Wacana Nikah Misyar anjuran Jemaah Islah Malaysia (JIM)

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Friday 23 June 2006

Wacana Nikah Misyar anjuran Jemaah Islah Malaysia (JIM)

Misyar banyak buruk daripada baik

Oleh ZUNAIDAH ZAINON

WACANA Nikah Misyar anjuran Wanita dan Jawatankuasa Ulama Jemaah Islah Malaysia (JIM) baru-baru ini cuba menjelaskan polemik mengenai nikah misyar yang secara tiba-tiba menjadi isu nasional.

Menurut definisi, nikah misyar menepati syarat-syarat serta hukum nikah. Cuma bezanya isteri dengan rela hati melepaskan hak menuntut nafkah zahir (saraan diri dan tempat tinggal) daripada lelaki yang dikahwininya.

Pentakrifan kedua mengenai nikah ini ialah isteri melepaskan hak gilirannya untuk bersama suami dalam perkahwinan yang melibatkan poligami.

Penggunaan istilah misyar amat popular di kalangan masyarakat Arab untuk membezakan nikah bersyarat (tidak menuntut nafkah zahir dan tempat tinggal) dengan perkahwinan biasa tanpa syarat di atas.

Merenung kembali perkahwinan misyar bagi masyarakat Arab, pernikahan ini mendapat jolokan travellers marriage kerana pasangan suami isteri tidak tinggal serumah dan suami tidak bertanggungjawab dalam hal ehwal kewangan.

Misyar dipercayai berlaku di kalangan masyarakat Islam berfahaman Sunni di Mesir pada awal 1825. Ia telah difatwakan dalam undang-undang secara rasmi di Mesir oleh Sheikh Muhammad Sayid Tantawy pada 1999.

Dipercayai ia menjadi amalan lelaki kaya dari Kuwait dan Arab Saudi yang berkahwin secara misyar semasa dalam percutian. Ini menghalalkan mereka mengadakan hubungan seks. Mereka mengembara ke negara-negara miskin seperti Mesir atau Syria dan berjumpa dengan orang tengah yang boleh mengatur perkahwinan mereka dan sesetengahnya melalui online.
Lelaki Mesir yang bekerja di Negara-negara Teluk juga gemar berkahwin misyar daripada hidup sendirian.

Menurut Pensyarah Kuliah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Zulfakar Ramlee, terdapat tiga pandangan ulama berhubung nikah misyar iaitu harus, harus tetapi tidak digalakkan dan haram.

Sheikh Dr. Yusuf al-Qardawi menyarankan agar syarat-syarat yang termaktub dalam nikah misyar tidak ditulis dalam akad supaya ia menjadi persetujuan lisan antara pasangan atau ‘menang-menang’ dan bukannya dipaksa.

Pandangan ulama yang menyatakan nikah misyar haram kerana ia merupakan satu bentuk penghinaan terhadap kaum wanita dan mengambil kesempatan di atas situasi yang dialami oleh wanita. Malah syarat yang diletakkan adalah tidak sah dan membatalkan nikah kerana syarat tersebut bertentangan dengan objektif syarak dalam perkahwinan.

â€Å“Untuk meluluskan pernikahan misyar di negara ini, beberapa perkara perlu diberikan perhatian terutama membabitkan undang-undang keluarga Islam. Misalnya, dalam undang-undang terdapat definisi jelas berkaitan dengan misyar dan seksyen lain yang melibatkan tanggungjawab nafkah kepada anak-anak,” kata Zulfakar.

Sementara itu, perunding syarie JIM, Prof. Madya Alias Osman berkata, perkahwinan misyar akan memberikan kesan dari segi hak dan tanggungjawab isteri terhadap suami, suami terhadap isteri dan masa depan anak-anak. Saranan yang dikeluarkan oleh Sheikh Dr. Yusuf al-Qardawi berkenaan syarat misyar adalah bertujuan untuk melindungi kaum wanita. Sekiranya setiap syarat tertulis semasa akad nikah, ia akan menjadi lebih rigid dan wanita akan kehilangan hak-hak mereka.

Tegas beliau, walaupun isteri rela untuk tidak diberikan nafkah, mereka tetap berhak mendapat nafkah batin, kebahagiaan rumah tangga, didikan agama, perlindungan, penghormatan, tuntutan harta sepencarian, harta pusaka dan hak sebagai isteri jika dimadukan. Begitu juga anak-anak berhak mendapat sepenuh perhatian dan kasih sayang daripada bapa mereka.

Kerelaan isteri melepaskan hak pemberian nafkah tidak menggugurkan hak-hak suami dari segi kebenaran poligami, harta sepencarian dan pusaka jika isterinya meninggal dunia. Bagaimanapun, suami menanggung sendiri hidupnya dan bukan daripada harta isteri kerana ia bukan kewajipan bagi isteri.

â€Å“Sekiranya isteri kehilangan punca pendapatan dan tidak mampu menyara hidupnya, isteri berhak menuntut nafkah berdasarkan qiyas aulawi. Namun, kita tidak boleh menolak bahawa lebih banyak unsur negatif daripada positif dalam perkahwinan secara misyar. Yang paling dibimbangi ialah lelaki menggunakan helah berkahwin misyar untuk lari daripada tanggungjawab dan wanita dijadikan alat pemuas nafsu. Malah ia juga dibimbangi akan menjadi trend di kalangan belia termasuk pelajar menengah dan institusi pengajian tinggi,” kata beliau mengenai kesan negatif yang bakal berlaku jika misyar disalahertikan pihak tertentu.

Beliau memberikan satu senario yang berlaku pada hari ini iaitu kepincangan institusi kekeluargaan yang membawa kepada penceraian dan akhirnya anak-anak terbiar tanpa bimbingan emosi dan mental. Ini akan menjejaskan generasi muda yang berketrampilan dan berperibadi unggul kerana mereka tidak mendapat kasih sayang keluarga.

Dipetik daripada Utusan Malaysia

No comments

Post a Comment

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage