Tak salah orang ramai memberikan pandangan. Tapi, biar cerdik pandai jelaskan dulu...

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Friday 23 June 2006

Tak salah orang ramai memberikan pandangan. Tapi, biar cerdik pandai jelaskan dulu...

Semasa melayari internet untuk melihat pandangan orang ramai mengenai misyar, saya tertarik dengan paparan dalam http://nooryahaya.blogspot.com yang antaranya menyebut:

Seorang teman menulis begini:

Kasilah itu alim ulamak explain itu misyar(oma) dulu. Itu alim ulamak arif itu Al-bab ugama, hukum-hakam,perlaksanaan dll . Ini bab kena faham betul2 supaya kita tak tergelincir dan jatuh itu lubang yang gelap dan menghukum sesuatu yang kita pun tak pasti. Ramai anti-auntie polygamy sudah tergelincir aqidah sebab menentang hukum polygamy....kalu jealous, irihati, sakit hati itu sama pompuan lain itu lain cerita, ini boleh kasi ubat.

Kalu baca itu kisah nabi, isteri nabi Muhammad pun serahkan giliran pada itu isteri2 muda dgn rela hati. Siti Khadijah pun berkorban harta-benda , jiwa raga utk suami sampai habis harta dunia. Ini contoh wanita (ummul mukminin) yang banyak iman dan dapat suami Nabi. Yang dapat suami punya nafsu macam babi tu, jangan bagi satu sen pun...nanti makin banyak pulak dosanya dan dosa pada wanita lain.Soal nafsu, soal tak suka, benci, rasa mual dll...ini sumua soal peribadi.

Soal lelaki gatal, miang, gelojoh, dll ini pun soal perbadi lelaki dan bukan semua lelaki ada itu macam. Yang macam-macam ada tulah yang problem banyak sikit...Tapi jangan lupa, isteri macam2 ada/mengada pun problem jugak.....Harap anti-auntie Misyar tarak marah dgn itu Misyar kalu ianya merawat dan menyelesaikan masalah sosial (yg genuine) seperti dgn hukum polygamy. Kalu itu suami tarak adil, auntie2 jangan bimbang sebab Allah akan mengadili setiap mereka di Yaumul Mahshar......Nanti orang akan tanya, itu siapa punya suami yang masuk neraka sebab tarak adil sama mereka punya Mishar/isteri ????....Ooooh, itu Anti auntie Misyar punya suamilah ! Malu di dunia tapi jangan malu di akhirat

Konsep kahwin misyar disalaherti..., kata Dr Zuhdi Muhammad RazifMay 30, 06 5:19pm Pencetus polemik 'kahwin misyar', Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd Majid mendakwa perdebatan mengenai konsep perkahiwnan berkenaan sudah menyeleweng jauh dari konsep dan tujuan asal cadangan beliau. "Perdebatan kahwin misyar ini sudah jauh menyeleweng, ia penuh dengan prejudis dan pandangan-pandangan yang melampau. "Lelaki dan perempuan nampaknya menjadi emosi ketika membincangkan isu ini. Sepatutnya kita menjadi orang yang sanggup mendengar dan bersabar dalam membincangkan isu ini. Mana tahu mungkin ada kebaikannya,"ujar beliau ketika dihubungi hari ini.

Dr Zuhdi yang merupakan pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaya mahu semua pihak yang berminat dengan isu tersebut, supaya kembali menghayati apa sebenarnya yang beliau sarankan.

"Konsep kahwin misyar yang saya maksudkan ialah perkahwinan antara perempuan yang berpendapatan tinggi dan berpangkat dengan lelaki yang lebih rendah pendapatannya. Saya tidak galakkan mereka duduk berasingan selepas berkahwin. "Dalam perkahwinan itu pihak perempuan bersetuju suaminya yang berpendapatan rendah tidak menanggung nafkah zahirnya, memadai memberikannya kasih sayang, menjadi pemimpin keluarga dan menunaikan tanggungjawab yang lain. "Saya tidak kata lelaki lari daripada tanggungjawab sebagai suami. Peranan sebagai suami tetap diteruskan, anak-anak terus diberikan perhatian. Cuma suami diringankan tanggungan dari aspek kewangan, itupun selepas ada persetujuan bersama," jelas beliau.

Menurut beliau, kawin misyar juga tidak bererti suami melepaskan terus tanggungjawab menyara keluarga. Bukan untuk berpoligami "Atas persetujuan bersama, suami berkenaan menyara keluarganya mengikut kemampuannya dengan dibantu oleh isterinya yang berpendapatan lebih tinggi,"jelasnya lagi.

Malah, katanya, ikatan suami isteri yang bermula dengan perkahwinan misyar juga boleh ditukar menjadi perkahwinan biasa jika ditakdirkan selepas berkahwin mereka, pekerjaan dan pendapatan suami bertambah baik.

Beliau juga menegaskan, saranannya juga tidak menyentuh soal poligami kerana beliau menyarankan wanita berpangkat dan berada berkahwin dengan lelaki berpendapatan rendah, bukan berkahwin dengan suami orang.

"Saya rasa sudah sampai masanya masyarakat kita berhenti memandang serong pada perkahwinan tidak sama taraf atau tidak sekufu. Kita perlu berlaku adil pada wanita-wanita yang sanggup berkahwin dengan lelaki yang lebih rendah pangkat atau kedudukannya,"ujar beliau.

Menurutnya lagi, soal konsep perkahwinan misyar disalahgunakan juga tidak timbul kerana dalam perkahwinan biasapun banyak berlaku penyelewengan. "Saya menyetujui konsep kahwin misyar ini kerana saya lihat ia mampu mengatasi masalah andartu atau ibu tunggal yang semakin ramai. Saya tidak nampak bagaimana ia menjatuhkan martabat wanita kerana semua dibuat atas persetujuan bersama,"tambah beliau. Dr Zuhdi juga menjelaskan, perkahwinan misyar juga tidak akan menimbulkan masalah pengabaian tanggungjawab terhadap anak-anak, harta sepencarian dan soal faraid kerana semua hukum itu telah termaktub dalam al-Quran dan perlu dipatuhi oleh pasangan suami-isteri.

*****

Seorang lagi teman menulis:

Tidak salah misyar kalau isteri redha. Susah nak cari isteri yang redha dengan apa yang ada pada suami. Malah kalaulah isteri redha nak beri suami duit, why not? Bukankah redha-meredhai antara suami dan isteri boleh membahagiakan rumahtangga. Tak semua hak itu wajib dipertahankan. Ada hak itu tak wajib dipertahankan malah sunat dan boleh pula dikorbankan.

*****

Dan Seorang teman di negara Dubailand menulis begini:

Actually, the basic principle, mis-yar is halal. As polygamy is. The problems when these halal matters are abused. We have wajib, harus, makruh, halal, haram for appropriate thingies.

Mis-yar issue could be a way for the local media to sway people from real issues on the ground. Inflation, crime rates, corruption at the high places, police brutalities, decline of standard in education, employment etc which affecting all of us as the normal citizens of milizia.Me not worried much about mis-yar (or misha not married yet, is she not?), it is a legal contract between two willing parties.

So be it.

Redho-meredhoi, bahagia dunia dan akhirat.

*****

Hmm....
Apa komen anda?

No comments

Post a Comment

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage