Thursday, 10 March 2011
Anekdot di Sebalik Penubuhan dan Pembangunan Islamy
March 10, 2011
Sempena ulangtahun kelahiran yang entah ke berapa (banyak sangat angkanya!), saya telah upgrade sedikit feature dalam Islamy iaitu Sistem Update Aktiviti yang lebih ummphhh berbanding sebelumnya. Hadiah dari saya untuk ahli setia Islamy!
Ok, saya nak cerita sedikit tentang kisah bermulanya Islamy. Nama domain www.isla.my telah saya daftarkan secara rasmi sejak 3 Mei 2010 dengan MYNIC Berhad (735031-H) yang merupakan agensi pendaftar bertauliah top level domain name (TLD) bagi .my. Pendaftaran ini dikawal selia melalui alamatwww.domainregistry.my .
Pada awalnya, saya mahu mendaftarkan nama domain www.islam.my , namun nama domain tersebut tidak boleh didaftarkan mungkin atas halangan-halangan tertentu. Nama domain www.islam.my kini telah didaftarkan di bawah nama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mulai 29 Jun, 2010.
Ilham untuk mendaftarkan nama domain www.isla.my datang secara spontan selepas membuat kajian mengenai ‘perkataan kamus’ atau sering disebut ‘dictionary words’ yang berakhir dengan ‘my’ dengan tujuan untuk membeli nama domain satu perkataan yang eksklusif yang terdiri daripada kombinasi dua suku kata atau lebih yang berakhir dengan ‘my’ tanpa menyebut ‘dot’ sebagaimana biasa. Antara perkataan berakhir dengan ‘my’ yang ditemui adalah seperti, academy, army, astronomy, autonomy, economy, mummy, monogamy dan juga poligamy (hihiii....., still available, ada sesiapa nak beli? Cepat daftarkan! First come first served). Dalam pencarian tersebut, perkataan Islamy tidak ditemui kerana ia bukanlah satu kata nama mahupun kata kerja dalam Bahasa Inggeris. Sebaliknya, perkataan Islamy lebih sinonim dengan Bahasa Arab, iaitu إسلامي yang membawa maksud Islamku.
Selama kira-kira 6 bulan, nama domain tu tersimpan begitu sahaja tanpa sebarang usaha untuk membangunkannya.
Usai solat Asar di suatu petang pada awal Januari 2011 secara tiba-tiba datang idea untuk menjadikan Islamy sebuah laman sosial Islamik yang bersifat setempat atau lokal. Idea ini tercetus kerana terlalu banyak faktor terutama yang bersifat luaran. Kalau nak diceritakan semuanya, boleh jadi tesis PhD pula!
Dipendekkan cerita, beberapa hari istikharah dan solat hajat dilakukan untuk memastikan bahawa ini ialah pilihan yang betul dan sesuai, lalu diakhiri dengan usaha, ikhtiar dan tawakkal.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Assalamu'alaikum wr. wb.
ReplyDeleteDr, saya cuba nak register, tetapi tak dapat. Dia kata email saya invalid. Nak buat macam mana yek?