Astaghfirullahalazim. Sudah-sudahlah dengan Oppa Gangnam Style yang lucah tu

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Wednesday 10 October 2012

Astaghfirullahalazim. Sudah-sudahlah dengan Oppa Gangnam Style yang lucah tu



Bersilang tangan bergoyang ke sana-sini ala-ala naik kuda… bila diaksi beramai-ramai akan pecah perut ketawa. Namun berapa ramai rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam faham bahasa Korea? Apatah lagi jika lama ditonton rakaman Oppa Gangnam Style di Youtube, maka dengan jelas, terang lagi bersuluh akan dipaparkan aksi lucah & berahi. Tanpa menyelidik, kita terbawa-bawa dan turut terkinja-kinja membuat rakaman oppa gangnam style versi Malaysia. Lihat sahaja di Youtube, berapa banyak style yang telah diupload. Kampung style. Raya style. Senamrobik style. Itulah anak bangsa kita.



"A girl who is warm and humanle during the day
A classy girl who know how to enjoy the freedom of a cup of coffee
A girl whose heart gets hotter when night comes
A girl with that kind of twist

I’m a guy
A guy who is as warm as you during the day
A guy who one-shots his coffee before it even cools down
A guy whose heart bursts when night comes
That kind of guy"

Apa makna tersirat di sebalik lirik ini? Gadis? Hot waktu malam? Jejaka? Gelora jiwa waktu malam?

Menari & merangkak di celah kelangkang wanita? Ini bukan budaya untuk rakyat Malaysia

"Eh- Sexy Lady, Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady oh oh oh oh
A girl who looks quiet but plays when she plays
A girl who puts her hair down when the right time comes
A girl who covers herself but is more sexy than a girl who bares it all
A sensable girl like that I’m a guy
A guy who seems calm but plays when he plays
A guy who goes completely crazy when the right time comes
A guy who has bulging ideas rather than muscles
That kind of guy"

Banyak lagi gambar gangnam style yang berbau seks tetapi tak sanggup saya paparkan di sini. Saya pernah lihat official fanpage fb oppa gangnam style, memang sangat dahsyat!

Tidak perlu masuk universiti untuk memahami bahawa lirik Oppa Gangnam Style ini lucah. Tariannya juga lucah. Fenomenanya merbahaya.

Tidak perlu ijazah syariah tinggi-tinggi untuk membuat kesimpulan bahawa hukum Oppa Gangnam Style ini HARAM.



Namun, amat menyedihkan kerana media termasuk TV dan radio juga terbawa-bawa dengan demam gangnam ini. Malah, ada rancangan kanak-kanak dalam satu saluran tv yang beriya-iya menunjukkan kanak-kanak berjoget oppa gangnam style.

Usahlah kita membiarkan anak-anak kecil menyanyikan lagu yang mengajak kepada perhubungan haram. Balanya akan menjadi ancaman kepada negara.

Islam tidak menghalang untuk berhibur, tetapi berhiburlah secara baik, berakhlak dan tidak melanggar syarak. Biarlah hiburan itu tidak melalaikan. Malah, sebaiknya ia mendatangkan faedah dan mengajak kepada berbuat kebaikan dan kebajikan.

Ingatlah firman Allah swt. dalam surah al-Baqarah ayat 216, maksudnya: "Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu) sedangkan kamu tidak mengetahuinya."

Saya berharap supaya sedikit teguran ini akan disampaikan kepada khalayak yang ramai, mudah-mudahan ia dapat memberikan kesedaran dan menjauhkan kita daripada kerosakan dalam kalangan masyarakat.

1 comment

  1. Dr, saya rindu suasana universiti. Sangat rindu. Rindu di jiwa ini hanya Allah yang tahu. How I wish I can be a lecturer. I can work in a university. Memajukan minda anak-anak bangsa. Memajukan pemikiran masyarakat. Please make du'a for me. Beginilah anak-anak bangsa kita. They are more inclined towards an unhealthy sub-culture than a healthy one. They find this as a form of modernity and advancement. Bila suruh majukan minda, pemikiran, education and intellectual ability they refuse to do so.

    Puti :)

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage