Enam purnama telah berlalu

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Friday 27 June 2008

Enam purnama telah berlalu




Enam purnama telah berlalu. Kesedihan kami sekeluarga masih tidak hilang. Kerinduan di hati masih kukuh tidak berkurang. Melihat Huda yang baru berusia 2 tahun menangis terkenang ayah ketika saya, Hanan dan Husna membaca Yasin malam tadi, Allah... tuhan sahaja yang tahu bagaimana rasanya ketika cuba memujuk dia agar jiwanya kembali tenang.

Enam purnama telah berlalu. Rasa seperti tidak percaya semuanya telah berlaku ke atas saya dan 5 zuriat kesayangan. Namun, ketentuan tuhan pasti akan terlaksana sebagaimana yang telah dirancang. Biar pun begitu perit rasanya dugaan, tetapi setiap yang dirangka oleh Yang Maha Esa pasti mempunyai HIKMAH yang sangat besar, tak mampu ditelah oleh akal cetek seorang insan...

Enam purnama telah berlalu. Sudah terlalu lama hidup dalam kesedihan. Mungkin sudah sampai masanya untuk saya tidak lagi berpaling ke belakang. Kehidupan mesti diteruskan. Kalau terus ditangisi yang telah pergi, tak mungkin saya sekeluarga dapat meredah dugaan yang setiap hari datang pergi tiada kesudahan.

19 comments

  1. salam Dr.
    moga-moga Dr.sekeluarga terus tabah....

    ReplyDelete
  2. Saya juga doakan Dr. terus tabah...

    ReplyDelete
  3. Salam,

    semoga tenang dan tabah buat pejuang2 terhebat...

    ReplyDelete
  4. Ya Allah, berilah pahala atas musibah yang menimpa mereka dan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

    Semoga Dr. tabah dalam menghadapi ujian.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih. Doa dan kata-kata perangsang daripada semua sedikit sebanyak telah membantu memulihkan semangat saya.

    ReplyDelete
  6. Tentu ada hadiah besar menanti atas ketabahan Hasanah hari ini.....
    ?? ??? ???? ?? ???? ??? ???

    ReplyDelete
  7. man yuridi Llahu bihi khairan yusib minhu
    (tadi taip kot arab, tapi kuar tanda soal pulak...)

    ReplyDelete
  8. Ustazah,
    Al-fatehah...
    Kematian adalah penghujung hidup; tetapi jasa dan peninggalan akan terus menerus...
    Jasa & peningalan Arwah akan terus ada dalam catitan Allah dan ingatan insan yang telah mengenalinya secara terus-menerus atau melalui laman webnya. Peringatan dan ilmu yang ditinggalkan beliau akan terus memberi pulangan dialam barzah.
    Eloklah laman web Aruah dipautkan kelaman Ustazah; kerana impeknya sebagai peringatan kepada yang leka dan lalai sangatlah besar; terutama artikel-artikel akhir Arwah "Muhasabah diri sebelum maut"

    Teruskan Tabah dan redza Ustazah.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih Dhiaudin, saya pun asyik memikirkan untuk terus mengekalkan domain www.rosdi.net. Selain mengekalkan fikrah almarhum ustaz, anak-anak saya juga akan dapat jenama rosdi... nantilah, saya sedang usahakan. Hari tu, saya ada set blog peribadi untuk anak-anak seperti: hanan.rosdi.net, husna.rosdi.net... nampak cantik kan, nama anak [dot] nama ayah nya.. tapi ada masalah di server. Nanti, saya sedang usahakan server migration.

    Artikel sebelum ajal.... http://www.rosdi.net/blog/2006/muhasabah-diri-sebelum-ajal/ sangat menyentuh hati... Semoga ustaz Rosdi Yusof sentiasa dirahmati Allah...

    ReplyDelete
  10. Hasanah.. teruskan menulis.. menulis.. dan menulis... dedikasikanya untuk arwah. Saya menunggu..


    Sungguh berat mata memandang, betapa sedihnya hati berasa, berat lagi tuan punya diri menanggung. Semoga hadiah yang paling istimewa daripada Allah menanti awak dan anak-anak atas kesabaran dan ketabahan ini. wallahu'alam

    ReplyDelete
  11. Kesedihan bukan bererti tidak berbahagia..dan ketawa bukan bererti bergembira.
    Kerana kesedihan membuat kita melangkah menghampiri Dia dan pasti menemuiNya..dan ketawa gembira membuat kita lalai leka.

    ReplyDelete
  12. Begitu halus kata-kata Jack. Terima kasih.

