• Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

    Pensyarah Kanan, Program Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

  • Tempat Pertama Blog Pendidikan Terbaik Peringkat Kebangsaan

    Genap 10 tahun kewujudan Blog DrHasanah.com, ia telah mendapat Tempat Pertama (Kategori Terbuka) dalam Pertandingan Blog Pendidikan Peringkat Kebangsaan pada tahun 2015.

  • Bidang dan Minat

    Bidang zakat, syariah, e-pembelajaran dan teknologi dakwah. Minatnya banyaaakkkkk...

  • Ingatlah pesanan Allah swt...

    Maka di antara manusia ada orang yang berdoa, “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia (semata-mata)”, maka tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat”. (Al-Quran, Surah Al Baqarah, Ayat 200)

Mimpi Anugerah e-Pembelajaran Negara @ NUCEL 2015? Biar betul!?



Assalamualaikum semua. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT pada tahun 2015 banyak kejayaan yang diperoleh. Sebagai ibu yang dikelilingi 7 orang anak & isteri berkerjaya yang sangat sibuk, bagi saya semua tu adalah pengalaman hidup yang sangat bermakna dan menjadi motivasi untuk menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Tahun ini saya peroleh 2 anugerah/hadiah peringkat kebangsaan!  Tak pernah mimpi pun uhuhuu. Sesuatu yang tak pernah disangka2. Terbaik baq hang! Kikikiiii. Melawak sat nooo.

Setiap tahun Kementerian Pendidikan Malaysia, Majlis ELearning IPTA atau MeIPTA dan beberapa pihak lagi akan anjurkan Karnival e Pembelajaran Peringkat Kebangsaan atau National University Carnival on e Learning (NUCEL). Dalam NUCEL ada majlis penyampaian Anugerah e-Pembelajaran Negara (AEN) untuk beberapa kategori bagi ahli akademik yang cemerlang dalam e-pembelajaran (tapi saya tak pun). Pada masa sekarang MeIPTA dikepalai oleh Profesor Hanafi Atan dari USM. Beliau juga merupakan orang kuat e pembelajaran di USM bersama Profesor Abd Karim Alias. NUCEL 2015 telah diadakan di UPSI pada 14 & 15 Disember yang lalu.

Ok, apakah anugerah yang saya dapat? Jeng...jeng...jeng...

Alhamdulillah saya mendapat Anugerah Bahan e-Pembelajaran Kreatif & Interaktif (Video Pembelajaran).
Bahan yang dimaksudkan adalah video-video yang saya buat dan upload dalam channel YouTube saya serta beberapa inisiatif di website lain.



Ter over action pula masa ambil hadiah! Abaikan ya.
Ops ada lagi...

Selain anugerah, saya juga dapat tempat pertama kategori terbuka dalam Pertandingan Blog Pendidikan Terbaik Peringkat Kebangsaan. Hadiah nya sangat dicemburui oleh anak2 :D sebab emak dapat iPad Mini 4! Latest model tuuu. Heheh. Sila lah jeles ya anak-anak semua!

Gambar lain tentang pertandingan blog pendidikan ini boleh dilihat di: http://edublogpict.blogspot.my/2015/12/pemenang-bersama-hadiah-yang-dimenangi.html

Yang ni sebenarnya kejayaan pembaca blog saya juga yang sentiasa beri semangat untuk saya terus menulis perkara yang bermanfaat di blog. Jadi saya tidak lah merapu je. Alhamdulillah syukur , tahun ini 10 tahun usia blog drhasanah.com dan tahun ini juga blog ini dapat 2 hadiah. 1 di peringkat UKM dan kini diiktiraf di peringkat kebangsaan pula. Alhamdulillah
Terima kasih ya para pembaca setia drhasanah.com!

Eh ada lagi!

Ahah! Dalam karnival NUCEL ni juga ada pertandingan inovasi e pembelajaran iaitu Invention, Innovation and Design in e-Learning (IIDEL). Untuk makluman, saya dan rakan-rakan di Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia yang menjadi SME atau subject matter expert (bukan small medium enterprise ya) telah membangunkan kursus online bagi subjek Hubungan Etnik. Kursus ini menggunakan konsep Massive Open Online Course atau MOOC. Sudah lebih 1 tahun kursus ini dibangunkan dan boleh diakses di openlearning.com . Kalau berminat nak tahu lebih lanjut boleh lihat di https://www.openlearning.com/courses/etnik 

Ok balik pada NUCEL 2015. Kami telah menyertai 3 kategori dalam pertandingan inovasi tersebut untuk membawa produk inovasi kami mengikut 3 fokus yang berbeza. Siang malam berhempas-pulas siapkan poster & barang bukti untuk pertandingan tersebut. Alhamdulillah ketiga-tiga kategori yang kami masuk telah mendapat pingat Emas!



Cuma...memandangkan IIDEL letak syarat bahawa 1 poster boleh ada 5 nama sedangkan kami ada 7 orang, maka kena la 'bedak-bedak' kata orang Kedah hihii. Maka, nama saya hanya ada dalam 2 poster. Alhamdulillah saya tetap gembira dengan kejayaan berpasukan ini. Saya kongsi di sini gambar poster tersebut. Sila klik untuk view yang lebih jelas. Poster hitam di bawah 90% saya yang design. Cantik ke cantik? :D



Ringkasnya dalam NUCEL 2015 saya dapat 4 anugerah/hadiah/pingat peringkat kebangsaan. Semoga kemuncak usia 40 tahun dengan kejayaan ini semua akan mendekatkan lagi saya dengan Rabbuljalil & menjadi motivasi untuk menjadi lebih cemerlang. Doakan!

Pada suami & anak-anak semua, terima kasih yang tidak terhingga & ampun maaf dipohon kerana terlalu banyak masa dan perhatian yang terkurang dek lekanya diri ini melayan blog & e-learning :(



Terima kasih kepada para penganjur NUCEL2015. Pengiktirafan dan penghargaan yang diberikan kepada semua penggiat e-pembelajaran di Malaysia terutama para pensyarah adalah satu inisiatif yang sangat baik untuk menggalakkan pembangunan e-pembelajaran memandangkan KPI tahunan para pensyarah tidak begitu menyebelahi e-pembelajaran.
Share:

Teknologi pendidikan dari padang pasir ke hutan batu


Saya graduan sebuah universiti negara padang pasir. Kelakar bila teringat dulu saya & room mate, Ustazah Hafsah Badzis bayar 20 Dinar Jordan atau bersamaan RM80 untuk ambil kursus intensif belajar komputer di sebuah pusat komputer swasta di pekan kecil Mu’tah. Masa tu saya sudah di tahun akhir. Apa yang kami belajar ialah DOS! Apakah DOS itu? Oh, orang sekarang hanya tahu Windows, IOS & Android. Jangan lupa, tahun 90-an internet pun takde lagi di Jordan! Malah, semua assignment kami tulis dengan punggah kitab di library dan kami tulis dengan tangan!
Di Jami’ah Mu’tah (Universiti Mu’tah, el-Karak, Jordan) pula saya ambil satu kursus elektif untuk cukupkan kredit dalam semester terakhir, iaitu berkaitan programming :) . Bahasa pengaturcaraan yang diajar ialah Basic Language. Rasanya dah pupus dah bahasa tu. Pengaturcaraan PHP yang femes sekarang. Di sana ada 2 exam + 1 final exam. Saya memang minat betul dengan subjek ni. Habis buku di library tentang Basic Language saya punggah. Dengan tak di sangka-sangka, dalam exam 1 saya hilang 1 markah. Exam 2 hilang 1 markah. Final exam juga hilang 1 markah. Maka markah keseluruhan saya dapat 97% ! Masa tu rasa macam, eh! silap bidang ke aku ni? Subjek Pengajian Islam pun takde yang tinggi macam ni. Uhuhuuuu 

Kalau bercakap tentang method pendidikan, apa tah lagi teknologi pendidikan di Jordan masa tu memang,.... Tok guru cakap...cakap...cakap.... Kami tulis...tulis...tulis... Fuh, banyak betul ilmu yang diturunkan. Hujung kelas beliau tanya "fi su'al?" (ada soalan?). Ahah! masa tu lah pembelajaran INTERAKTIF bermula :)

Menariknya, pelajar Arab memang ada sangat banyak soalan & suka berdebat dengan pensyarah. Semua orang berlumba-lumba angkat tangan untuk bertanya. Sayangnya pelajar dari Nusantara terutamanya Malaysia (termasuk yang menulis ni la ki3) sering diam sahaja menjadi pemerhati dan meneliti setiap butir perkataan yang keluar dari mulut rakan-rakan sekuliah. Alhamdulillah walau pun tiada alat bantu mengajar yang digunakan, tetapi ilmu yang diajarkan sangat banyak dan berguna.

Pulang ke Malaysia barulah saya melihat teknologi pembelajaran di pusat pengajian tinggi berkembang. Dari transparency projector hinggalah komputer dengan internet yang bersambung dengan OHP projector. Dewan kuliah juga sudah ada wifi. Kemudahan video conferencing / webinar err.... ada, tapi eksklusif dalam bilik/dewan tertentu sahaja. Teknologi interactive white board pula hanya ada di institusi orang kaya. Alhamdulillah. Ini tetap satu perkembangan yang baik. Pembelajaran interaktif & tanpa sempadan sudah boleh dilakukan.

Walau bagaimana pun.... ala... ni nak cakap yang sadis lagi tragis pula. Dengan beban tekanan kewangan yang semakin perit sekarang ini hingga kan bajet untuk universiti turut dipotong ketika harga barang dan perkhidmatan meloncat naik, nampaknya teknologi pembelajaran tidak dapat terbang seperti roket. Lambat lah kita sampai bulan!

Malaysia perlu sedia berkorban untuk mempelbagaikan teknologi pembelajaran. Keperluan asas dalam dewan kuliah perlu diperbaiki dan dipertingkatkan. Sudah bertahun-tahun saya belajar dan mengajar dalam pelbagai universiti, masalah teknikal dalam dewan kuliah nampaknya macam menarik segumpal rambut yang sangat panjang dalam seguni tepung. Semoga kerajaan prihatin untuk mengambil kisah tentang dewan-dewan kuliah di semua universiti di Malaysia terutamanya universiti yang sudah lama. Kalau pelajar hanya 30-50 orang boleh lagi mengajar dengan baik dengan bantuan white board. Tetapi kalau lebih 100 orang dan dalam dewan yang besar, tak boleh lah gunakan white board dan terpaksa pula tinggi kan suara (baca: menjerit) untuk sampaikan ilmu. Lepas 1 jam kuliah bertukar menjadi konsert Ella :)

Sesekali saya bawa kertas mahjung & marker. Bentuk kumpulan & berikan tajuk kecil. Mereka bincang & bentang. Tapi tak boleh selalu buat begini. Pensyarah akan dilabelkan pemalas atau tak pandai pun subjek tu!

Ada kalanya saya buat flipped classroom (kelas terbalik!). Tapi bukan selalu boleh diterbalikkan. Kasihan pelajar yang tercari-cari wifi connection. Para pelajar faham sangat maksud saya ni.

Ada macam-macam cerita tentang dewan kuliah. Tak boleh nak cerita semua. Datanglah menjenguk dan bawalah bajet tambahan sekali!
Share:

10 tahun drhasanah dot com



Wowwww!!!! Perjalanan domain drhasanah.com ini sudah genap 10 tahun. Ia bukanlah satu tempoh yang pendek. Lihat bukti pada screenshot whois data di atas. Domain drhasanah.com mula didaftarkan sejak 16 Oktober 2006 lagi! Wah... alhamdulillah, thumma alhamdulillah...

Terlalu banyak perjalanan yang dilalui oleh domain ini. Jejak awal kejadian pemilihan domain ini bukanlah untuk berbangga dengan pangkat 'Dr.' yang saya baru dapat. Tapi kisah di sebaliknya pernah saya ceritakan dalam blog ini.

Itu kisah permulaan baru tu.

Bagi yang baru nak belajar memiliki domain dot com sendiri, anda perlu tahu bahawa ada domain sahaja tidak cukup. Sebenarnya ada 3 keperluan teknikal asas yang mesti ada, iaitu: domain, hosting & software. Oh ya, satu lagi ialah internet connection. Jangan lupa, anda juga perlu ada komputer atau gajet untuk update kandungan. Selepas beli domain dot com dengan pendaftar domain di Canada, saya sewa pula hosting atau boleh juga disebut server. Hosting tu maksudnya ruang dalam server. Perjalanan hosting juga banyak ranjaunya. Lihat sebahagian kisah di sini (sila klik). Sekarang saya guna cloud server yang disediakan oleh Exabytes. Maksudnya saya sewa 'awan' pula lah, bukan ruang biasa lagi. Sejak dok awan ni, panjang lah pula angan-angan hihii.

Selepas selesai urusan domain & hosting, tibalah masa bermain dengan software. Saya pilih Wordpress iaitu free opensource software. Memang best. Sangat user friendly & search engine friendly. Namun, tidak dinafikan beberapa kali juga blog drhasanah.com ini kena hack dengan penyamun tarbus! Waduh fenin kepala makcik ni kui3... Biasanya saya akan contact support bagi server provider dan mereka yang selesaikan. Thumbs up for Exabytes! Your software engineers & support services are great!

Domain, server & software hanyalah medium. Hakikatnya PATI blog lah yang paling penting. Ini bukan PATI pendatang asing tanpa izin ya. Ini tentang menulis dengan penulisan yang berkualiti dan menarik. Ahah! Yang ini paling rumit dan mencabar segala sel-sel otakku hingga kadangkala terganggu neuron dalam vertebrata yang tersyasyul hantar isyarat ke sereblum dan serebral. Lobus-lobus pun kembang kecut dengan kecelaruan jiwa tuannya. Maka akhirnya segala emosi, memori dan  persepsi yang dikawal oleh lapisan korteks seperti neokorteks, isokorteks, arcikorteks, paleokorteks dan entah apa-apa lagi akhirnya terbantut dan tidak menghasilkan apa-apa artikel baru pun. Faham ke tak faham ni?

Nanti saya buat bengkel blog dot com ya supaya lebih faham lagi. Doakan perjalanan ini agar sentiasa dirahmati Allah swt.

Di bawah ini merupakan statistik bilangan pages yang dilawati oleh pengunjung berdasarkan negara (top 25) bagi sepanjang tahun 2015 sahaja:



Manakala statistik kandungan blog ini boleh dilihat dalam gambar di bawah:



Sesungguhnya perjalanan ini terlalu panjang. Terlalu banyak yang ingin diceritakan...

Ya Allah, izinkan hamba-Mu ini untuk terus menulis dan menulis.... pada jalan kebaikan, amiiinnn.....



Share:

Naib Johan ORI UKM Terbaik





Alhamdulillah tahun ini menuai lagi. Kali ini dapat Naib Johan Terbaik (peringkat Universiti Kebangsaan Malaysia) bagi Penyumbang Open Resources Initiative (ORI) @ UKM. Tak dapat jadi Johan sebab yang johan tu dapat kat Prof. Mohamed Amin Embi, tok guru elearning di UKM & seluruh Malaysia. Tak kan lah anak murid kalahkan tok guru kan :D

Apa itu ORI@UKM? Err... dalam ayat pendek, ORI@UKM macam OER yang diketahui umum. Laman rasmi ORI@UKM terletak di http://ori.ukm.my/. Apa pula OER huhuuu.... Ok, OER ialah singkatan Open Educational Resources, iaitu bahan pengajaran yang dibenarkan kepada umum untuk digunakan secara percuma. Jelas dah?

Dalam majlis ni saya dapat sijil dan errr.... apa dalam kotak putih tu???!!! Yeaayyyy!!!!

Selain dapat Naib Johan ORI@UKM Terbaik, dapat juga 2 sijil lain dalam bentuk penghargaan sebagai penyumbang ORI@UKM dan Pembangun kursus Hubungan Etnik secara Massive Open Online Course (MOOC) di openlearning.com

Maklumat lanjut berkenaan majlis ini boleh dilihat dalam link Pelancaran Open Resource Initiative (Ori@UKM), Massive Open Online Course (MOOC) Fasa 2 & iTunes U UKM

Alhamdulillah. Doakan supaya saya terus bersemangat untuk berkhidmat!

Share:

Kun Anta... Jadi diri sendiri atau jadi seperti Nabi (s.a.w.)?



Wah .... semua nak menyanyi kun anta. Berjoget-joget anak-anak menyanyi. Mentang-mentanglah penyanyi nya hensem. Eh hensem ke? Tapi 'not dark' kan.... Apakah maksud kun anta? Dalam Bahasa Arab, perkataan kun bermakna jadilah. Anta bermaksud awak. Kun anta boleh diertikan sebagai 'jadilah diri awak sendiri'. Jangan terpengaruh untuk menjadi orang lain semata-mata untuk memuaskan hati orang lain. Dalam lagu Arab 'kun anta' yang sedang popular, ditekankan tentang jadilah diri sendiri, itu sudah cukup untuk mebuatkan hati sendiri rasa puas. Kepuasan hatiku sendiri lebih utama, bukannya sibuk memuaskan hati orang lain. Wah! Ini sangat positif!

Chop! Betulkah kita kena jadi sendiri?
Betulkah kepuasan hati sendiri adalah sasaran yang hendak dicapai dalam hidup? Apakah yang mendorong hati? Apakah kehendak hati dan logik akal fikiran sudah cukup untuk menjadi panduan hidup? Penagih dadah akan cucuk dadah banyak-banyak sampai dia puas hati! Sampai tak boleh fikir apa-apa lagi!

Dalam firman Allah s.w.t., ayat 21, surah al-Ahzab:





maksudnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

Inilah contoh ikutan yang sepatutnya menjadi impian semua orang terutama yang mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. di dunia dan akhirat. Iaitu dengan mencontohi baginda Rasulullah s.a.w. dari segi akhlaknya, cara bertutur, kecintaannya, kekuatan jiwanya, sifat mulianya dan sebagainya. Malah dengan kemuliaan baginda, tiada pula baginda mendabik dada dengan sombong. Baginda sentiasa menyuruh supaya taat kepada perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan larangan-Nya. Baginda sentiasa mengingatkan supaya berpegang kepada ajaranal-Quran al-Karim dan berdamping selalu dengan ayat-ayat Allah.

Oleh itu, janganlah sekadar menjadi kun anta, menjadi diri sendiri yang terbawa-bawa dengan hawa nafsu dan tiada panduan hidup. Sebaliknya kuatkan azam untuk menjadi orang yang berakhlak mulia seperti Nabi s.a.w., kuat iman seperti baginda, bijak seperti baginda dan mencintai baginda setiap ketika. Barulah nanti kita tidak sekadar menjadi kita yang sedia ada, tetapi sebaliknya terus tabah menjadi insan yang hari ini lebih baik dari semalam. Semoga kita semua beroleh syafaat baginda di akhirat nanti. Sollu 'ala al-Nabi!
Share:

Salam Maal Hijrah 1437H



Cepatnya masa berlalu. Kita sudah di tahun 2015 dan memasuki tahun 1437 Hijrah. Hari ni 10 Muharram, disunatkan berpuasa hari asyura. Semoga setiap saat yang dilalui dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Jangan biarkan kita menjadi orang-orang yang rugi seperti yang disebut dalam Surah al-Asr.
Gambar awan bulan-bulan Islam di atas boleh digunakan di dengan cc(creative commons license) seperti di bawah ya. Sila klik gambar untuk dapatkan visual yang lebih besar dan jelas.

Creative Commons Licence
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.

Teringat lagu Raihan: Muharram Safar Rabiulawal Rabiulakhir Jamadilawal Jamadilakhir Rejab Syaaban Ramadhan Syawal Zulkaedah Zulhijjah. Hari-hari dengar nasyid Bulan-Bulan Islam kumpulan Raihan ni sampai lekat di minda :)
Share:

Awan Citra UKM



 Awan Citra UKM dalam bentuk pokok yang menjelaskan keyword utama dalam matlamat pendidikan Citra UKM

Hari ini ingin saya kongsikan awan Citra UKM yang saya masukkan dengan keyword utama bagi enam citra yang ada di UKM. Citra maksudnya imej, gambaran dan seumpamanya. Pendidikan citra terbahagi kepada 6 citra. Keyword utama ada dalam gambar ini. Gambar ini boleh digunakan untuk apa tujuan baik-baik ya :) iaitu dengan lesen creative commons

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
Share:

Awan Fiqh Zakat




Hari ini saya nak kongsikan 'awan' fiqh zakat dalam bentuk tangan 5 jari. Gambar ini boleh digunakan dalam apa-apa sahaja pembentangan atau poster dsb yang berkaitan fiqh zakat.  Klik gambar untuk lihat saiz yang lebih besar. Creative commons license berkaitan:

Creative Commons Licence
This work is licensed for under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.

Ahah! Siap international license lagi. Lesen ini membenarkan anda guna gambar di atas kecuali untuk tujuan komersial. Jadi, tak boleh guna gambar ini untuk cetak baju atau mug ya. Tak boleh!

Share:

Bila Terdesak Barulah Jumpa Jalan - Kajian Kes al-Kisah Rakaman Kuliahdalam Bahasa Arab (Power Point Windows Based) Menggunakan Camtasia forMac


Fuh! Panjang tajuk entri kali ini. Sebenarnya ini al-kisah semalam. Bermula jam 10.30 malam selepas anak-anak tidur dan selesai semuanya jam 1 pagi. Saya nak laporkan kejadian ini dalam bentuk laporan kes & hasil pembelajaran.

Ditaqdirkan suami saya terkena sakit mata sampai merah menyala. Saya sendiri takut tengok [Tiba-tiba teringat kisah Nabi Ayub saat terkena sakit kulit yang teruk hingga isteri gerun dan tinggalkan beliau. Allah... sedih...]

Semalam hari Ahad, suami asyik berkira-kira tidak mahu membatalkan kuliah jam 8 pagi Isnin walaupun matanya sudah ala-ala juara sumo Yaban!
Saya memberi cadangan, apa susah, GOALS (Platform e-learning USIM) kan ada. Camtasia Mac ada. Tak pun, buatlah Google Talk. Skype pun boleh, cuma saya tak pandai sangat makhluk skype ni. Selepas ditimbang tara, dengan mengambil kira berbagai aspek termasuklah wifi yang sukar dijangka, maka kami pilih untuk buat rakaman menggunakan Camtasia yang telah di install dalam Mac Book saya. Kami cadang nak upload video tersebut dalam Youtube. Terima kasih UKM kerana beri lesen Camtasia for Mac untuk saya kerjakan.

[Pelajaran pertama >> jika tidak dapat hadir memberikan kuliah, jangan batalkan kuliah, tapi ubah kepada pembelajaran maya. Alternatif banyak. Rakaman video menggunakan Camtasia yang kemudiannya di upload dalam Youtube merupakan antara pilihan terbaik. Kemudian terserah kepada kreativiti pensyarah untuk adun pembelajaran dengan sebarang aktiviti]

Masalah problem nya ialah...

Para ustaz ustazah sekelian kena faham bahawa, teks Arab yang ditulis dalam Power Point, Word dan sebagainya yang ditulis dalam komputer berasaskan Windows akan mengalami masalah teks Arab yang pecah-pecah apabila dibuka dalam komputer Apple Mac walaupun Mac tersebut telah di install dengan Microsoft Power Point for Mac. Macam dalam gambar ini (klik untuk lihat dengan lebih jelas):



Jadi penyelesaiannya ialah...
Share:

Citra oh Citra! Inilah Citra UKM



Alhamdulillah kuliah semester 1 sidang 2015/2016 sudah bermula minggu ini. Kelam-kabut kerja minggu lepas belum pun habis, sambung pula minggu ini dengan kelam-kabut kerja kuasa tiga uhuhuuu...

Di Universiti Kebangsaan Malaysia ini, satu bentuk pendidikan tinggi baru diperkenalkan yang dinamakan dengan Pendidikan Citra. Apa maksud citra? Perkataan citra bermaksud imej, gambaran, cerminan dan yang sewaktu dengannya. Tempat saya bertugas ini, dahulu dikenali dengan nama Pusat Pengajian Umum. Sekarang dijenamakan semula dengan nama Pusat Citra Universiti. Wow! Pergi mana-mana pun bila orang tanya, "Mengajar di fakulti mana?" Saya jawab, "Di Pusat Citra Universiti." Pasti spontan sahaja orang reply, "Citra? apa tu?" ahah! Selamat Datang ke UKM! Mai sini cheq nak cheghita....
Share:

Jom ulangkaji tentang fidyah kerana tidak puasa!

Sempena bulan Ramadhan 1436H ini saya nak kongsi kan sekali lagi video animasi yang telah saya upload dalam Youtube tentang fidyah. Elok lah ditonton oleh wanita. Wajib pula ditonton oleh lelaki supaya lebih mantap lagi ilmu nak pimpin keluarga :)



Bagi sesiapa yang berminat tentang cara nak buat video seperti ini, sebenarnya tak susah sangat. Cuma perlu ada minat dan kesabaran sedikit nak siapkan.

Share:

Salam Ramadhan dan Info Migrasi UrusPusaka ke dalam drhasanah.com



Assalamualaykum, terima kasih semua pengunjung setia blog saya. Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan yang mulia. Semoga Allah merahmati kita semua di bulan yang mulia ini. Excited dalam sedih. Gembira dalam duka. Maaf zahir batin ye.

Saya juga ingin memaklumkan bahawa saya akan hentikan operasi uruspusaka.com dan kumpulkan semua posts/tutorial/soal jawab harta pusaka dalam blog tersebut ke dalam blog ini untuk mudahkan pengurusan. Saya letakkan semuanya dalam kategori Fiqh Urus Pusaka. Sengaja nak kekalkan nama uruspusaka tu.

Kalau saudara saudari pening baca blog ni maaf ye. Manfaatkanlah 'kategori' yang ada kat sidebar. Lagi cepat kalau mulakan dengan 'search'.

Jom manfaatkan bulan mulia ini.

Eh hari ni masih 30 Syaaban. Malam ini tarawih in sya Allah. Jom!

Share:

Hasanah & Open Educational Resources (OER) bidang pengajian Islam

Seperti biasa lah hidup ini dikejar garis mati (deadline!). Sibuk itu adalah resam. Lagi pula di taman yang baru saya tinggal saya mula diberikan tugas itu ini untuk membantu menggerakkan aktiviti taman. Pesan seorang sahabat saya, "kalau jadi ustaz ustazah memang kena wakafkan diri untuk ummat Islam!" Allah akbar, terima kasih kerana berikan peringatan. Inilah masa untuk memulangkan 'wang' kepada masyarakat kerana dahulu sejak belajar lagi iaitu di SMAS, SMAP(Kajang), Universiti Mu'tah (Jordan), IIUM & Universiti Malaya pastinya ada wang rakyat yang telah digunakan untuk menaja pengajian saya.

Pada masa sekarang saya banyak mempelbagaikan platform penyampaian ilmu. Kalau dahulu hanya blog ini jadi tempatnya, kini saya pelbagaikan di beberapa tempat. Dengan rendah diri saya rasa masih terlalu sedikit yang dikongsikan. Sangatlah sedikit. Saya kena tapis, edit & kemaskini dahlu setiap bahan sebelum di upload dan semua itu memerlukan masa. Itu pun pasti ada banyak kesilapan & kekurangan yang ada. Harapnya yang sedikit ini dapat dimanfaatkan bersama. Yang salah tolong beritahu saya!

Semasa di USM dahulu saya banyak terlibat dengan elearning. Sekarang di UKM saya bersederhana sahaja dengan elearning :)

KPI di sini lebih mengerikan. Mahu 4 penerbitan jurnal setiap tahun. Malangnya saya bukan hantu tulis jurnal. nehi...nehiii......
Share:

Hak isteri yang telah diceraikan

pusaka-isteri-cerai


Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:25:31
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 hak ke atas isteri yang bercerai hidup?apakah dia berhak?sedangkan arwah tidak mengizinkan semasa hayatnya ada?

aisya

Jawapan:

Assalamualaikum Aisya,

Seorang perempuan yang masih menjadi isteri kepada seorang lelaki layak mempusakai harta suaminya apabila suaminya mati.

Jika diceraikan, dia masih juga berhak mempusakai harta suami JIKA suaminya mati ketika si isteri masih lagi dalam tempoh eddah.

Tetapi, jika si suami mati setelah habis tempoh eddah, hilanglah hak si isteri tadi dalam pusaka-mempusakai.

Persoalan keizinan si mati langsung tidak timbul dalam hal ini.

Walau bagaimanapun, hal ini hanya terhad kepada harta yang boleh diisytiharkan sebagai harta pusaka sahaja.

Jika dalam harta suami itu ada bahagian harta yang boleh dikenalpasti sebagai HARTA SEPENCARIAN, maka perbahasannya lain.

Harap ini membantu.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Share:

2 anak lelaki, 2 anak perempuan, cucu lelaki & cucu perempuan

bilanenekmeninggaldunia


Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:21:01
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 Assalamualaikum. saya mintak jasa baik tuan tentang perkara ini,
Nenek saya baru meninggaldunia dan ada meninggalkan harta wang
dan dan tanah 7 ekar serta barang kemas.


nenek saya mempunyai 2 orang anak lelaki, seorang anak perempuan
dan seorang anak perempuan berlainan ayah (nenek berkahwin 2 kali)

dan juga mempunyai cucu sebelah lelaki dan cucu perempuan.
bagaimanakah pembahagian yang perlu dilakukan?
sekian, terima kasih. wassalam.

faiz

Jawapan:

faiz,

Dalam keadaan ada anak dari suami pertama dan anak dari suami kedua, kedua-duanya layak menerima pusaka apabila si ibu meninggal kerana mereka dilahirkan oleh ibu yang sama.
Apabila ada anak kandung lelaki dan perempuan, secara automatik, cucu (iaitu dari anak kandung tadi) terhalang dari menerima pusaka. Logiknya, jika si anak tadi meninggal, harta tersebut akan turun kepada generasi selepasnya juga.

Oleh itu, dalam kes saudara pembahagian adalah terhad kepada:

2 anak perempuan & 2 anak lelaki - asabah, iaitu mendapat baki harta.

Pecahannya mengikut faraid ialah:

2 anak perempuan - 1/3 harta (setiap seorang mendapat 1/6 harta)
2 anak lelaki mendapat 2/3 (setiap seorang mendapat 2/6)

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Share:

Ibu, ayah, isteri, 2 anak lelaki & 2 anak perempuan serta 3 adik beradik lelaki & 4 adik beradik perempuan

Infografik 5 ashab al-furudh


Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:15:58
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 Assalamualaikum Ust,

Saya xxxx ada nak ajukan beberapa kemusykilan
Ayah saya baru meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri, 2 org anak lelaki, 2 org anak perempuan, ibu dan ayah arwah, 3 adik beradik lelaki dan 4 org adik beradik perempuan. Arwah ayah tdk sempat membuat wasiat. saya nak tahu pembahagian faraid siapa yang layak dapat. Arwah meninggalkan tanah, rumah dan duit sbyk RM 50,000 dalam ASB. Jika ayah wasiat kan secara lisan berapa org saksi diperlukan ustaz? dan bgmn cara saya nak uruskan harta ini?

Satu lagi pendapat saya faraid ini perlu dimasukkan dalam matapelajaran di sekolah krn ia amat penting krn masih ramai masy Islam yang tdk mengetahuinya begitu juga diberi ceramah-ceramah diluar.

Wassalam
Harap ust dpt bantu saya
terima kasih

Waalaikumussalam,
Saudari xxx,
Saya akan cuba menjawab secara ringkas persoalan yang ditimbulkan.
Dalam kes saudari, tindakan dan pembahagian mengikut faraid adalah seperti berikut:

Nilaikan semua harta arwah. Selesaikan hutang-piutang sama ada kepada manusia mahupun kepada Allah (zakat, haji dll). Selesaikan semua kos pengebumian jenazah.

Memandangkan tiada wasiat dibuat, maka, akhir sekali, barulah baki harta boleh dibahagikan kepada waris, iaitu seperti berikut:

Isteri ayah - 1/8
Ibu (nenek saudari) - 1/6
Ayah (datuk) - 1/6
2 Anak lelaki & 2 anak perempuan - baki harta

Adik-beradik ayah tidak mendapat bahagian kerana dihijab/dihalang dengan kewujudan anak-anak.

Pecahan yang lebih detail:

Isteri - 18/144
Ibu - 24/144
Ayah - 24/144
2 Anak perempuan - 26/144 (setiap seorang mendapat 13/144)
2 Anak lelaki - 52/144 (setiap seorang mendapat 26/144)

Untuk menguruskan harta ini, ia mengambil masa yang agak panjang dan menuntut kesabaran apatah lagi jika harta yang ditinggalkan melebihi RM600,000, iaitu penyelesaiannya perlu melalui Mahkamah Tinggi dan memerlukan penjamin.

Untuk memudahkan urusan, sila hubungi

Uruspusaka Sdn. Bhd.
Tingkat 2, Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur
Tel: 03-4044 0254

Terima kasih & wallahu a’lam

Dr. Hasanah

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Share:

Ibu tiri, bapa, isteri, 1 anak perempuan & 2 anak tiri perempuan serta 2 adik beradik lelaki & 2 adik beradik perempuan

Pusaka ibu tiri, isteri dan anak


Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:17:04
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 assalamualaikum
saya ingin tahu pembahagian harta jika si mati meninggalkan
1 isteri
1 anak perempuan
2 anak tiri perempuan (si mati berkahwin dgn balu anak 2)
1 bapa
1 ibu tiri (bapa si mati berkahwin stelah kmatian isteri pertama)
2 adikberadik lelaki
2 adikberadik perempuan
harap ustaz/ustazah dapat membantu
terima kasih


naznaznaz

Jawapan:

naznaznaz

Persoalan ini agak menarik kerana waris terdiri daripada anak kandung dan anak tiri.
Untuk makluman, hanya waris kandung yang layak mendapat pusaka. Manakala waris tiri tidak dapat pusaka.
Di sini, WASIAT memainkan peranan yang sangat penting. Si mati boleh mewasiatkan sebahagian hartanya kepada anak tiri jika dia mahu tertakluk kepada maksimum 1/3 harta.

Dalam kes ini, pembahagian adalah seperti berikut:

Isteri - 1/8
Bapa - 3/8
1 Anak perempuan - 1/2 (iaitu 4/8 harta)

Adik beradik si mati tidak mendapat harta kerana terhalang dengan kewujudan anak kandung si mati.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Share:

Formula untuk isteri, anak & ibubapa

pusaka


Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:26:39
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 Salam, Saya ingin mengetahui formula pembahagian harta bersandarkan hukum faraid untuk kesemua waris secara keselurahan yang meliputi isteri, anak-anak, ibu bapa?

Isteri berapa (formula)?
anak-anak berapa?
ibu bapa berapa?

sekian wassalam

Ahmad Ibrahim

Jawapan:

Saudara Ahmad Ibrahim,

Sekiranya pewaris2 ini ada, pertamanya, perlu dilihat jika anak-anak itu terdiri daripada anak perempuan sahaja, seorang, dua atau lebih… atau ada juga anak lelaki. Saya belum masukkan lagi topik pembahagian harta untuk anak2 dalam weblog ini. Insya Allah, jika ada kesempatan, saya akan masukkan.

Bagaimanapun, secara ringkas, dalam keadaan di atas, hak yang pasti untuk isteri ialah 1/8 (kerana simati ada anak) dan ibu mendapat 1/6.

Bahagian untuk anak dan bapa boleh berubah bergantung kepada keadaan berikut:

Jika hanya ada anak perempuan, itupun tunggal, maka dia mendapat 1/2 dan bapa mendapat baki harta iaitu 5/24.

Jika hanya ada anak perempuan berjumlah 2 orang atau lebih, mereka mendapat 2/3 (dibahagi sama rata) manakala bapa mendapat 1/6.

Jika ada anak perempuan dan anak lelaki, maka mereka mendapat baki harta dengan nisbah 1:2, manakala bapa mendapat 1/6.

Wallahu a’lam.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Share:

Bolehkah adik-beradik mendapat harta pusaka?

Lompat-gembira


Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:12:23
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 Asskum dr,
bolehkah adik-beradik dpat harta pusaka? emak-ayah masih ada, adik-beradik sume tak kawin lagi


ain

Jawapan:

ain1989, dalam keadaan ini, jika salah seorang adik-beradik mati dan tiada pewaris lain kecuali emak, ayah dan adik-beradik yang lain, maka mereka semua berhak mewarisi harta pusaka.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Share:

Bolehkah nenek mempusakai harta? Bagaimana dengan cucu?

Nenek jadi waris pusaka


Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:28:01
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 assalamuikum
saya ingin bertanya mengenai harta pusaka
1) ayah dan ibu saya telah mengusahakan tanah pertanian ianya merupakan harta sepencarian mereka berdua,saya mempunyai 5 adik beradik 2 lelaki dan 3 perempuan beberapa tahun yang lepas ayah saya telah meninggal dunia nenek (sebelah ayah)telah menuntut hak keatas tanah tersebut ada atau tidak bahagian nenek saya
2) bagaimana pula harta nenek saya kami ada hak atau tidak kerana ayah saya telah meninggal dunia


arfian

Jawapan:

Arfian,
Nenek (ibu kepada ayah) mempunyai hak dalam bahagian yang dipusakai dari ayah.
Begitu juga, jika nenek meninggal dunia dan tidak meninggalkan anak lelaki atau waris lelaki lain, maka cucunya boleh mewarisi harta beliau.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Share:

Reformasi UrusPusaka.com

rama-rama


Tarikh ditulis: 2008-03-10 17:08:58
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 

Assalamualaikum,


UrusPusaka.com kini berwajah baru. Selepas pemergian suami tercinta yang bertanggungjawab mencetuskan inspirasi pembangunan laman web ini dan kelahiran puteri yang saling tak tumpah seiras wajah ayah yang tak pernah dilihatnya, saya mula mengutip semangat untuk meneruskan apa yang telah dimulakan.

Dalam versi terkini, saya menggunakan theme baru yang lebih ringkas. Satu ciri penting yang ada dalam versi ini ialah konsep komuniti melalui pengwujudan FORUM bagi memudahkan para pengunjung berbincang mengenai masalah pengurusan harta pusaka. Sila daftar secara percuma dalam UrusPusaka.com dan aktifkan diri anda dalam forum.

Sila ambil perhatian bahawa mulai hari ini para pengunjung tidak lagi dibenarkan menghantar soalan melalui 'comment'. Jika saudara mempunyai sebarang persoalan, sila baca dahulu pos dan thread dalam laman ini kerana mungkin jawapannya ada di mana-mana. Jika tidak menemui jawapan, barulah kemukakan soalan anda dalam forum.

Bersama-samalah menjalin perkongsian ilmu, pengalaman & citarasa. Semoga usaha kita yang sedikit ini akan dapat membantu umat Islam merancang masa depan diri dan keluarga. Dan semoga Allah s.w.t. melimpahkan rahmat buat kita semua dan juga buat pencetus inspirasi iaitu yang dirahmati, Ustaz Rosdi Yusof (meninggal 19 Disember 2007).

Admin UrusPusaka.com
Dr. Hasanah
www.drhasanah.com

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Share:

Glosari

Kuliah Fiqh Urus Pusaka bersama Dr. Hasanah Abd. Khafidz


Tarikh ditulis: 2007-07-19 16:41:27
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 Pewaris / waris
Keluarga si mati yang mungkin layak untuk menerima harta pusaka


Si mati
Orang yang mati dan mungkin meninggalkan harta pusaka

Pewaris fardh
Pewaris faraid, iaitu pewaris yang mewarisi mengikut hukum faraid

Pewaris zawi al-arham
Pewaris kaum kerabat

Asabah
Baki harta pusaka

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Share:

2. Apa Maksud Ilmu Faraid?

Kuliah Fiqh Urus Pusaka bersama Dr. Hasanah Abd. Khafidz


Tarikh ditulis: 2007-07-19 16:40:56
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 Apa maksud Ilmu Faraid?

Faraid

Perkataan faraid berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud ketetapan.
Firman Allah s.w.t: (Maksudnya) mereka berhak untuk mendapat separuh mas kahwin yang telah kamu tetapkan (Surah al-Baqarah, ayat: 237)

Ilmu Faraid

Ilmu faraid pula ialah suatu kaedah dan pengetahuan tentang pusaka yang meliputi peraturan dan syarat-syarat pihak-pihak yang layak menerimanya, bahagiannya dan juga hukum-hukum yang berkaitan dengannya.

Ilmu faraid juga dikenali sebagai fiqh al-mawarith, iaitu fiqh perwarisan.

Oleh kerana ilmu faraid hanya membincangkan tentang harta pusaka, maka, definisi harta pusaka perlulah difahami terlebih dahulu.

Harta Pusaka

Harta pusaka ialah semua harta yang ditinggalkan selepas kematian seseorang.

Ia boleh terdiri daripada harta alih dan tak alih. Harta alih ialah harta yang boleh dipindahkan atau dialihkan seperti wang ringgit, emas, saham, kenderaan, perabot dan lain-lain lagi. Harta tak alih pula terdiri daripada harta yang tidak boleh dipindahkan. Contohnya, tanah, rumah, kedai dan lain-lain lagi.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Share:

1. Bila berlaku kematian, apa yang perlu dilakukan?

Kuliah Fiqh Urus Pusaka bersama Dr. Hasanah Abd. Khafidz


Tarikh ditulis: 2007-07-19 16:39:24
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 Terdapat beberapa perkara berkaitan harta pusaka yang perlu dilakukan. Perkara ini perlulah dilaksanakan mengikut tertib, iaitu:

1. Hutang
Segala hutang yang ditanggung oleh si mati hendaklah diselesaikan terlebih dahulu. Seelok-eloknya, waris bertanya kepada keluarga dan rakan-rakan yang menziarahi si mati jika si mati ada berhutang dengan mereka.
Hutang yang dimaksudkan boleh terdiri daripada gadaian rumah, pinjaman modal perniagaan, zakat yang belum dibayar dan lain-lain lagi.

2. Pengurusan jenazah

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Share:

Masalah pewaris berlapis

Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:33:13
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 assalamualaikum.
saya menghadapi sedikit kemusykilan berkenaan harta pusaka.
moyang saya telah meningal pada tahun 1940-an meninggalkan harta pusaka bernilai lebih kurang RM 800,000.00. Kami waris yang ada baru menyedari bahawa arwah mempunyai harta yang ditinggalkan dan masih belum dibahagi atau diuruskan. moyang saya semasa kematiannya mempunyai seorang anak lelaki yang meninggal pada 1980an dan seorang anak perempuan yang telah bercerai yang meninggal pada 1956. Anak lelaki moyang saya mempunyai seorang anak lelaki dan telah meninggal pada 1997 meninggalkan seorang isteri, seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Manakala anak perempuannya mempunyai seorang anak perempuan yang telah meninggal pada 1995 dan semasa kematiannya arwahyarhamah meninggalkan seorang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan. walaubagaimapun, anak lelaki beliau baru saja meninggal pada ramadan yang lepas (2007). Arwah meninggalkan seorang isteri, 3 anak lelaki dan 3 anak perempuan.

saya ingin tahu bahawa di dalam pembahagian pesaka untuk kes begini bagaimana ianya dikira.adakah secara terus kepada waris yang paling akhir. ini adalah di dalam pengetahuan saya. sekiranya waris adalah warisan dari sebelah perempuan beliau tidak layak memliki harta pusaka tersebut. untuk kes di atas ini bagaimanakah pengiraannya dan bolehkah maklumkan kepada saya berapakah bahagian setiap waris yang tinggal perolehi.

bantuan dan perhatian amatlah saya hargai.

milk

Jawapan:

Milk,

Panjang betul kisahnya….

Ok, saya cuba jawab, itupun kalau saya tidak tersilap faham tentang siapa anak siapa dan siapa yang dah hidup ataupun dah meinggal dunia masa satu2 waris meninggal.

Dalam hal ini, tiada masalah yang timbul kerana keturunan itu perempuan.

Anak2 moyang berhak mendapat kesemua harta (jika benar tidak ada waris lain semasa kematiannya seperti suami/isteri, ibu/bapa). Caranya, anak lelaki mendapat 2/3 daripada 800,000, manakala anak perempuan mendapat 1/3. Tetapi pembahagian tidak terhad di sini kerana mereka telah meninggal dunia. Biar saya namakan waris ini sebagai ‘ALM’ dan ‘APM’ (Anak lelaki/ppuan moyang).

Harta yang diwarisi APM (m1956) berjumlah RM266,640 diwarisi oleh AP nya (m1995) sebanyak 1/2 dan adik beradik lelaki kandungnya (m1980) sebanyak 1/2. Bahagian AP-APM (m1995) dibahagi secara asabah kepada 1 anak lelaki (m2007) dan 2 anak perempuan. Si anak lelaki tadi mendapat 1/2 daripada RM133,320 manakala setiap anak perempuan mendapat 1/4. Memandang anak lelaki ini telah meninggal pada 2007, maka bahagiannya dibahagi kepada isteri 1/8, 3 anak lelaki setiap seorang mendapat 14/72 dan 3 anak perempuan, setiap seorang mendapat 7/72.

Harta yang diwarisi ALM berjumlah RM533,280 dan 1/2 dari APM berjumlah RM133,320 menjadi hak penuh menantu (isteri AL kepada ALM) dan cucunya yang masih ada, iaitu 1 anak lelaki dan 1 anak perempuan. Menantu perempuan tadi mendapat 1/8 daripada jumlah pusaka tersebut manakala cucu perempuan ALM mendapat 7/24 dan cucu lelaki ALM mendapat 7/12.

Banyak lagi perkara yang perlu diteliti dalam masalah ini kerana waris yang tinggal, hubungan waris dan tarikh kematian perlu dipastikan dengan tepat.

Dalam masalah ini, bahagian waris bukan isu besar. Yang menjadi isu ialah bagaimana hendak menguruskan pembahagian dan pemindahan harta tersebut sedangkan ia melibatkan berbilang lapis. Saya cadangkan, dapatkan khidmat guaman yang dipercayai.

Wallahu a’lam.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Share:

Hak ibu tiri

Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:31:54
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 Salam Ustaz,
Saya baru kehilangan ayah pada awal bulan Nov 2007. Ibu saya meninggal pada tahun 90-an. Ayah berkahwin lain awal tahun 2000. Kami tinggal berasingan dan ibu tiri tidak mempunyai anak.


Bolehkan kami buat tuntuan untuk rumah yang sedang kami duduki tanpa perlu ibu tiri kerana rumah itu di daftarkan atas nama arwah ibu dan bapa saya sahaja. Kiranya harta sepencarian arwah ayah dan ibu, bukan ibu tiri kami.

Harap Ustaz dpt beri pandangan smoga kita tidak melakukan kesilapan.

Sarah

Jawapan:

Sarah,
Berdasarkan keterangan yang diberikan, rumah tersebut dimiliki sama rata antara ayah dan ibu. Apabila ibu meninggal dunia, bahagian ayah tetap kekal miliknya. Manakala hanya separuh sahaja baki harta yang menjadi harta pusaka untuk waris termasuklah ayah. Apabila ayah pula meninggal, maka Ibu tiri pula mempunyai hak sebagai isteri kepada ayah saudari, maka beliau berhak mendapat 1/8 daripada harta peninggalan ayah.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Share:

Masalah anak angkat

Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:30:54
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 Assalamualaikum,

Saya adalah anak angkat kepada emak saudara saya yang tidak mempunyai anak. Suaminya juga menyayangi saya seperti anak sendiri. Semasa hayatnya, suami emak saudara itu telah memberi kepada saya (secara hibah) sekeping tanah dan sebuah rumah yang mempunyai nilai yang tinggi. Sebelum meninggal dunia beliau telah mewasiatkan hartanya kepada anak2 saudara dan adik beradik beliau yang lain. Tujuan beliau adalah supaya tidak berlaku perebutan harta antara keluarga. Walaubagaimana pun, apabila emak saudara saya (emak angkat) membuat tuntutan harta sepencarian, keluarga sebelah bapa saudara telah menghalang atas alasan saya telah menerima sebahagian besar dari harta tersebut.
Persoalannya,
1. adakah mereka boleh menghalang emak saudara saya dari membuat tuntutan tersebut?
2. adakah wajar alasan mereka tentang harta yang ditinggalkan utk saya itu?
3. bolehkan mereka menarik balik (challenge) harta yang telah diberikan kepada saya?

terima kasih dan wassalam

Aisyah

Jawapan:

Aishah,

Soalan ini agak rumit kerana ia perlu dilihat dari beberapa sudut.

Pertama, siapa ahli waris yang ada? Hal ini tidak dinyatakan dengan jelas dalam soalan saudari.

Kedua, harta yang telah diberikan kepada Aishah secara hibah semasa hidup bapa saudara itu adalah jelas milik Aishah. Tetapi, adakah urusan pindahmilik harta telah dilakukan? Jika sudah, tiada masalah, tetapi jika belum dan tiada bukti menunjukkan hibah berlaku, ini mungkin agak sukar. Kalau ada pertikaian tentang hal ini, maka mahkamahlah yang layak menentukannya. Tiada siapa berhak menghalang seseorang membuat tuntutan/dakwaan di mahkamah. Kebarangkalian untuk menang-kalah bergantung kepada banyak perkara.

Ketiga, harta pusaka si mati hendaklah ditolak terlebih daripada harta sepencarian. Tidak ada salahnya si isteri membuat tuntutan harta sepencarian kerana mungkin ada harta yang diperolehi hasil usaha bersama tetapi didaftarkan dengan nama suami sahaja. Harta sepencarian hendaklah ditolak daripada harta pusaka si mati.

Keempat, tidak boleh memberi wasiat kepada waris. Oleh itu, perlu dijelaskan di sini, siapakah waris bapa saudara yang ada? ibubapa? adik-beradik lelaki? perempuan? isteri? dll?

Kelima, wasiat terhad kepada 1/3 harta sahaja. Baki 2/3 harta hendaklah diagihkan kepada ahli waris termasuk si isteri tadi. Oleh itu, si isteri berhak mendapat harta sepencarian dan harta pusaka.

Persoalan tentang mahkamah sukar untuk saya jawab kerana masih ada banyak perkara yang perlu ditimbangkan dan dinilai dalam hal ini. Jalan yang terbaik ialah, dapatkan khidmat guaman. Mereka mungkin boleh membantu saudari.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Share:

Ibu, bapa & suami

Agihan harta pusaka jika tidak ada anak


Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:22:25
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 Isteri saya baru saja pulang ke rahmatUllah. Kami tiada zuriat. Ibu dan bapa isteri saya masih ada. Juga ia mempuyai 2 saudara perempuan dan 5 saudara lelaki. Bagaimana pembahagian harta isteri saya. Terima kasih.

asbah

Jawapan:

Asbah,

Takziah atas pemergian isteri saudara.
Mudah-mudahan rohnya akan dirahmati Allah selalu.

Memandangkan isteri saudara tidak mempunyai anak, tetapi mempunyai ibu bapa dan saudara sebagai suami, maka kes ini agak unik dalam sistem faraid.
Penyelesaian untuk kes ini ialah seperti berikut:

Suami - 1/2
Bapa - 1/3
Ibu - 1/6

Adik beradik isteri tidak mendapat pusaka dalam kes unik ini. Saya akan huraikan dengan detail mengenai kes ini pada masa akan datang. Insya Allah.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Share:

Ibu, 1 adik beradik lelaki, 5 adik beradik perempuan

Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:06:05
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 assalamualaikum,

saya ada sikit pertanyaan, hari jumaat lepas 29/6/07, adik ipar saya yang bongsu, berumur 15 tahun telah selamat kembali ke rahmatullah. dia ada meninggalkan sedikit wang dalam bank, tabung haji dan beberapa tempat lagi. keluarga yang tinggal ialah ibu, 5 kakak dan seorang abang. setakat yang saya tahu pembahagian wang tersebut ada 1/6 utk ibu dan kakak & 2/6 utk abangnya. boleh ustaz terang macam mana cara pengiraan yang lengkap seperti perbualan talipon kita sebentar tadi..2.45pm, 2/7/07..wassalam

Jawapan:

Walaupun en. telah mendapat huraian daripada JAIS berkaitan perkara tersebut kemungkinan pelawat yang lain ingin berkongsi ilmu dan maklumat daripada kes yang en. hadapi,

Disini ingin saya jelaskan pembahagian waris dan harta tersebut untuk dikongsi bersama.

- Ibu mendapat 1/6 bahagian kerana simati mempunyai 2 atau lebih adik beradik
- Saudara lelaki kandung (Abang) mendapat baki/bahagian tertentu
- Saudara perempuan kandung mendapat bahagian ditaksib (baki) kerana mempunyai saudara lelaki kandung.

Oleh itu cara pembahagiannya ialah :

Ibu : 3/18
Kakak: 5/18
Abang 10/18

Harap pembahagian ini dapat membantu kita semua dalam memahami ilmu faraid

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Share:

Letter of admit (?)

Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:04:55
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 assalamualaikum,

ayah saya tlh meninggalkan sebahagian harta - tanah dan wang. Letter of admit - telah dipersetujui di letakkan atas nama saya.

persoalannya - bagaimana pembahagian tanah dilakukan dan wang berjumlah 39,000 diagihkan ?

saya telah membelanjakan wang tersebut untuk urusan peribadi tanpa pengetahuan saudara lain. Dan berhajat untuk membayar semula wang peninggalan tersebut untuk diagihkan kepada adik beradik lain. Apakah hukuman ke atas saya ? Bolehkah saya membayar semula harta tersebut ?

Mohon tunjuk ajar agar saya dapat memperbaiki kesilapan saya.

Jawapan:

Waalaikumussalam,

Untuk memudahkan saudara, letter of admit tersebut sama seperti pemegang amanah yang diberikan tanggungjawab menguruskan harta. Harta pusaka menurut haknya perlu (wajib) dibahagikan kepada pewaris yang berhak sepertimana yang telah ditentukan oleh Allah samada harta tersebut berbentuk harta tak alih (tanah, rumah dsb) atau harta alih (saham, duit dsb).

Dalam kes ini saudara wajib membahagikan harta tersebut kepada waris yang berhak dan sekiranya saudara telah membelanjakan wang tersebut dan waris tidak mengizinkannya maka wajib dibayar hutang wang yang telah dibelanjakan tersebut.

Sekiranya saudara telah membayarnya maka saudara telah selamat dari menanggung dosa dari kesalahan memakan harta orang lain. Sekiranya saudara tidak membayarnya dan pewaris lain tidak mengizinkannya maka saudara dikira berdosa.

Menurut pembahagiannya,
Sekiranya saudara memiliki adik-beradik seibu sebapa dikalangan lelaki dan perempuan maka pembahagiannya mengikut nisbah 2:1 (lelaki/perempuan). Lelaki akan mendapat 2 bahagian daripada harta tersebut bagi setiap bilangan sdik beradik, manakali perempuan mendapat 1 bahagian sahaja bagi setiap bilangan mereka.

harap penjelasan ini dapat membantu anda,walaubagaimanapun pendetailan tentang ahli waris dan bilangan waris dari saudara lebih memudahkan urusan pengenalpastian pembahagian harta.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Share:

Isteri, 5 anak perempuan & 4 anak lelaki serta adik beradik kandung

Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:03:33
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 Assalamualaikum

Ayah saya meninggal dunia dan mempunyai seorang isteri, sembilan orang anak (5 perempuan dan 4 lelaki) dan masih mempunyai empat adik beradik (3 perempuan dan 1 lelaki). Adakah adik beradik turut termasuk dalam pembahagian harta pusaka? Secara mudah saya misalkan peninggalan adalah wang berjumlah RM100,000. Bagaimanakah cara pembahagian mengikut faraid? Harap dapat membantu.

Jawapan:

Waalaykumussalam citramurni69,

Undang-undang pusaka Islam memberikan keistimewaan yang besar untuk keluarga terdekat si mati terutamanya anak-anak si mati.

Dalam keadaan ini, anak lelaki ayah citramurni (adik-beradik lelaki citramurni) menghalang adik-beradik ayah daripada mempusakai harta ayah citramurni. Malah, anak lelaki dan anak perempuan mendapat asabah (iaitu baki semua harta selepas ditolak daripada waris yang lain yang tidak terhalang seperti isteri si mati dan ibu bapa si mati).

Oleh yang demikian, sekiranya harta peninggalan si mati ialah RM100,000, maka pembahagian harta adalah seperti berikut:

Isteri si mati –> mendapat 1/8 (kerana si mati mempunyai anak sama ada lelaki atau perempuan)

4 anak lelaki si mati dan 5 anak perempuan si mati –> mendapat asabah (baki harta yang dibahagikan antara lelaki perempuan pada nisbah 1:2)

Penjelasan lanjut:

Baki harta sebanyak 7/8 harta menjadi hak anak-anak si mati. Cara hendak mengiranya ialah;

4 orang anak lelaki, setiap seorang mendapat 2 bahagian = 8 bahagian
5 orang anak perempuan, setiap org mendapat 1 bahagian = 5 bahagian
jadi, jumlah bahagian untuk anak-anak ialah (8+5) =13 bahagian.

Baki harta 7/8 tadi, di kali mengikut kaedah ‘gandaan sepunya terbesar’:
(1 x 13 = 13 )
(7 x 13 = 91 )
(8 x 13 = 104 )

oleh yang demikian, setiap bahagian menyamai 13/104 harta.

Maka, setiap anak lelaki mendapat dua bahagian, iaitu 26/104 harta manakala setiap anak perempuan mendapat satu bahagian iaitu 13/104 harta.
Bahagian isteri si mati iaitu 1/8 pula menyamai dengan 13/104 harta.

Harap penjelasan ini dapat membantu. Maklumkan kepada saya jika penjelasan ini mengelirukan.

Dr. Hasanah

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Share:

Penamaan insuran dan harta

Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:01:23
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 assalamualaikum.

saya ingin mendapat penjelasan mengenai harta faraid.
1. saya telah berkahwin dan belum di kurniakan zuriat, persoalannya sekiranya ditakdirkan saya meninggal dunia, macamana harta saya akan di bahagikan kerana saya mempunyai ibu, 2 org kakak, 2 org abg dan suami.
2. suami saya telah ketiadaan ibu dan bapa dan sekiranya suami saya meninggal macamana pula dengan harta pusaka kerana mempunyai 2 org abg dan kakak.
adakah saya berhak keatas hartanya kerana kami tidak mempunyai anak dan suami saya telah menamakan saya sebagai waris insuran dan harta. adakah adik beradik suami boleh menuntut harta tersebut.

 Jawapan:

Waalaikumussalam,
Puan Zaiha,

Cara asas untuk menentukan pembahagian kes pertama ialah seperti berikut:

suami 1/2
ibu 1/6
2 kakak & 2 abg Asabah (lelaki perempuan 2:1)


Cara nak mengira ialah:

suami 9/18
ibu 3/18
2 kakak 2/18 (setiap seorang mendapat 1/18)
2 abang 4/18 (setiap seorang mendapat 2/18)


Bagi kes kedua pula, perlu difahami terlebih dahulu bahawa seorang isteri/suami mempunyai hak yang tetap ke atas harta peninggalan pasangannya.
Oleh itu, cara pembahagiannya adalah seperti berikut:


isteri 1/4
2 org abg & 1 kakak Asabah


Cara hendak mengiranya ialah:

isteri 5/20
2 org abg 12/20 (setiap seorang mendapat 6/20)
1 kakak 3/20


Berkenaan dengan penamaan sama ada untuk insuran atau harta, menurut undang-undang Islam, ia boleh dianggap sebagai pengurus sahaja dan dia tidak berhak ke atas keseluruhan harta tersebut. Maksudnya, jika berlaku kematian, puan bertanggungjawab membahagikan harta tersebut kepada waris-waris yang lain.

Untuk mengelakkan terlalu banyak harta pergi kepada ahli waris yang lain, saya mencadangkan puan dan suami mengisi borang Risalah Intim untuk mengisytiharkan bahawa harta tertentu adalah HARTA SEPENCARIAN.

Apa yang akan berlaku ialah, katakanlah puan dan suami mengisytiharkan bahawa kesemua harta yang ada adalah harta sepencarian. Apabila berlaku kematian salah seorang, maka separuh harta tersebut tidak boleh dianggap harta pusaka, tetapi ialah harta pasangan yang masih hidup. Jadi, hanya separuh harta sahaja yang perlu dibahagikan mengikut faraid.

Katalah kesemua harta suami berjumlah RM100,000 dan beliau mengisi dokumen Risalah Intim, memaklumkan bahawa semua harta itu ialah harta sepencarian. Jika berlaku kematian, RM50,000 harta akan ditolak kerana ia adalah milik pasangan. Jadi, hanya RM50,000 sahaja yang akan dibahagikan kepada ahli waris termasuklah si isteri tadi. Jadi, isteri akan dapat harta dia RM50,000 dan bahagian pusaka mengikut faraid iaitu 1/4 harta.

Harap ini dapat membantu.

Wallahu a’lam.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Share:

Isteri, 2 adik beradik lelaki & 1 adik beradik perempuan

Tarikh ditulis: 2007-11-25 23:00:13
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 assalamualaikum.

saya ingin mendapat penjelasan mengenai harta faraid.
1. saya telah berkahwin dan belum di kurniakan zuriat, persoalannya sekiranya ditakdirkan saya meninggal dunia, macamana harta saya akan di bahagikan kerana saya mempunyai ibu, 2 org kakak, 2 org abg dan suami.
2. suami saya telah ketiadaan ibu dan bapa dan sekiranya suami saya meninggal macamana pula dengan harta pusaka kerana mempunyai 2 org abg dan kakak. adakah saya berhak keatas hartanya kerana kami tidak mempunyai anak dan suami saya telah menamakan saya sebagai waris insuran dan harta. adakah adik beradik suami boleh menuntut harta tersebut.

 Jawapan:

Waalaikumussalam,
Puan Zaiha,

Cara asas untuk menentukan pembahagian kes pertama ialah seperti berikut:

suami 1/2
ibu 1/6
2 kakak & 2 abg Asabah (lelaki perempuan 2:1)


Cara nak mengira ialah:

suami 9/18
ibu 3/18
2 kakak 2/18 (setiap seorang mendapat 1/18)
2 abang 4/18 (setiap seorang mendapat 2/18)


Bagi kes kedua pula, perlu difahami terlebih dahulu bahawa seorang isteri/suami mempunyai hak yang tetap ke atas harta peninggalan pasangannya.
Oleh itu, cara pembahagiannya adalah seperti berikut:

isteri 1/4
2 org abg & 1 kakak Asabah

Cara hendak mengiranya ialah:

isteri 5/20
2 org abg 12/20 (setiap seorang mendapat 6/20)
1 kakak 3/20

Berkenaan dengan penamaan sama ada untuk insuran atau harta, menurut undang-undang Islam, ia boleh dianggap sebagai pengurus sahaja dan dia tidak berhak ke atas keseluruhan harta tersebut. Maksudnya, jika berlaku kematian, puan bertanggungjawab membahagikan harta tersebut kepada waris-waris yang lain.

Untuk mengelakkan terlalu banyak harta pergi kepada ahli waris yang lain, saya mencadangkan puan dan suami mengisi borang Risalah Intim untuk mengisytiharkan bahawa harta tertentu adalah HARTA SEPENCARIAN.

Apa yang akan berlaku ialah, katakanlah puan dan suami mengisytiharkan bahawa kesemua harta yang ada adalah harta sepencarian. Apabila berlaku kematian salah seorang, maka separuh harta tersebut tidak boleh dianggap harta pusaka, tetapi ialah harta pasangan yang masih hidup. Jadi, hanya separuh harta sahaja yang perlu dibahagikan mengikut faraid.

Katalah kesemua harta suami berjumlah RM100,000 dan beliau mengisi dokumen Risalah Intim, memaklumkan bahawa semua harta itu ialah harta sepencarian. Jika berlaku kematian, RM50,000 harta akan ditolak kerana ia adalah milik pasangan. Jadi, hanya RM50,000 sahaja yang akan dibahagikan kepada ahli waris termasuklah si isteri tadi. Jadi, isteri akan dapat harta dia RM50,000 dan bahagian pusaka mengikut faraid iaitu 1/4 harta.

Harap ini dapat membantu.

Wallahu a’lam.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Share:

Ibu, suami, 2 adik beradik lelaki & 2 adik beradik perempuan

Tarikh ditulis: 2007-11-25 22:58:52
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 assalamualaikum.

saya ingin mendapat penjelasan mengenai harta faraid.
1. saya telah berkahwin dan belum di kurniakan zuriat, persoalannya sekiranya ditakdirkan saya meninggal dunia, macamana harta saya akan di bahagikan kerana saya mempunyai ibu, 2 org kakak, 2 org abg dan suami.
2. suami saya telah ketiadaan ibu dan bapa dan sekiranya suami saya meninggal macamana pula dengan harta pusaka kerana mempunyai 2 org abg dan kakak. adakah saya berhak keatas hartanya kerana kami tidak mempunyai anak dan suami saya telah menamakan saya sebagai waris insuran dan harta. adakah adik beradik suami boleh menuntut harta tersebut.

 Jawapan:

Waalaikumussalam,
Puan Zaiha,

Cara asas untuk menentukan pembahagian kes pertama ialah seperti berikut:

suami 1/2
ibu 1/6
2 kakak & 2 abg Asabah (lelaki perempuan 2:1)

Cara nak mengira ialah:

suami 9/18
ibu 3/18
2 kakak 2/18 (setiap seorang mendapat 1/18)
2 abang 4/18 (setiap seorang mendapat 2/18)

Bagi kes kedua pula, perlu difahami terlebih dahulu bahawa seorang isteri/suami mempunyai hak yang tetap ke atas harta peninggalan pasangannya.
Oleh itu, cara pembahagiannya adalah seperti berikut:

isteri 1/4
2 org abg & 1 kakak Asabah

Cara hendak mengiranya ialah:

isteri 5/20
2 org abg 12/20 (setiap seorang mendapat 6/20)
1 kakak 3/20

Berkenaan dengan penamaan sama ada untuk insuran atau harta, menurut undang-undang Islam, ia boleh dianggap sebagai pengurus sahaja dan dia tidak berhak ke atas keseluruhan harta tersebut. Maksudnya, jika berlaku kematian, puan bertanggungjawab membahagikan harta tersebut kepada waris-waris yang lain.

Untuk mengelakkan terlalu banyak harta pergi kepada ahli waris yang lain, saya mencadangkan puan dan suami mengisi borang Risalah Intim untuk mengisytiharkan bahawa harta tertentu adalah HARTA SEPENCARIAN.

Apa yang akan berlaku ialah, katakanlah puan dan suami mengisytiharkan bahawa kesemua harta yang ada adalah harta sepencarian. Apabila berlaku kematian salah seorang, maka separuh harta tersebut tidak boleh dianggap harta pusaka, tetapi ialah harta pasangan yang masih hidup. Jadi, hanya separuh harta sahaja yang perlu dibahagikan mengikut faraid.

Katalah kesemua harta suami berjumlah RM100,000 dan beliau mengisi dokumen Risalah Intim, memaklumkan bahawa semua harta itu ialah harta sepencarian. Jika berlaku kematian, RM50,000 harta akan ditolak kerana ia adalah milik pasangan. Jadi, hanya RM50,000 sahaja yang akan dibahagikan kepada ahli waris termasuklah si isteri tadi. Jadi, isteri akan dapat harta dia RM50,000 dan bahagian pusaka mengikut faraid iaitu 1/4 harta.

Harap ini dapat membantu.

Wallahu a’lam.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Share:

Bergaduh kerana harta?

Tarikh ditulis: 2007-11-25 22:51:18
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 assalamualaikum,
saya ada masalah yg tak tahu bila nak selesai . Datuk saya sudah meninggal dunia . Dia meninggalkan 7 orang anak hasil drp 3 orang isterinya . Dia mempunyai beberapa bidang tanah sawah yang diuruskan oleh anak lelakinya semasa arwah masih hidup hinggalah sekarang. Masalahnya anak lelakinya itu tidak membahagikan hasil padi yang dia dapat kepada anak -anak yang lain . Perkara ini telah dibawa ke mahkamah dan sekarang dalam perbicaraan . Yang saya tak puas hatinya sudah 3 tahun perbicaraan ini tak selesai lagi . kenapa jadi cam tu ? Cam na nak percepatkan pembahagian harta pusaka ini ?
Sekian terima kasih

 Jawapan:

 Munerah,
Inilah masalah yang timbul jika harta kita tidak dirancang. Proses pembahagian di kalangan adik-beradik sendiri pun amat sukar. Bila dibawa ke mahkamah lagilah panjang ceritanya.

Kita sentiasa takut untuk bercakap tentang perancangan harta pusaka. Seolah-olah kita yakin yang umur kita panjang lagi. Siang-malam kita bekerja mencari rezeki untuk orang yang kita kasihi.

Kalau tiba-tiba Tuhan memanggil kita, rezeki yang kita usahakan itu akan terbiar bertahun-tahun barulah selesai urusan pembahagiannya. Orang yang kita kasihi akan menderita hinggalah selesai urusan tersebut.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Share:

Migrasi server selesai

Tarikh ditulis: 2007-08-17 09:53:45
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 Alhamdulillah,

Selepas berhempas pulas dengan server baru dan fail-fail lama, akhirnya weblog ini dapat dibawa ke server baru tanpa mengalami masalah kehilangan fail, post mahupun komen.

Syukur... kerana semua yang ada masih selamat.

Team UrusPusaka

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Share:

17. ….banyak lagi !

Kuliah Fiqh Urus Pusaka bersama Dr. Hasanah Abd. Khafidz


Tarikh ditulis: 2007-07-19 17:16:50
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 Banyak lagi yang perlu disentuh tentang ilmu faraid.
Antara topik-topik tersebut ialah


- bahagian datuk
- bahagian cucu
- bahagian pakcik-makcik
- bahagian adik beradik sama ada seibu sebapa, seibu mahupun sebapa
- isu-isu berkaitan pengurusan harta pusaka
- perancangan pusaka dan wasiat

Kami akan tambah lebih banyak maklumat pada masa akan datang. Doakan semoga lebih banyak masa ruang dan peluang dapat kami berikan untuk laman ini.

Salam hormat

Team UrusPusaka.com

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Share:

3. Rukun-rukun Pusaka

Kuliah Fiqh Urus Pusaka bersama Dr. Hasanah Abd. Khafidz


Tarikh ditulis: 2007-07-19 16:38:48
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 Rukun pusaka bermaksud unsur-unsur yang mesti ada dalam perkara berkaitan pusaka. Ia terdiri daripada tiga perkara:
1. Orang yang mewariskan hartanya, iaitu si mati.
2. Waris, iaitu orang yang ada hubungan dengan si mati.
3. Harta, iaitu harta peninggalan yang ditinggalkan oleh si mati selepas kematiannya.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Share:

4. Syarat-syarat Berkaitan Harta Pusaka

Kuliah Fiqh Urus Pusaka bersama Dr. Hasanah Abd. Khafidz


Tarikh ditulis: 2007-07-19 16:38:01
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 Terdapat beberapa syarat yang berkaitan dengan harta pusaka. Syarat-syarat tersebut ialah:

1. Kematian pemilik harta
Bagi pemilik harta, disyaratkan bahawa kematiannya telah pun disahkan ataupun dia dianggap telah mati.
Contoh bagi anggapan kematian seseorang ialah apabila seseorang telah hilang untuk tempoh yang panjang dan hakim telah membuat keputusan berdasarkan pertimbangannya bahawa seseorang yang hilang telah mati.

2. Kewujudan waris
Waris ini hendaklah disahkan masih hidup semasa kematian seseorang walaupun sedetik.

3. Hubungan antara waris dan si mati hendaklah diyakini. Hubungan yang dibenarkan ialah yang berbentuk hubungan kekeluargaan (nasab), pernikahan (musaharah) dan juga wala’ (perwalian antara hamba yang telah dibebaskan dengan orang yang membebaskannya).

4. Penjelasan tentang hubungan yang melayakkan waris mewarisi harta. Maksudnya, hubungan antara si mati dan warisnya hendaklah dijelaskan. Oleh itu, tidak ada sesiapa yang boleh mengakui bahawa dia adalah waris kepada si mati dengan sewenang-wenangnya.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Share:

5. Sebab-sebab yang membolehkan seseorang mempusakai harta

Kuliah Fiqh Urus Pusaka bersama Dr. Hasanah Abd. Khafidz


Tarikh ditulis: 2007-07-19 16:37:10
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 Perkara yang menyebabkan sesuatu harta itu menjadi harta pusaka seseorang ada empat:

1. Hubungan keturunan. Iaitu hubungan kekeluargaan. Ia diwarisi oleh ibubapa si mati dan orang yang ada hubungan dengan mereka berdua seperti adik-beradik lelaki dan perempuan si mati atau anak-anak kepada adik-beradik lelaki seibu sebapa atau sebapa si mati. Bagaiamana dengan anak susuan? Bagi saya, ayat sebelum ini sudah dapat menjelaskan kedudukan anak susuan.

2. Pernikahan atau perkahwinan. Iaitu hubungan perkahwinan yang sah, walaupun mereka tidak sempat bersetubuh atau berkhalwat. Kedua-dua suami isteri berhak mewarisi pusaka pasangannya.

3. Wala’. Ia bermaksud pembebasan hamba. Ia dimiliki oleh bekas pemilik hamba daripada hamba yang dibebaskan. Bekas pemilik hamba akan mewarisi pusaka sama ada bekas hambanya lelaki mahupun wanita. Bekas pemilik hamba ini dianggap sebagai asabah kerana diri sendiri (al-asabah bi al-nafs)

4. Islam. Iaitu apabila seseorang muslim mati dan tidak mempunyai sesiapa yang mewarisinya, maka harta peninggalannya diserahkan kepada Bayt al-Mal.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Share:

6. Perkara yang boleh menghalang seseorang daripada mempusakai harta

Kuliah Fiqh Urus Pusaka bersama Dr. Hasanah Abd. Khafidz


Tarikh ditulis: 2007-07-19 16:35:36
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 Terdapat beberapa sebab yang boleh menghalang seseorang waris daripada menerima harta pusaka, iaitu:

1. Perhambaan.
2. Pembunuh. Seorang pembunuh tidak boleh mewarisi harta orang yang dibunuhnya. Sabda Nabi Muhammad, maksudnya: “Pembunuh tidak boleh menerima apa-apa pun (harta pusaka)” (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud).
Seseorang yang membunuh ahli keluarganya juga boleh dianggap sebagai cuba untuk mempercepatkan pewarisan harta kepadanya. Sebagai balasan, Islam mengharamkannya mewarisi harta ahli keluarga yang telah dibunuh itu. Namun, dia masih layak untuk menerima harta pusaka daripada ahli keluarga yang tidak dibunuhnya.
3. Perbezaan agama. Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad, maksudnya: “Seorang muslim tidak boleh mewarisi pusaka orang kafir dan seorang kafir tidak boleh mewarisi pusaka orang Islam” (Hadis diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Share:

7. Siapakah Lelaki yang Layak Mempusakai Harta?

Kuliah Fiqh Urus Pusaka bersama Dr. Hasanah Abd. Khafidz


Tarikh ditulis: 2007-07-19 16:34:59
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 Pewaris lelaki yang boleh mewarisi dan termasuk dalam kumpulan pewaris fardh (pewaris faraid) ada sepuluh golongan:
1. Anak lelaki.
2. Anak lelaki kepada anak lelaki (cucu) dan ke bawah.
3. Bapa.
4. Bapa kepada bapa (datuk) dan ke atas.
5. Adik-beradik lelaki seibu sebapa, sebapa atau seibu.
6. Anak lelaki kepada adik beradik lelaki seibu sebapa dan sebapa (anak saudara).
Anak lelaki kepada adik beradik lelaki seibu tidak termasuk dalam pewaris faraid. Sebaliknya, dia masuk dalam golongan pewaris zawi al-arham (pewaris kerabat).
7. Bapa saudara sebelah bapa yang sama datuk dan nenek; dan bapa saudara sebelah bapa yang sama datuk.
Bapa saudara sebelah ibu dan bapa saudara sebelah bapa yang sama nenek termasuk dalam pewaris kerabat.
8. Anak lelaki kepada bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa dan sebapa.
Anak lelaki kepada bapa saudara sebelah bapa yang sama nenek tidak menjadi pewaris faraid. Sebaliknya, dia termasuk dalam pewaris kerabat.
9. Suami.
10. Lelaki yang memerdekan hamba.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Share:

8. Pewaris Tetap dari Kalangan Lelaki

Kuliah Fiqh Urus Pusaka bersama Dr. Hasanah Abd. Khafidz


Tarikh ditulis: 2007-07-19 16:34:13
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 Sekiranya semua golongan pewaris lelaki ada, terdapat hanya tiga pewaris yang menjadi pewaris tetap. Mereka ini tidak boleh dihalang (dihijab) daripada menerima harta pusaka kecuali dengan sebab tiga halangan yang telah disebut sebelum ini (iaitu: jika mereka hamba, pembunuh orang yang diwarisi ataupun berlainan agama).

Pewaris tetap ini ialah:
1. Bapa
2. Anak lelaki
3. Suami

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Share:

9. Siapakah Perempuan yang Layak Mempusakai Harta?

Kuliah Fiqh Urus Pusaka bersama Dr. Hasanah Abd. Khafidz


Tarikh ditulis: 2007-07-19 16:32:53
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 Pewaris wanita yang termasuk dalam golongan pewaris tetap ada tujuh, iaitu:
1. Anak perempuan
2. Anak perempuan kepada anak lelaki (cucu) dan ke bawah.
3. Ibu.
4. Ibu kepada ibu atau bapa (nenek) dan ke atas.
5. Adik beradik perempuan seibu sebapa, sebapa atau seibu.
6. Isteri atau isteri-isteri.
7. Wanita yang memerdekakan hamba.

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Share:

10. Pewaris Tetap dari Kalangan Perempuan

Kuliah Fiqh Urus Pusaka bersama Dr. Hasanah Abd. Khafidz


Tarikh ditulis: 2007-07-19 16:31:46
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 Sekiranya kesemua golongan waris perempuan wujud (dan tiada pewaris lelaki), hanya lima golongan sahaja yang layak menerima harta pusaka. Mereka ialah:
1. Anak perempuan
2. Anak perempuan kepada anak lelaki
3. Ibu
4. Adik beradik perempuan seibu sebapa
5. Isteri

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Share:

11. Jika semua pewaris ada? (Pewaris tetap dalam kalangan lelaki dan wanita)

Kuliah Fiqh Urus Pusaka bersama Dr. Hasanah Abd. Khafidz


Tarikh ditulis: 2007-07-19 16:31:00
Oleh: Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz


 Sekiranya semua golongan waris lelaki dan perempuan wujud, bukan semuanya layak menerima harta pusaka. Sebaliknya, hanya lima golongan sahaja yang layak menerima harta pusaka. Golongan yang lain pula terhalang daripada menerimanya.

Pewaris tetap ini ialah:
1. Anak lelaki
2. Anak perempuan
3. Bapa
4. Ibu
5. Suami ataupun isteri

===========
Artikel ini pada asalnya diterbitkan di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


Share:

Search This Blog

Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz
Pensyarah Kanan, Program Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Follow by Email

Gegak Gempita Gara-gara Augmented Reality Dakwah

Augmented Reality atau singkatannya AR merupakan istilah yang masih asing lagi di Malaysia, apatah lagi penggunaan augmented reality dalam ...

Labels

Blog Archive

Recent Posts