Pendirian Menteri di Malaysia

Dipetik lagi dari akhbar Utusan Malaysia

Perkahwinan misyar tidak perlu fatwa

KUALA LUMPUR 8 Jun - Kerajaan berpendirian bahawa perkahwinan misyar tidak perlu difatwakan memandangkan hukum perkahwinan tersebut sah mengikut syarak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin, bagaimanapun berkata, jika perkahwinan misyar itu dijalankan untuk tujuan poligami, pihak mahkamah akan membuat keputusan sama ada lelaki terbabit layak atau sebaliknya.

Beliau berkata, bagi pasangan bujang pula, perkahwinan seumpama itu tidak menjadi masalah asalkan kedua-dua pihak bersetuju dengan perjanjian yang dimeterai.

“Perkahwinan misyar ini cenderung kepada amalan berpoligami. Walaupun dari segi hukum sah, mereka yang hendak berkahwin lebih di negara ini perlu mematuhi syarat yang telah ditetapkan termasuk mendapat perintah dari mahkamah.

“Untuk pasangan yang tidak pernah berkahwin tidak timbul masalah walaupun pihak wanita lebih kaya daripada lelaki, cuma lelaki tidak boleh mengambil kesempatan daripada kekayaan isterinya,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya isu perkahwinan misyar yang hangat diperbincangkan baru-baru ini
Share:

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz
Pensyarah Kanan, Program Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Follow by Email

Gegak Gempita Gara-gara Augmented Reality Dakwah

Augmented Reality atau singkatannya AR merupakan istilah yang masih asing lagi di Malaysia, apatah lagi penggunaan augmented reality dalam ...

Labels

Blog Archive

Recent Posts