Thursday, 19 November 2015
10 tahun drhasanah dot com
November 19, 2015
Wowwww!!!! Perjalanan domain drhasanah.com ini sudah genap 10 tahun. Ia bukanlah satu tempoh yang pendek. Lihat bukti pada screenshot whois data di atas. Domain drhasanah.com mula didaftarkan sejak 16 Oktober 2006 lagi! Wah... alhamdulillah, thumma alhamdulillah...
Terlalu banyak perjalanan yang dilalui oleh domain ini. Jejak awal kejadian pemilihan domain ini bukanlah untuk berbangga dengan pangkat 'Dr.' yang saya baru dapat. Tapi kisah di sebaliknya pernah saya ceritakan dalam blog ini.
Itu kisah permulaan baru tu.
Bagi yang baru nak belajar memiliki domain dot com sendiri, anda perlu tahu bahawa ada domain sahaja tidak cukup. Sebenarnya ada 3 keperluan teknikal asas yang mesti ada, iaitu: domain, hosting & software. Oh ya, satu lagi ialah internet connection. Jangan lupa, anda juga perlu ada komputer atau gajet untuk update kandungan. Selepas beli domain dot com dengan pendaftar domain di Canada, saya sewa pula hosting atau boleh juga disebut server. Hosting tu maksudnya ruang dalam server. Perjalanan hosting juga banyak ranjaunya. Lihat sebahagian kisah di sini (sila klik). Sekarang saya guna cloud server yang disediakan oleh Exabytes. Maksudnya saya sewa 'awan' pula lah, bukan ruang biasa lagi. Sejak dok awan ni, panjang lah pula angan-angan hihii.
Selepas selesai urusan domain & hosting, tibalah masa bermain dengan software. Saya pilih Wordpress iaitu free opensource software. Memang best. Sangat user friendly & search engine friendly. Namun, tidak dinafikan beberapa kali juga blog drhasanah.com ini kena hack dengan penyamun tarbus! Waduh fenin kepala makcik ni kui3... Biasanya saya akan contact support bagi server provider dan mereka yang selesaikan. Thumbs up for Exabytes! Your software engineers & support services are great!
Domain, server & software hanyalah medium. Hakikatnya PATI blog lah yang paling penting. Ini bukan PATI pendatang asing tanpa izin ya. Ini tentang menulis dengan penulisan yang berkualiti dan menarik. Ahah! Yang ini paling rumit dan mencabar segala sel-sel otakku hingga kadangkala terganggu neuron dalam vertebrata yang tersyasyul hantar isyarat ke sereblum dan serebral. Lobus-lobus pun kembang kecut dengan kecelaruan jiwa tuannya. Maka akhirnya segala emosi, memori dan persepsi yang dikawal oleh lapisan korteks seperti neokorteks, isokorteks, arcikorteks, paleokorteks dan entah apa-apa lagi akhirnya terbantut dan tidak menghasilkan apa-apa artikel baru pun. Faham ke tak faham ni?
Nanti saya buat bengkel blog dot com ya supaya lebih faham lagi. Doakan perjalanan ini agar sentiasa dirahmati Allah swt.
Di bawah ini merupakan statistik bilangan pages yang dilawati oleh pengunjung berdasarkan negara (top 25) bagi sepanjang tahun 2015 sahaja:
Manakala statistik kandungan blog ini boleh dilihat dalam gambar di bawah:
Sesungguhnya perjalanan ini terlalu panjang. Terlalu banyak yang ingin diceritakan...
Ya Allah, izinkan hamba-Mu ini untuk terus menulis dan menulis.... pada jalan kebaikan, amiiinnn.....
Friday, 13 November 2015
Naib Johan ORI UKM Terbaik
November 13, 2015
Alhamdulillah tahun ini menuai lagi. Kali ini dapat Naib Johan Terbaik (peringkat Universiti Kebangsaan Malaysia) bagi Penyumbang Open Resources Initiative (ORI) @ UKM. Tak dapat jadi Johan sebab yang johan tu dapat kat Prof. Mohamed Amin Embi, tok guru elearning di UKM & seluruh Malaysia. Tak kan lah anak murid kalahkan tok guru kan :D
Apa itu ORI@UKM? Err... dalam ayat pendek, ORI@UKM macam OER yang diketahui umum. Laman rasmi ORI@UKM terletak di http://ori.ukm.my/. Apa pula OER huhuuu.... Ok, OER ialah singkatan Open Educational Resources, iaitu bahan pengajaran yang dibenarkan kepada umum untuk digunakan secara percuma. Jelas dah?
Dalam majlis ni saya dapat sijil dan errr.... apa dalam kotak putih tu???!!! Yeaayyyy!!!!
Selain dapat Naib Johan ORI@UKM Terbaik, dapat juga 2 sijil lain dalam bentuk penghargaan sebagai penyumbang ORI@UKM dan Pembangun kursus Hubungan Etnik secara Massive Open Online Course (MOOC) di openlearning.com
Maklumat lanjut berkenaan majlis ini boleh dilihat dalam link Pelancaran Open Resource Initiative (Ori@UKM), Massive Open Online Course (MOOC) Fasa 2 & iTunes U UKM
Alhamdulillah. Doakan supaya saya terus bersemangat untuk berkhidmat!
Thursday, 12 November 2015
Kun Anta... Jadi diri sendiri atau jadi seperti Nabi (s.a.w.)?
November 12, 2015
Wah .... semua nak menyanyi kun anta. Berjoget-joget anak-anak menyanyi. Mentang-mentanglah penyanyi nya hensem. Eh hensem ke? Tapi 'not dark' kan.... Apakah maksud kun anta? Dalam Bahasa Arab, perkataan kun bermakna jadilah. Anta bermaksud awak. Kun anta boleh diertikan sebagai 'jadilah diri awak sendiri'. Jangan terpengaruh untuk menjadi orang lain semata-mata untuk memuaskan hati orang lain. Dalam lagu Arab 'kun anta' yang sedang popular, ditekankan tentang jadilah diri sendiri, itu sudah cukup untuk mebuatkan hati sendiri rasa puas. Kepuasan hatiku sendiri lebih utama, bukannya sibuk memuaskan hati orang lain. Wah! Ini sangat positif!
Chop! Betulkah kita kena jadi sendiri?
Betulkah kepuasan hati sendiri adalah sasaran yang hendak dicapai dalam hidup? Apakah yang mendorong hati? Apakah kehendak hati dan logik akal fikiran sudah cukup untuk menjadi panduan hidup? Penagih dadah akan cucuk dadah banyak-banyak sampai dia puas hati! Sampai tak boleh fikir apa-apa lagi!
Dalam firman Allah s.w.t., ayat 21, surah al-Ahzab:
maksudnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
Inilah contoh ikutan yang sepatutnya menjadi impian semua orang terutama yang mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. di dunia dan akhirat. Iaitu dengan mencontohi baginda Rasulullah s.a.w. dari segi akhlaknya, cara bertutur, kecintaannya, kekuatan jiwanya, sifat mulianya dan sebagainya. Malah dengan kemuliaan baginda, tiada pula baginda mendabik dada dengan sombong. Baginda sentiasa menyuruh supaya taat kepada perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan larangan-Nya. Baginda sentiasa mengingatkan supaya berpegang kepada ajaranal-Quran al-Karim dan berdamping selalu dengan ayat-ayat Allah.
Oleh itu, janganlah sekadar menjadi kun anta, menjadi diri sendiri yang terbawa-bawa dengan hawa nafsu dan tiada panduan hidup. Sebaliknya kuatkan azam untuk menjadi orang yang berakhlak mulia seperti Nabi s.a.w., kuat iman seperti baginda, bijak seperti baginda dan mencintai baginda setiap ketika. Barulah nanti kita tidak sekadar menjadi kita yang sedia ada, tetapi sebaliknya terus tabah menjadi insan yang hari ini lebih baik dari semalam. Semoga kita semua beroleh syafaat baginda di akhirat nanti. Sollu 'ala al-Nabi!
Friday, 23 October 2015
Salam Maal Hijrah 1437H
October 23, 2015
Cepatnya masa berlalu. Kita sudah di tahun 2015 dan memasuki tahun 1437 Hijrah. Hari ni 10 Muharram, disunatkan berpuasa hari asyura. Semoga setiap saat yang dilalui dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Jangan biarkan kita menjadi orang-orang yang rugi seperti yang disebut dalam Surah al-Asr.
Gambar awan bulan-bulan Islam di atas boleh digunakan di dengan cc(creative commons license) seperti di bawah ya. Sila klik gambar untuk dapatkan visual yang lebih besar dan jelas.

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
Teringat lagu Raihan: Muharram Safar Rabiulawal Rabiulakhir Jamadilawal Jamadilakhir Rejab Syaaban Ramadhan Syawal Zulkaedah Zulhijjah. Hari-hari dengar nasyid Bulan-Bulan Islam kumpulan Raihan ni sampai lekat di minda :)
Wednesday, 21 October 2015
Awan Citra UKM
October 21, 2015
Awan Citra UKM dalam bentuk pokok yang menjelaskan keyword utama dalam matlamat pendidikan Citra UKM
Hari ini ingin saya kongsikan awan Citra UKM yang saya masukkan dengan keyword utama bagi enam citra yang ada di UKM. Citra maksudnya imej, gambaran dan seumpamanya. Pendidikan citra terbahagi kepada 6 citra. Keyword utama ada dalam gambar ini. Gambar ini boleh digunakan untuk apa tujuan baik-baik ya :) iaitu dengan lesen creative commons

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
Awan Fiqh Zakat
October 21, 2015
Hari ini saya nak kongsikan 'awan' fiqh zakat dalam bentuk tangan 5 jari. Gambar ini boleh digunakan dalam apa-apa sahaja pembentangan atau poster dsb yang berkaitan fiqh zakat. Klik gambar untuk lihat saiz yang lebih besar. Creative commons license berkaitan:

This work is licensed for under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
Ahah! Siap international license lagi. Lesen ini membenarkan anda guna gambar di atas kecuali untuk tujuan komersial. Jadi, tak boleh guna gambar ini untuk cetak baju atau mug ya. Tak boleh!
Monday, 21 September 2015
Bila Terdesak Barulah Jumpa Jalan - Kajian Kes al-Kisah Rakaman Kuliahdalam Bahasa Arab (Power Point Windows Based) Menggunakan Camtasia forMac
September 21, 2015
Fuh! Panjang tajuk entri kali ini. Sebenarnya ini al-kisah semalam. Bermula jam 10.30 malam selepas anak-anak tidur dan selesai semuanya jam 1 pagi. Saya nak laporkan kejadian ini dalam bentuk laporan kes & hasil pembelajaran.
Ditaqdirkan suami saya terkena sakit mata sampai merah menyala. Saya sendiri takut tengok [Tiba-tiba teringat kisah Nabi Ayub saat terkena sakit kulit yang teruk hingga isteri gerun dan tinggalkan beliau. Allah... sedih...]
Semalam hari Ahad, suami asyik berkira-kira tidak mahu membatalkan kuliah jam 8 pagi Isnin walaupun matanya sudah ala-ala juara sumo Yaban!
Saya memberi cadangan, apa susah, GOALS (Platform e-learning USIM) kan ada. Camtasia Mac ada. Tak pun, buatlah Google Talk. Skype pun boleh, cuma saya tak pandai sangat makhluk skype ni. Selepas ditimbang tara, dengan mengambil kira berbagai aspek termasuklah wifi yang sukar dijangka, maka kami pilih untuk buat rakaman menggunakan Camtasia yang telah di install dalam Mac Book saya. Kami cadang nak upload video tersebut dalam Youtube. Terima kasih UKM kerana beri lesen Camtasia for Mac untuk saya kerjakan.
[Pelajaran pertama >> jika tidak dapat hadir memberikan kuliah, jangan batalkan kuliah, tapi ubah kepada pembelajaran maya. Alternatif banyak. Rakaman video menggunakan Camtasia yang kemudiannya di upload dalam Youtube merupakan antara pilihan terbaik. Kemudian terserah kepada kreativiti pensyarah untuk adun pembelajaran dengan sebarang aktiviti]
Masalah problem nya ialah...
Para ustaz ustazah sekelian kena faham bahawa, teks Arab yang ditulis dalam Power Point, Word dan sebagainya yang ditulis dalam komputer berasaskan Windows akan mengalami masalah teks Arab yang pecah-pecah apabila dibuka dalam komputer Apple Mac walaupun Mac tersebut telah di install dengan Microsoft Power Point for Mac. Macam dalam gambar ini (klik untuk lihat dengan lebih jelas):
Jadi penyelesaiannya ialah...
Thursday, 10 September 2015
Citra oh Citra! Inilah Citra UKM
September 10, 2015
Alhamdulillah kuliah semester 1 sidang 2015/2016 sudah bermula minggu ini. Kelam-kabut kerja minggu lepas belum pun habis, sambung pula minggu ini dengan kelam-kabut kerja kuasa tiga uhuhuuu...
Di Universiti Kebangsaan Malaysia ini, satu bentuk pendidikan tinggi baru diperkenalkan yang dinamakan dengan Pendidikan Citra. Apa maksud citra? Perkataan citra bermaksud imej, gambaran, cerminan dan yang sewaktu dengannya. Tempat saya bertugas ini, dahulu dikenali dengan nama Pusat Pengajian Umum. Sekarang dijenamakan semula dengan nama Pusat Citra Universiti. Wow! Pergi mana-mana pun bila orang tanya, "Mengajar di fakulti mana?" Saya jawab, "Di Pusat Citra Universiti." Pasti spontan sahaja orang reply, "Citra? apa tu?" ahah! Selamat Datang ke UKM! Mai sini cheq nak cheghita....
Monday, 22 June 2015
Jom ulangkaji tentang fidyah kerana tidak puasa!
June 22, 2015
Sempena bulan Ramadhan 1436H ini saya nak kongsi kan sekali lagi video animasi yang telah saya upload dalam Youtube tentang fidyah. Elok lah ditonton oleh wanita. Wajib pula ditonton oleh lelaki supaya lebih mantap lagi ilmu nak pimpin keluarga :)
Bagi sesiapa yang berminat tentang cara nak buat video seperti ini, sebenarnya tak susah sangat. Cuma perlu ada minat dan kesabaran sedikit nak siapkan.
Bagi sesiapa yang berminat tentang cara nak buat video seperti ini, sebenarnya tak susah sangat. Cuma perlu ada minat dan kesabaran sedikit nak siapkan.
Wednesday, 17 June 2015
Salam Ramadhan dan Info Migrasi UrusPusaka ke dalam drhasanah.com
June 17, 2015
Assalamualaykum, terima kasih semua pengunjung setia blog saya. Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan yang mulia. Semoga Allah merahmati kita semua di bulan yang mulia ini. Excited dalam sedih. Gembira dalam duka. Maaf zahir batin ye.
Saya juga ingin memaklumkan bahawa saya akan hentikan operasi uruspusaka.com dan kumpulkan semua posts/tutorial/soal jawab harta pusaka dalam blog tersebut ke dalam blog ini untuk mudahkan pengurusan. Saya letakkan semuanya dalam kategori Fiqh Urus Pusaka. Sengaja nak kekalkan nama uruspusaka tu.
Kalau saudara saudari pening baca blog ni maaf ye. Manfaatkanlah 'kategori' yang ada kat sidebar. Lagi cepat kalau mulakan dengan 'search'.
Jom manfaatkan bulan mulia ini.
Eh hari ni masih 30 Syaaban. Malam ini tarawih in sya Allah. Jom!
Subscribe to:
Posts
(Atom)














Social Footer
Follow saya!