Sunday 25 January 2009
Hasanah, lima anak, SetBersalin.com dan e-book percuma
January 25, 2009
Selepas Portal E-Learning, Abwab the Islamic Links Database dan juga mAkMaL wOrdPreSs v6, hari ini dengan rendah hati saya ingin mengumumkan satu lagi projek saya iaitu SetBersalin.com :)
Syukur, Alhamdulillah....
Sebenarnya website ini bukan saya yang bangunkan, tetapi saya hanya mengambil alih pemilikan dan pengurusan website ini daripada Extreme D milik Suhaimy (tauke Sempoihosting.com dan WangCyber.com). Memandai-mandai je saya beli website ni. Bukannya pandai sangat tentang hal ibu hamil dan bersalin, tetapi pengalaman mengandung dan melahirkan lima orang anak mungkin sedikit sebanyak dapat dikongsi dengan bakal ibu sekelian.
Website SetBersalin.com dikhususkan untuk bakal ibu iaitu wanita yang sedang hamil dan yang sedang merancang untuk hamil. Jadi, untuk para isteri dan kaum ibu hamil sekelian, sila lawati website tersebut untuk mendapat e-book panduan kehamilan secara PERCUMA.
Errmmm......... ok, saya faham. Para suami dan kaum bapa juga hendak dapatkan e-book ini kan... Baiklah, saya perkenankan. Sila klik screenshot laman setbersalin sekarang. Hah? Yang bujang pun nak juga? isy 17x.......
p.s. Naseebah, cuba teka, tapai dok dalam kumpulan mana? hihii....
p.s.s. Erk, gambar cik kak pregnant pada cover ebook tu bukan saya :). Tu Suhaimy lah punya kerja! :P
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Salam dr hasanah..
ReplyDeleteHarap dapat banyak info dar dr..
Lin, cepatnya reply :), baru 5 minit je saya pos entri ni, Lin dah reply.
ReplyDeleteTerima kasih & selamat berkenalan.
hehe..kebetulan tgh online malam2 ni..siang x sempat..selamat berkenalan..
ReplyDeletesalam dr..selamat berkenalan ...saya baru tengok blog dr...tentang edah untuk balu...cumanya saya sendiri masih dalam edah..dah 50 hari...saya cuma nak dapatkan sedikit kekuatan dari pengalaman dr...tq dr.
ReplyDeleteTakziah Maznah. Banyakkan bersabar kerana ujian ini pasti ada hikmahya. Dekatkanlah diri pada Allah yang telah menentukan takdir ini kerana Dia lebih mengetahui setiap yang tersurat di sebalik qadha' qadar Ilahi. Mudah-mudahan apa yang berlaku ialah taqdir terbaik untuk kita, anak-anak dan para suami yang telah dipanggil pergi.
ReplyDeleteSaya tidak sesuai untuk dikatakan kuat berdepan dengan kematian suami tercinta. Setahun telah berlalu, hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui keadaan saya. Apabila menatap gambar suami, sering sahaja saya berkata:
"Pabila dikau pergi, sebahagian diriku tiada lagi"
Minggu ni hari jadi Hajar yang pertama, puteri bongsu yang tidak sempat menatap wajah ayahandanya kerana lahir 42 hari selepas ayahandanya dipanggil Yang Maha Esa.
http://drhasanah.com/2008/permata-baru/
Baru sahaja siang tadi, anak lelaki saya cakap: "kalau ayah tak meninggal lagi, kan senang!".
Tengahari tadi saya dan anak5 menziarahi pusara suami. Hibanya tidak pernah hilang. Hati anak5 pula, kadang-kala tidak dapat ditelah. Dalam riang ketawa, hati mereka menangis cemburu melihat orang lain mempunyai ayah.
Selalu saya ingatkan mereka, "Allah sayang ayah. Hanan dan adik-adik bukan takde ayah, tapi ayah pergi jumpa tuhan. Belajarlah rajin-rajin supaya jadi pandai macam ayah. Jadi orang baik macam ayah. Doalah untuk ayah, Ya Allah, ampunkanlah ayah. Ya Allah, ampunkanlah ayah dan emak..."
Salam dr. Smue chat ke dr?sdih jg dgn msj dr.teringat kat mak dh 8tahun pergi..
ReplyDeleteSedih juge dengan insiden yang menimpa dr dan keluarga. Moga tabah hati menempuh hari yang mendatang.
ReplyDeleteSaya pun punya anak lima. Bila mengenangkan apa yang terjadi pd dr, saya sendiri pun tak terfikir apakah saya dan isteri mampu meladeninya...
Just i want to thank Dr hasanah 4 her site but why she not peply when i email her
ReplyDeletesaya harap ada bahsa arab dan ingeris dan china dan hindu sebab bahasa ini di guna di malaysia
ReplyDelete