Jom ulangkaji tentang fidyah kerana tidak puasa!

Sempena bulan Ramadhan 1436H ini saya nak kongsi kan sekali lagi video animasi yang telah saya upload dalam Youtube tentang fidyah. Elok lah ditonton oleh wanita. Wajib pula ditonton oleh lelaki supaya lebih mantap lagi ilmu nak pimpin keluarga :)



Bagi sesiapa yang berminat tentang cara nak buat video seperti ini, sebenarnya tak susah sangat. Cuma perlu ada minat dan kesabaran sedikit nak siapkan.



Video animasi di atas saya buat dengan menggunakan Videoscribe yang diinstall dalam ipad. Boleh cari dalam Apple Store ya. Kalau tak silap dulu saya beli $9. Lebih kurang RM30. Videoscribe keluaran Sparkol ini ada dalam 2 versi. Ipad apps dan juga dekstop version. Yang desktop version mahal huhuu. Saya pernah cerita sedikit tentang Videoscribe di sini:

http://drhasanah.com/2014/powtoon-atau-videoscribe-apakah-pilihan-saya-untuk-membina-e-kandungan/

Bagi IT geek, boleh la selongkar software tu :) Senang kacang!

Oh ya! Minggu lepas saya ada tulis di twitter saya tentang satu lagi video animasi yang sedang saya buat menggunakan Videoscribe ipad apps. Tiba-tiba status tu di tweet semula oleh Videoscribe heheh sengeh kejap.
Share:

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz

Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz
Pensyarah Kanan, Program Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Follow by Email

Finally I'm A Certified Apple Professional Learning Provider

After so many years, finally, I was certified as an Apple Consultant. This means that I have a lot of tasks to do to add more values to our ...

Labels

Blog Archive

Recent Posts