Saturday, 22 June 2013
Majlis Perpisahan anjuran Bahagian Pengajian Islam, PPIK, USM
June 22, 2013
Majlis perpisahan anjuran Bahagian Pengajian Islam, PPIK, USM diikuti makan2 @ Pen Mutiara. Terima kasih Pengerusi BPI & sahabat2 semua atas segala2nya. 7 tahun pengalaman luar biasa yang sukar dilupakan.
Thursday, 30 May 2013
Animasi Qawaid Fiqhiyyah di youtube
May 30, 2013
Assalamualaykum,
Kali ni nak kongsi 1 video animasi yang saya buat & digunakan sebagai bahan pengajaran dalam subjek Sumber & Prinsip Perundangan Islam, iaitu sebagai intro topik Qawaid Fiqhiyyah.
Video ni tak sampai 2 minit pun. Saja lajukan!
http://www.youtube.com/watch?v=0isgEP1R5gw&feature=youtube_gdata_player
Sebenarnya video di atas dibuat sambil2 bertungku & berpantang selepas melahirkan anak ke 8. Lelaki!
Namun hayat dia hanya di rahim bonda.
Inna lillah wa inna ilayhi rajiun.
Sabarkan daku atas ujian ini ya Allah
Kali ni nak kongsi 1 video animasi yang saya buat & digunakan sebagai bahan pengajaran dalam subjek Sumber & Prinsip Perundangan Islam, iaitu sebagai intro topik Qawaid Fiqhiyyah.
Video ni tak sampai 2 minit pun. Saja lajukan!
http://www.youtube.com/watch?v=0isgEP1R5gw&feature=youtube_gdata_player
Sebenarnya video di atas dibuat sambil2 bertungku & berpantang selepas melahirkan anak ke 8. Lelaki!
Namun hayat dia hanya di rahim bonda.
Inna lillah wa inna ilayhi rajiun.
Sabarkan daku atas ujian ini ya Allah
Friday, 26 April 2013
Writing-me-not. Typing-me-forever!
April 26, 2013
Typing test dalam apps Tap Typing (iPad)
Boleh tak kawan- kawan di sini bagitau, typing behavior anda semua. Taip laju, taip slow, taip dua jari, taip empat jari?
Sebenarnya saya nak ajak kita sama-sama memikior sikit tentang perubahan. Ye lah semua cakap pasa ubah...ubah....BN nak ubah Selangor, PAS nak ubah Putrajaya!
Masa saya kanak-kanak dulu cikgu dok tekankan tulis...tulis...dengan cantik. Masa tu, cikgu pun takde mesin taip, harap mesin taip sekolah je.
Bila saya habis SPM, saya terfikir, kalau aku punya result kantoi, alamat kena jadi kerani la hahaa, nasib baik ia tak jadi kenyataan!
Monday, 1 April 2013
Musim Panas Pulau Pinang dan Musim Panas Mu'tah, Jordan
April 01, 2013
Gelisah! Siang gelisah! Malam gelisah!
"Petang pun gelisah mak," kata Ziyad yang dok kat sebelah ni hah. Editor tak bertauliah menyampuk masa mak dok menaip dengan laju hihii. Gelisah apa Ziyad? Gelisah sebab Parlimen tak bubar-bubar lagi ke? kih...kih...kih...
Bermula hujung bulan Mac, ketika kedudukan matahari menghampiri garisan Sartan, memang selalunya kawasan Utara ni akan kepanasan. Masa inilah kawasan belakang rumah saya di Bertam akan kelihatan seperti musim luruh di Sonata, eh... errr... abaikan.
Friday, 15 February 2013
FI SABILILLAH SEBAGAI MEDIUM ZAKAT PRODUKTIF
February 15, 2013
Berikut merupakan satu artikel saya yang dijadikan bab dalam buku Transformasi Zakat Daripada Zakat Saradiri Kepada Zakat Produktif
FI SABILILLAH SEBAGAI MEDIUM ZAKAT PRODUKTIF
Hasanah Abd. Khafidz (Ph.D)
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,
Universiti Sains Malaysia
Pendahuluan
Dalil qat`i al-thubut dan qat`i al-dilalah dalam ayat ke-60 Surah al-Tawbah telah menjelaskan bahawa terdapat lapan golongan yang berhak untuk menerima zakat. Golongan ini yang lebih dikenali dengan istilah asnaf zakat atau asnaf lapan ialah fakir, miskin, amil, mualaf, fial-riqab, al-gharimin, fi sabilillah dan ibn al-sabil. Walaupun penentuan asnaf lapan ini telah disepakati oleh para fuqaha, namun, isu cara hendak mentafsirkan asnaf ini terus menjadi perbahasan.
Thursday, 18 October 2012
Apa hukum agih sendiri wang zakat?
October 18, 2012
Persoalan ini sering diajukan kepada saya, sama ada oleh pelajar, rakan sekerja mahupun orang kampung. Kebanyakannya mahukan jawapan yang pendek. Tidak mahu panjang-panjang. Kalau boleh hanya mahu jawapan yang positif. Mahu dengar saya kata "boleh" kerana dari situ mereka berharap akan dapat berasa puas bila agih sendiri wang zakat. Malangnya saya sering memberikan jawapan separa panjang. Tidak pendek dan tidak panjang dan bukan pula jawapan yang positif.
Suka saya ingin kongsikan pandangan Ustaz Hamizul Abd. Hamid dalam hal ini.
Wednesday, 10 October 2012
Astaghfirullahalazim. Sudah-sudahlah dengan Oppa Gangnam Style yang lucah tu
October 10, 2012
Bersilang tangan bergoyang ke sana-sini ala-ala naik kuda… bila diaksi beramai-ramai akan pecah perut ketawa. Namun berapa ramai rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam faham bahasa Korea? Apatah lagi jika lama ditonton rakaman Oppa Gangnam Style di Youtube, maka dengan jelas, terang lagi bersuluh akan dipaparkan aksi lucah & berahi.
Tuesday, 28 August 2012
Masa sibuk selepas masa lapang
August 28, 2012
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
Cantik makna hadis ni kan. Itulah putaran kehidupan kita. Sekejap di atas, sekejap di bawah. Sekejap sibuk, sekejap lapang.
Saya menarik nafas panjang. Sangat panjang. Dipendam lama-lama biar oksigen yang melalui bronkius dan bronkiul akan terus tercerap di alveoli. Biar padat oksigen dalam salur darah dan sampai ke sereblum, limbic, cortex dll. Saya menguji kesahihan teori bahawa oksigen boleh menenangkan minda. Sel-sel otak sedang berhubung...
Tuesday, 7 August 2012
UrusPusaka.com kembali semula
August 07, 2012
Maha suci Allah! Kepada-Mu kupanjatkan syukur. Penantian 3 tahun berakhir sudah. Inilah dia, website pertama yang saya bangunkan iaitu www.uruspusaka.com kembali menjadi milik saya. Ia begitu tinggi nilai sentimentalnya bagi saya kerana dari situ lah saya mula breaking the icebergs untuk aktif menulis secara online.
2006
Sejarahnya bermula pada tahun 2006 apabila almarhum suami, Ustaz Rosdi Yusof mula berjinak-jinak dengan perundingan pusaka. Kami sama-sama dalam bidang Syariah, itu yang jadi seronok kalau berdiskusi secara ilmiah. Cuma, saya sangat meminati bidang kehartaan Islam kerana sedari kecil memang suka subjek matematik dan di sekolah menengah meminati Prinsip Akaun. Well, SPM dapat A1 dalam matematik & prinsip akaun hihiii, suka sangat. Suami pula lebih suka pada perundangan. Saya uruskan yang teknikal (domain, hosting dll) kemudian banyak menulis tentang panduan pengagihan dan pengurusan harta pusaka manakala suami banyak menjawab soalan orang awam. Kalau dia sibuk, maka saya yang akan menjawab.
Kami berbincang secara serius tentang isu pusaka kerana ia merupakan satu isu yang sensitif yang sering menyebabkan insan-insan yang berkongsi rahim sanggup bermandi darah demi harta yang kadar sejengkal. Harta percuma, semua nak rebut. Tapi kerana ia percuma maka banyak juga harta yang terbiar hingga jadi masalah pertindihan waris.
Tuesday, 17 July 2012
Fatwa Zakat Harta Pusaka
July 17, 2012
Sambung diskusi lepas tentang zakat pada harta pusaka. Boleh baca artikel berkaitan di: http://drhasanah.com/2012/zakat-pada-harta-pusaka/
Artikel lepas hanya sempat membincangkan hukum zakat yang tidak dibayar semasa hidup. Perbincangannya menumpukan kepada apakah hutang zakat perlu dibayar dengan menggunakan harta pusaka si mati ataupun ia tidak perlu dibayar sama sekali atau mungkin hutang itu perlu ditanggung oleh waris.
Dalam artikel kali ini, saya akan membawa persoalan: Adakah harta pusaka yang diterima oleh ahli waris perlu dibayar zakat?
Saya telah cuba mencari fatwa di Malaysia yang berkaitan dengan isu ini tetapi tidak jumpa. Kalau anda jumpa, harap dapat kongsikan dengan sahabat pembaca yang lain :)
Jawapan pendek saya bagi persoalan ini ialah:
Subscribe to:
Posts
(Atom)








Social Footer
Follow saya!