July 2010

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Thursday 29 July 2010

Memahami Isu Harta Sepencarian - Kaedah Pembahagian




Sambung lagi perbincangan tentang harta sepencarian. Ini ialah bahagian ketiga selepas  dua entri sebelum ini yang membahaskan isu harta sepencarian.

Secara umumnya adalah sukar untuk menentukan kaedah pembahagian harta sepencarian kerana tiada ketetapan khusus mengenai pembahagian ini samada ½, 1/3 atau seumpamanya.

 Dalam sistem adat terdapat pendekatan tertentu yang dapat mentautkan kembali hubungan kekeluargaan sesama pasangan iaitu dengan menyelesaikan sesuatu pertikaian itu melalui kemuafakatan atau perdamaian. Pendekatan demikian berbeza dengan kaedah penyelesaian masa kini yang merujuk kepada sumbangan yang diberi oleh pihak-pihak bertikai merupakan asas penting yang mempengaruhi keputusan mahkamah. Dalam konteks pembahagian terdapat beberapa cara digunakan, iaitu:

Wednesday 28 July 2010

Let's learn alif ba ta Hajar

[flowplayer src='http://drhasanah.com/wp-content/uploads/2010/07/Hajar-alif-ba-ta.flv' width=320 height=240]


Rehatkan minda sat. Letih layan artikel ilmiah yang tak siap-siap ni. Hari ni saya nak belajar ngaji dengan Hajar. Very passionate even with a torn Iqra'!
Tolong kuatkan volume speaker ya murid-murid!


[Fail 2.4mb, sabar tunggu downloading]

... sebenarnya nak test upload video, lulus ke tak ni? Test di http://drhasanah.com/v6 dah lulus. Kat sini tak tahu lagi :(

Sunday 25 July 2010

Memahami Isu Harta Sepencarian - Peruntukan Undang-undang Berkaitan Harta Sepencarian di Malaysia



Sambung diskusi tentang harta sepencarian. Tempohari saya telah bawa isu pendefinisian harta sepencarian. Kali ini kita akan melihat pula topik harta sepencarian dari sudut peruntukan undang-undang. Berikut ialah sebahagian daripada kandungan kertas kerja saya dan rakan penyelidik yang telah dibentangkan dalam Seminar Pengurusan Harta Islam di UKM minggu lepas.

Pada masa sekarang, setiap negeri telah ada peruntukan khas bahawa seorang wanita atau lelaki yang telah bercerai boleh memfailkan permohonan kepada Mahkamah Syariah untuk mendapat satu perintah tentang pembahagian harta sepencarian. Mengikut peruntukan di dalam Undang-Undang Keluarga Islam 1984, Seksyen 54 tentang Kuasa Mahkamah dalam membuat pembahagian harta sepencarian. Seksyen itu berbunyi seperti berikut:

Jazakumullah khayr al-jaza' ala du'aikum

Terima kasih semua yang telah mendoakan kami sekeluarga atas berita yang saya maklumkan baru-baru ini. Terus terang saya nyatakan, keputusan untuk mengubah status daripada balu kepada isteri tidak mudah untuk dilakukan kerana maslahat anak-anak yang lima orang itu sentiasa menjadi keutamaan. Kalau bukan beralaskan istikharah, kehendak anak-anak dan izin pihak-pihak utama maka ia mungkin tidak menjadi kenyataan.



Friday 16 July 2010

Ikan di laut asam di darat...

Orang jauh berkirimkan surat
Berkali-kali dibaca jua
Ikan dilaut asam didarat
Dalam kuali bertemu jua


Tuesday 6 July 2010

Jemputan ke Persidangan Kebangsaan Alam dalam Kesusasteraan



Persidangan yang julung-julung kali diadakan, iaitu Persidangan Kebangsaan Alam dalam Kesusasteraan akan diadakan pada 16-17 Julai 2010 di Universiti Sains Malaysia.

Sukacita dijemput para pencinta alam dan kesusasteraan untuk menghadiri seminar ini. Saya hanya AJK promosi yang ditugaskan untuk membuat website dan update. Warna hijau saya pilih untuk membangkitkan rasa 'kealaman' dan beberapa gambar yang diambil dengan Nikon D90 telah saya gunakan.

Semalam saya telah upload tentatif terkini program. Insya Allah hari ini saya akan upload kertas kerja untuk seminar ini. Namun kertas kerja tersebut hanya boleh diakses oleh peserta seminar sahaja. Maklumat lanjut? Lihat: http://alamsastera.usm.my

Saturday 3 July 2010

Memahami Isu Harta Sepencarian - Intro


Sudah lama tidak menulis secara kritis. Asyik menulis secara 'popular' hingga rentak blog ini berubah irama. Berikut ialah sedikit intro mengenai isu harta sepencarian yang sudah di peringkat akhir kajian melalui Geran FRGS. Intro ini ada saya masukkan dalam kertas kerja yang akan dibentangkan tidak lama lagi dalam Seminar Pengurusan Harta di UKM. (Namun dalam tulisan berikut, nota rujukan telah saya buang)

Jika anda juga membuat kajian berkaitan harta sepencarian dan memerlukan maklumat, boleh lihat blog info harta sepencarian yang dibangunkan di http://www.drhasanah.com/hs . Namun, blog ini saya letak password atas sebab-sebab tertentu. Jika anda mahukan password tersebut, sila emel saya.

Friday 2 July 2010

Kempen 10 Hari di MuslimDigital.com



Pendek sahaja entri kali ini. Dapatkan album kedua Kumpulan Nasyid Instinct dalam Kempen 10 Hari pada harga murah gila RM10 sahaja. Kumpulan Nasyid Instinct telah beberapa kali menjadi Juara Carta Nasyid IKIM.fm.

Pembelian dengan online payment (credit card/debit card, FPX - CIMB, Maybank, Bank Islam) membolehkan anda download nasyid ini automatik selepas pembayaran. Takde akaun bank online? Ok, tak mengapa. Guna mesin ATM pun boleh untuk pembayaran secara manual. Terima kasih daun keladi :)

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage