Sejenak, saya terfikir, di keriuhan umat Islam berkeliling berzikir berselawat... sempena maulid Rasulullah s.a.w., sudah berapa lamakah sebenarnya peristiwa maulid itu berlaku? 1428 tahun? Mungkinkah? Tidak! Itu angka peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. yang membuka sinar baru daulah Islamiyyah di kota Yathrib (Madinah). 1441 tahun? Tidak! Itu baru fasa permulaan sinar agama wahyu yang suci. Jadi bilakah peristiwa kenabian itu berlaku?
Penulisan Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buthi segera dicapai. Di halaman 44, tertera, 'min al-milad ila al-bi'thah'. Keterangan masih kabur...
"manakala kelahiran baginda s.a.w. pula ialah pada Tahun Gajah, iaitu satu tahun dimana Abrahah al-Ashram cuba menyerang Makkah dan memusnahkan Kaabah. Maka Allah memberikan pembalasan ke atasnya sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam al-Quran. Menurut pendapat yang paling tepat, kelahiran baginda berlaku pada hari Isnin, 12 haribulan Rabi' al-Awwal."
Ya! Tahun Gajah. Tapi, bilakah tahun gajah itu? Tidak ada penjelasan ditemui. Atau sebenarnya, saya yang malas mencari penjelasan? Ya! Itu lah yang paling tepat.
Beberapa andaian pun dirangka:
Ketika ditauliahkan sebagai seorang nabi, umur baginda ialah 40 tahun. Selepas 13 tahun berjuang siang dan malam menyebarkan akidah mentaati tuhan yang satu, akhirnya, baginda berhijrah ke Madinah dan membina kerajaan Islam yang pertama di dunia. Oleh itu, peristiwa kelahiran baginda berlaku 53 tahun sebelum hijrah. Dan kini peristiwa hijrah telah pun berlalu selama 1428 Hijrah, jadi, detik kelahiran baginda telah menjadi sejarah penting sejak 1481 tahun yang lalu. Tersenyum puas seketika... Akhirnya saya dapat menyelesaikan soalan matematik ini dengan mudah. (Belum pasti lagi, apakah jawapannya benar?)
Kenapa saya begitu berkira-kira pada hari ini? Entahlah, mungkin sebab..... minda sedikit black-out!
**********************
Sekadar kesimpulan dari peristiwa yang berlaku dalam seminggu kebelakangan ini.....
Syaitan tidak pernah senang melihat insan menitip khidmat bakti, kerana itulah, akan sentiasa ada suntikan racun meresapi jiwa, mencemar nurani, merosakkan perasaan dan meruntuhkan silaturrahim.....
Tapi, mungkinkah semuanya kerja syaitan? Tidakkah manusia dibekalkan dengan akal dan pertimbangan?
........................kecewa!
No comments
Post a Comment