    ReplyDelete
  13. ...Saya telah mencari erti kegembiraan dan mendapatinya ia hanya memberi saya ketawa. Dan saya telah mencari erti kebahagiaan tetapi ia memberi saya air mata..dan airmata itu bukan untuk kesedihan..ia lebih kepada rasa terharu..damai..lega..dan ada nikmat didalamnya..dan sukar untuk diungkap dengan kata-kata..terasa seperti sekuntum bunga sedang mekar dilubuk hati.

    ReplyDelete
  14. Semoga Dr. terus tabah...
    sama² mendoakan...

    ReplyDelete
  15. swaktu akhir hayat arwah suami saya pn die slalu bercerita ttg kematian, dan setelah kmatiannya saya terjumpa buku alam kubur yg baru dibeli dlm ms 3 bln didalam beg yg slalu dibawa. kebelakangan itu, byk nasihat drpnya yg sekarangnya amat bguna bt saya.
    pernah tlintas di fikiran saya situasi yg saya alami sekarang bile die bercerita ttg itu, tp sy slalu nafikan die akan pergi seawal ini sedangkan usianya br 27 thn dan tiada penyakit.
    tak sampai berapa mnt pn die mghadapi sakaratul maut dan saya tak sangka pn itu adalah sakaratul maut kerana mcm sesak nafas biasa tiba-tiba die pergi utk slamanya.
    sampai sekarang (2bln pemergiannya) wlpn redha ttp mcm tidak percaya die telah tiada disisi sy,
    anak saya wlpn msh tidak pandai bertanya kemana ayahnya pergi ttp saya tahu dlm hatinya tertanya2, gambar ayahnya yg slalu dbawa ke berlari2 sambil menyebut ayah sayang ayah. tapi apa lah die tau die br 2 thn adiknya 10 bln msh lg tak pandai sebut ayah pn.
    cabaran saya mcm mn nak mengekalkan ingatan mereka pada ayahnya, ayahnya terlalu menyayangi mereka.

    tetapi hakikatnya cinta terhadap mahkluk tidak akan kekal pasti sakit bila perpisahan terjadi cinta terhadap ALLAH ia abadi.

    namun sakit dirasakan seakan ada sesuatu yang menusuk dihati ini walaupun dpt dicabut pasti meninggalkan bekas yg dlm dan sukar utk sembuh.

    Ya ALLAH ampunilah hambamu yg lemah ini.
    semoga Almarhum Mohd Hasli Fadli dicucuri rahmat ALLAH.

    ReplyDelete
  16. hebat betoi ciptaan tuhan bernama hawa ni...elok la pakat2 bina kekuatan antara satu sama lain, ramai lg kaum hawa kat luaq sana yg hilang punca bila hadapi situasi ni...

    ReplyDelete
  17. salam'alaykum
    yang mampu saya katakan, bersabarlah
    semoga Allah memberi yang terbaik for ur late husband, urself and ur family here, and herafter
    Allahumma ameen

    ReplyDelete
  18. Anwaruddin Haji Sulaiman9 March 2010 at 03:12

    Kepada Dr Hasanah..

    Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah..

    La yukallifullahu nafsan illa wus'aha..

    Allah takkan menguji seseorang melainkan atas kemampuannya..

    Moga Dr Hasanah terus tabah dan yakin bahawa sesungguhnya Allah yakin bahawa dirimu mampu menanggung ujian dariNYA ini..

    Yang Dikasihi Allah.. Allahyarham Ustaz Rosdi..
    Moga RohMu tenang bersama orang-orang yg beriman dan yg beramal soleh..

    Yaumala yanfa'u wala banun.. Illa man atallah ha biqalbin saliim..

    Hari yang mana tidak lagi bermakna harta dan anak pinak..
    Melainkan mereka yg kembali kepada Allah dengan hati yg sejahtera [silap tolong betulkan] mafhum ayat Al-Quran.

    Moga mawaddah wa rahmah dari Allah sentiasa melimpahi atas kalian.. Do'a ana.. Semoga kalian terus tabah..
    Tabah.. dan Tabahlah..

    Sesungguhnya Allahyarham Ustaz Rosdi akan berasa tenang dan damai selagimana kalian redho Atas kehendak Allah memanggilpulang ke kampung barzah sebelum ke hari pengadilan.. Yaumil Mahsyar..

    ReplyDelete
  19. Kepada Dr Hasanah,

    Kebetulan semasa saya membuka blog Dr ini, saya baru kematian suami. Sebak tatkala saya membaca membaca blog Dr. Suami saya juga meninggal dalam usia yang muda. Dapatkan kita dijodohkan kembali dengan suami kita di akhirat nanti?

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage