Terima kasih semua yang telah mendoakan kami sekeluarga atas berita yang saya maklumkan baru-baru ini. Terus terang saya nyatakan, keputusan untuk mengubah status daripada balu kepada isteri tidak mudah untuk dilakukan kerana maslahat anak-anak yang lima orang itu sentiasa menjadi keutamaan. Kalau bukan beralaskan istikharah, kehendak anak-anak dan izin pihak-pihak utama maka ia mungkin tidak menjadi kenyataan.
Keputusan beralas istikharah bukan mudah diterima oleh semua orang, tidak juga bermakna tiada badai yang akan melanda, malah tiada akujanji daripada Tuhan bahawa senyum dan bahagia akan ditaqdir pada setiap ketika.
Perkahwinan lalu.... juga beralas istikharah. Bahagia terasa. Namun ujian ada sahaja untuk menguji cinta. Akhirnya pada usia 10 tahun perkahwinan, suami dipanggil Ilahi. Kalau bukan kerana perkahwinan itu atas istikharah, pasti tidak putus kekesalan menjadi pedang mencincang lumat keimanan lantaran hati protes dengan taqdir Ilahi yang membuatkan jiwa sentiasa lara dan anak-anak tercari-cari sesuatu yang tiada lagi di depan mata.
Maka pada langkah ini, walaupun gentar terasa dengan kehidupan yang belum pasti, namun, terpasak di hati bahawa janji Allah itu benar... janji Allah itu benar... janji Allah itu benar.... bahawasanya, sesiapa yang bertaqwa (takut) kepada Allah, maka Allah akan sediakan jalan keluar (terbaik) untuknya, dan Allah akan berikan kepadanya rezeki daripada sesuatu yang tidak disangka-sangka sama sekali. Pastilah juga janji Allah itu benar, bahawa... sesiapa yang berserah diri pada-Nya, bertawakkal kepada-Nya dan bergantung diri kepada-Nya maka itu sudah memadai untuknya bagi meneruskan kehidupan.
Maka kepada Allah lah diserahkan dan dikembalikan segala urusan.
Bismillah tawakkalna ala Allah... wa la hawla wa la quwwata illa billah al-'Aliyy al-'Azim
setuju .. pilihan atas Istikharah lebih menjadikan kita hamba yg redha ...
ReplyDelete:-)
Ok dah tu dr Hasanah...insya Allah, semuanya akan berjalan dengan lebih baik selepas ini, bernikah kan sunnah, banyak manfaatnya apatah lagi buat seorang ibu tunggal muda seperti dr...juga buat anak-anak pastinya...
ReplyDeletep/s: hmmm...teringat masa usia saya lapan tahun, emak menikah semula, abah tiri saya garang...he...he...
Mudah-mudahan... [takut dengan perkataan 'muda', Anak dah lima laaa...]
ReplyDeleteTahniah dapat bapa tiri garang hihii... saya garang juga dengan anak5, tapi depa dah tak heran.... tu yang payah tu
tahniah dan InsyaALLAH Dr.... setiap jiwa yg hanya bergantung harap padaNYA InsyaALLAH akan bahagia...
ReplyDeletebagi kita2 yg diuji dugaan kasih sayang yg maha hebat ni....hanya cara begini yang menunjukkan keredhaan seorang hamba biarpun kekesalan menjadi pedang pencincang lumat keimanan dan ketika anak2 mencari sesuatu yang telah hilang dari mata mereka.......tawakal dan redha...
biar apa2pun tempias dan pandangan orang kerana apa yg kita dahulukan adalah "petunjuk dan jaminan drNYA" (*_*)
ReplyDeleteAssalamualaikum Dr.
ReplyDeleteAlhamdulillah, thumma Alhamdulillah. Walaupun sungguh terlambat ana mendapat tahu tetapi tidak pernah terlambat untuk ana dan isteri mengucapkan tahniah, بارك الله لكما و بارك عليكما و جمع بينكما في خير. Semoga 'peluang kedua' ini adalah peluang pertama yang tersendiri pada maknanya untuk seisi extended family yang dibentuk.
Abu Saif
Penyewa Homestay al-Hasanah
Waalaykumussalam, syukran ya syeikh Hasrizal wa barakallah fikum. Segan dan rasa rendah hati sebenarnya, maklumlah, zawaj thani wa zawjah thaniyah. Tak sangka cepat sangat putaran hidup saya ni.
ReplyDeleteHomestay ok tak? Walimah dan hari raya hari tu kami sambut kat homestay tu, jadinya, dapur bersepah lah sikit dengan perkakas yang tak sempat disimpan dalam stor. Terima kasih atas ulang ziarah ke homestay.
Sampaikan salam pada Ummu Saif. Lain kali bawa lah hero-heroin sekali.