Sejak seminggu yang lalu anak-anak abang sibuk merancang untuk sambut hari jadi abang yang ke-39. Tiba-tiba semalam, Huda kata, "esok hari jadi ayah, tapi ayah dah takde!"
Anak-anak yang lain tetap beriya-iya nak meraikan hari jadi ayah. Gembira tapi sayu. Abang, kasih dan rindu kami tidak pernah hilang. Semoga abang diampunkan dan berbahagia di alam sana.
Ayah dalam kenangan...
Dalam ramai anak-anak, Huda lah yang paling gembira setiap kali tengok gambar abang. "Ayah dokong Huda," begitulah kata-katanya selalu. Hajar yang baru 2 tahun dan tak sempat bertemu abang akan segera membidas, "ayah dokong Hajar lah. Hajar sayang ayah," kata Hajar lantas membuka almari saya mencari kain pelekat ayah untuk dipeluk.
[caption id="attachment_936" align="alignnone" width="300" caption="Kereta kesayangan ayah Merc 190E BFG 2459"][/caption]
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Terkedu membaca artikel "Selamat Hari Jadi Ayah" .. Cuba menyelami hati isteri setabah dr ...
ReplyDeleteSalam Maudah, mmm... selamilah hati anak yatim, itu lebih utama kerana mereka dahaga kasih seorang ayah.
ReplyDeleteAssalamualaikum Dr...
ReplyDeleteterlihat gambar2 arwah ..family, anak2 arwah , kereta , (kereta yg puas kami sama2 cari utk arwah dulu).. terus terkenangkan sejarah dgn arwah sejak dibangku sekolah rendah sebaya dan sekelas dgn arwah, bukan sahaja sebagai sahabat sejak dari hingusan malah lebih dari itu sebenarnya.. sehingga lah masing2 ke lain2 benua utk menyambung ilmu masing2..apatah lagi yg terkini terjumpa kawan2 sekolah rendah sekelas dgn saya dan arwah membuatkan kenangan refresh kembali..terkenangkan arwah juga sanggup menziarahi saya di benua lain utk mengeratkan silatullrahimnya dan juge menambahkan kawan2 baru saya yg terdiri dari ustaz2 yg sehingga kini telah menjadi shabat saya yang juga sebagai rujukan saya utk mendalami ilmu agama.......semoga family arwah sentiasa dilindungi Allah.... Selamat hari jadi dlm kenangan..
Dr, saya selalu keep track ur blog. Arghhh.. Sedihnya.. Semoga Allah sentiasa memberikan perlindunganNya utk Dr dan anak-anak.
ReplyDeleteHHH ni pak long nun kan? Ye lah, kereta tu, Rusydi sayang sangat, tapi bila dia takde, saya tak mampu jaga sakit demam kereta tu
ReplyDeletePuti, many thanks.
Jazakumullah khayr al-jaza'
salam..DR..saya mengagumi ketabahan dr..sebak sgt saya dengan post " hari jadi ayah" .. kasih sayang anak2 dan ketabahan puan membuatkan saya ingin mennagis..amat memahami perasaan kehilangan insan yang disayangi...sperti mana juga saya telah kehilangan segala2nya...semoga kuat menghadapi kehidupan ini..
ReplyDelete"saya telah kehilangan segala2nya" Ann, apa maksud 'segala2nya'? Percayalah. Segala-gala yang kita fahami bukanlah segala-galanya pada Allah.
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeletelirihnye posting kali ni...rase nak ngalir ayor mate...sabor ye...
moga Allah memberkati dan menempatkan suami puan bersama2 orang yang soleh...hidup mesti d teruskan demi agama dan anak pewaris arwah
ReplyDeletesalam.....
ReplyDeletetak tahu perkataan terbaik untuk salam perkenalan saya kpd puan....dgn entry yg saya baca ini, Allah benar2 bersama puan.