2020

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Tuesday 16 June 2020

Kalendar Akademik UKM 2020 dan 2021 yang disesuaikan dengan Pandemik Covid-19. Bilakah tarikh baru konvokesyen UKM 2020?


Selaras dengan arahan PKP, PKPB dan sekarang PKPP, di UKM, kuliah telah dibuat penyesuaian kerana pelajar telah 'direhatkan' semasa awal pandemik. Selepas itu pembelajaran secara online telah dilaksanakan. Memanglah banyak cabarannya, namun, jangan kita mengalah. Belajar mesti belajar.

Berikut adalah jadual akademik Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah saya masukkan dalam kalendar supaya senang nak rujuk.
Maklumat ini diperolehi daripada Pusat Pengurusan Akademik iaitu daripada Pindaan Kalendar Sesi Akademik 2020-2021 (Prasiswazah & Pascasiswazah) serta Program ASASIpintar UKM yang telah diluluskan oleh Senat Ke-465. Cuba cari, bilakah konvo UKM yang ke-48?


Bagi pelajar UKM atau ahli akademik UKM yang nak masukkan kalender ini dalam kalender (emel UKM) anda, sila akses dengan menggunakan link berikut kemudian add to your calendar. Nanti bila tak suka, boleh delete ja.

https://calendar.google.com/calendar?cid=dWttLmVkdS5teV84MGxnM2xqMHN2bGJ1cDd0b3FsYWM5MTRpb0Bncm91cC5jYWxlbmRhci5nb29nbGUuY29t

Sekiranya ada terjumpa ralat dalam kalender UKM 2020 /2021 ini mohon emel saya untuk maklumkan ya.

Terima kasih!


Wednesday 3 June 2020

Cerita e-Learning Kami Saat Pandemik Covid-19

Coronavirus or Covid-19 Ilustration
Sejak Disember 2019, sudah timbul berita tentang kematian demi kematian di China. Siapa sangka, rupanya itu berpunca daripada virus corona yang ibarat bom jangka meledakkan ratusan ribu kematian di seluruh dunia hingga hari ini.

 Bagi warga universiti di Malaysia, ia membantai semua orang supaya mengubah gaya pengajaran dan pembelajaran ke arah online. Ia bukan lagi pilihan. Bukan lagi blended learning. Sekarang semuanya online! Aduh! Sakitnya tu di sini!

Di Universiti Kebangsaan Malaysia, memanglah terasa menyakitkan kerana kami baru sahaja berpindah dari satu sistem e-learning kepada satu sistem e-learning yang baru iaitu UKMFolio.

Saya boleh katakan bahawa sistem yang baru ini adalah lebih canggih, lebih fleksibel dan feature rich. Tapi itulah permulaan cabaran. Bila canggih serba serbi, ibarat makcik bawang dok bawak Kancil manual, tiba-tiba kena bawa Aruz auto. Aiii, silap parking, berbunyi makcik! Makanya, banyak lah nak kena ketuk & cat sana-sini. Kebetulannya, semasa sistem e-learning baru disiapkan, bengkel & latihan baru beberapa kali dibuat. Tiba-tiba pada 16 Mac 2020 'gong berkurung dipukul kuat'. Maka kami semua mula bekerja dari rumah. Pelajar pun sama juga, kena belajar dari rumah. Saya respek dengan sekian ramai pensyarah UKM yang menggagahkan diri belajar menggunakan sistem e-learning yang baru. Tak faham, boleh tanya, in sya Allah ada yang tolong menjawab. Team Pengajaran UKM pun memang kerja keras la bertungkus lumus nak siapkan tutorial, buat bengkel online, test itu test ini, melayan segala soal jawab dsb. I can feel it sebab saya juga dalam team UKMFolio huwwa huwwwaaaa.

PKP dan PKPB di Malaysia kesan wabak Covid-19 ada banyak peringkat:
Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 hingga 31 Mac 2020
Tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April 2020
Tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 12 Mei 2020
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 04 Mei 2020 sehingga 09 Jun 2020

 Apa seterusnya? Kita tunggu dan lihat! Yang pasti, tiada kuliah bersemuka hingga 31 Disember 2020 sebagaimana arahan Kementerian Pengajian Tinggi. Kita akur demi kesejahteraan semua pihak. Namun, saya kasihankan pelajar yang tinggal di kawasan terpencil yang tidak mempunyai akses internet yang baik. Saya harapkan ada usaha TELCO untuk meningkatkan capaian internet di kawasan terpencil. Kasihan mereka yang terhalang daripada menerima pendidikan sedangkan pendidikan adalah hak mereka.

Thursday 23 April 2020

Apple iPad Online Workshop during Covid-19 about Teaching Arabic language on the iPad. Link video di dalam

Pada 22 April 2020, diberi peluang untuk berkongsi ilmu tentang pengajaran bahasa Arab secara asynchronous dengan menggunakan iPad. Gigih la jugak nak i'rab jumlah ismiyyah, i'rab jumlah fi'liyyah dll huhuu lama sangat tinggal kerja mengi'rab ni.
Penganjur utama program ini ialah UKM & UTEM. Alhamdulillah kerjasama yang baik.

Berikut info program:

w
by Dr. Hasanah Abd Khafidz (UKM)
Host : Dr. Juffrizal Bin Karjanto (UTeM)
Moderator : En. Muhamad Syukri Sulaiman (MRSM Taiping)
Wednesday, Apr 22, 2020 2:30 pm | 1 hour 30 minutes | (UTC+08:00) Kuala Lumpur, Singapore
Platform used: Webex

Berikut pula merupakan rakaman sesi saya. Ma sha Allah. Ana punya lidah ada sikit belit lah!



Sebenarnya, sebelum program saya dok plan nak cakap Arab je. Sekali bila dah mula program, semua pakat cakap omputeh, saya pun pusing2 speaking London la jugak :D

Maafkan kekurangan ambe yang lemah ni ya.

Jangan lupa subscribe channel Youtube saya: https://www.youtube.com/user/hasanah321

Terima kasih!

#covid19 #ipad #appleteacher #aplp #teachingarabic


Monday 6 April 2020

Apple Professional Learning: Producing your movie with iMovie by Dr Hasanah Abd Khafidz. Watch the video

Padat juga schedule masa Perintah Kawalan Pergerakan gara-gara pandemik Covid-19. Kali ini kita layan video pulak. Maklumlah, ramai pensyarah dan cikgu-cikgu yang ada iPad, tapi jarang gunakan. Jadinya bila mode pengajaran dan pembelajaran ditukar kepada online, ahli akademik kena lah belajar bangunkan content dengan menggunakan teknologi yang ada.
Saya suka tekankan, teknologi hanya membantu mencapai matlamat P&P secara online. Kebijaksanaan ahli akademik lebih utama untuk gunakan teknologi tu untuk sediakan content yang baik. Jadinya, marilah kita follow video rakaman program ni. Sebab itu, ada iPad sahaja tidak cukup. Kena belajar macamana nak gunakan iPad untuk create e-content. Boleh tak?

Apple Professional Learning
Fifth Session, 5 April 2020.
Topic: Producing your movie with iMovie by Dr Hasanah Abd Khafidz
Time: Apr 5, 2020 09:30 AM Kuala Lumpur
Platform: Zoom

It is FREE and OPEN to all!
#appleprofessionallearning
#remotelearning
#fpiukm
#ukm
#appleteacher
#asatizahtekno

Jom tonton rakaman bengkel ini:



Dalam bengkel kali ini saya share agak banyak juga tentang iMovie. Bukan sekadar masukkan gambar, video dan teks sahaja. Malah saya share juga ilmu tentang menggunakan green screen effect dalam video. iMovie tu apps percuma dari Apple. Tak payah beli apps atau software yang mahal-mahal. Kita guna sahaja teknologi yang ada. Lagi best, barang percuma ada pulak feature green screen effect. Ada orang sebut, chroma key effect. Apa lagi, cuba lah!

Jangan lupa subscribe channel Youtube saya: https://www.youtube.com/user/hasanah321

Terima kasih!

Saturday 4 April 2020

Special workshop during Covid-19

Professional Learning Fifth Session tomorrow, 5 April 2020. Topic: Producing your movie with iMovie by Dr Hasanah Abd Khafidz Time: Apr 5, 2020 09:30 AM Kuala Lumpur Join Zoom Meeting https://zoom.us/j/692835414 Meeting ID: 692 835 414 Please WA for password. It is FREE and OPEN to all! #appleprofessionallearning #remotelearning #fpiukm #ukm #appleteacher #asatizahtekno

Saturday 28 March 2020

Masa PKP ni lah nak ajar anak masak-masak! Ilmu buat doh wajib diajar. Video cara buat doh donut oleh Irfan


Covid lah Covid....Terpaksa lah duduk rumah je bila Covid-19 jadi wabak seantero dunia.
Bila lama duduk rumah masa Perintah Kawalan Pergerakan, perut asik mintak dilayan je :D . Kali ini mak nak ajar anak-anak buat doh. Ilmu buat doh ni semua orang kena belajar, tak kira anak lelaki atau anak perempuan. Bila pandai buat doh, macam-macam boleh dimasak. Yang paling best bila buat pizza. Aduhai jahanam la diettttt!

Kalau pandai buat doh, apa yang kita boleh buat? Fuh, macam-macam. Kita adjust sahaja apa yang kita nak dengan ubahsuai dari asas buat doh. Saya senaraikan di sini ya:
donut
pizza
segala jenis roti
bomboloni
roti puri (goreng)
pau (kukus)
pau goreng
pau Malaysia
pau inti kacang/ coklat dll

Dari setiap satu menu ni boleh dipelbagaikan lagi. Contoh, bomboloni inti coklat, blueberry, peanut butter dll. Kalau pizza lagi lah banyak variasinya.

Dalam video di atas, Irfan tunjuk cara mudah main campak-campak je bahan untuk buat doh. Saya ajar macam tu sebab mak Irfan dah tak larat nak menguli 1 kg tepung. Lenguh tangan! Kami keluarga besar, memang kena buat 1 kg tepung hahaa. Redha je lah. Semuanya rahmat dari Allah Ta'ala.

Lihat gambar ni. Inilah hasil dari doh yang Irfan buat tu. Yummy

Donut tayar besar-besar. Elok kembang 2 kali ganda.

Asing sikit buat roti.


Jangan lupa subscribe channel Youtube saya: https://www.youtube.com/user/hasanah321

Terima kasih!

Monday 23 March 2020

Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Bengkel Terjah

Inna lillah wa inna ilayhi raji'un. Tiba-tiba sahaja seluruh dunia dilanda wabak Covid-19. Serentak dengan itu banyak urusan dilakukan secara digital termasuklah pengajaran dan pembelajaran. Namun, ramai ahli akademik tidak bersedia. Memahami situasi ini, PM Dr Shahrul Mizan hubungi saya, Dr Fariza & Dr Harwati untuk buat bengkel terjah bagi membantu para pensyarah menyesuaikan diri dengan P&P online. Alhamdulillah bengkel telah selesai dan mendapat sambutan yang baik. 3 jam bengkel baq hang! Ma sya Allah. Habis bengkel terus makan...makan...makan...

Sebelum nak mulakan bengkel ni kami plan memang betul-betul online sahaja. Meeting online. Rancang online. Bila ada isu pun pakat pening secara online!

Kami sediakan borang pendaftaran awal untuk program ini yang terhad kepada 100 orang sahaja. Memang terkejut la sebab dalam masa beberapa jam sahaja, dah fully booked! Wuhuuu teruja la kita! Namun, kelakar juga kerana ada yang tak baca habis dan menyangka kita buat bengkel bersemuka masa PKP. Siap viral kan dan tag polis lagi hahaa. Kesian kat manusia macam ni.
Itulah sebahagian suka duka kami buat program ni. Semoga Allah terima amal kami.

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage