Kuliah Memaknakan Taharah Untuk Kita-Kita Je

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Thursday 30 July 2009

Kuliah Memaknakan Taharah Untuk Kita-Kita Je



"Allah berkata: Apakah yang menghalangmu sujud kepada Adam pada waktu aku menyuruhmu? Jawab iblis: Saya lebih baik daripadanya. Engkau ciptakan saya daripada api sedangkan dia Engkau cipta daripada tanah." [Al-Quran, Al-A'raf: 12]


Meneliti ayat ini, benarkah api lebih mulia daripada tanah?
Api hebat membakar. Ada api, boleh la buat bbq. Hmm.. betul tu. Tanah pula ada yang subur, ada pula yang keras, kontang dan macam-macam lagi.

Mmmm... cuba bayangkan. Kalau kita ada benih jagung, kita campak ke dalam api. Apa yang terjadi? Hangus rentung, kan. Dalam bahasa kasar, "apa pun tak guna!".
Kalau dicampak satu lagi benih ke tanah. Untung-untung bercambah juga. Silap gaya, benih yang satu tu boleh menghasilkan sebatang pokok jagung yang menghasilkan banyak buah. Jangan lupa, jagung ialah sejenis pokok yang ada pakej lengkap sistem reproduktif pada satu pokok. Pokok yang satu tu akhirnya boleh menghasilkan beratus-ratus lagi pokok jagung!
Jadi, mestikah api yang hebat membakar tu lebih hebat berbanding tanah? Mestikah iblis yang dicipta dari api itu lebih hebat berbanding manusia yang dicipta daripada tanah?


Persoalan yang lebih berat lagi: adakah perbandingan kehebatan di antara manusia dan iblis dinilai dari sudut penzahiran penciptaannya semata-mata?

Hmmm... fikir.... fikir....

Teliti semula ayat tadi. Sebenarnya hanya iblis sahaja yang menilai kehebatannya berdasarkan asal-usulnya [err... mulut nakal ni nak je kata, sesiapa yang rasa dia hebat kerana asal-usul, keturunan dia hebat bebenor, maka..... ups!]. Allah tidak pernah mengakui bahawa makhluk api itu lebih baik dari makhluk tanah kerana keapiannya, ataupun makhluk tanah lebih baik daripada api kerana ketanahannya.

Tetapi, kehebatan sesuatu makhluk dinilai dari sudut akal dan jiwanya. Akal dan jiwa manusia Adam diberikan ilmu dan iman. Akal dan jiwa kurniaan Allah s.w.t. untuk kita pula terpulang kepada kita bagaimana kita nak modify. Kalau benih jagung yang elok kita semai pada akal dan jiwa tu, pasti ia akan menumbuhkan hasil yang lumayan. Tapi, kalau dibiarkan akal dan jiwa itu keras dan kering kontang, maka lori benih jagung terbalik pun, tidak akan menghasilkan apa-apa.

Kalau dirasakan bahawa kita ni masih bak makhluk bernama tanah itu, maka janganlah dibiarkan akal dan jiwa tidak dapat menghasilkan apa-apa. Bentuklah supaya tanah itu subur membugar. Tapi, bagaimana hendak menjadikan akal dan jiwa itu subur?

Hihii... inilah muqaddimah saya tengahari Jumaat 31 Julai 2009 sebagai memenuhi permintaan err.. alamak siapa ye, HEWI Pusat Islam dan Persatuan Mahasiswa Islam USM -kot..(alahai, lupa pulak siapa penganjur, minta maaf ye). Kuliah yang diadakan khas untuk wanita semasa para muslimin sedang solat Jumaat di Masjid al-Khalid tu sebenarnya bertajuk taharah atau kesucian a.k.a. bersuci.

Hmmm.... bila diminta bercakap tentang taharah, saya tak tahu apa nak diulas. Jenis-jenis air? Najis? Wudhu? Kebersihan? Wui, luas semuanya tu. Dan lagipun, takkanlah masih logik di zaman air paip dan air mineral ni saya bagi kuliah bahawa air mutlak itu tujuh, air hujan, air salji, air mata air, air embun, bla... bla...

Bingung memikirkan apa yang nak 'disembangkan' hanya dalam tempoh satu jam, maka pada malam ni saya putuskan untuk suka-suka hati tukar tajuk kuliah ni kepada 'Memaknakan Taharah'. Apa maksudnya tu? Err... entahlah, ni tengah dok memikior lagi ni apa ke maknanya memaknakan tu. Ala kulli hal, bagi mencapai maksud memaknakan taharah tu, saya menggunakan 5 buah buku yang macam takde kena-mengena antara satu dan yang lain. Buku-buku tersebut ialah:

1. Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Taharah [Bersuci] Tapi Anda Malu Bertanya ( Mohd. Azrul & Azhar)
2. Ringkasan Ihya' Ulumuddin (Imam al-Ghazali)
3. Kuliah Subuh Pada Membicarakan Hadis 40 (Syed Ahmad Semait)
4. Manusia dan Islam (Haron Din)
5. 7 Formula Hidup Sukses (Jaafar Muhammad)

Mukaddimah artikel ini diubahsuai daripada idea api-tanah-jagung oleh Ustaz Jaafar a.k.a Abu Faiz dalam buku 7 Formula tu.

Ok, nak teruskan study. Lima buku nak dibaca di malam Jumaat yang hening ni. Nak buat power point lagi. Lima slide cukuplah. Siapa lapang dan sanggup nak buang masa mendengar kuliah ni, jemputlah ke Dewan Kuliah G31 (tepi Masjid USM je) jam 1 thr - 2 petang. Perhati betul-betul timing tu. Tok khatib baca khutbah setengah jam je. Saya punya khutbah 1 jam, huhuuu... (nasib baik tak terpengaruh dengan Amina Wadud!) Ok. Segala kekurangan kupohon ampun banyak-banyak. Err... jamuan tidak disediakan :D

2 comments

  1. alaaa... termiss pulak.. rugi.. rugi... lain kali ustzh kabo le awal2

    ReplyDelete
  2. amina wadud tu yang wanita yang jadi imam solat jumaat kan? wanita pertama yang tak pasal-pasal baca khutbah jumaat kan? apa hukumnya yek? tak sah lah kan... eh, brapa kali kan daaaa

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage