Friday 14 August 2009
Menanti di Barzakh
August 14, 2009
....::::||||::::....
Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,
Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,
Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku
Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan
Tetapi Ia Sebenar Kejadian
Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,
Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,
Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan
Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata
*** saya mencari cd nasyid ini, dialunkan oleh Far East kalau tak silap. Liriknya menginsafkan saya tentang kematian... Saya tahu saya belum bersedia menghadapinya...
Ya Allah, ampunilah hamba-Mu ini, ampunilah kedua ibu bapaku, ampunilah suamiku, ampunilah anak-anakku, ampunilah kaum keluargaku, ampunilah sahabat-sahabatku, ampunilah jiran tetanggaku, ampunilah setiap orang yang mengasihiku, ampunilah setiap orang yang kukasihi, ampunilah jua seluruh umat Islam... amiin...
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
ingatkan yg ustaz asri rabbani alunkan, semua yang idup pastikan meninggal...now tak mesti tua, muda pun leh tumbang, insaf la kite semua...
ReplyDeletesalam.. DR. sy ada lagu far east... kalu dgr lagu dia... merembang bulu roma... takot sgt... rasa insaf dlam diri...
ReplyDeletesalam..dlm satu ayat yg bermaksud..dari aku kau dtg..kepada aku kau kembali..huraiannya..tiap2 manusia akan merasai mati..dan mati itu hak ALLAH..dia bolih ambil bila2 dia kehendaki..yang membezakan antara manusia adalah TAKW DAN AMAL SOLEH..ALLAHUAKBAR
ReplyDeletemaka beruntunglah orang2 yang selalu mengigati mati,moga kita diberi kebaikan di dunia dan akhirat,insyaallah,amin.
ReplyDeleteSetiap insan pasti merasa
ReplyDeletesaat perpisahan terakhir
dunia yang fana akan ditinggalkan
hanya amalan yang dibawa
terdengar sayup surah dibaca
sayunya alunan suara
cemas didada lemah tak bermaya
terbuka hijab didepan mata.....
aduhai... itulah beberapa bait senikata lagu oleh Alllahyarham Ust.Asri Rabbani. Semoga sama-sama seluruh rakyat Malaysia hayati. Beliaulah pejuang dakwah dalam nasyid. InsayAllah.
Semoga rohnya bahagia di Alam Barzakh.
Andai kak Nor Jannah (balu almarhum ustaz Asri Rabbani) singgah di blog ini suatu hari nanti, saya harap dia tahu bahawa bahawa saya dan anak-anak mendoakan semoga ustaz Asri diampunkan segala dosa dan diangkat martabatnya di alam sana.
ReplyDeleteKami juga mendoakan semoga kak Nor Jannah sabar dan tabah dengan ujian kematian ini. Melihat wajah kak Jannah memangku anak kecil di tv dan mampu bercerita dengan sangat tenang saat terakhir bersama beliau, saya percaya, kak Jannah seorang yang bersemangat kental.
Semoga Allah permudahkan segala urusan. Kematian orang tersayang ialah satu dugaan yang sangat perit untuk ditempuhi, namun, itulah perancangan Allah yang pastinya punya hikmah yang besar.
Anak-anak saya asik mengulang sebut, muka ayah macam muka ustaz Asri.... (tapi kini kedua-duanya berada di alam sana)
Nasyid pergi tak kembali, begitu meruntun perasaan. Kita juga akan pergi tak kembali....
tapai menangis? isy, bunyi mcm penyu mnangis je, hihii... jangan marah, nanti kena jual :)
ReplyDeleteDr. Jasni, harap2 kelab kebajikan ppik boleh buat banyak program mengingati mati, nak jemput syarikat insuran, uruspusaka ke, boleh gak.
Masyitah, beli kat mana cd far east tu? kat Penang? kat mana?
Abd. Karim, Risan & Mariam, terima kasih...
Saya peminat Rabbani. Dari zaman kaset yg talinya dah jadi mainan tarik tali anak-anak, sampai la zaman cd. Semoga dakwah melalui nasyid akan terus berkembang di Malaysia.
Far East akan buat show di Bait al-Amin... bestnya... nak pegi... Oh ye, baca:
ReplyDeletehttp://bait-alamin.com/blog/2009/10/09/jemputan-rumah-terbuka-bait-al-amin/
suami kt semua dipinjamkan oleh Allah utk seketika waktu...namun ,kt perlu redha atas ketentuan Illahi kerana semua yang dirancangkan adalah yang terbaik utk diri kita..semoga roh suami kt dicucuri rahmat, ditempatkan bersama golongan hamba-hambaNya yg beriman dan beramal solleh...Al-fatihah.
ReplyDelete