Anugerah Pemikiran Dan Reka Bentuk Semula Pendidikan Tinggi Malaysia 2017

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Monday, 4 December 2017

Anugerah Pemikiran Dan Reka Bentuk Semula Pendidikan Tinggi Malaysia 2017

Tabarakallah, pada 20 November 2017 saya mendapat Naib Johan bagi Anugerah Pemikiran Dan Reka Bentuk Semula Pendidikan Tinggi Malaysia 2017 dalam kategori Pengalaman Pembelajaran Imersif Teradun (Blended). Maklumat APRS boleh dilihat di: http://mohe.gov.my/aprs-2017

Ramai yang tanya, anugerah apa ni? Tak pernah dengar pun? hihiii...

Anugerah ini adalah anugerah peringkat kebangsaan yang diberikan bagi menghargai usaha pendidik di IPT (universiti awam dan swasta) yang membuat inovasi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Ia tidak sama dengan pertandingan inovasi yang sering dibuat oleh pelbagai pihak kerana biasanya inovasi seperti itu perlu ada produk atau ke arah penghasilan produk.

Baik, apa inovasi P&P yang saya buat?
Ahah! ini soalan mahal.
Saya rasa apa yang saya buat itu biasa sahaja.
Saya membawa isu pembelajaran dalam dewan kuliah yang besar. Biasanya kuliah besar dengan ratusan pelajar dilakukan secara one-way, betul kan? Pelajar yang duduk di belakang entah apa yang dibuat dan tidak berpeluang untuk menjawab soalan atau berkongsi pandangan. Jadi di situlah perkara yang menjadi keprihatinan saya. Saya cuba ubah pembelajaran dalam dewan kuliah besar supaya menjadi sedikit interaktif. Saya kumpul feedback pelajar secara live dalam kuliah.
Kemudian apa?
Saya tambah dengan pembelajaran online iaitu melalui kursus secara MOOC yang diletakkan dalam OpenLearning.com.
Kemudian?
Ahah! Yang ni mahal ni. Saya galakkan pelajar melakukan IRS.
IRS adalah singkatan Innovate, Reflect & Share. Pelajar saya dikehendaki membuat inovasi, membuat refleksi dan membuat blog. Tujuannya ialah supaya proses melakukan inoasi, merefleks dan berkongsi di laman sosial akan membuatkan mereka perlu lebih berusaha untuk memahami kandungan kursus.

Gambar saya letak di sini: https://www.instagram.com/p/BbvYqEKF7Uy/?taken-by=drhasanahukm

A post shared by Dr Hasanah (@drhasanahukm) on
Sila follow IG saya ya :)

No comments

Post a Comment

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage