2011

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Wednesday 16 November 2011

Fatwa Berkaitan Pelaburan Emas



Dulu, ramai yang tak ambil kisah tentang pelaburan emas. Masa itu, bagi wanita yang penting ialah menambah emas perhiasan. Asal ada duit sedebuk, memang kira nak tambah koleksi je lah. Tapi oh, saya bukan jenis ni. Teringat almarhum suami yang selalu sebut, "alhamdulillah, dapat isteri yang tak suka pakai barang kemas!" hahahaaa....

Emas pertama yang saya beli sendiri (sendiri tu maksudnya: guna duit pinjaman pelajaran JPA hihiii) ialah masa belajar di Jordan. Kalau tak silap masa tu tahun 2 dan dalam musim sejuk. Ceritanya bermula bila sorang makhluk Iraq dok cuba ngorat saya. Tiap-tiap hari dia dok kacau. Menyampah betul. Jadi, memandangkan tradisi atau budaya (disebut 'urf dalam ilmu usul fiqh) bahawa cincin belah rotan (cincin emas yang tidak berbatu-batu) merupakan lambang seseorang wanita sudah dimiliki atau belum, maka saya naik bas pergi ke al-Karak untuk beli cincin belah rotan. Saya sarungkan di jari manis kanan. Itu maknanya saya sudah bertunang. Kalau disarungkan di jari manis kiri, maknanya saya sudah berkahwin. Nak bagi ganas, saya pinjam cincin belah rotan kawan serumah dan pakai di jari manis kiri. Kemudian, jeng...jeng...jeng... saya pun pergi ke kedai gambar tempat makhluk tu kerja dan tayang-tayang cincin belah rotan di jari manis kiri dan kanan!!! hahahaa saya sudah bertunang dan berkahwin dalam masa yang sama!

Friday 28 October 2011

Tiada pelangi di Somalia?

Situasinya terlalu berbeza. Kering, debu, panas. Itu sahaja yang ada. Kiri atau kanan, sudah tiada siapa yang mampu menghulur bantuan. Tenat si kecil hanya menanti terpisah hayat daripada badan.



http://youtu.be/pZ8nGTdTmkQ


Tiada bunga bahasa usai menatap renungan sepi anak ini.
Ya Allah, rahmatilah anak-anak Somalia.

Thursday 22 September 2011

Tak tahu tajuk. Raya? Mati? Wasiat?



"Salam, jenazah kb dh dibawa blk ke umah mak dia, akan kebumi esok kul 10 pg..." Demikian sms yang diterima pada hari raya pertama AidilFitri baru-baru ini. Terkedu membacanya. Di saat umat Islam bergembira dengan persiapan malam raya, rupa-rupanya sahabat saya, Khairul Bariah, dipanggil bertemu Rabbuljalal. Tinggallah empat orang anakandannya menjadi yatim dan merindui kasih ibu. اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها


[SMAS, Kajang, 3 Kuning, 1990. Berterabur: Hafiz Sarim, Madihah, Mardhiyah, Syirazi Hafiez, Hafiz Othman, Yusrina Yunus, Azri Sahat, Azrin Aziz, Shahril Yusni, Zairil, Nooradilah Mohd Rukon, Noradillah, Raslina Mohamed Nor, Faizal Yassin, Hasbi Arifin, Syukri, Fariheena, Halim Hafiz, Mohd Helmi, Amalina Mahidin, Iskandar Hamim, Faris Hasbullah, Afizah Yaakob, Nur Ahmad, Hasanah Abd Khafidz (teka yang mana?), Mohd Zulakhmar Zakiyudin, Siham Ismail, Che Iazmi Che Sof, Ariffaizad, Khairul Bariah Abas Azmi, Norhidayah, Kamarul Arrifin Ali, Rosmiyati, Intan Syafinaz Mat Shafie, Norleen Rashid, Hazalina, Norlin Soraya Ahmad Bashri, Suzlina Shokri and Syazli Fathi]

Thursday 4 August 2011

Kadar Zakat Fitrah 1432H atu 2011M dan Cara Bayar Zakat dengan SMS



Berikut ialah maklumat terkini yang diperolehi daripada Pusat Pungutan Zakat MAIWP    ..... sebarkan!

KADAR ZAKAT FITRAH BAGI NEGERI-NEGERI DI SELURUH MALAYSIA BAGI TAHUN 1432H
1) Wilayah Persekutuan - RM 7.00
2) Selangor - RM 7.00
3) Melaka - RM 6.30
4) N. Sembilan - RM 6.50

Tuesday 26 July 2011

Ramadan, izinkan daku bertamu



Count down Ramadan

7 hari sahaja lagi! Ah.... terasa seperti mental & fizikal masih belum bersedia menghadapinya. Namun, persediaan meraikan Syawal sudah direncana. Dari tempah baju, tempah kuih, tambah barang elektrik hinggalah mengintai-intai promosi jualan perabot, semuanya sudah dilakukan. Celakakah jika ini jalannya ya Allah? Oh Allah, jauhkanlah kami dari kemurkaan-Mu. Sebaliknya, bimbinglah kami ke arah redha-Mu.

7 hari sahaja lagi! Ah.... terasa begitu ni'matnya jika dapat menikmati juadah enak-enak di kala berbuka. Air cendol, ayam percik dan murtabak... semuanya boleh petik jari dan bayar sahaja. Namun, juadah untuk jiwa hanyalah penderaan lapar dahaga semata-mata. Oh Allah, ampunilah kami kerana terleka dengan ni'matnya ni'mat'Mu hingga terlupa bahawa lapar dahaga juga adalah ni'mat buat mendidik jiwa, bukannya penderaan sebagai pra syarat untuk menang anugerah pingat berbuka.

7 hari sahaja lagi! Ah.... hati jadi tidak keruan. Antara jihad dan lelah. Antara mahu jadi pejuang atau terbaring menanti kumandang azan. Antara jadi muslimah perkasa atau berdalih atas nama tiada daya.

Ampunilah kami ya Allah. Tiadalah daya untuk kami bertamu di Ramadan-Mu melainkan segalanya dengan bantuan-Mu.

Thursday 23 June 2011

Celaru 'Siapa Aku'



Saya bukan peminat filem. Saya tak suka terbaring berjam-jam di depan tv. Dalam sejarah hidup pun, saya tak pernah jejak panggung wayang (kolot?). Namun pagi ini (sekejap lagi) saya dijemput untuk memberi komentar tentang 'dokumentari' Siapa Aku. Rasa macam tak kena je bila saya kena ulas dokumentari seperti ini. Program sebelum Solat Jumaat ini akan diadakan di Dewan Kuliah D, USM (yang saya pun tahu dok belah mana hihii). Dan err... layakkah 'Siapa Aku' dikategorikan sebagai sebuah dokumentari? Ahh... siapa yang celaru?

Dalam entri ini, saya hanya nak kongsikan artikel ilmiah, diulangi... artikel ILMIAH... yang ditulis oleh tok guru saya a.k.a penyelia saya semasa belajar di peringkat Ph.D iaitu Prof. Madya Datin Dr. Paizah hj. Ismail. Beliau merupakan wanita pertama di Malaysia yang menjadi ahli Majlis Fatwa (correct me if I'm wrong).

Janganlah celaru mencari diri sendiri. Kerana kalau tak kenal diri sendiri, maka dibimbangi anda tidak kenal Allah. نعوذ بالله من ذلك

AURAT WANITA:KONSEP DAN HUKUM MENGENAINYA


Oleh:
Prof. Madya Datin Dr. Paizah Hj Ismail

Pendahuluan

Masalah aurat wanita suatu tajuk perbincangan yang besar dan memakan ruang yang banyak. Ia merangkumi konsep aurat itu sendiri, batas-batas yang ditentukan, samada dalam sembahyang atau dalam kehidupan biasa. Bahkan, perbincangan tentang aurat dalam kehidupan biasa akan merangkumi pula keadaan yang bermacam-macam, seperti sewaktu berada seorang diri di tempat tertutup atau di dalam gelap, di hadapan muhram, bersama perempuan muslim, bersama perempuan bukan Islam dan akhirnya di hadapan lelaki bukan muhram.

Fatwa Pembayaran Zakat oleh Syarikat Pengurus Dana Saham



Warta Kerajaan NEGERI SELANGOR Jil. 64 No.14,
7hb Julai 2011

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003
FATWA DI BAWAH SESKYEN 47

PEMBAYARAN ZAKAT OLEH SYARIKAT PENGURUS DANA SAHAM AMANAH (UNIT TRUST)

Pengenaan zakat terhadap dana saham amanah (Unit Trust) adalah berasaskan pelaburan sebagai Urud Tijarah. Zakat yang wajib dikeluarkan ialah sebanyak 2.5%.

Bertarikh 23 Jun 2011

[MAIS/SU/BUU/02/016/12-2; P.U. Sel. AGM. 0007 Jld. 3]

Sumber: Laman Web Mufti Selangor


Download: Fatwa Zakat Saham Amanah

Wednesday 15 June 2011

Sisi Gelap Mangsa Jenayah Seks Rogol dan Sumbang Mahram





Prihatin dengan derita jiwa yang menyelubungi mangsa rogol dan sumbang mahram telah membuahkan fikrah untuk membuat kajian perbandingan dalam undang-undang syariah dan undang-undang sivil. Kajian perbandingan tentang jenayah rogol dan sumbang mahram ini tersimpan di khazanah Tun Sri Lanang, komputer saya dan juga kotak buku di stor!

Hari ini saya kongsikan sedikit kandungan penulisan tentang perkara ini yang merupakan kajian Ijazah Sarjana Pengajian Islam yang dikasihi al-marhum suami, ustaz Rosdi Yusof. Sebelum pemergian beliau pada tahun 2007,  beliau hanya sempat menyiapkan draf awal sejumlah 69 halaman yang sebahagiannya merupakan 'sedutan' daripada kajian peringkat Ijazah Sarjana untuk di transformasi menjadi buku. Bertambah dukacita lagi, saya belum dapat menyempurnakan hasrat penerbitan buku tersebut kerana terdapat beberapa isi kandungan yang perlu ditambah, dinilai dan ditulis semula. Sila klik gambar di atas. Tiada satu perkataan pun yang ditambah, dikurang atau diubah. Doakanlah semoga buku ini akan diterbitkan juga suatu masa nanti dengan segala penambahbaikan.

Semoga abang diampunkan segala dosa dan diberikan sebesar-besar rahmat daripada Allah s.w.t. di alam sana. Biar berganti pasangan, namun rindu dan kasih isteri dan anak-anak tidak pernah bertepi. Tiada putus doa kami buat abang. Sesungguhnya masa dan tikanya akan tiba jua untuk kami menuruti abang. Semoga kita akan bertemu jua nanti dalam suasana penuh kebaikan. Bak tutur Hajar, puteri bongsu abang yang tidak sempat abang tatap wajahnya, "kalau Hajar mati, nanti Hajar boleh jumpa ayah... kalau mak mati, nanti mak boleh jumpa ayah..."

اللهم اغفر لرشدي بن يوسف
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه


- mengingati ulangtahun kelahiran abang yang ke 40 esok, 17 Jun 2011 -

Tuesday 3 May 2011

Alhamdulillah dapat hero lagi


Syukur alhamdulillah, saya selamat melahirkan bayi lelaki pada 8 April 2011 yang lalu. Alkisahnya, baby ni sangat excited nak tengok dunia hingga subuh-subuh hari jangkaan bersalin dia dah bo. dulu. Maka tergesa-gesalah doktor dan nurse cucuk saya sana-sini dan terus tolak ke bilik bedah. Alhamdulillah baby selamat sedangkan maknya mamai mabuk ubat selepas terpaksa ditidurkan dengan gas untuk GA (general anesthesia).

Hmm... nak cerita apa lagi ya. Nak tulis panjang-panjang, tak boleh duduk depan komputer lama-lama. Nak tulis pendek-pendek, hisy, banyak nak cerita ni. Ginilah,
AMARAN 1: segala yang ditulis dalam entri blog kali ini adalah tidak selamat dibaca kerana ditulis ikut 'dan'.
AMARAN 2: entri ini TIDAK selamat dibaca oleh insan yang BUKAN WANITA. Jadi, kalau anda lelaki atau perempuan yang belum akil baligh lagi maka sila close browser anda sekarang! Eh, tak close juga ye? Degil sungguh. Guna ISA karang baru tau. Close cepat!

Wednesday 6 April 2011

Nota Pendek

Hari ini kena masuk wad, erggh... suspennya.

Doakan semoga semuanya baik-baik belaka & cepat kembali sembuh seperti sediakala.

Maaf zahir batin.

Wednesday 16 March 2011

Fatwa Zakat Pelaburan Saham


Warta Kerajaan NEGERI SELANGOR Jil. 64 No. 7

31hb Mac 2011

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003

FATWA DI BAWAH SESKYEN 47

HUKUM ZAKAT PELABURAN SAHAM

1. Hukum zakat ke atas saham yang dilaburkan di pasaran modal adalah sama seperti zakat barang perniagaan (Arudh at-Tijarah), tidak kira sama ada tujuan pelaburan saham itu adalah untuk diniagakan (jualbeli) atau untuk disimpan.

2. Keputusan ini diambil berdasarkan dalil dan hujah sebagaimana berikut:

(i) Firman Allah S.W.T.:

Bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! belanjakanlah (zakat) sebahagian hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu”.

(Al-Baqarah: 267)

Mujahid mentafsirkan bahawa yang dimaksudkan dengan ayat ini ialah harta perniagaan. (Sunan Al-Qubra, Al-Baihaqi, hadis No: 7387)

(ii) Hadis dari Samrah: --sila download fail pdf untuk lihat teks hadis

(Sunan Abi Daud)

(iii) Hadis Abi Zar secara Marfu’: --sila download fail pdf untuk lihat teks hadis

(Sunan Darqathani)

(iv) Hadis: --sila download fail pdf untuk lihat teks hadis

(v) Hadis:(vi) Kaedah Qias

(a) Qias terhadap zakat ternakan, emas, perak dan mata wang

Wang yang dilaburkan untuk membeli saham sama ada yang diniagakan atau disimpan mempunyai ciri-ciri dan sifat yang sama dengan binatang ternakan, emas dan perak serta mata wang. Iaitu harta yang berkembang (An-namiah).

Oleh itu, hukum zakat ke atas harta-harta tersebut iaitu diwajibkan ke atas pokok dan hasil atau keuntungan (Arudh at-Tijarah).

(b) Qias terhadap zakat simpanan

Adalah tidak adil jika pemilik wang yang hanya menyimpan wangnya diwajibkan zakat ke atas untungnya dan pokok (modal). Sedangkan pemilik saham yang melaburkan wangnya hanya diwajibkan zakat ke atas keuntungan sahaja, tetapi (modal) terlepas daripada kewajipan zakat.

(vii) Sesungguhnya tujuan dan matlamat seseorang ketika membeli dan memiliki saham adalah satu sahaja, iaitu diniagakan dan mendapat pulangan keuntungan. Tujuan dan niat ini berlaku tidak kira sama ada bagi orang yang membeli saham untuk dijual beli atau hanya mendapatkan keuntungan jangka panjang (dividen). Oleh itu, sangat bertepatan sekiranya setiap saham itu diwajibkan ke atas zakat barang perniagaan (Arudh atTijarah).

3. Syarat wajib zakat saham

Saham yang diwajibkan zakat mestilah memiliki syarat-syarat sebagaimana berikut:

(a) Islam

Zakat hanya diwajibkan ke atas pemilik saham yang beragama Islam.

Bagi saham yang secara bersama di antara orang Islam dan bukan Islam, zakat diwajibkan ke atas ekuiti atau pemilikan orang Islam sahaja.

(b) Pemilikan sempurna

Zakat diwajibkan ke atas pemilikan saham yang sempurna. Iaitu pemilikan mempunyai kuasa untuk memperlakukan dan memperolehi manfaat harta tanpa memerlukan campur tangan pihak lain. Ia juga bermaksud seseorang itu mempunyai hak monopoli iaitu hak untuk mengawal, mengurus, menyimpan, menggunakan, memberi, menjual dan sebahagiannya atas kehendak seniri.

(c) Milik pihak tertentu

Berdasarkan syarat ini, zakat tidak diwajibkan ke atas saham yang dimiliki institusi umum seperti masjid, surau dan seumpamanya.

Zakat juga tidak diwajibkan ke atas institusi yang mempunyai dana daripada sumber harta umum seperti wakaf, sedekah dan seumpamanya yang tidak mempunyai pemilik.

(d) Mencapai nisab

Menurut pendapat kebanyakan ulama, nisab bagi sesuatu harta zakat adalah jumlah keseluruhan harta zakat yang dimiliki oleh seseorang individu. Ia bermaksud, jika seseorang mempunyai saham yang tidak mencapai nisab, dan mempunyai saham-saham lain yang belum mencapai nisab, tetapi apabila dicampurkan keseluruhannya, maka ia mencapai nisab wajib zakat, maka ia diwajibkan untuk mengeluarkan zakat dari hartanya itu.

(e) Mencukupi haul selama setahun

Menurut para Fuqaha, yang dimaksudkan haul setahun ialah harta yang diwajibkan zakat mestilah kekal syarat-syaratnya seperti nisab selama setahun. Ini adalah pendapat Mazhab Syafie dan Hanbali berdasarkan Hadis Nabi S.A.W.: “Tidak diwajibkan zakat pada sesuatu harta sehinggalah mencukupi haulnya selama setahun”.

Walaubagaimanapun, Mazhab Maliki dan sebahagian ulama Syafie berpendapat bahawa nisab hanya diambilkira di hujung haul dan bukan keseluruhannya kerana ia mudah untuk ditaklifkan. Manakala ulama Hanafiah berpendapat, haul disyaratkan pada mana-mana tempoh dalam setahun dan bukan keseluruhannya kerana ia tidak menyusahkan berbanding sekiranya disyaratkan pada tempoh keseluruhannya.

(f) Harta yang halal

Zakat tidak diwajibkan ke atas saham sebagaimana berikut:

(i) dilaburkan dari sumber harta yang haram; dan

(ii) dilaburkan kepada syarikat yang menjalankan aktiviti yang bercanggah dengan hukum syarak.

4. Kaedah taksiran zakat

Nilai zakat yang diwajibkan adalah 2.5% daripada nilai saham di hujung haul. Bagi saham yang diniagakan, jumlah keuntungan yang ditunaikan sepanjang tahun hendaklah dicampurkan ke dalam jumlah saham yang diwajibkan zakat.

(nilai pasaran di hujung haul + keuntungan ditunaikan setahun) x 2.5%

Contoh taksiran zakat:

Jadual 1: Pelaburan Saham Encik Ali:


SAHAMUNIT LOT
(1 Lot =1,000 unit)
HARGA PASARAN
(RM)
NILAI SAHAM
(RM) 
 A 20 1.0020,000.00
 B 15 1.3019,500.00
 C 30 4.50135,000.00
 D 10 1.5015,000.00
 E 30 2.0060,000.00
 F 15 1.1016,500.00
 JUMLAH KESELURUHAN (RM)266,000.00

Berdasarkan Jadual di atas, disimpulkan bahawa:

i. Ali adalah pemilik sempurna bagi saham-saham di atas;

ii. Pelaburan Ali cukup 1 tahun haul; dan

iii. Ali memperolehi keuntungan daripada jualbeli saham.

Pengiraan zakat bagi saham adalah sebagaimana berikut:

Jumlah Nilai Saham : RM266,000.00

Jumlah Keuntungan Saham

Ditunaikan Setahun : RM80,000.00

Kos Brokeraj : RM10,000.00* (bergantung kos sebenar

yang dibayar)

Jumlah Wajib Zakat : (Nilai Saham + Keuntungan Setahun) -

Kos Brokeraj

= (RM266,000.00 + RM80,000.00) -

RM10,000.00 = RM336,000.00

Jumlah Zakat : RM336,000.00 x 2.5%

= RM8,400.00

5. Zakat pemilikan saham dalam syarikat persendirian atau koperasi

Bagi zakat saham wajib dimiliki oleh pihak syarikat persendirian atau Koperasi, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan bahawa hukum zakat ke atasnya adalah sebagaimana berikut:

Zakat saham adalah wajib dikeluarkan oleh pihak syarikat berdasarkan hukum khultoh (harta bercampur). Akan tetapi, jika pihak syarikat tidak memberi zakat, maka kewajipan zakat wajib ditunaikan oleh individu.

Senario 1: Syarikat Membayar Zakat

Rujuk kaedah kiraan zakat untuk syarikat yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 26 Mac 2007.

Senario 2: Syarikat Tidak Membayar Zakat

Zakat dikenakan ke atas individu berdasarkan nilai zakat pihak syarikat yang dinisbahkan kepada nilai pegangan individu.

Contoh taksiran:

Harta syarikat/koperasi yang diwajibkan zakat di hujung haul 2008:

RM10 juta.

Zakat syarikat: RM10 juta x 2.5% = RM250,000.00

Pegangan saham milik A dalam syarikat/koperasi: 10%

Zakat saham A: 10% x 250,000.00 = RM25,000.00

Bertarikh 16 Mac 2011

[MAIS/SU/BUU/02/016/10-1; P.U. Sel. AGM. 0007 Jld. 3]

Sumber: e-Zakat Selangor


Download: Fatwa Zakat Pelaburan Saham

Fatwa Hukum Penggunaan Wang Zakat Asnab Riqab Bagi Mereka YangTerbelenggu Dengan Masalah Sosial Dalam Menjamin Akidah Umat Islam AgarKembali Ke Pangkal Jalan


Warta Kerajaan Negeri Selangor Jil. 64 No. 7 31hb Mac 2011

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM
(NEGERI SELANGOR) 2003

FATWA DI BAWAH SESKYEN 47

HUKUM PENGGUNAAN WANG ZAKAT ASNAB RIQAB BAGI MEREKA YANG
TERBELENGGU DENGAN MASALAH SOSIAL DALAM MENJAMIN AKIDAH
UMAT ISLAM AGAR KEMBALI KE PANGKAL JALAN

Hukum penggunaan wang zakat asnaf ar-riqab bagi mereka yang terbelenggu dengan masalah sosial dalam menjamin akidah umat Islam agar kembali ke pangkal jalan adalah diharuskan.

Penggunaan wang zakat Asnaf Riqab tersebut adalah berdasarkan mekanisme berikut:

(a) Kriteria

(i) tiada sumber kewangan yang cukup dan/atau tidak mendapat bantuan daripada sumber-sumber lain; dan
(ii) seorang yang telah disahkan ingin membebaskan dirinya dari belenggu yang dihadapi.

(b) Konsep Agihan

(i) pembayaran adalah berasaskan permohonan dan siasatan dan pengesahan;
(ii) meringankan bebanan;
(iii) pembayaran hanya kepada individu yang bersedia untuk menjalani pemulihan dan pemantauan yang diaturkan untuk mereka;dan
(iv) usaha memulihkan akhlak dan akidah.

(c) Jenis Bantuan

(i) bantuan pemurnian akidah;
(ii) bantuan pemulihan akhlak; dan
(iii) tabung pembebasan fi ar-riqab

Bertarikh 16 Mac 2011

[MAIS/SU/BUU/02/016/11-3; P.U. Sel. AGM. 0007 Jld. 2]

Sumber: Laman Web Mufti Selangor



Download:
Fatwa Zakat Riqab Bagi Masalah Sosial

Rumah Teres Untuk Dijual Di Kanchong Darat, Banting, Selangor

UPDATE 2012: SOLD OUT! 

Off topic! Tengok gambar di bawah!

[gallery link="file"]

Selalu sangat bercakap pasal fiqh, Islam & Islamy, hari ni saya nak jadi broker hartanah pula, hihiii!

Ok, ada beberapa unit rumah teres setingkat 3 bilik yang sudah hampir siap untuk dijual di Kanchong Darat, Banting, Selangor. Lihat gambar.

Peraturan pertama untuk beli rumah: Lokasi! Lokasi! Lokasi!

Kedudukan rumah ini sangat strategik. Ups, ini bukan sembang kosong orang nak jual barang. Mana saya tahu? Ha, sejak lahir hingga umur 12 tahun saya tinggal di kawasan tersebut (tapak rumah abah sekarang telah menjadi stesen Petronas!).

Thursday 10 March 2011

Anekdot di Sebalik Penubuhan dan Pembangunan Islamy

Islamy

Sempena ulangtahun kelahiran yang entah ke berapa (banyak sangat angkanya!), saya telah upgrade sedikit feature dalam Islamy iaitu Sistem Update Aktiviti yang lebih ummphhh berbanding sebelumnya. Hadiah dari saya untuk ahli setia Islamy!

Ok, saya nak cerita sedikit tentang kisah bermulanya Islamy. Nama domain www.isla.my telah saya daftarkan secara rasmi sejak 3 Mei 2010 dengan MYNIC Berhad (735031-H) yang merupakan agensi pendaftar bertauliah top level domain name (TLD) bagi .my. Pendaftaran ini dikawal selia melalui alamatwww.domainregistry.my .

Pada awalnya, saya mahu mendaftarkan nama domain www.islam.my , namun nama domain tersebut tidak boleh didaftarkan mungkin atas halangan-halangan tertentu. Nama domain www.islam.my kini telah didaftarkan di bawah nama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mulai 29 Jun, 2010.

Monday 14 February 2011

www.Isla.my (Islamy) Laman Komuniti Muslim

Islamy

Bismillahirrahmanirrahim.

Di keheningan subuh 12 Rabiul Awal yang merupakan detik mawlid al-Rasul s.a.w. yang penuh keberkatan ini......Alhamdulillah dengan izin dan rahmat Allah s.w.t. laman www.Isla.my (lebih mudah ditulis dengan satu perkataan, iaitu 'Islamy' yang berbunyi 'islami') telah dapat disiapkan.

Sempena dengan detik kelahiran baginda Rasulullah s.a.w., maka saya dengan rendah hati ingin menjemput para pembaca sekelian untuk menjadi ahli Islamy dan seterusnya menjemput keluarga dan kenalan untuk sama-sama berinteraksi di Islamy.

Islamy merupakan sebuah laman sosial yang direncanakan untuk menjadi alternatif laman sosial konvensional seperti Facebook dan Myspace. Melalui laman sosial ini, para ahli boleh berinteraksi, berhubung, berbual, menulis blog, menulis di forum, menggunakan perkhidmatan gambar, audio & video dan lain-lain lagi.



Friday 21 January 2011

Facebook Alternative For Muslim

Pendek sahaja entri kali ini kerana banyak tugasan yang perlu dibuat.  Seperti tajuk entri ini, masanya sudah tidak terlalu lama. Laman web sosial untuk Muslim yang memikul tugas berat sebagai alternatif facebook untuk muslim terutamanya rakyat Malaysia sudah boleh digunakan. Namun, ia masih di peringkat beta. Beberapa orang telah dijemput untuk mengujinya. Beberapa ubahsuai dan penambahbaikan sedang giat dijalankan. Beberapa perancangan yang diatur sedang berjalan dengan lancar. Insya Allah, awal Februari nanti saya akan hebahkan kepada semua.

Terima kasih kerana terus memberikan sokongan.

Monday 10 January 2011

Laman Sosial Perlu Disekat? Warga USM Sudah Bersedia?



Hmmph... Lamanya tak update blog. Sesekali jenguk laman sosial bernama facebook dan kalau tergerak hati, akan jenguk laman sosial bernama twitter. Kadang-kadang rasa tak seronok bila login facebook kerana tak boleh 'appear as invisible' sebagaimana feature yang ada pada yahoo messenger. Maka, bila login facebook, sekejap sahaja akan logout. Twitter pula jarang benar lekat lama sebab tak banyak yang 'perlu' dilihat.

Mmm... macamana agaknya kalau laman sosial ini semua disekat? Disekat dalam erti kata, macam pelaksanaan di sesetengah pejabat & institusi yang halang terus fb, macam err.... USIM (jangan marah ye warga USIM hihii.... ada orang dalam yang beritahu saya!). Kadangkala hairan juga saya kerana ada sahaja pelajar USIM yang add saya walaupun fb disekat. Mereka akses dari mana?

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage