Monday, 28 June 2010
Cuti semester dah nak habis menyebabkan kuliah hampir bermula
June 28, 2010
Alkisahnya, cuti semester hampir 2 bulan yang sering dicemburui oleh semua orang yang kononnya "best la jadi pensyarah, ada cuti 2 bulan" hihiii... dah nak habis. Sebenarnya, bila jadi pensyarah, no cuti-cuti nooo (ikut slang speaking orang utagha). Dua bulan saya sangat padat. Meeting tak pernah putus. Bengkel sana-sini. Kena operate pula, cuti 2 minggu, tapi dalam cuti sakit tu, kerja kena jalan juga. Penyeliaan pelajar, pemeriksaan tesis Ijazah Tinggi. Kalau tak boleh ke ofis, saya akan suruh pelajar mai rumah. Habis cuti sakit, bila masuk ofis, huhuu... lagi la kerja tak putus. Artikel... artikel... artikel... itulah rencam pensyarah di universiti APEX. Desasiswa pula, tak sunyi dari manusia. Walaupun pelajar USM takde, penginapan dari orang orang luar tak henti-henti. Seronok juga tinggal di Tekun ni sebab lokasi strategik untuk foto mania macam saya hihiii...
Thursday, 17 June 2010
Selamat Hari Jadi Ayah!
June 17, 2010
Sejak seminggu yang lalu anak-anak abang sibuk merancang untuk sambut hari jadi abang yang ke-39. Tiba-tiba semalam, Huda kata, "esok hari jadi ayah, tapi ayah dah takde!"
Anak-anak yang lain tetap beriya-iya nak meraikan hari jadi ayah. Gembira tapi sayu. Abang, kasih dan rindu kami tidak pernah hilang. Semoga abang diampunkan dan berbahagia di alam sana.
Ayah dalam kenangan...
Dalam ramai anak-anak, Huda lah yang paling gembira setiap kali tengok gambar abang. "Ayah dokong Huda," begitulah kata-katanya selalu. Hajar yang baru 2 tahun dan tak sempat bertemu abang akan segera membidas, "ayah dokong Hajar lah. Hajar sayang ayah," kata Hajar lantas membuka almari saya mencari kain pelekat ayah untuk dipeluk.
Anak-anak yang lain tetap beriya-iya nak meraikan hari jadi ayah. Gembira tapi sayu. Abang, kasih dan rindu kami tidak pernah hilang. Semoga abang diampunkan dan berbahagia di alam sana.
Ayah dalam kenangan...
Dalam ramai anak-anak, Huda lah yang paling gembira setiap kali tengok gambar abang. "Ayah dokong Huda," begitulah kata-katanya selalu. Hajar yang baru 2 tahun dan tak sempat bertemu abang akan segera membidas, "ayah dokong Hajar lah. Hajar sayang ayah," kata Hajar lantas membuka almari saya mencari kain pelekat ayah untuk dipeluk.
Tuesday, 15 June 2010
Wajah Baru SetBersalin.com
June 15, 2010
Selepas bertahun-tahun merancang untuk merombak wajah SetBersalin.com, akhirnya hari ini saya dapat upload design terkini www.SetBersalin.com. Sebenarnya penampilan baru ini telah lama siap, tetapi sengaja saya tidak upload dengan segera kerana menanti pelancaran www.MuslimDigital.com. Cover girl ezine Panduan Ibu Hamil kini telah memeluk Islam hihiii dan cantik bertudung litup.
Bagaimana dengan design ini? Cantik? Hmph... anda juga boleh mendapatkan template minisite yang mempunyai design secantik ini pada harga runtuh RM30 sahaja di www.MuslimDigital.com. Ops! Harga RM30 itu bukan untuk 1 design sahaja, malah terdapat lebih 200 template minisite yang keseluruhannya boleh dibeli pada harga RM30 sahaja! Jangan lupa untuk mendapatkan juga nasyid dendangan kumpulan Instinct secara PERCUMA di www.MuslimDigital.com sekarang. Banyak lagi Berita Tawaran Hebat akan diberikan untuk subscriber MuslimDigital.com.
Friday, 11 June 2010
Islam itu rahmat
June 11, 2010
Dalam kesibukan, tugas rasmi dan tidak rasmi, saya cuba menggunakan sedikit kesempatan ini untuk memberi tazkirah untuk diri sendiri terutamanya.
Berpuluh-puluh tahun dahulu, sebaik sahaja saya dilahirkan, abah terus mengazankan dan mengiqamahkan di telinga saya. Saya terus dibesarkan dalam didikan penuh dengan nilai keagamaan. Namun, hal itu rupa-rupanya membuatkan saya sering menilai kehidupan beragama ini dari sudut tanggungjawab semata-mata. Setiap hari kena solat 5 waktu. Berbuih mulut mak bertanya, "dah sembahyang ke belum?". Bulan puasa, letih mak kejut bangun sahur dan macam-macam lagi nostalgia 'liat dan culas' semasa kanak-kanak.
Wednesday, 2 June 2010
Subscribe to:
Posts
(Atom)
Social Footer
Follow saya!