June 2006

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Monday 26 June 2006

66% lelaki Qatar kahwin misyar?!!!

Arab columnist backs Misiyar marriages

Monday, June 26, 2006
Web posted at: 6/11/2006 4:41:8
Source ::: The Peninsula

Doha ̢ۢ

Sixty-six per cent of ‘Misiyar' marriages in Qatar are a result of men trying to avoid trouble at home with their other wives.

This startling statistic has emerged in a newspaper column written by a Qatari national — Ahmad Mohammad Rais Al Kuwari. Writing in Al Sharq, he said: "The women at home are possessive and they will not accept another wife. This is because of jealousy and men want to avoid trouble from bringing the new bride home."

‘Misiyar' is a legal marriage according to Islamic law where there is no commitment. Being somewhat controversial, it naturally has its share of supporters and detractors.

Those against it say ‘Misiyar' creates moral problems and raises social issues. Those in favour say it is after all legal as per Islamic laws so there is nothing wrong with it. In the last five years, the phenomenon has become widespread throughout the GCC states, like Qatar. People are wary of getting married due to the high expenses and social commitments involved.

Ahmad Mohammad says he himself is in favour of ‘Misiyar' marriages. He wrote: "It does not mean taking away the rights of the woman. A woman in this kind of marriage is not ‘cheap'. For many, it is either enter into a ‘Misiyar' marriage or remain unmarried."

He also states: "This concept is not really new in our society. After all, in the past, our forefathers used to travel to different parts of Asia and Africa and got married. They stayed with their wives for a few months then came back."

The writer also raises some pertinent questions. "Would an old, divorced or widowed woman ever enter into an illicit relationship? Most would prefer going in for this form of marriage."
He goes on to add that for women 40 and above, a ‘Misiyar' marriage is suitable. Not so for those in the 20-35 age group. Ahmad Mohammad says that this form of marriage decreases chances of illicit relations.

Qatar, he says, is plagued with the problem of having a large unmarried population. This is not a new issue but is a problem spanning over several generations. "This is a national issue but ‘Misyar' marriages are a solution to the problem," he concluded.

source: www.thepeninsulaqatar.com

*************

Saya tak percaya ramai sangat orang Qatar yang kawin misyar. Betul ke?

Suami misyar terperangkap! Kisah dari Arab Saudi

Wife Sets Trap to Uncover Husband’s Secret ‘Misyar Mamacita’

RIYADH, 26 June 2006 — Like so many other misyar marriages, this story has the typical main ingredient: a husband who hides his no-strings-attached weekend misyar wife from his first wife until, at last, his ruse is discovered.

While the misyar marriage is a religiously sanctioned legal marriage between a man and a woman in Saudi Arabia, it is often very unpopular among women, for reasons that may be obvious to some — especially women.

The daily Al-Watan told the latest tale of deceit recently when a wife from Al-Ras, in Qasim, discovered her husband̢۪s dirty little secret with the help of a simple, homely piece of wood.
You see, the cheating husband had a tendency to travel on frequent trips to the desert camping trips with friends. But it turned out that he was doing a different form of camping by visiting his misyar mamacita in an apartment in the town of Al-Badaie.

And wouldn̢۪t you know it! A friend of the woman said she saw her husband entering the building in Al-Badaie, which, as it turns out, is well known to house several secret second spouses.

But the woman, knowing how slippery a man can be if he isn̢۪t cornered by his lies like a rat in a glue trap, decided against confronting him outright. Instead, she planted a test. And here̢۪s where the piece of wood came in.

She placed the wood among a folded sheet her husband would take with him ostensibly to be used on his desert camping with his buddies. When he returned from his â€Å“picnic in the desert” his wife confronted him by showing him the wood that, of course, was exactly as she left it.
Knowing he was caught, the husband confessed to the crime of hiding his second wife from his first. After the second wife was discovered, there was no longer the need to steal away from the first wife. So the misyar wife simply moved closer to home and the three of them went on with their interconnected lives.

While this may not sound like much of a punishment for a man who was lying to his wife over another woman, keep in mind that there is a reason why most Saudi men do not take on second wives: not only is it expensive, but with this double pleasure comes the double pain. There̢۪s a lot of fury in one lover scorned. Imagine the fury of two or more.

Dipetik daripada www.arabnews.com

Friday 23 June 2006

FATWA DARI MESIR. MESTI BACA!

Berikut adalah terjemahan kepada fatwa yang pernah dikeluarkan oleh Darul Ifta' Al-Misriyyah (Majlis fatwa Mesir) daripada teks asal dalam bahasa Arab yang diambil daripada web islamonline.net.

Terjemahan :

Segala puji bagi Allah swt tuhan pencipta sekalian alam.
Bagi menentukan adakah sesuatu perkahwinan itu boleh diiktibar (dianggap) sah di sisi Syara̢۪ perlulah ianya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syara̢۪.

Antara syarat-syarat untuk memastikan bahawa perkahwinan itu sah ialah:

1.Wujudnya kerelaan yang tulus daripada kedua-dua pihak suami dan isteri.
2.Lafaz yang menunjukkan bahawa perkahwinan itu tidak dibataskan oleh waktu-waktu tertentu.
3.Adanya wali bagi pihak isteri.
4.Perkahwinan itu disaksikan oleh saksi yang melengkapi syarat-syarat persaksian.
5.Perkahwinan tersebut diwarwarkan kepada umum.

Jika lengkap syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syara̢۪ ini maka perkahwinan Misyar ini adalah perkahwinan yang sah selagi mana perkahwinan ini tidak bertempoh walau apa nama perkahwinan ini sekalipun.

Namun apabila si isteri rela untuk menggugurkan hak-hak yang berhak untuk diperolehi oleh si isteri tersebut yang telah diberikan oleh syarak seperti nafkah, tempat tinggal dan pembahagian malam untuk suami bermalam di rumah isteri yang bermadu, maka pengguguran hak tersebut adalah harus di sisi syara̢۪ sepertimana yang dilakukan oleh Sayyidah Sau̢۪dah R.A. Beliau telah menghadiahkan hari yang sepatutnya Rasulullah saw bermalam di rumah beliau kepada Saiyyidah Aisyah R.A

Pendapat daripada Fadhilah Al-Syeikh Dr. Nasr Farid Wasil (Bekas Mufti Mesir)

Perkahwinan di dalam Islam adalah di antara hubungan kemanusiaan dan sosial yang paling suci yang dijaga oleh Islam malahan Islam turut menyuruh untuk diambil segala jalan yang boleh memudahkan perkahwinan di kalangan manusia, lelaki dan wanita bahkan syarak turut meminta untuk menjaga perkahwinan dengan mewujudkan satu perjanjian yang kukuh yang menjelaskan hak-hak dan kewajipan rumahtangga dan kekeluargaan yang diberkati dengan kalimah Allah.

Perkahwinan adalah dituntut berdasarkan nas Al-Quran melalui firman Allah SWT di dalam surah al-Nur ayat 32:
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

Allah swt juga berfirman didalam surah al-Rum ayat 21:
Dan di antara membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi tanda-tanda yang orang-orang yang berfikir.

Rasulullah saw juga bersabda dengan kalamnya yang mulia:
â€Å“ Perkahwinan itu adalah sunnahku. Barangsiapa yang berpaling daripada sunnahku maka bukanlah mereka daripada golonganku.”

Melalui perkahwinan, berlakulah perlaksanaan Syariat Islam yang dikehendaki oleh Allah bagi kepentingan manusia menelusuri firman Allah Taala yang bermaksud:
Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi (Al Baqarah ayat 30)

Melalui perlaksanaan Syariat Islam, ibadah akan sempurna yang kesempurnaan ibadah itu adalah dituntut dan diperintahkan oleh Allah melalui firmannya yang bermaksud:
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya. (Al Zhariat ayat 56 hingga 58)

Perkahwinan yang memenuhi tujuan yang baik dan mulia ini adalah perkahwinan yang sah di sisi syara̢۪ yang memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat perkahwinan yang digariskan oleh syarak yang diperintahkan oleh Allah dan rasulNya di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah di samping turut disepakati oleh ulama Islam di setiap zaman. Ini kerana rukun-rukun nikah dan syarat-syaratnyalah yang akan membezakan antara akad nikah yang menepati syarak dan akad nikah yang diharamkan oleh Islam. Rukun serta syarat nikah ini yang akan menjadi pembeza yang berterusan sehingga hari kiamat.

Sehubungan dengan itu, pihak Dar al-Ifta̢۪ (Majlis Fatwa Kerajaan Mesir) berpandangan bahawa nikah Misyar seandainya ia memenuhi syarat-syarat dan rukun-rukun ini iaitu: keredaan yang sempurna daripada pihak suami dan isteri, lafaz akad nikah yang mengandungi maksud perkahwinan yang berterusan, wali daripada pihak pengantin wanita, saksi-saksi yang memenuhi kriteria yang penuh sebagai seorang saksi yang sempurna dan pengisytiharan perkahwinan tersebut dengan cara yang pelbagai maka perkahwinan tersebut adalah perkahwianan yang sah di sisi syara̢۪ dengan kita tidak lagi perlu memandang kepada apa sahaja jenis istilah yang diberikan kepada nama perkahwinan itu selama mana perkahwinan itu tidak diterhadkan kepada tempoh tertentu.

Keharusan nikah ini atas sebab-sebab berikut:1.Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan risalah Nabi Muhammad SAW ini sebagai penutup segala risalah dan Allah swt telah menurunkan al-Quran sebagai penunjuk kepada kesejahteraan seluruh umat sehingga waktu di mana Allah akan mewarisi bumi ini dan insan yang berada di dalamnya (hari kiamat). Oleh itu, tidak ada satupun perkara yang berlaku dalam kehidupan manusia melainkan manusia akan mendapati penyelesaiannya di dalam kitab kepada risalah Nabi Muhammad SAW (Al-Quran). Allah berfirman:
Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini (Al An`am ayat 38)

1.Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan risalah Nabi Muhammad SAW ini sebagai penutup segala risalah dan Allah swt telah menurunkan al-Quran sebagai penunjuk kepada kesejahteraan seluruh umat sehingga waktu di mana Allah akan mewarisi bumi ini dan insan yang berada di dalamnya (hari kiamat). Oleh itu, tidak ada satupun perkara yang berlaku dalam kehidupan manusia melainkan manusia akan mendapati penyelesaiannya di dalam kitab kepada risalah Nabi Muhammad SAW (Al-Quran). Allah berfirman:Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini (Al An`am ayat 38)Istilah Misyar akan kita dapati sekiranyanya kita meneliti secara terperinci di dalam sejarah-sejarah para ulama terdahulu dan sekarang. Sesiapa yang meneliti sejarah pengembaraan umat Islam terdahulu, dia akan mendapati bahawa terdapat di kalangan generasi terdahulu insan-insan yang mengembara keluar daripada tanah air demi menuntut ilmu atau berniaga. Jika mereka singgah di sesuatu negara di tengah perjalanan maka mereka akan menetap di situ dalam beberapa masa tertentu, lama atau sekejap seterusnya berkahwin dengan penduduk negeri tersebut dan dikurniakan zuriat kemudian mereka menyambung kembali perjalanan mereka dengan meninggalkan isteri sama ada dengan jalan talak atau sebagainya dalam keadaan isterinya rela dengan perkara tersebut.

2.Di sana hanya ada satu jalan sahaja tanpa ada jalan yang kedua yang membenarkan kepuasan seks dapat disalurkan. Jalan ini ialah perkahwinan yang menepati syarak. Oleh itu, selain daripada perkahwinan yang sah di sisi syarak, maka ia adalah dilarang oleh syariat-syariat Allah dalam semua agama malahan syariat-syariat Allah Taala menganggap jalan selain perkahwinan adalah jalan-jalan yang mungkar. Al-Quran telah menerangkan perkara ini di dalam firman Allah Taala :
Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas (Al-Mukminun ayat 5-7)

Syariat Islamiah telahpun menerangkan bahawa perkahwinan yang menepati Islam sahaja yang dapat mengumpulkan antara lelaki dan wanita dengan kalimat Allah di atas akad yang berterusan dan perjanjian yang kukuh. Oleh itu setiap kehendak yang jauh daripada perkahwinan yang menepati syarak adalah satu penderhakaan terhadap Allah dan satu pelampauan batas terhadap garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah.

