Inna lillah wa inna ilayhi raji'un. Tiba-tiba sahaja seluruh dunia dilanda wabak Covid-19. Serentak dengan itu banyak urusan dilakukan secara digital termasuklah pengajaran dan pembelajaran. Namun, ramai ahli akademik tidak bersedia. Memahami situasi ini, PM Dr Shahrul Mizan hubungi saya, Dr Fariza & Dr Harwati untuk buat bengkel terjah bagi membantu para pensyarah menyesuaikan diri dengan P&P online. Alhamdulillah bengkel telah selesai dan mendapat sambutan yang baik. 3 jam bengkel baq hang! Ma sya Allah. Habis bengkel terus makan...makan...makan...
Sebelum nak mulakan bengkel ni kami plan memang betul-betul online sahaja. Meeting online. Rancang online. Bila ada isu pun pakat pening secara online!
Kami sediakan borang pendaftaran awal untuk program ini yang terhad kepada 100 orang sahaja. Memang terkejut la sebab dalam masa beberapa jam sahaja, dah fully booked! Wuhuuu teruja la kita! Namun, kelakar juga kerana ada yang tak baca habis dan menyangka kita buat bengkel bersemuka masa PKP. Siap viral kan dan tag polis lagi hahaa. Kesian kat manusia macam ni.
Itulah sebahagian suka duka kami buat program ni. Semoga Allah terima amal kami.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
No comments
Post a Comment