Tuesday, 7 August 2012
UrusPusaka.com kembali semula
August 07, 2012
Maha suci Allah! Kepada-Mu kupanjatkan syukur. Penantian 3 tahun berakhir sudah. Inilah dia, website pertama yang saya bangunkan iaitu www.uruspusaka.com kembali menjadi milik saya. Ia begitu tinggi nilai sentimentalnya bagi saya kerana dari situ lah saya mula breaking the icebergs untuk aktif menulis secara online.
2006
Sejarahnya bermula pada tahun 2006 apabila almarhum suami, Ustaz Rosdi Yusof mula berjinak-jinak dengan perundingan pusaka. Kami sama-sama dalam bidang Syariah, itu yang jadi seronok kalau berdiskusi secara ilmiah. Cuma, saya sangat meminati bidang kehartaan Islam kerana sedari kecil memang suka subjek matematik dan di sekolah menengah meminati Prinsip Akaun. Well, SPM dapat A1 dalam matematik & prinsip akaun hihiii, suka sangat. Suami pula lebih suka pada perundangan. Saya uruskan yang teknikal (domain, hosting dll) kemudian banyak menulis tentang panduan pengagihan dan pengurusan harta pusaka manakala suami banyak menjawab soalan orang awam. Kalau dia sibuk, maka saya yang akan menjawab.
Kami berbincang secara serius tentang isu pusaka kerana ia merupakan satu isu yang sensitif yang sering menyebabkan insan-insan yang berkongsi rahim sanggup bermandi darah demi harta yang kadar sejengkal. Harta percuma, semua nak rebut. Tapi kerana ia percuma maka banyak juga harta yang terbiar hingga jadi masalah pertindihan waris.
Dari segi pemasaran pula, kami berpendapat bahawa konsultasi percuma secara online merupakan cara terbaik untuk mendekatkan diri dengan klien. Walaupun ada yang seperti bersungguh-sungguh untuk mengambil khidmat almarhum suami bagi menyediakan dokumen wasiat & hibah, namun, pada penghujung tahun 2007, suami pula meninggal dunia. Maka konsultasi uruspusaka.com terhenti begitu sahaja tanpa memperolehi walau seorang pun klien berbayar. Kami tidak kisah, kerana kepuasan dapat membantu & memberikan pandangan kepada yang memerlukan adalah sukar untuk digambarkan.
2009
Memiliki domain dot com sendiri memberikan kita satu kelainan. Ia seperti satu jenama. Satu identiti. Impaknya berbeza jika mahu dibandingkan dengan domain percuma seperti blogspot. Namun, setiap perkara ada advantages & disadvantages.
Pada tahun 2009 saya terleka. Kerana alpa, maka tanpa saya sedari domain uruspusaka.com telah pun expired. Oleh kerana tempoh expired telah melebihi 1 bulan ketika saya menyedarinya, maka saya tidak boleh renew. Maka uruspusaka.com berpindah hakmilik kepada entah sapa-sapa. Tujuan pihak ketiga memiliki domain tersebut tidak lain hanyalah mengharapkan supaya owner asal akan menawarkan harga tinggi hingga beribu dollar bagi mendapatkan semula domain tersebut, tambahan pula uruspusaka.com pada masa itu telah mempunyai ranking yang agak tinggi. Malangnya, owner asalnya adalah saya yang tidak akan membeli domain mahal mengarut seperti itu.
2012
Mungkin setelah 3 tahun tiada sesiapa yang mahu membida, maka hari ini saya dapati domain itu telah kembali menjadi public domain, maksudnya, ia available kepada seluruh dunia untuk memilikinya. Alhamdulillah, dengan kira-kira $10 saya sudah kembali memiliki domain tersebut. Syukur sangat. Hadiah Ramadan untuk saya.
Sepanjang tempoh 3 tahun kehilangan uruspusaka.com, saya tidak delete fail-fail berkaitan dalam server. Jadi, selepas berjaya memiliki uruspusaka.com saya addon domain dalam hosting dengan meletakkan domain tersebut dalam folder fail uruspusaka yang lama. Suspen... sebab tak tahu sama ada kandungan urupusaka yang lama dulu masih boleh dipaparkan ataupun tidak, dan taaaraaaaaa................. alhamdulillah, tu dia urupusaka.com masih ada lagi, uhhhuuuu... kalau boleh nak peluk-peluk nak cium-cium huhuuuu... syukur alhamdulillah.
Lepas ni nak kena update urupusaka. Lepas ni lah. Maksundya, nanti lah. Iaitu, lambat sikit lagi sebab saya sudah ada temujanji: http://www.isla.my/event/16/laylatul-qadar-malam-ketentuan/ Harap-harap temujanji ini berjaya.
Allah yusahhil.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Tahniah...rezeki ramadhan. Saya pun ada satu domain yg terlupa renew dan terlepas ke tangan orang lain...
ReplyDeleteSaya pun mcm berminat jugak dgn servis UrusPusaka ni...walaupun harta tak banyak...:)
alhamdulillah.. tumpang gembira juga dengan kegembiraan Dr. Hasanah. =)
ReplyDeletesy pn nk belajar ttg urus pusaka ni. SYUKRAN
ReplyDelete