3.Seseorang isteri itu mempunyai hak di sisi syariat untuk menggugurkan hak-hak mereka yang sepatutnya mereka perolehi seperti memohon nafkah, tempat tinggal dan pembahagian malam untuk bersama dengan suami bagi isteri yang bermadu. Perkara ini secara jelas telah ditunjukkan oleh isteri Rasulullah SAW iaitu Sayyidah Saudah yang secara rela telah memberikan hari yang sepatutnya Rasulullah SAW bersama dengannya kepada Saiyyidah Aisyah r.a. Seandainya kerelaan ini tidak menepati syarak maka pasti Rasulullah akan tidak bersetuju dengan tindakan Sayyidah Saudah.

Oleh itu setiap syarat yang dibuat yang tidak menafikan tujuan asas dan maksud utama bagi perkahwinan, maka syarat tersebut adalah sah dan tidak akan sama sekali mencacatkan akad nikah atau membatalkannya.

Dar al-Ifta̢۪ (Majlis Fatwa Mesir) tidaklah bermaksud melalui fatwa ini untuk menyuruh masyarakat memilih jalan perkahwinan sebegini. Namun begitu, pihak Dar al-Ifta̢۪ hanya bertanggungjawab untuk bersungguh-sungguh menerangkan hukum-hukum syarak yang betul dengan bersumberkan sumber-sumber hukum daripada Al-Quran dan sunnah baginda Rasulullah saw serta pendapat para ulama muktabar daripada mazhab terdahulu. (Dipetik daripada: maaf terlupa nak copy paste address. Kalau anda yakin petikan ini diambil daripada laman anda, tolong maklumkan saya. Saya akan masukkan link website anda di sini. Terima kasih.)

Tak salah orang ramai memberikan pandangan. Tapi, biar cerdik pandai jelaskan dulu...

Semasa melayari internet untuk melihat pandangan orang ramai mengenai misyar, saya tertarik dengan paparan dalam http://nooryahaya.blogspot.com yang antaranya menyebut:

Seorang teman menulis begini:

Kasilah itu alim ulamak explain itu misyar(oma) dulu. Itu alim ulamak arif itu Al-bab ugama, hukum-hakam,perlaksanaan dll . Ini bab kena faham betul2 supaya kita tak tergelincir dan jatuh itu lubang yang gelap dan menghukum sesuatu yang kita pun tak pasti. Ramai anti-auntie polygamy sudah tergelincir aqidah sebab menentang hukum polygamy....kalu jealous, irihati, sakit hati itu sama pompuan lain itu lain cerita, ini boleh kasi ubat.

Kalu baca itu kisah nabi, isteri nabi Muhammad pun serahkan giliran pada itu isteri2 muda dgn rela hati. Siti Khadijah pun berkorban harta-benda , jiwa raga utk suami sampai habis harta dunia. Ini contoh wanita (ummul mukminin) yang banyak iman dan dapat suami Nabi. Yang dapat suami punya nafsu macam babi tu, jangan bagi satu sen pun...nanti makin banyak pulak dosanya dan dosa pada wanita lain.Soal nafsu, soal tak suka, benci, rasa mual dll...ini sumua soal peribadi.

Soal lelaki gatal, miang, gelojoh, dll ini pun soal perbadi lelaki dan bukan semua lelaki ada itu macam. Yang macam-macam ada tulah yang problem banyak sikit...Tapi jangan lupa, isteri macam2 ada/mengada pun problem jugak.....Harap anti-auntie Misyar tarak marah dgn itu Misyar kalu ianya merawat dan menyelesaikan masalah sosial (yg genuine) seperti dgn hukum polygamy. Kalu itu suami tarak adil, auntie2 jangan bimbang sebab Allah akan mengadili setiap mereka di Yaumul Mahshar......Nanti orang akan tanya, itu siapa punya suami yang masuk neraka sebab tarak adil sama mereka punya Mishar/isteri ????....Ooooh, itu Anti auntie Misyar punya suamilah ! Malu di dunia tapi jangan malu di akhirat

Konsep kahwin misyar disalaherti..., kata Dr Zuhdi Muhammad RazifMay 30, 06 5:19pm Pencetus polemik 'kahwin misyar', Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd Majid mendakwa perdebatan mengenai konsep perkahiwnan berkenaan sudah menyeleweng jauh dari konsep dan tujuan asal cadangan beliau. "Perdebatan kahwin misyar ini sudah jauh menyeleweng, ia penuh dengan prejudis dan pandangan-pandangan yang melampau. "Lelaki dan perempuan nampaknya menjadi emosi ketika membincangkan isu ini. Sepatutnya kita menjadi orang yang sanggup mendengar dan bersabar dalam membincangkan isu ini. Mana tahu mungkin ada kebaikannya,"ujar beliau ketika dihubungi hari ini.

Dr Zuhdi yang merupakan pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaya mahu semua pihak yang berminat dengan isu tersebut, supaya kembali menghayati apa sebenarnya yang beliau sarankan.

"Konsep kahwin misyar yang saya maksudkan ialah perkahwinan antara perempuan yang berpendapatan tinggi dan berpangkat dengan lelaki yang lebih rendah pendapatannya. Saya tidak galakkan mereka duduk berasingan selepas berkahwin. "Dalam perkahwinan itu pihak perempuan bersetuju suaminya yang berpendapatan rendah tidak menanggung nafkah zahirnya, memadai memberikannya kasih sayang, menjadi pemimpin keluarga dan menunaikan tanggungjawab yang lain. "Saya tidak kata lelaki lari daripada tanggungjawab sebagai suami. Peranan sebagai suami tetap diteruskan, anak-anak terus diberikan perhatian. Cuma suami diringankan tanggungan dari aspek kewangan, itupun selepas ada persetujuan bersama," jelas beliau.

Menurut beliau, kawin misyar juga tidak bererti suami melepaskan terus tanggungjawab menyara keluarga. Bukan untuk berpoligami "Atas persetujuan bersama, suami berkenaan menyara keluarganya mengikut kemampuannya dengan dibantu oleh isterinya yang berpendapatan lebih tinggi,"jelasnya lagi.

Malah, katanya, ikatan suami isteri yang bermula dengan perkahwinan misyar juga boleh ditukar menjadi perkahwinan biasa jika ditakdirkan selepas berkahwin mereka, pekerjaan dan pendapatan suami bertambah baik.

Beliau juga menegaskan, saranannya juga tidak menyentuh soal poligami kerana beliau menyarankan wanita berpangkat dan berada berkahwin dengan lelaki berpendapatan rendah, bukan berkahwin dengan suami orang.

"Saya rasa sudah sampai masanya masyarakat kita berhenti memandang serong pada perkahwinan tidak sama taraf atau tidak sekufu. Kita perlu berlaku adil pada wanita-wanita yang sanggup berkahwin dengan lelaki yang lebih rendah pangkat atau kedudukannya,"ujar beliau.

Menurutnya lagi, soal konsep perkahwinan misyar disalahgunakan juga tidak timbul kerana dalam perkahwinan biasapun banyak berlaku penyelewengan. "Saya menyetujui konsep kahwin misyar ini kerana saya lihat ia mampu mengatasi masalah andartu atau ibu tunggal yang semakin ramai. Saya tidak nampak bagaimana ia menjatuhkan martabat wanita kerana semua dibuat atas persetujuan bersama,"tambah beliau. Dr Zuhdi juga menjelaskan, perkahwinan misyar juga tidak akan menimbulkan masalah pengabaian tanggungjawab terhadap anak-anak, harta sepencarian dan soal faraid kerana semua hukum itu telah termaktub dalam al-Quran dan perlu dipatuhi oleh pasangan suami-isteri.

*****

Seorang lagi teman menulis:

Tidak salah misyar kalau isteri redha. Susah nak cari isteri yang redha dengan apa yang ada pada suami. Malah kalaulah isteri redha nak beri suami duit, why not? Bukankah redha-meredhai antara suami dan isteri boleh membahagiakan rumahtangga. Tak semua hak itu wajib dipertahankan. Ada hak itu tak wajib dipertahankan malah sunat dan boleh pula dikorbankan.

*****

Dan Seorang teman di negara Dubailand menulis begini:

Actually, the basic principle, mis-yar is halal. As polygamy is. The problems when these halal matters are abused. We have wajib, harus, makruh, halal, haram for appropriate thingies.

Mis-yar issue could be a way for the local media to sway people from real issues on the ground. Inflation, crime rates, corruption at the high places, police brutalities, decline of standard in education, employment etc which affecting all of us as the normal citizens of milizia.Me not worried much about mis-yar (or misha not married yet, is she not?), it is a legal contract between two willing parties.

So be it.

Redho-meredhoi, bahagia dunia dan akhirat.

*****

Hmm....
Apa komen anda?

Dalam ensiklopedia, misyar ialah...

Misyar marriage

Arabic: 'al-misyar Marriage institution in Islam, allowing for a lesser form of relationship between man and woman than normal marriage, zawaj. Misyar is an official relationship between man and woman, but does not involve that the two live together, nor that the man is economically responsible.Misyar allows the man to have a normal wife in a addition to his misyar-wife(s). The misyar wife is expected to live with her parents, and her husband can visit her according to a predetermined schedule.Misyar has been practiced in Saudi Arabia and Egypt for years. It was officially legalized by the Egyptian Sunni Imam Shaykh Mohammed Sayyed Tantawi in February 1999, and the Mufti of Egypt has also been defending the arrangement of misyar.Misyar has been widely discussed through the year of 1998. Misyar has met strong opposition from scholars outside Egypt, but also from many in Egypt, especially among scholars at the al-Azhar University in Cairo. Defenders of misyar claim that the arrangement is in accordance with Islam. They also say that it gives protection to many women who do not find husbands in the more traditional way.Misyar has many similarities with mut'a, practiced in Shi'i Islam, except for the preceding definition of duration. But misyar can easily be terminated with standard divorce, making it quite possible to form temporary marriage of even short periods.

Source: The Encyclopedia of the Orient

Kata seorang penulis......

Ini adalah petikan daripada artikel Di Celah-Celah Kehidupan yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia.

Kisah dan pandangan yang diutarakan di sini agak pelik kerana ia tidak sama dengan konsep dan maksud misyar yang dinyatakan oleh para ulama.

Mungkinkah ini adalah sebahagian daripada salah tanggapan dan salah faham masyarakat tentang perkahwinan misyar?

******

KISAH ini merupakan luahan hati seorang pembaca setia Di Celah-Celah Kehidupan (DCCK), yang dinamakan Nurameera, beliau juga seorang penulis terkenal, dan katanya, dia merupakan orang yang paling sesuai memperkatakan isu kahwin misyar ini, kerana kedudukan dirinya sendiri. Bagaimanapun tak perlulah diceritakan siapa beliau sebenarnya biarlah kita baca pandangan beliau seperti yang dipaparkan di bawah ini untuk menjadi renungan kita bersama.

Katanya, dia begitu tertarik hati dengan isu hangat yang dipaparkan dalam akhbar akhir bulan Mei lalu iaitu mengenai isu kahwin misyar yang menjadi perbincangan panas kaum lelaki hingga menarik perhatian Sheikh Azhar Dr. Mohamed Sayed Tantawi untuk memberi pandangan beliau. Demikian menurut Nurameera dalam e- melnya kepada penulis.

â€Å“Tidak keterlaluan kalau saya katakan isu perkahwinan tak kiralah berpoligami atau yang pernikahan misyar ini sentiasa menarik perhatian kaum lelaki untuk membincangkannya selain menjadi tajuk hangat perbincangan mereka. Kaum lelaki seolah-olah mendabik dada memberitahu kaum wanita, bahawa mereka banyak keistimewaan dan kelebihan hidup baik di dunia ataupun akhirat diberikan oleh Allah berbanding wanita.

â€Å“Kata mereka itu baru kehidupan di dunia, belum lagi di syurga, mereka akan disediakan bidadari jelita, kaum wanita dapat apa? Jadi mereka boleh berbuat apa sahaja dalam kehidupan ini, kerana kelebihan dan keistimewaan dilahirkan sebagai lelaki.

â€Å“Namun pandangan ikhlas yang saya ingin berikan di bawah ini baik untuk dipertimbangkan oleh gadis-gadis sama ada yang masih muda remaja ataupun yang sudah lanjut usia. Terutama kepada ibu-ibu tunggal yang belum tahu secara lebih mendalam tentang perkahwinan misyar ini sebenarnya.’’

Demikian tambah beliau lagi ketika kami berbual di telefon baru-baru ini setelah beliau membaca banyak rencana di akhbar yang membincangkan pasal nikah misyar dan ramai pula kaum lelaki yang menyokongnya, tidak kurang persatuan ibu tunggal.

â€Å“Pada pandangan saya masih ramai gadis yang tidak faham apa sebenarnya perkahwinan misyar ini, di mana status mereka dan apa kesudahan hidup mereka nanti, jika perkahwinan itu mereka terima. Dan yang lebih penting apakah mereka tahu tujuan nikah misyar ini diuar-uarkan ataupun diwujudkan di kebanyakan negara-negara Islam rantau Teluk.

â€Å“Pada pandangan saya, perkahwinan misyar ini lebih banyak memihak dan berfaedah kepada kaum lelaki saja bukan kepada kaum wanita. Jadi sebelum wanita setuju pernikahan misyar ini fikirkan masak-masak tanggungjawab yang bakal mereka pikul nanti dan jangan salahkan orang lain pula, atau jabatan agama kerana mengizinkan mereka bernikah.

â€Å“Daripada apa yang saya dapat rumuskan dari setelah membaca beberapa rencana yang dipaparkan jelaslah, nikah misyar ini adalah pernikahan yang semata-mata bertujuan untuk menghalalkan persetubuhan, dan lebih menarik dengan pernikahan ini ia langsung tidak ada sebarang ikatan tanggungjbawab material, termasuk tanggungjawab emosi ataupun moral daripada kedua-dua belah pihak, sama ada lelaki ataupun perempuan.

â€Å“Sedangkan tanggungjawab merupakan perkara utama yang wujud dalam fitrah perkahwinan kepada seorang lelaki terhadap wanita yang dinikahinya. Kalau lelaki berkahwin dan tidak tahu tanggungjawab kepada keluarganya, apa akan jadi kepada keluarganya nanti?

â€Å“Dengan erti kata yang lebih mudah, atau secara kasarnya, hubungan lelaki dan wanita melalui pernikahan cara ini lebih kurang sama macam hubungan jantina dalam dunia haiwan. Apabila sampai masa untuk membiak, maka haiwan-haiwan itu pun mengawanlah. Sesudah itu, haiwan jantan meninggalkan haiwan betina.

â€Å“Bahkan Datuk Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan pun mengiktirafkan pernikahan misyar ini adalah untuk seks. Seks semata-mata tidak lebih daripada itu. Apakah kaum wanita sanggup? Oleh kerana pernikahan ini semata-mata untuk seks, sudah pastilah ia dapat menghalang perbuatan maksiat, khususnya di kalangan remaja. Di Malaysia ini memang banyak berlaku maksiat sebab itu kita sering membaca berita tentang pembuangan bayi di akhbar-akhbar.

â€Å“Rumah-rumah perlindungan wanita, antaranya seperti ‘Rumah Solehah’ juga penuh dengan ibu-ibu yang mengandung tanpa suami. Tetapi pembaca mestilah ingat penghuni-penghuni rumah itu bukanlah daripada golongan wanita profesional yang menjadi tumpuan perbincangan Prof. Datuk Dr. Mahmud Zuhdi Abdul Majid tentang pernikahan misyar ini.

â€Å“Untuk pengetahuan semua wanita atau gadis profesional tidak menimbulkan masalah kerana kebanyakan mereka terlalu dewasa untuk terjerumus ke lembah itu apa lagi menghuni Rumah Solehah. Mereka amat rasional, banyak tanggungjawab dan terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing untuk membuang masa membuat maksiat.

â€Å“Kalau tak percaya tanyalah Pengarah Eksekutif Sisters in Islam, Zainah Anuar, Datuk Azalina Othman Said, Menteri Belia dan Sukan kita ataupun Siti Nurhaliza puteri pop kita yang sudah bergelar jutawan tu. Mereka antara tiga contoh wanita profesional yang berjaya dan masih belum berumah tangga. Begitu juga ramai wanita profesional lain yang memegang jawatan-jawatan tinggi di jabatan-jabatan, kementerian mahupun di syarikat swasta.

â€Å“Golongan yang bermasalah adalah pelajar-pelajar (termasuk dari IPT) dan gadis-gadis yang tidak berpendidikan dan berpendapatan rendah atau pekerja-pekerja di pusat-pusat hiburan, anak-anak dari keluarga bermasalah atau ibu-ibu tunggal yang ketandusan seks.

â€Å“Namun kalau pernikahan jenis ini hendak diterima pakai oleh jabatan agama Islam di sesebuah negeri, siapa akan bertanggungjawab ke atas anak-anak nikah misyar yang bakal dilahirkan nanti? Adakah mereka menjadi tanggungjawab jabatan agama negeri atau kerajaan negeri? Sebab kita sedia maklum si ayah tidak mahu pikul beban membesarkan anak-anak tersebut, mereka tidak boleh dihadapkah ke Mahkamah Syariah apa lagi dijatuhi hukuman penjara sebab tidak beri nafkah anak. Kerana mereka nikah misyar.

â€Å“Akibatnya sudah pastilah jumlah anak-anak yang bakal dilahirkan tentulah berlipat kali ganda ramainya daripada sekarang sedangkan gadis-gadis itu tidak berkemapuan untuk menanggung beban memelihara anak. Atau adakah bayi-bayi itu akan diletak di bawah program anak angkat? Jika terlalu ramai, adakah kita akan mengeksport mereka dan jadikan ini sebagai satu industri negara? Oops! Maaf!

â€Å“Bagi wanita profesional yang berpendidikan dan berpendapatan tinggi pula, pernikahan misyar ini memang menguntungkan mereka. Sebabnya amat banyak antaranya;

â€Å“Pertama, anggaplah lelaki yang nikah misyar ini sebagai penderma sperma. Kalau mereka tuntut bayaran, taraf mereka dengan sendirinya jatuh kepada taraf lelaki gigolo.

Kedua, tak perlu turun naik Mahkamah Syariah berebutkan anak.

Ketiga, pernikahan jenis ini tidak membebankan wanita-wanita profesional yang sibuk itu dengan tanggungjawab sebagai suri rumah.

Keempatnya, mereka tidak perlu melayan kerenah atau ego lelaki sebab dia datang sekejap untuk memberi khidmat dan kemudiannya pergi.

â€Å“Kelima, lelaki itu tidak boleh menuntut harta sepencarian sebab dia tidak menyumbang kepada pendapatan keluarga.

Keenam, wanita ini tidak terikat kepada lelaki tersebut dalam erti kata perkahwinan normal yang menuntut kepatuhan maksimum di pihak isteri. Dia bebas membuat apa sesuka hati tanpa susah payah meminta izin apabila dia mahu melakukan sesuatu kerana dia yang menyara kehidupan keluarganya.

â€Å“Sebenarnya ada banyak lagi kebaikan kepada wanita profesional tetapi cukuplah setakat enam ini sahaja sebagai contoh mudah untuk dijadikan bahan renungan kita bersama terutama mereka yang teringinkan pernikahan misyar.

â€Å“Pokoknya, mesti ada perjanjian atau kontrak seperti kata oleh Datuk Nik Aziz. Kontrak pula mesti menguntungkan kedua-dua belah pihak supaya tidak timbul dakwa-dakwi kemudian hari. Baik pihak lelaki mahupun wanita.

â€Å“Cuma masalahnya, adakah lelaki begini, khusunya lelaki profesional seperti kata Prof. Datuk Dr. Mahmud Zuhdi bersedia menjadi suami pernikahan misyar kepada wanita profesional ini? Atau, sanggupkah satu ketika nanti dia membenarkan anak- anaknya sendiri menjadi isteri atau suami misyar?

â€Å“Bak kata Menteri Kanan Singapura, Lee Kuan Yew, hanya ibu bapa yang bergeliga otaknya sahaja yang akan menghasilkan anak-anak yang begeliga otaknya. Sebab itulah di Amerika Syarikat, mereka yang mahu menderma sperma dikehendaki melalui satu ujian IQ dan juga kesihatan. Butiran tentang penderma juga dicatat dengan jelas. Cara ini memang haram di Malaysia, namun kini ia boleh dilakukan, jawapannya ialah suami misyar. Jadi bersediakah lelaki profesional di Malaysia menjadi suami misyar?

â€Å“Jika bersedia, wajarlah kita menubuhkan unit khas, jabatan atau apa saja untuk kumpulkan lelaki profesional bagi dijadikan suami misyar, secara sah bukan tabung sperm seperti di Amerika. Dengan wujudkan unit khas ini mudahlah wanita profesional yang memerlukan anak atau khidmat mereka membuat pilihan.’’ Demikian menurut pandangan Nurameera tentang pernikahan misyar.

Teringat lebih 15 tahun lalu saya pernah memaparkan pandangan ikhlas seorang gadis bernama Nor yang ingin mencari suami orang untuk dipinjam dijadikan suaminya sementara, syaratnya setelah dia selamat melahirkan anak, maka gugurlah talaknya. Katanya, dia tak mahu suami cuma mahukan zuriat. Kerana emaknya mahu dia ada anak sendiri.

Sebab utama Nor tak mahu suami cuma mahukan anak saja kerana dia mendapati ramai suami kini tidak bertanggungjawab. Namun hasrat Nor sudah tentu mendapat tentangan keras daripada ramai kaum lelaki, kerana terasa diri mereka terhina. Mereka rata-rata menyalahkan Nor kerana tidak faham apa fungsi suami dalam Islam sebenarnya.

Tetapi apa pula pandangan mereka dengan cadangan suami pernikahan misyar ini, rasa-rasanya tidak jauh bezanya dengan suami pinjam sementara mendapatkan anak saja, cuma caranya saja yang berbeza tetapi matlamatnya sama.

Fikirkanlah.
- MAIMUNAH (www.dcckmona.com) (dcckmonaum@hotmail.com)

Dipetik daripada Utusan Malaysia

*****

Adakah anda setuju dengan pandangan ini?
Harap berikan komen anda.

Wacana Nikah Misyar anjuran Jemaah Islah Malaysia (JIM)

Misyar banyak buruk daripada baik

Oleh ZUNAIDAH ZAINON

WACANA Nikah Misyar anjuran Wanita dan Jawatankuasa Ulama Jemaah Islah Malaysia (JIM) baru-baru ini cuba menjelaskan polemik mengenai nikah misyar yang secara tiba-tiba menjadi isu nasional.

Menurut definisi, nikah misyar menepati syarat-syarat serta hukum nikah. Cuma bezanya isteri dengan rela hati melepaskan hak menuntut nafkah zahir (saraan diri dan tempat tinggal) daripada lelaki yang dikahwininya.

Pentakrifan kedua mengenai nikah ini ialah isteri melepaskan hak gilirannya untuk bersama suami dalam perkahwinan yang melibatkan poligami.

Penggunaan istilah misyar amat popular di kalangan masyarakat Arab untuk membezakan nikah bersyarat (tidak menuntut nafkah zahir dan tempat tinggal) dengan perkahwinan biasa tanpa syarat di atas.

Merenung kembali perkahwinan misyar bagi masyarakat Arab, pernikahan ini mendapat jolokan travellers marriage kerana pasangan suami isteri tidak tinggal serumah dan suami tidak bertanggungjawab dalam hal ehwal kewangan.

Misyar dipercayai berlaku di kalangan masyarakat Islam berfahaman Sunni di Mesir pada awal 1825. Ia telah difatwakan dalam undang-undang secara rasmi di Mesir oleh Sheikh Muhammad Sayid Tantawy pada 1999.

Dipercayai ia menjadi amalan lelaki kaya dari Kuwait dan Arab Saudi yang berkahwin secara misyar semasa dalam percutian. Ini menghalalkan mereka mengadakan hubungan seks. Mereka mengembara ke negara-negara miskin seperti Mesir atau Syria dan berjumpa dengan orang tengah yang boleh mengatur perkahwinan mereka dan sesetengahnya melalui online.
Lelaki Mesir yang bekerja di Negara-negara Teluk juga gemar berkahwin misyar daripada hidup sendirian.

Menurut Pensyarah Kuliah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Zulfakar Ramlee, terdapat tiga pandangan ulama berhubung nikah misyar iaitu harus, harus tetapi tidak digalakkan dan haram.

Sheikh Dr. Yusuf al-Qardawi menyarankan agar syarat-syarat yang termaktub dalam nikah misyar tidak ditulis dalam akad supaya ia menjadi persetujuan lisan antara pasangan atau ‘menang-menang’ dan bukannya dipaksa.

Pandangan ulama yang menyatakan nikah misyar haram kerana ia merupakan satu bentuk penghinaan terhadap kaum wanita dan mengambil kesempatan di atas situasi yang dialami oleh wanita. Malah syarat yang diletakkan adalah tidak sah dan membatalkan nikah kerana syarat tersebut bertentangan dengan objektif syarak dalam perkahwinan.

â€Å“Untuk meluluskan pernikahan misyar di negara ini, beberapa perkara perlu diberikan perhatian terutama membabitkan undang-undang keluarga Islam. Misalnya, dalam undang-undang terdapat definisi jelas berkaitan dengan misyar dan seksyen lain yang melibatkan tanggungjawab nafkah kepada anak-anak,” kata Zulfakar.

Sementara itu, perunding syarie JIM, Prof. Madya Alias Osman berkata, perkahwinan misyar akan memberikan kesan dari segi hak dan tanggungjawab isteri terhadap suami, suami terhadap isteri dan masa depan anak-anak. Saranan yang dikeluarkan oleh Sheikh Dr. Yusuf al-Qardawi berkenaan syarat misyar adalah bertujuan untuk melindungi kaum wanita. Sekiranya setiap syarat tertulis semasa akad nikah, ia akan menjadi lebih rigid dan wanita akan kehilangan hak-hak mereka.

Tegas beliau, walaupun isteri rela untuk tidak diberikan nafkah, mereka tetap berhak mendapat nafkah batin, kebahagiaan rumah tangga, didikan agama, perlindungan, penghormatan, tuntutan harta sepencarian, harta pusaka dan hak sebagai isteri jika dimadukan. Begitu juga anak-anak berhak mendapat sepenuh perhatian dan kasih sayang daripada bapa mereka.

Kerelaan isteri melepaskan hak pemberian nafkah tidak menggugurkan hak-hak suami dari segi kebenaran poligami, harta sepencarian dan pusaka jika isterinya meninggal dunia. Bagaimanapun, suami menanggung sendiri hidupnya dan bukan daripada harta isteri kerana ia bukan kewajipan bagi isteri.

â€Å“Sekiranya isteri kehilangan punca pendapatan dan tidak mampu menyara hidupnya, isteri berhak menuntut nafkah berdasarkan qiyas aulawi. Namun, kita tidak boleh menolak bahawa lebih banyak unsur negatif daripada positif dalam perkahwinan secara misyar. Yang paling dibimbangi ialah lelaki menggunakan helah berkahwin misyar untuk lari daripada tanggungjawab dan wanita dijadikan alat pemuas nafsu. Malah ia juga dibimbangi akan menjadi trend di kalangan belia termasuk pelajar menengah dan institusi pengajian tinggi,” kata beliau mengenai kesan negatif yang bakal berlaku jika misyar disalahertikan pihak tertentu.

Beliau memberikan satu senario yang berlaku pada hari ini iaitu kepincangan institusi kekeluargaan yang membawa kepada penceraian dan akhirnya anak-anak terbiar tanpa bimbingan emosi dan mental. Ini akan menjejaskan generasi muda yang berketrampilan dan berperibadi unggul kerana mereka tidak mendapat kasih sayang keluarga.

Dipetik daripada Utusan Malaysia

Pendirian Menteri di Malaysia

Dipetik lagi dari akhbar Utusan Malaysia

Perkahwinan misyar tidak perlu fatwa

KUALA LUMPUR 8 Jun - Kerajaan berpendirian bahawa perkahwinan misyar tidak perlu difatwakan memandangkan hukum perkahwinan tersebut sah mengikut syarak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin, bagaimanapun berkata, jika perkahwinan misyar itu dijalankan untuk tujuan poligami, pihak mahkamah akan membuat keputusan sama ada lelaki terbabit layak atau sebaliknya.

Beliau berkata, bagi pasangan bujang pula, perkahwinan seumpama itu tidak menjadi masalah asalkan kedua-dua pihak bersetuju dengan perjanjian yang dimeterai.

â€Å“Perkahwinan misyar ini cenderung kepada amalan berpoligami. Walaupun dari segi hukum sah, mereka yang hendak berkahwin lebih di negara ini perlu mematuhi syarat yang telah ditetapkan termasuk mendapat perintah dari mahkamah.

â€Å“Untuk pasangan yang tidak pernah berkahwin tidak timbul masalah walaupun pihak wanita lebih kaya daripada lelaki, cuma lelaki tidak boleh mengambil kesempatan daripada kekayaan isterinya,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya isu perkahwinan misyar yang hangat diperbincangkan baru-baru ini

Fatwa daripada Sheikh al-Azhar, Mesir

Dipetik daripada akhbar Utusan Malaysia 31 Mei 2006

Perkahwinan misyar sah - Sheikh al-Azhar

KUALA LUMPUR 30 Mei - Sheikh al-Azhar, Mesir, Prof. Dr. Muhammad Sayyed Tantawi berkata, perkahwinan misyar mengikut syarak adalah sah.
Katanya, semua syarat syarak seperti ijab dan kabul, mas kahwin dan pengisytiharan kepada umum terdapat dalam perkahwinan ini dan tidak ada paksaan oleh mana-mana pihak.
``Kalau kedua-dua pihak bersetuju untuk menolak haknya, jadi kedua-dua pihak dapat hidup dengan aman dan sempurna,'' katanya kepada pemberita melalui terjemahan oleh Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman.
Prof. Muhammad Sayyed Tantawi yang kini dalam rangka lawatan ke negara rumpun Islam di rantau ini hari ini menyampaikan syarahan perdananya di Masjid Wilayah Persekutuan di sini.
Beliau berkata, tidak timbul soal penganiayaan kepada wanita kerana ia dibuat dengan persetujuan bersama tetapi dari segi lain.
``Mereka yang berkahwin misyar ini sebabnya ada wanita yang mungkin telah bercerai atau suaminya meninggal dunia tetapi wanita itu ingin hidup dalam keadaan bersih (terpelihara daripada maksiat) dan kebahagiaan (mendapat kasih sayang dan nafkah batin daripada suami),'' katanya.
Lelaki yang mengamalkan perkahwinan misyar ini pula kebanyakannya terdiri daripada mereka yang sudah berumahtangga dan memang menjadi amalan di kebanyakan negara di Asia Barat, katanya.
Wanita akan bersetuju untuk tidak mendapat nafkah zahir kerana wanita itu sendiri mungkin mampu menyara hidupnya tetapi menuntut supaya suami datang menjenguk sekurang-kurangnya seminggu sekali, katanya.
Suami pula tidak boleh memaksa wanita itu pindah ke rumah isteri pertama malah terpaksa membenarkan isteri yang dikahwini secara misyar itu duduk bersama keluarga atau di rumah milik beliau sendiri, katanya.
``Sebenarnya perkahwinan misyar ini amat sesuai untuk wanita yang suka hidup di dalam rumah dan wanita yang suka dikelilingi oleh anak-anak mereka,'' katanya.
Ketika ditanya jika ia boleh diamalkan di Malaysia, Muhammad menjawab: ``Kalau berlaku demikian apa salahnya, kerjasama suami isteri amat digalakkan''.
Kahwin misyar dicetuskan baru-baru ini dalam akhbar tempatan oleh Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Mahmud Zuhdi Abdul Majid yang dikatakan sesuai untuk mengatasi masalah wanita tidak berkahwin.
Bagaimanapun, ia menimbulkan banyak reaksi dan tentangan daripada kaum wanita sendiri yang khuatir akan timbul penganiayaan dan perlepasan tanggungjawab oleh lelaki.

Petikan akhbar mengenai misyar yang mencetuskan polemik

Dipetik daripada akhbar Utusan Malaysia bertarikh 25 Mei 2006

Syor benarkan lelaki mengamalkan perkahwinan misyar

Oleh: WAN MOHD. HAFIZ WAN HAMZAH

KUALA LUMPUR 24 Mei - Seorang pensyarah universiti hari ini mencadangkan supaya kaum lelaki dibenarkan mengamalkan perkahwinan misyar bagi mengatasi masalah ramai wanita tidak berkahwin.
Malah menurut Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Mahmud Zuhdi Abdul Majid, perkahwinan tersebut juga mampu mengurangkan perlakuan maksiat di dalam masyarakat.
Perkahwinan misyar bermaksud, suami tidak perlu memikul tanggungjawab memberi nafkah zahir seperti wang ringgit dan pakaian, tetapi cukup hanya dengan memenuhi nafkah batin terhadap isteri.
Perkahwinan seumpama ini banyak berlaku di kalangan wanita yang berkedudukan tinggi dan berpendapatan lumayan di negara-negara Arab.
Beberapa ulama termasuk Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam Fatwa Muasaraahnya berpendapat nikah misyar adalah sah.
Mereka membenarkan amalan tersebut berdasarkan situasi mashalahat berlakunya ramai janda dan gadis yang tidak berkahwin.
Perkahwinan misyar difatwakan harus oleh beberapa ulama negara Arab dan telah pun diamalkan di Arab Saudi serta beberapa buah negara Teluk.
Perbezaan antara perkahwinan misyar dengan mutaah ialah mutaah mempunyai tarikh atau tempoh tertentu bagi sesebuah perkahwinan manakala misyar tiada tempoh ditetapkan.
Isu nikah misyar mula menjadi tumpuan apabila beberapa pihak menggesa supaya Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa sama ada ia boleh dilaksanakan di negara ini atau tidak.
Ini kerana ada umat Islam di Malaysia yang berpendapat bahawa pernikahan tersebut merupakan salah satu cara bagi mengatasi masalah ramai wanita yang belum berkahwin.
Mahmud Zuhdi berkata, amalan perkahwinan misyar boleh dilaksanakan jika mendapat persetujuan daripada kedua-dua belah pihak.
``Jika pihak isteri bersetuju bahawa lelaki tidak perlu memberi nafkah zahir seperti menyediakan rumah, pakaian dan sebagainya, tetapi hanya bertanggungjawab terhadap nafkah batin saja, maka ia tidak menjadi masalah,'' tegasnya.
Apa yang menjadi masalah kata beliau, apabila timbul pertikaian berhubung siapa yang bertanggungjawab memberi nafkah dalam rumahtangga.
``Sekiranya tidak timbul soal siapa yang patut memberi nafkah atau siapa yang patut menanggung siapa, maka perkahwinan seperti itu tidak ada masalah untuk diamalkan.
``Apatah lagi dalam keadaan hari ini, wujudnya masalah ramai janda dan gadis yang tidak berkahwin,'' jelas beliau.
Mahmud Zuhdi berkata, amalan perkahwinan misyar boleh dilaksanakan jika mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak.
``Jika pihak isteri bersetuju bahawa lelaki tidak perlu memberi nafkah zahir seperti menyediakan rumah, pakaian dan sebagainya, tetapi hanya bertanggungjawab terhadap nafkah batin saja, maka ia tidak menjadi masalah.
``Apatah lagi dalam keadaan hari ini, wujudnya masalah ramai janda dan gadis yang tidak berkahwin,'' jelas beliau.
Mahmud Zuhdi berpendapat, perkahwinan seumpama itu sepatutnya dibenarkan, berdasarkan permasalahan yang berlaku pada masa kini.
Bagaimanapun, katanya perkahwinan ini harus dilakukan secara jujur dan tidak disalahgunakan bagi menganiaya kaum wanita.

Misyar, mishar, mishwar atau mis-yar? Sebutan mana yang betul?

Aduh! Ini pun jadi hal jugak. Macam-macam bunyi yang orang sebut. Orang ramai bila keluar kat paper 'misyar', maka pakat baca 'mishar'.

Dalam satu siri Wanita Hari Ini, ketika isu ini panas dibincangkan, Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi ada talipon untuk beri sedikit penjelasan. Katanya, yang betul ialah MISHWAR, iaitu yang berasal daripada 'mushawarah' atau mesyuarat bukannya misyar atau mishar.
Bagi kebanyakan ulama timur tengah, istilah yang digunakan ialah 'MISYAR' yang disebut dengan cara 'MIS-YAR'.

Begini cara misyar ditulis dalam bahasa Arab:

Cara sebut: Za-wa-jul-mis-yar
Maksudnya: perkahwinan misyar

Siapa nak kahwin misyar? Angkat tangan!

Kecoh pulak pasal kahwin misyar ni.

Rimas betul rasanya menengokkan topik ini dibincangkan secara membuta tuli.... tanpa mengetahui apa asal usul, hukum hakam kahwin misyar tu.

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage