2017

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Monday 4 December 2017

Anugerah Pemikiran Dan Reka Bentuk Semula Pendidikan Tinggi Malaysia 2017

Tabarakallah, pada 20 November 2017 saya mendapat Naib Johan bagi Anugerah Pemikiran Dan Reka Bentuk Semula Pendidikan Tinggi Malaysia 2017 dalam kategori Pengalaman Pembelajaran Imersif Teradun (Blended). Maklumat APRS boleh dilihat di: http://mohe.gov.my/aprs-2017

Ramai yang tanya, anugerah apa ni? Tak pernah dengar pun? hihiii...

Anugerah ini adalah anugerah peringkat kebangsaan yang diberikan bagi menghargai usaha pendidik di IPT (universiti awam dan swasta) yang membuat inovasi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Ia tidak sama dengan pertandingan inovasi yang sering dibuat oleh pelbagai pihak kerana biasanya inovasi seperti itu perlu ada produk atau ke arah penghasilan produk.

Baik, apa inovasi P&P yang saya buat?
Ahah! ini soalan mahal.
Saya rasa apa yang saya buat itu biasa sahaja.
Saya membawa isu pembelajaran dalam dewan kuliah yang besar. Biasanya kuliah besar dengan ratusan pelajar dilakukan secara one-way, betul kan? Pelajar yang duduk di belakang entah apa yang dibuat dan tidak berpeluang untuk menjawab soalan atau berkongsi pandangan. Jadi di situlah perkara yang menjadi keprihatinan saya. Saya cuba ubah pembelajaran dalam dewan kuliah besar supaya menjadi sedikit interaktif. Saya kumpul feedback pelajar secara live dalam kuliah.
Kemudian apa?
Saya tambah dengan pembelajaran online iaitu melalui kursus secara MOOC yang diletakkan dalam OpenLearning.com.
Kemudian?
Ahah! Yang ni mahal ni. Saya galakkan pelajar melakukan IRS.
IRS adalah singkatan Innovate, Reflect & Share. Pelajar saya dikehendaki membuat inovasi, membuat refleksi dan membuat blog. Tujuannya ialah supaya proses melakukan inoasi, merefleks dan berkongsi di laman sosial akan membuatkan mereka perlu lebih berusaha untuk memahami kandungan kursus.

Gambar saya letak di sini: https://www.instagram.com/p/BbvYqEKF7Uy/?taken-by=drhasanahukm

A post shared by Dr Hasanah (@drhasanahukm) on
Sila follow IG saya ya :)

Sunday 12 November 2017

International Seminar on Da'wah (ISOD III) 21 Nov 2017 All are invited


Wah, kekalutan menguruskan seminar ini. Saya diberikan tanggungjawab menjadi pengarah seminar ini. Aduhai laaa....
Seminar ini terbuka untuk semua. Mana nak dapat seminar berbintang-bintang secara percuma. Ayuh ke UKM pada 21 November 2017 ni. Cari Pusat Siswazah (UKM Graduate Centre). Masuk percuma. Pembentang semua hebat-hebat. Lihat maklumat lanjut di www.isodakwah.com
Jumpa anda di sana!

Tuesday 29 August 2017

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-60 Malaysia!

Sudah 60 tahun Malaysia merdeka! Umur terlebih matang dah ni. Lihat gambar saya & anak ke-6 sempena kemerdekaan. Bajet iklan gitu!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Semoga kita dapat terus mempertahankan kemerdekaan ini. Nilai kemerdekaan sangat mahal dan maknanya sangat luas.

Lokasi penggambaran: Pantai Morib ketika air sedang surut :)



Friday 11 August 2017

Sambutan Aidilfitri Desa Bestari



Alhamdulillah selesai urusan sambutan Aidilfitri. Tak sabar tunggu mesyuarat agung. Tak larat dah ni. Boleh bagi Kat kepimpinan lain pula yang lebih muda & bersemangat waja yeeaaahhhh.
[Banner tu saya mix & design]

Wednesday 2 August 2017

Sharing My Experience in the workshop of High Tech High Touch Introducing Web Based Apps & Tools


So here comes the day!
Happening now at the PTM Computer Lab. I managed to record some actions during the workshop. Actually, the morning session is for Google based apps facilitated by Dr. Ahmad Zamri whilst the evening will be my slot focusing on storytelling.

Thursday 27 July 2017

Jom sertai 3rd International Seminar on Da'wah (ISOD III)


Seronok kan lihat rancangan daei pencetus ummah, pendakwah di FB, kata-kata hikmah dalam IG dan banyak lagi.
Tahun ini kami di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia akan mengadakan seminar mengenai dakwah. Temanya: Dakwah dalam Dunia Terhubung.
Laman web seminar ialah https://www.isodakwah.com
Ada pelbagai diskusi menarik termasuk kehadiran selebriti: Ustaz Don!
Boleh daftar sekarang tau.

Thursday 15 June 2017

Pindah website sambil menyambut Ramadhan lah pula


Saya terpaksa pindahkan (sementara???) segala posting saya dalam drhasanah.com ke tempat baru ini, iaitu drhasanah.blogspot.com
Keputusan perit ini terpaksa diambil untuk meringankan kepala saya supaya tak perlu sibuk dengan jaga software & hosting.
Sekarang boleh fokus pada writing.
Sempena hujung Ramadhan ini, saya ingin mengucapkan selamat beribadat. Pecut amalan mencari laylatul qadar.

Friday 24 March 2017

Apple Distinguished Educator (ADE) Application


Tahun ini mencuba nasib memohon untuk menyertai program Apple Distinguished  Educator, iaitu program yang dianjurkan oleh Apple Inc. khas untuk pendidik yang passionate dengan dunia teknologi pendidikan. Syarat untuk memohon menjadi ADE tidak banyak. Antara yang utama ialah mahir dengan persekitaran Apple dan kemudian sediakan video 2 minit untuk menceritakan pengalaman kita dalam dunia pendidikan. Berikut ialah video saya.


https://www.youtube.com/watch?v=FP8DqxeKjBA

Dalam video ini saya ceritakan tentang perjalanan saya untuk mewujudkan pembelajaran yang menarik dan mendalam bersama para pelajar terutama dalam dewan kuliah yang besar. Saya kongsikan juga tentang penyelesaian dan inovasi P&P yang saya bangunkan termasuklah kursus Zakat dalam iTunesU. Seterusnya saya tunjukkan beberapa aktiviti perkongsian ilmu mengenai penyelesaian ini bersama pendidik yang lain. Akhir sekali saya tunjukkan anugerah yang diterima hasil usaha yang sebenarnya tidak pun mengharapkan apa-apa anugerah.

Pada saya, passion atau semangat yang tinggi untuk menyelesaikan masalah sudah cukup. Kepuasan datang bila melihat wajah ceria pelajar :) Love all of you!

Terima kasih tuan besar Dr. Irwan kerana beri kebenaran untuk guna lagu beliau sebagai latar belakang.

Tuesday 24 January 2017

Ucaptama di IMETC

Bila tiba cuti sekolah, anak-anak semua menjerit nak balik kampung Tok. Kampung Tok kesayangan mereka tu di Tualang, Pokok Sena, Kedah. Dalam masa yang sama saya menerima jemputan untuk menjadi keynote speaker dalam satu seminar antarabangsan mengenai teknologi pendidikan. Ma Sya Allah... tak pernah terpikir nak sampai tahap ni.

Friday 13 January 2017

The 3 Rules of Attention

Speak London pula di awal 2017 ni. Klik gambar untuk lihat saiz besar. Boleh gunakan untuk memahami 3 perkara yang perlu ada dalam mendapatkan perhatian. Ia perlu digunakan dalam kelas, dalam pembelajaran online malah dalam marketing.



Mesti ramai tertanya-tanya kenapa blog saya kurang aktif beberapa tempoh kebelakangan ini. Sebenarnya, sepanjang 2016 blog drhasanah.com diduga dengan pelbagai hackers & racun. Jenuh bersilat nak selesaikan satu-satu masalah. Agaknya, inilah sindrom jika blog tiba-tiba mendapat rating tinggi & linkbacks yang banyak iaitu selepas blog ini menang tempat pertama blog terbaik peringkat kebangsaan pada penghujung 2015. Dugaan :(

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage