Tahun ini mencuba nasib memohon untuk menyertai program Apple Distinguished Educator, iaitu program yang dianjurkan oleh Apple Inc. khas untuk pendidik yang passionate dengan dunia teknologi pendidikan. Syarat untuk memohon menjadi ADE tidak banyak. Antara yang utama ialah mahir dengan persekitaran Apple dan kemudian sediakan video 2 minit untuk menceritakan pengalaman kita dalam dunia pendidikan. Berikut ialah video saya.
https://www.youtube.com/watch?v=FP8DqxeKjBA
Dalam video ini saya ceritakan tentang perjalanan saya untuk mewujudkan pembelajaran yang menarik dan mendalam bersama para pelajar terutama dalam dewan kuliah yang besar. Saya kongsikan juga tentang penyelesaian dan inovasi P&P yang saya bangunkan termasuklah kursus Zakat dalam iTunesU. Seterusnya saya tunjukkan beberapa aktiviti perkongsian ilmu mengenai penyelesaian ini bersama pendidik yang lain. Akhir sekali saya tunjukkan anugerah yang diterima hasil usaha yang sebenarnya tidak pun mengharapkan apa-apa anugerah.
Pada saya, passion atau semangat yang tinggi untuk menyelesaikan masalah sudah cukup. Kepuasan datang bila melihat wajah ceria pelajar :) Love all of you!
Terima kasih tuan besar Dr. Irwan kerana beri kebenaran untuk guna lagu beliau sebagai latar belakang.
Tahniah Dr Hasanah, semoga Allah permudahkan perjalanan Dr pergi lebih jauh. Ameen
ReplyDelete