Skip to main content

Jom berseminar

Assalamualaikum,

Lamanya tak menceceh kat sini.
Mintak maaf semua ya. Minggu ni kepala dingdong. Entah kenapa, semua benda dia punya dateline minggu ni. Kecelaruan minda dibuatnya.
Proposal YADIM (done), proposal FRGS (sempat ke hantar esok?), meeting (done), mana nak prepare ngajar lagi (esok ada dua kelas). Dah lah bilik asyik kena ketuk je, sebab ngada-ngada letak dateline untuk student hantar tugasan munakahat hari ni jugak. Tu atas kabinet ada beratus kertas kerja student nak kena semak (tolong semak boleh?). Student SHE lagi (cepat sikit ya). Artikel untuk jurnal MSI (done). Melayan emel yang tanya macam-macam soalan dunia lagi (tanyalah, sementara bumi senget sebelah je. Kalau bumi dah terbalik karang, mesti lah tak boleh tanya sebab kabel jalur lebar dasar laut rosak!). Kerja-kerja persatuan penduduk lah... (jawatan baru! adoi, pening.. pening.... sabtu ni meeting. Surat jemputan mesyuarat nak kena edar petang ni jgak.). Website seminar, brosur, promosi seminar dan entah apa-apa lagi....
Now I know..... bukan senang ghupenye kerja pensyarah ni.... ;)

****************************************************************
SEMINAR KEBANGSAAN
TOKOH-TOKOH HADITH PASCA KURUN KE-13 HIJRAH: KESARJANAAN DAN SUMBANGAN

****************************************************************

Okay, semua dijemput hadir. But hih! hih! It's not fReE! Alah, yuran murah je. Boleh cek maklumat lanjut dalam:

http://www.usm.my/hadith

Penyertaan sebagai pembentang kertas kerja juga sangat dialu-alukan


Laman web ni saya yang buat. Ubah suai design yang diambil fReEly kat internet. Boleh daftar online. Tq staf PPKT, tolong setup pendaftaran online tu.

Brosur pun saya yang buat, main godam Photoshop CS dan Paint Shop Pro. Lihat dalam: Brosur seminar hadith.
Kalau baik hati, sila print dan tampal lah kat mana sahaja kat dunia ni ;) ... terima kasih jika sudi berbuat demikian!

Ni pula poster untuk seminar. Main conteng je guna Photosohop CS. Klik di sini!


Any comment? Mesti banyak, coz bangunkan website dan design mendesign bukan bidang saya.
Komen lah. Conteng-conteng je kat sini! TQ :-)

Comments

  1. salam..
    wargh..godam n conteng pun hasilnya cantik poster n brosur tu!!

    ReplyDelete
  2. Yes, it's no easy task to be a good academic. It takes a lot of hard work, plenty of sweat, a massive effort, great passion, etc, etc.
    Just keep your enthusisasm burning. "Success is the ability to go from one failure to another with no loss of enthusiasm".
    Hey, I have another blog:
    http://learn4ever.edublogs.org/

    AKA

    ReplyDelete
  3. ustazah, hari jumaat lepas dalam live rancangan al-kuliyyah (topik:dagang syaitan), di penghujung rancangan tu ada seorang panel jemputan tu menjatuhkan hukum haram menonton filem seram. Hujahnya, kita menonton filem seram tu seolah-olah kita membiarkan syaitan di rumah (televisyen). Pendapat ustazah?

    ReplyDelete

Post a Comment