kawin,calon dah ada tp x yakin..........takut kecewa ag........

    ReplyDelete
  25. istikharah ler......sebab dah berusaha,bertawakal dan berdoalah pula..InsyaALLAH jika dia jodoh kita akan nampak jalan yg ALLAH tunjukkan..... (*_*)

    ReplyDelete
  26. Ibu tunggal kne kuat..mbina kekuatn perlu dr rohani yg bersih...trus akan disusuli dgn usaha yg gigih..bg sy ibu tunggal perlu kuat dr sudut agama dan ekonomi...agama boleh di blajar dan diamalkan...ekonomi perlu berusaha untuk mengukuhkn keperluan harian untuk terus hidup..jika dapat lebih...itu bonus..sy ada baca buku Jalan Pintas Buat Duit,penulis: Nasnan Jajuli penulis buku Jutawan Melalui Sektor Pertanian & penulis DBP,buku ini bg sy sgt baik utk golongan yg ingin mencari dan mengukuhkn ekonomi...bukn sekadar ilmu,malah boleh dilaksanakn...ini no telefon yg bole dihubungi:0196109923...sy telah mbacany & sgt2 bmakna n bfaedah untuk kehidupan sy...InsyaAllah org lain pun bole...

    ReplyDelete
  27. nor azima ahmad18 April 2011 at 14:05

    ass,sebagai ibu tunggal hati sering menangis kepedihan.namun,demi anak-anak tercinta perjuangan harus
    ku teruskan.berserah kepada allah...mungkin inilah dugaan hidupku

    ReplyDelete
  28. salam dr. boleh saya minta email dr...ada beberapa persoalan sikit yang hendak saya ajukan di email...

    ReplyDelete
  29. mmg bkn mudah menjadi ibu tunggal.. yg penting kekuatan samaade dr segi mental n fizikal dlm meneruskan kehdpan , pd saye emosi kt perlu kuat utk memberi motivasi pde anak2 , terutma ibu tunggal yg bercerai..apabila kt kuat n sentiase mmberi motivasi yg +ve wlupun perkara trsbut asalnye -ve , yknlah anak2 akan mnjadi anak2 yg positif , brskp penyayang n cemerlang dlm pelajaran.. insyaallah ...sy cume brkongsi ape telah sy lakukan pd anak2 sy (5 org) ...alhamdulillh dgn izin ALLAH jue...

    ReplyDelete
  30. anak ibu tunggal14 April 2012 at 04:48

    pengorbanan ikhlas pasti diberiNYA balasan. Mendidik dan bimbingan dengan sentuhan dan kasih sayang menjadikan anak2 lebih matang ......insyaALLAH

    ReplyDelete
  31. Banyak yang perlu dilalui oleh ibu tunggal,.. tp yg paling besar ialah tekanan perasaan,.. hilang teman berbual,.kosong jiwa,..luluhnya hati hanya Allah yang tahu,.. jadilah seperti Nabi Muhammad apabila di uji ,... Aku hamba Allah, DIA tidak akan mengecewakan ku,,,,.. Allah Maha Tahu apa yg terbaik untuk diri kita

    ReplyDelete
  32. salam..sya mencari ibu - ibu tunggal yg kematian suami utk sebuah dokumentari. sya mencari ksah dan perjalanan ibu tggal yg terpksa mengharungi kesukaran hdup bersendirian dan membesarkan anak2...selain itu, sya jga mencari ibu tggal yg berjaya mengeluarkan mereka dari belenggu kemiskinan dan kesusahan selepas kematian suami...atau sapa yg mengenali ibu tggal sila emailkan pada sya myakmalch96@yahoo.com atau bleh wasap sya 01124321692....terima kasih

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage