Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Thursday, 30 August 2007

Ahh.... lega!

Syukur, Alhamdulillah...

Akhirnya seminar ni berakhir jua. Banyak manfaat dan pengajaran yang diperolehi terutamanya untuk kami, urusetia program. Diharapkan para peserta juga akan dapat memperolehi banyak manfaat dan peningkatan ilmu.

Hari ni, dah macam orang tak cukup makan. Lembik memanjang. Letih semalam tak habis lagi... tugas lain pula datang bergolek tak berhenti-henti.

Ya Allah, berikanlah kekuatan buat hamba-Mu ini.

Lepas seminar ni...

Tuesday, 28 August 2007

Seminar Tokoh-tokoh Hadis Pasca Kurun ke-13 Hijrah: Kesarjanaan dan Sumbangan

Akhirnya, hari seminar pun tiba. Penat lelah berbulan lamanya diuji pula pada hari ini. Tak tahulah apa pandangan peserta yang datang dari pelusuk dunia. Tapi, bagi kami, inilah yang terdaya kami lakukan.

Pagi tadi, Syeikh Salim al-Hilali dari Jordan datang untuk memberikan ucaputama. Banyak persoalan yang ditimbulkan. Esok beliau akan memberikan satu pembentangan pula. Ada satu soalan yang saya akan kemukakan. Tunggulah....

Petang, Ustaz Rosdi membentangkan kertas kerja bertajuk: Sumbangan al-Qaradawi dalam Pentafsiran Hadis Asnaf Zakat: Kajian ke atas Buku Fiqh al-Zakah. Kertas kerja ini mengemukakan hasil kajian awal kami tentang pemikiran baru dan juga pemikiran yang agak asing tentang pentafsiran asnaf zakat yang dikemukakan oleh al-Qaradawi. Idea-idea yang dibentangkan ialah yang mempunyai kaitan dengan pemahaman beliau ke atas hadis. Ringkasnya, ada 4 isu yang dibentangkan pada petang ini, iaitu:
1) bantuan saraan perkahwinan untuk fakir dan miskin
2) amil wanita
3) mualaf bukan Islam
4) bantuan untuk mangsa bencana alam

Sebenarnya, kertas ini ditulis secara bersama dengan saya, tapi, sajalah... malas nak bentang sebab banyak sangat benda yang masuk dalam kepala. Dengan selamba, saya duduk kat meja peserta dan buat-buat sibuk ambil gambar Ustaz! :)

Lepas pembentangan, macam biasalah, soalan yang dikemukakan untuk kami sentiasa lebih banyak daripada yang dikemukakan untuk pembentang lain. Nampaknya, ramai yang berminat dengan pemikiran baru yang dibawa oleh al-Qaradawi dalam bab zakat.

Lebih mengejutkan, selepas itu, wakil media datang bertemu saya dan... hih.. hih... tak payah cakaplah!

Monday, 13 August 2007

Konvokesyen USM 2007

Selamat Bergraduat!

Sejambak tahniah buat semua graduan USM yang akan menyambut konvokesyen mulai esok. Semoga kejayaan ini akan dijadikan pencetus kejayaan yang lebih besar dan hebat buat anak bangsa dan tamadun negara.

Tahniah!

Monday, 30 July 2007

Warkah tak diundang....

Ini bukan kali pertama. Sudah bebapa kali saya diajukan persoalan yang semacam ini.
Setiap kali warkah seperti ini mengetuk peti mail saya, pasti nafas saya akan terhenti seketika. Apa yang telah berlaku dengan generasi yang bakal menggantikan kita suatu masa nanti?

Fikirkanlah…

Assalamualaikum Dr..saya xxxxxxxxxxxx. ingin mengajukan masalah saya kepada Dr..sekiranya seseorang pelajar telah terlibat dengan zina tetapi mahu bertaubat dan mengubah cara hidupnya.namun,desakan hawa nafsu tidak dapat dikawal.ingin berkahwin tetapi kedua belah keluarga belum bersetuju kerana si lelaki masih belajar.ingin menceritakan perkara sebenar yang telah berlaku, takut keluarga terkejut dan memandang serong.jadi, bagaimana yang harus dilakukan agar dosa-dosa besar tersebut dapat ditinggalkan.pasangan tersebut saling menyayangi. adakah patut berkahwin secara sembunyi-sembunyi bagi mengelakkan berulangnya dosa-dosa besar tersebut?atau menceritakan kepada ibu bapa tentang perkara tersebut?dosa-dosa tersebut menyebabkannya tertagih untuk melakukannya kembali

Saturday, 28 July 2007

Gangguan Teknikal

Hari ini dan untuk beberapa hari akan datang, terdapat beberapa kerja teknikal yang terpaksa dilakukan. Oleh yang demikian, mungkin terdapat kejadian misteri yang akan berlaku. Harap dapat bersabar.
Terima kasih

Tuesday, 17 July 2007

Seminar Terkini di USM

Seminar Tokoh-tokoh Hadith Pasca Kurun ke-13 Hijrah: Kesarjanaan dan Sumbangan akan berlangsung tidak lama lagi. Beberapa maklumat terkini telah dimasukkan dalam laman web rasmi seminar iaitu di www.usm.my/hadith/ .

Jika anda berminat untuk menyertai seminar tersebut, sila daftar segera secara online dan buat pembayaran yuran dengan segera. Memandangkan tarikh tutup pendaftaran ialah pada penghujung bulan ini dan kami juga baru sahaja melakukan promosi 'agak' besar-besaran, maka jumlah kerusi kosong yang ada tinggal sedikit sahaja lagi. Oleh yang demikian, saya sangat berharap agar pengunjung blog saya menggunakan peluang yang ada untuk menambah ilmu dalam seminar yang akan diadakan sebelum kehadiran Ramadan yang mulia.

Lawati: www.usm.my/hadith/ .
Webmaster seminar: saya :)

Tuesday, 3 July 2007

"Nak kawin? Umur adik ni berapa tahun?"

Hah! hah! Ramai yang nak kawin, tapi tak menyangka mereka perlu tengok balik surat beranak dan congak umur mereka berapa tahun sekarang!

blues

Tahukah anda bahawa jika anda tidak cukup umur, anda tidak boleh berkahwin?

Sebenarnya, kalau dilihat secara kasar dalam pandangan lama tentang umur minimum untuk kawin, tidak had umur minimum untuk tujuan tersebut. Tetapi

Sunday, 17 June 2007

Apa ada pada sekufu?

cincin.jpg

"Siapa itu Kasim Selamat? Loyar? Majisterit?"
"Ahli muzik, mak..."
"Pantang keturunan aku ahli muzik!"

Dialog ini mungkin jarang kita dengar dalam kalangan masyarakat hari ini. Tetapi, tempiasnya dapat dirasakan terutamanya apabila ada rombongan membawa sireh pinang dan cincin sebentuk. Soalan yang sering ditanya kepada kepala rombongan... "dia kerja apa? kat mana?" dll.

Jarang yang 'berani' bertanya... "dia tahu sembahyang tak? puasa pernah tinggal? dah berapa kali khatam al-Quran?" dll. Percayalah, kalau ini yang ditanya, pasti merah padam anggota rombongan yang masuk meminang. Silap hari bulan, terus angkat punggung kerana menganggap soalan itu 'menghina' (???) si teruna.

Ting tong

Aduhai badan, banyaknya kerja nak kena buat. Banyak betul cabaran jadi pensyarah di USM ni. Baru je lepas kursus Pengajaran dan Pembelajaran 2 minggu, esok kena masuk Kursus Induksi pulak. 2 minggu lagi! Dalam masa yang sama, banyak kertas kerja, proposal, artikel, persediaan pengajaran dan lain-lain yang kena buat. Meeting lagi. Dah la hubby out-station manjang. Yang comel-comel keliling pinggang ni pulak, macam-macam kerenahnya. Aduhai badan.....

Thursday, 10 May 2007

"...barangsiapa yang belum mampu (berkahwin) maka..."

Gelora jiwa, lebih dahsyat dari tsunami!

Assalamualaikum,

Kembali kepada janji saya untuk menumpukan artikel tentang perkahwinan.

***********

Apabila kita membuka kitab-kitab tentang perkahwinan, antara perkara awal yang sering disebut ialah kebaikan berkahwin, dalil-dalil yang menggalakkan perkahwinan dan sebagainya. Orang yang memang teringin nak kahwin tak perlu diajar tentang kenapa dia perlu kahwin. Kalau tak disuruh pun, dia akan kahwin juga.

Tetapi, kita jarang disajikan dengan PENAWAR untuk orang yang dah 'tak tahan' nak kahwin tetapi menghadapi masalah duit, jodoh, keluarga dan lain-lain lagi.

Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:
Hai orang-orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) itu dapat mengawal mata dan kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya.

Berulang kali saya membaca dan menghayati hadis ini. Terdetik di hati, "begitu indah Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. kerana agama yang selari dengan fitrah manusia ini, agama yang memahami kehendak naluri nafsani, agama yang tahu hikmah yang tersirat di sebalik hakikat, apabila berbicara tentang berkahwin, disuanya dahulu penawar untuk insan-insan seperti ini."

Hakikat berpuasa bukanlah sekadar berlapar dahaga, malah lebih jauh lagi, ialah mengawal hati, akal, anggota fizikal dan juga segala pancaindera daripada melakukan maksiat. Ia secara tidak langsung dapat menggerakkan jiwa supaya tenang menghayati hakikat kejadian kita di muka bumi ini.

Siapa yang lebih perlu berpuasa?

Kalau kita lihat di mana-mana sekalipun, golongan wanita paling 'rajin' berpuasa. Di asrama-asrama sekolah, kolej dan universiti sebagai contoh, setiap petang Isnin dan Khamis, pasti ada sahaja muslimah yang kekalutan membeli nasi bungkus untuk dimakan semasa berbuka. Situasi yang sama jarang berlaku di asrama lelaki. Mungkin kerana mereka tidak perlu 'qodho', maka berpuasa di luar bulan Ramadhan bukanlah amalan mereka.

Kalau melihat dari banyak aspek, sepatutnya, suasana di asrama lelaki lebih meriah daripada asrama perempuan. Berbanding dengan perempuan, runtunan nafsani lelaki untuk berkahwin jauh lebih tinggi. Hal ini ialah hakikat yang tak perlu disangkal lagi dan kita perlu terimanya secara terbuka. Oleh yang demikian, budaya berpuasa perlu dipupuk di asrama lelaki untuk memelihara minda mereka supaya lebih jernih dan murni.

Dalam masa yang sama, berpuasa tidak boleh disempitkan kepada masalah runtunan dalaman semata-mata. Kita harus melihatnya secara terbuka sebagai satu ibadah yang dituntut untuk dilakukan sepanjang tahun. Hanya dalam konteks berhadapan dengan masalah kewangan dan sebagainya yang menyebabkan tarikh perkahwinan ditangguhkan maka berpuasa ialah penawarnya.

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage