Rumah Teres Untuk Dijual Di Kanchong Darat, Banting, Selangor

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Wednesday 16 March 2011

Rumah Teres Untuk Dijual Di Kanchong Darat, Banting, Selangor

UPDATE 2012: SOLD OUT! 

Off topic! Tengok gambar di bawah!

[gallery link="file"]

Selalu sangat bercakap pasal fiqh, Islam & Islamy, hari ni saya nak jadi broker hartanah pula, hihiii!

Ok, ada beberapa unit rumah teres setingkat 3 bilik yang sudah hampir siap untuk dijual di Kanchong Darat, Banting, Selangor. Lihat gambar.

Peraturan pertama untuk beli rumah: Lokasi! Lokasi! Lokasi!

Kedudukan rumah ini sangat strategik. Ups, ini bukan sembang kosong orang nak jual barang. Mana saya tahu? Ha, sejak lahir hingga umur 12 tahun saya tinggal di kawasan tersebut (tapak rumah abah sekarang telah menjadi stesen Petronas!). Bila masuk sekolah menengah, saya mula merantau hinggalah sekarang. Dulu, masa saya kecil dan mak masih hidup lagi, saya dan emak selalu pergi ke masjid jalan kaki sahaja sebab masjid depan rumah je. Paling seronok bila hari Jumaat dan pagi raya. Terasa begitu syahdu suasananya bila mendengar zikir, selawat & takbir di masjid yang disulami dengan keriuhan anak-anak yang mahu bersegera ke masjid.

Dulu, setiap hari saya pergi 'sekolah pagi' (istilah untuk Sekolah Kebangsaan Kanchong Darat) berjalan kaki juga. Tengahari pulang ke rumah dan kemudian keluar semula jam 2.30 petang untuk 'sekolah petang' (istilah untuk Sekolah Rendah Agama Unwanus Saadah Kanchong Darat) juga dengan berjalan kaki sahaja. Abah pula semasa hayatnya, berulang ke pekan Banting 2-3 kali setiap hari kerana kedudukan yang sangat dekat. Tak sampai lima minit pun!

Err... sekarang masih hangat cerita Misbun. Kalau nak tahu, rumah keluarga Hj. Sidek, ayah Misbun hanya tiga minit dari rumah rumah saya! Hari-hari boleh tengok tugu badminton di hadapan rumah beliau!

Tambah sikit lagi. Kawasan ini juga tidak jauh dari pantai Morib iaitu sekitar 10 minit perjalanan dengan kereta, kira-kira 30 minit dari KLIA dan Klang serta sedang pesat berkembang. (oh, rindunya nak piknik di Morib!)

Ok, itu baru peraturan pertama. Peraturan lain? Alaa, tak sempat nak tulis panjang-panjang. Kerja banyak. Paling baik ialah, datang ke rumah tersebut untuk melihat sendiri keadaan rumah dan persekitarannya. Sebelum balik, jangan lupa singgah beli kerepek-kerepek (pisang, ubi, keledek dll) di kilang kerepek yang terletak tiga minit dari rumah terebut.

Iklan berkenaan rumah ini telah dimasukkan di mudah.my, boleh lihat:
http://www.mudah.my/Rumah+Teres+Banting-8936804.htm

Sebarang urusan, sila hubungi abang ipar saya, di talian berikut:
[update: deleted sebab sold out]



Bertindak cepat sebelum kerepek pisang rumah ni habis dibeli orang!

Mmm... terima kasih kerana sudi membaca hingga habis :) !
(sesekali off topic, best juga, yahuuu!)

19 comments

  1. 1 soalan, rumah ni dekat tak dengan tempat orang dibakar dan dibuang itu? hehee...takut kerepek tu rasa lain...:)

    ReplyDelete
  2. Yeap! Boleh cuba kerepek salai lepas ni!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, isteri saya baru saje call en.anuar pasal ni...('',) alhamdulillah respon + ....insyaAllah beliau akan call semula...lagipun sekampung...tanye tadi kenal nenek Lolok x? beliau kenal...isteri saya adibah anak nye rusli...kenal katanye....

    ReplyDelete
  4. salam

    berapa harganya? ingat nak melabur untuk disewakan..saya duduk kanchong darat juga

    ReplyDelete
  5. Dr masih ada lg ker umah teres untuk dijual .saya berminat. Lebih- lebih lagi kalau ianya corner lot.

    ReplyDelete
  6. Suhaizan, ada insya Allah. Kena call abang ipar saya untuk tengok rumah. Saya kat Penang.
    Balkis, ambil lah satu. Lokasi strategik. Saya tak nak duduk situ sebab cadang nak buat rumah di Jalan Kenanga, tapi tak tahulah bila. Angan-angan. Free je angan-angan kan, tak perlu apa-apa!

    ReplyDelete
  7. salam..nk tnyela,rumah yg blum dibeli masih ade lg ke?klu bole nk yg corner lot jgk..harge agk2 around brape ye?

    ReplyDelete
  8. [...] Jepun kalah, abah teruskan usaha membangunkan tanah peninggalan atuk di samping tanah milikan abah sendiri. Mak juga tidak kurangnya berusaha membantu ekonomi keluarga termasuklah ‘membantu [...]

    ReplyDelete
  9. as salam,berapa harganya,ada lagi ke yg belum dijual.

    ReplyDelete
  10. Waalaykumussalam,
    Hari tu ada beberapa unit lagi yang masih dalam proses, maksudnya, orang dah booking, tapi tunggu loan lulus. Mungkin li boleh cuba telefon tanya untuk 'stand by'.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum...
    masih ada lagi ke yang belum dijual..
    berminatla nak buat pelaburan....;)
    harganye berapa ye...;))

    ReplyDelete
  12. ada rumah kosong lagi utk beli tak kalau ada tolong call i 0164002102

    ReplyDelete
  13. rumahada lagi ker?..nak beli satu boleh?. 0132392125

    ReplyDelete
  14. Sold out la den. Macam pisang panas sebab lokasi bagus.

    ReplyDelete
  15. masih ad kosong x rumah tu...

    ReplyDelete
  16. Hye

    iklankan iklan anda di http://banting.my
    lebih 1000 page view.

    support or local media.

    thanks!

    ReplyDelete
  17. masih ada kosong lagi tak rumah itu.. saya sedang mencari rumah atau tanah yang berdekatan dengan sg. lang

    ReplyDelete
  18. Maaf Sold Out macam pisang panas.

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage